Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label PRK DUN Pengkalan Kubor. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Pengkalan Kubor. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

PRK Pengkalan Kubor: Tidak Rasmi, BN Pertahan Kerusi N01 Dengan Majoriti Lebih 1000 Undi


Keputusan P Kubor dijangka 9 malam. Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mengekalkan kerusi Pengkalan Kubor dengan majoriti 2,646 undi.- BERNAMA.



Keputusan rasmi pilihan raya kecil Pengkalan Kubor yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan calon bebas dijangka diketahui selewat-lewatnya pada jam 9 malam ini.

Manakala keputusan tidak rasmi pula dijangka diperoleh kira-kira sejam sebelum itu.

Proses pengundian di 11 pusat pembuangan undi berjalan lancar hari ini dengan 73 peratus pengundi daripada keseluruhan 23,929 yang layak keluar menunaikan tanggungjawabnya.

Dalam pilihan raya umum lalu, peratusan keluar mengundi lebih tinggi, iaitu sebanyak 80 peratus. BN sebelum ini menang mengalahkan calon PKR dan bebas dengan majoriti 1,736 undi.

Calon BN Mar Razi Mat Ali berdepan Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon bebas Izat Bukhary. - MK

BN dijangka pertahan Pengkalan Kubor Dengan Majoriti Lebih 1000 Undi


TUMPAT 25 Sept. - Barisan Nasional (BN) dijangka mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti melebihi 1,000 undi.

Pengumuman rasmi mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Sobri Ramli pada pukul 9 malam ini.

PRK itu menyaksikan pertembungan di antara calon BN, Mat Razi Mat Ail dengan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas). - UTUSAN.

Menunggu angin perubahan di Pengkalan Kubor
M FAQIH | . 

HANYA pengundi masyarakat Siam di Jubakar Darat menjadi benteng taruhan akhir Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum lepas calon PKR, Shaharun Ibrahim hanya mendapat 83 undi, manakala BN membolot 782 undi di situ.

Umno juga berkubu utuh di unit peti undi (UPU) Simpangan, Bunohan dan Teluk Jering sejak pilihan raya umum 1995.

Namun kubu Umno di UPU Bendang Pak Yong pernah dimenangi calon PAS, Wan Hussin Wan Ahmad pada PRU 1999 dengan kelebihan 159 undi. Selain itu Wan Hussin juga menang di UPU Pengkalan Kubor dengan majoriti 78 undi.

PAS sejak dahulu sehingga sekarang mendominasi UPU Tebing, Geting, Tujoh dan Telaga Bata. Berdasar kepada gerak kerja kempen PAS dan Pakatan Rakyat sepanjang kempen 12 hari, apakah ada kemungkinan berlaku pertambahan undi PAS di UPU terbabit.

Ini kerana ada kalangan mereka yang tidak keluar mengundi pada PRU memberi komitmen baru sekarang.

Di Kampung Neting ada penduduk tidak mengharapkan bantuan jentera kempen dari luar bagi memasang sendiri poster kempen.

Mereka memasang sendiri poster dan bendera PAS di hadapan rumah. Mereka lebih bersemangat kerana Wan Rosdi sudah lama dikenali. Begitu juga di UPU Bendang Pak Yong.

Situasi baru juga diharap ada sedikit anjakan di UPU Jubakar Darat dan Mertua. Masyarakat Siam yang rata-rata bekerja sebagai petani mengakui sudah lama mengenali calon Pakatan Rakyat.

Eh Ron, 67 dari Kampung Mertua berkata, masyarakat Siam hanya suka pemimpin yang lebih dekat dengan mereka.

Katanya, kalau tidak kenal macam  mana hendak diharap dapat membantu masyarakat Siam.

“Wan Rosdi kita sudah lama kenal. Dia selalu datang ke Kampung Mertua. Sejak enam tahun lepas hubungan rapat. Pemimpin macam inilah yang kita harapkan.

“Calon BN kita tidak kenal biar pun bertugas sebagai guru. Kalau tak kenal payah sikit hendak pilih. Dahulu wakil rakyat BN kita kenal dia,” katanya di sini.

Beliau memberitahu masyarakat Siam menerima banyak kemudahan disediakan kerajaan negeri termasuk bantuan Skim Takaful Kifaalah sebanyak RM1,500 apabila berlaku kematian warga emas.

“Selain itu pemuda miskin yang hendak berkahwin diberi bantuan RM1,000. Wan Rosdi datang sendiri ke rumah penduduk menyampaikan bantuan.

“Sebab itulah penduduk Siam rapat dengan dia. Saya yakin ada perubahan undi masyarakat Siam kali ini,” katanya.

Beberapa lagi penduduk Siam ketika ditemui turut mengakui perkara sama. Paling acap mereka sebut sudah lama kenal Wan Rosdi.

E Chian, 66 dari Mertua juga kenal rapat dengan Wan Rosdi kerana dia selalu datang ke kampung tersebut.

Mek Deng Chan Ho, 73 juga dari Kampung Mertua memberitahu sering bertemu dengan Wan Rosdi.

Pengundi Siam di Mertua dan Jubakar Darat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Sri Neting. Ramai yang keluar mengundi pada pagi tadi.

Pada pilihan raya umum lepas calon PAS kerusi parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar mendapat 104 undi Siam di SK Sri Neting, manakala calon BN, Mansor Salleh pula mendapat 767 undi.

Undi BN juga tinggi di UPU Simpangan, UPU Telaga Bata dan UPU Pengkalan Kubor. Apakah ada perubahan kali ini atau statik dengan keputusan lama?

Apakah angin Laut China Selatan akan melanda Pengkalan Kubor. Tunggulah keputusan muktamad malam ini. - HARAKAH.

Tak rasmi: BN pertahan Pengkalan Kubor

  
BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, menurut keputusan tidak rasmi.

Bagaimanapun, menurut sumber, majoriti BN berkurangan kepada antara 1,200 hingga 1,300 undi.

BN sebelum ini menang mengalahkan calon PKR dan bebas dengan majoriti 1,736 undi.

Keputusan rasmi dalam pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan calon bebas dijangka diketahui selewat-lewatnya pada jam 9 malam ini.

Proses pengundian di 11 pusat pembuangan undi berjalan lancar hari ini dengan 73 peratus pengundi daripada keseluruhan 23,929 yang layak keluar menunaikan tanggungjawabnya.

Dalam pilihan raya umum lalu, peratusan keluar mengundi lebih tinggi, iaitu sebanyak 80 peratus.

Calon BN Mar Razi Mat Ali berdepan Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon bebas Izat Bukhary -MK.


19:27 - BN Menang di PDM Kg Teluk Jering Majoriti 316 Undi

19:26 - BN Menang di PDM Tujoh Majoriti 111 Undi

19:25 - BN Menang di PDM Jubakar Darat Majoriti 677 Undi

19:23 - BN Menang di PDM Bunohan Majoriti 468 Undi

19:21 - BN Menang di PDM Telaga Bata Majoriti 115 Undi

19:20 - BN Menang di PDM Kg Bendang Pak Yong Majoriti 221 Undi

19:19 - BN Menang di PDM Pengkalan Kubor Majoriti 557 Undi

19:16 - BN Menang di PDM Kuala Ketil Majoriti 24 Undi


Jumlah undi BN di kubu kuat merosot

TUMPAT: Berdasarkan maklumat tidak rasmi BN kemungkinan besar tidak dapat mempertahankan majoriti 1,736 undi yang diraihkan arwah Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihan raya umum lepas.

Ini memandangkan beberapa unit peti undi (UPU) yang BN menang besar sebelum ini merosot banyak.

Jumlah undi yang diraihkan calon Pakatan Rakyat di UPU Simpangan yang juga kubu Umno juga meningkat berbanding PRU lepas.

Berdasar maklumat tidak rasmi jumlah undi PAS meningkat kepada 405 dan BN pula merosot kepada 753.

Penghulu Simpangan, Saari Abdul Kadir berkata, beliau membuat bantahan terhadap pegawai tempat mengundi (PO) kerana mengundi bagi pihak pengundi warga Siam yang uzur.

“Saya bantah enam kes PO mengundi bagi pihak warga emas Siam yang uzur. Sepatutnya anak mereka yang dibenarkan mengundi bagi pihak ibu bapa yang uzur,” katanya.

UPU Bunohan yang juga kubu kuat Umno maklumat tidak rasmi mengatakan undi BN merosot banyak. Pada PRU lepas PKR kalah dengan majoriti 419 undi, namun PRK ini PAS merapatkan kedudukan dan hanya kurang lebih 145 undi.

Bendang Pak Yong, Teluk jering dan Pengkalan Kubor juga Umno kehilangan banyak undi berbanding PRU13. Proses pembilangan undi masih berlangsung.

Proses pengundian PRK Dun Pengkalan Kubor tamat jam 5 petang tadi membabitkan 11 pusat pengundian.

Peratusan keluar mengundi lebih 73 peratus. - HARAKAH.


Tak rasmi: BN kekal DUN Pengkalan Kubor


Bernama melaporkan, mengikut keputusan tidak rasmi, BN mendapat 9,951 undi manakala PAS mendapat 7,305 undi. Calon Bebas pula mendapat 191 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi itu, seperti yang dijangkakan, adalah lebih rendah daripada 80 peratus yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lepas.

Sebelum ini, 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.
  
Kesemua pusat mengundi itu ditutup tepat jam 5 petang ini dengan 73 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.
  
Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
  
Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).
  
Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.
  
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
  
Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.
  
Sementara itu,pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini.
  
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
  
PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
  
Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.-MK.
 
 







 

Wednesday, 24 September 2014

Berita kenaikan gaji kakitangan awam tidak benar - JPA ,PRK Pengkalan Kubor Catat Sejarah - SPR

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang tersebar luas melalui media sosial.

JPA dalam kenyataan berkata, memohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita berkenaan sekiranya ada menerimanya.

Berita yang mendakwa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji baharu mulai 1 Januari 2015 didapati tersebar secara meluas di laman sosial dan ruang maya. - Bernama


PRK Pengkalan Kubor Catat Sejarah - SPR

UMPAT- Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor mencatatkan rekod bilangan keluar mengundi paling tinggi dalam tempoh empat jam dalam sejarah PRK negara ini.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu, dari pukul 8 pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari sebanyak 54 peratus iaitu 12,945 pengundi telah keluar mengundi di 11 pusat pengundian.

"Proses pengundian berjalan lancar dan saya lihat setakat ini tidak ada sebarang kejadian tidak diingini seperti bergaduh dan sebagainya.

"Cuma jalan sedikit sesak ekoran terlalu banyak kenderaan memasuki Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Sehingga pukul 1 petang tadi pula sebanyak 60 peratus iaitu 14,578 pengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka.- KOSMO!

Saturday, 20 September 2014

Pengundian awal PRK DUN Pengkalan Kubor bermula pagi ini, Ketua Penerangan Pemuda PAS NS Terlibat Kemalangan Maut

TUMPAT,21/09/2014 - Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang melibatkan 109 anggota polis berlangsung di satu saluran di Dewan Delima Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini, bermula 8 pagi hingga 3 petang, hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pengundian awal itu dibuat lima hari

lebih awal dan proses pengundian itu adalah mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan petugas SPR.

Daftar pemilih yang digunakan untuk PRK itu adalah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemas kini sehingga 20 Ogos lepas.

DUN Pengkalan Kubor mempunyai sebanyak 24,039 pemilih berdaftar, terdiri

daripada 23,929 orang pengundi biasa, 109 orang pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

PRK DUN itu pada Khamis ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara

calon BN, Mat Razi Mat Ail, calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Sembilan Maut Kemalangan

Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kenderaan di Kilometer 106.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, mereka yang maut ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Safrizal Tarmizan, 31, dan ibunya, Asmita Lukman, 56, yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish.

Tiga yang cedera ialah isteri Safrizal, Nurul Izatil Aqmar Mat Lazim, 28; anak, Mohd. Uma Al Fateh, 3, dan anak saudara, Amirah Syahirah Zailani, 6, yang turut berada dalam kenderaan terbabit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban, Negeri Sembilan selepas mengambil isterinya di kampung di Pantai Cahaya Bulan di sini - Kosmo.


Tunjuk ajar Zahidi untuk kekal menang 
 
Oleh ADHAM SHADAN 
 
TUMPAT – Calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail sentiasa berpegang kepada tunjuk ajar Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar bagi memastikan BN kekal menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
 
Mat Razi berkata, antara amalan yang sering dilakukan oleh Noor Zahidi sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan DUN tersebut ialah menziarahi jenazah, orang sakit dan majlis tahlil penduduk. 
 
ABU: Ok lah tu, Amalan yang biasa dilakukan oleh ADUN PAS dulu-dulu tetapi jarang-jarang oleh ADUN UMNO. jika dapat jadi imam atau bagi kuliah di masjid atau baca khutbah lagilah baik. Umpama baginda Sultan Kelantan yang boleh mengimamkan solat, lakukan sembelihan dan menyelenggarakan jenazah.

Monday, 15 September 2014

Orang Yang Layak Sebagai Pemimpin Adalah Orang Yang Tidak Meminta-minta Jawatan

Rugi jika tolak Wan Rosdi - Presiden PAS

SALMAH MAT HUSAIN
TUMPAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan pengundi di Dun Pengkalan Kubor sebagai orang yang rugi sekiranya menolak calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim pada 25 September ini.

Katanya, Wan Rosdi bukan sahaja seorang calon yang setia kepada parti, sebaliknya telah menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sejak dua penggal lalu iaitu selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU13.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Markas Besar PAS Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Menurutnya, calon Pakatan Rakyat itu juga seorang yang setia kepada parti yang sering mengikut keputusan parti.

“Ketika tidak dicalonkan sebagai calon PRU, beliau tidak bersungut dan menjalankan kerja-kerjanya sebagaimana biasa.

“Bila calon PKR kalah pada PRU12 dan 13, beliau menerima pula jawatan Penyelia Dun dan menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sebagaimana biasa,” ujarnya.

Katanya, calon yang paling layak untuk dipilih oleh pengundi di Dun Pengkalan Kubor sememangnya Wan Rosdi, seorang yang bersifat sederhana dan berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Menyentuh tentang peringkat awal Wan Rosdi menolak apabila namanya dicalonkan, beliau berkata Islam menggalakkan memilih orang sedemikian.

Menurut beliau lagi, orang yang tidak meminta jawatan itu sebenarnya yang lebih layak berbanding mereka yang meminta untuk mendapatkan jawatan.

“Nabi s.a.w. sendiri berpesan supaya memilih mereka yang tidak meminta jawatan kerana mereka itulah yang sebenarnya lebih layak berbanding daripada orang yang meminta-minta jawatan.

“Yang terbaik ialah calon kitalah, Pakatan Rakyat kerana Pengkalan Kubor dari segi sejarahnya PAS telah menguasi Dun tersebut sejak tahun 1959,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Menurutnya lagi, mengikut keputusan PRU13 lalu, peringkat parlimen calon Pakatan Rakyat Datuk Kamarudin Jaffar menang, namun di Dun sahaja tewas.

Beliau bagaimanapun mengingatkan anggota parti seluruhnya agar tidak over confident untuk meraih kemenangan dengan mudah.

Ini, ujarnya kerana PAS bukan sahaja melawan parti Umno dan BN, sebaliknya turut berlawan dengan agensi kerajaan Pusat yang datang dari pelbagai arah dengan tidak malu-malu lagi.

"Demokrasi di tempat kita berat sebelah dan kita bertanding tidak di padang yang sama rata," ujatnya lagi. - HARAKAHDAILY 14/9/2014

Friday, 12 September 2014

Politik:Hadi Terlepas Penerbangan - MB Kelantan

KOTA BAHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlepas penerbangan, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Itulah reaksi menteri besar Kelantan ketika ditanya berhubung ketidakhadiran pimpinan PAS Pusat termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamed Sabu, dan barisan Naib Presiden pada majlis pengumuman calon PAS semalam.

“Sepatutnya presiden hadir, tetapi kelewatan penerbangan pada pukul 6.30 petang ke Kota Bahru dan tidak sempat. InsyaAllah, esok ada,” ulas Ahmad Yakob.

Pada majlis pengumuman calon PAS semalam, wakil pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya diwakili oleh Naib Ketua Keadilan Kelantan, Prof Madya Shahrun Ibrahim manakala tiada wakil  DAP.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menjelaskan, Dr Mohd Hatta Ramli selaku ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Datuk Kamaruddin Jaafar telah mewakili pimpinan PAS Pusat.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Sami Buddha dan Masyarakat Siam di Wat Machimaran, Kampung Jubakar di sini petang tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan calon PAS DUN Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Sementara itu, Wan Rosdi Wan Ibrahim ketika ditemui menjelaskan masyarakat Siam merupakan antara pengundi bagi DUN Pengkalan Kubor.

Katanya penampilannya sebagai calon merupakan atas kehendak PAS Kelantan dan mengharapkan supaya pengundi di DUN berkenaan memberikan sokongan kepada beliau.

Menyentuh mengenai calon BN, Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi menjelaskan beliau tidak melihat Mat Razi sebagai guru dan mempunyai pondok memberi kelebihan kepada calon BN itu.

“Saya tidak nampak saingan yang ketara dan jauh beliau bukan ustaz. Juga saya difahamkan kalau cuti sekolah beliau dapat mengumpul kanak-kanak sekolah dalam satu program di pondok dan saya nampak beliau seorang pegawai PPD sahaja, saya tidak gentar.” ulas calon PAS tersebut.

Katanya lagi, pendekatan yang beliau akan gunakan ialah mengadakan peogram mendekatkan diri dengan rakyat. - Astro Awani.

Saturday, 6 September 2014

Nak Jadi Ahli Ada Syarat Baharu.Jom, Sertai UMNO!

Permohonan menjadi ahli UMNO perlu berdaftar sebagai pengundi

TEMERLOH 6 Sept. - Permohonan menjadi ahli UMNO bagi mereka yang berumur lebih 21 tahun kini disyaratkan mesti terlebih dahulu berdaftar sebagai pengundi.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh di sini hari ini.

Pembangkang umum calon PRK DUN Pengkalan Kubor 11 Sept


TUMPAT 6 Sept. - Pakatan pembangkang akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 11 September ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, setakat ini belum ada kata putus sama ada Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Sama ada Pas atau PKR belum ada keputusan, kita akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk tentukan calon.

"Macam yang kita kata sebelum ini, Pas berhasrat untuk bertanding berdasarkan hujah-hujah tertentu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Markas Besar Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor di sini malam tadi. - UTUSAN

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR