Perlembagaan UMNO

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Oren. Show all posts

Saturday, 14 July 2012

Sekitar Himpunan Oren

Pada himpunan kali ini, admin tidak berkesempatan untuk turut serta.Begitu juga pelapor dan petugas Direktoripolitikmalaysia.blogspot yang lain, masing-masing ada urusan yang tidak dapat dielakkan.Paparan ini hanya sekadar menumpang ikhsan blogger dan pautan lain.

Paparan atau cerita lanjut ;http://telokbakong.blogspot.com/

Lagi sumber:  http://www.ibnuhasyim.com/ 


Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana

Salmiyah Harun, 14 Jul 2012

KUALA LUMPUR: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.

 (Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.


 (Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)


Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.


(Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka)

 Sumber: http://www.harakahdaily.net/

Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:26PM Jul 14 2012
Seramai kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.

 

Peserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.

Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.

Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara dua buah kenderaan Istana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.
Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Wakil berkenaan, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan peserta Himpunan Oren kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.

Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/


Paparan lain juga boleh diikuti di: http://greenboc.blogspot.com/

Friday, 13 July 2012

JOM KE HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA

Inspirasi desak kerajaan gantung penyenaraian FGVH

Eikhwan Ali, 13 Jul 2012
Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) secara tegas membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad FGVHB) di Bursa Malaysia dan mendesak supaya Kerajaan Malaysia menggantung penyenaraiannya.


Bantahan dan desakan ini adalah penting bagi menyelamatkan 112,635 orang peneroka Felda berserta 1.6 juta orang ahli keluarga mereka di 317 buah tanah rancangan Felda daripada mengalami kerugian, kehilangan hartanah dan menanggung beban hutang.

Pendirian Inspirasi berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

1. Penyenaraian yang dibuat dengan menjaja slogan ‘demi peneroka’ membelakangkan tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” setelah hanya 2.5% saham diperuntukkan kepada peneroka daripada sejumlah 2.2 bilion unit saham FGVHB.Daripada jumlah tersebut, peneroka hanya mendapat 810 unit saham seorang. Jumlah ini adalah tersangat kecil berbanding dengan yang diperuntukkan kepada pelabur institusi (41%) dan pelabur bumiputera (11.5%).

2. Penyenaraian yang dibuat pada 28 Jun yang lalu adalah tidak kena masanya kerana pasaran saham dalam negeri dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu dan mengalami aliran menurun. Hal ini dapat difahami secara jelas dengan melihat kepada nasib yang dialami oleh saham Facebook yang merosot sehingga 25% sejak 10 hari selepas penyenaraiannya dan nasib 3 daripada 5 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia mengalami kerugian sebanyak 20% daripada nilai pasaran saham sehingga akhir Mei lalu.

3. Prestasi FGVHB berada dalam keadaan tidak memberangsangkan akibat daripada produktiviti ladang Felda yang rendah kerana sehingga 53% daripadanya telah berusia 21 tahun dan perlu kepada penanaman semula. Proses penanaman semula ini perlu menelan belanja sekira-kira RM15,000 per hektar menjadikan jumlah keseluruhannya RM2.8 bilion. Projek dan pelaburan FGVHB di luar negara pula belum mampu untuk menjana kewangan.

4. Kejatuhan saham FGVHB akan melibatkan wang rakyat iaitu peneroka sedangkan peneroka juga perlu menanggung beban kadar faedah pinjaman yang dibuat daripada bank bagi tujuan pembelian saham dan sebahagian peneroka juga terpaksa menggadai hartanah mereka untuk tujuan itu. Bencana kerugian akibat penyenaraian tersebut telah dipaksakan keatas para peneroka dan keluarga mereka.

5. Proses penyenaraian FGVHB telah memperlihatkan adanya campur tangan politik berkepentingan pihak tertentu dan telah menjadikan Felda hak milik persendirian individu-individu tertentu. Ia juga membuka peluang kepada para pelabur asing termasuklah Zionis-Israel untuk menguasai aset negara dan tanah para peneroka.

Oleh itu, bagi menunjukkan komitmen dan ketegasan membantah penyenaraian tersebut, saya menyeru kepada para peneroka dan anak-anak peneroka khususnya dalam kalangan mahasiswa untuk turut serta dalam Himpunan Oren Selamatkan Felda pada hari esok (Sabtu, 14 Julai) untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan merayu kepada Baginda untuk campur tangan bagi menghentikan penyenaraian FGVHB di Bursa Malaysia.

Penulis ialah Pengerusi Inspirasi.

Polis benarkan Himpunan Oren

Salmiyah Harun, 13 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Polis membenarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda dan perarakan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, esok.

Penyerahan memorandum itu, untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.

Mazlan berkata demikian, selepas mengadakan perbincangan bersama Ketua Polis Daerah Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid di Balai Polis Kepong hampir dua jam bermula 3.30 petang tadi.

Bagaimanapun Mazlan menyerahkan kepercayaan kepada pihak polis untuk mengawal sebarang provokasi yang akan timbul dalam perhimpunan itu nanti.

"Atas persetujuan hari ini, kalau ada unsur-unsur provokasi kami serahkan kepada polis, kami harap polis faham kenapa GSF mahu adakan himpunan esok," katanya.

Dalam perbincangan itu, Mazlan menegaskan Himpunan Oren harus diadakan sebagai isyarat kepada kerajaan dan melalui ini sahaja usaha yang ada selepas berbagai-bagai usaha yang telah dibuat sebelum ini, walaupun pihak polis pada awal enggan membenarkan berhimpun.

"Kita tekankan kepada polis, himpunan dan perarakan Oren ke Istana harus dilakukan supaya Agung dapat melihat puluhan ribu rakyatnya yang menolak FGVH, supaya pihak istana membuat pertimbangan terhadap FGVH," katanya.

Di peringkat ini, Mazlan mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang membenarkan Himpunan Oren esok, membenarkan media mendekati pintu Istana dan tidak membuat penutupan jalan-jalan utama ke Mahkamah Jalan Duta.

Turut bersama dalam perjumpaan itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Razman Zakaria dan Ajknya Nasaie Ismail serta Timbalan Pengarah 3 Unit Amal Malaysia Azmi  Anuar.

Himpunan Oren: Polis bagi ‘lampu hijau’

Jamilah Kamarudin | July 13, 2012 
 
 Polis akan membantu mengawal keadaan dan lalu lintas sepanjang himpunan berlangsung.
KEPONG: Polis hari ini membenarkan perarakan ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Negara yang baru petang esok dengan beberapa syarat.

Koordinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata himpunan itu dibenarkan setelah mengadakan perbincangan hampir dua jam antara pihaknya dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan, OCPD Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, serta 20 pegawai polis lain di Balai Polis Kepong petang tadi.

Mazlan berkata, polis membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Kemudiannya di tempat letak kereta itu, polis juga turut membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang.

Selesai berucap, Mazlan berkata peserta himpunan sekali lagi dibenarkan polis berarak menuju ke pintu belakang, Pintu3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer.

Serah memorandum

Namun, katanya perarakan itu akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara dan hanya enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum.

“Polis pada awalnya keberatan nak bagi berarak atas alasan keselamatan dan masalah lalu lintas. Kita cadangkan beberapa pilihan alternatif dan akhirnya dah capai kata sepakat,” katanya.

Beliau berkata melalui perbincangan tadi kedua-dua pihak juga bersetuju mengadakan himpunan secara aman dan mahu mengelakkan sebarang perkara tidak diingini daripada terjadi.

“Polis akan membantu mengawal keadaan dan lalu lintas sepanjang himpunan berlangsung,” katanya.

Himpunan Oren itu diadakan bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda.

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut serta Timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara:

1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda

2) Batalkan pinjaman bank peneroka

3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations

4) Selesaikan tuntutan peneroka

5) Hapuskan hutang peneroka

6) Lindungi tanah peneroka

7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga

8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda

Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR