Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Bahan Arkib. Show all posts
Showing posts with label Bahan Arkib. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

Tiada apa-apa yang boleh di(Dr. Hassan)harapkan daripada DAP,PAS dan PKR , Dr. Hassan minta rakyat Malaysia jangan mengundi pada PRU ke-13



‘Jangan beri Pakatan walau satu undi’
ROSNANI SAAD
13 April 2012
 Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
ALOR SETAR – Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meneruskan program jelajahnya ke utara Semenanjung sambil menggesa pengundi Kedah tidak memberi sebarang undi kepada Pakatan Rakyat (PR) – yang dianggotai DAP, PKR dan Pas – pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) atas alasan tidak boleh bergantung harapan pada perikatan itu.

Hasan berkata tiada apa yang boleh diharapkan daripada DAP dalam memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Begitu juga PKR apabila ketua umumnya sendiri tidak menyokong pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud.

"Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas.

"Kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) yang mengeluarkan Pas dari landasan, memesongkan perjuangan Pas serta membolak-balikkan aspirasi penyokong Pas," kata beliau sewaktu mengakhiri ceramah umum di Taman Uda, malam tadi.

Hasan yakin bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Pas terdahulu tidak akan merelakan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini, sekiranya mereka masih ada.

"Kalau mereka masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.

Dalam pada itu, Hasan turut memaklumkan akan menubuhkan Jati di Kedah dan negeri lain termasuk Pulau Pinang.

Saturday, 21 April 2012

Jelaskan Hubungan Nurul Izzah Dengan Afifah


KUALA LUMPUR –April 18, 2012: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat  (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang hanya mendapat lebih kurang 300 undi dalam pilihan raya kecil Penanti  selepas perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang beberapa tahun dulu mendesak agar Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin untuk tampil menjelaskan segala spekulasi mengenai hubungan sebenar antara Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan Azmin Ali, Farah Afifah.

Aminah berkata, sidang media antara dua ibu itu perlu dilakukan bersama agar dapat menjawab segala persoalan orang ramai mengenai status Nurul Izzah dan Afifah dari segi hukum syarak Islam.

“Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah.

“Ini bukannya satu dakwaan, tetapi satu pertanyaan yang perlu diperjelaskan orang. Dalam PKR pun banyak yang tertanya-tanya, tapi mereka tak berani bersuara takut dipecat,” katanya di sini hari ini.

Aminah yang dulu pernah berjuang dalam parti PKR pernah mendengar cerita tentang status sebenar Afifah, namun enggan mempercayai dan menganggap itu sebagai khabar angin.

“Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam PKR, mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, kami hanya mendiamkan diri,” katanya.

Selain itu, Wan Azizah dan Shamsidar perlu menjernihkan keadaan yang semakin tegang berikutan orang ramai sudah mempunyai tanggapan PKR adalah parti seks bebas dan mengamalkan hubungan songsang iaitu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Bagi Aminah, perjuangan politik dalam PKR hanyalah satu topeng sahaja dan berlandaskan nafsu seks dikalangan pemimpin-pemimpin parti itu sahaja.

Malah, PKR juga turut mempromosikan seksualiti merdeka kepada ramai pengikut-pengikut parti tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gesaan Aminah.

Gesaan supaya kedua-dua ibu itu untuk tampil menjernihkan keadaan dan memberi penjelasan mengenai isu status sebenar anak perempuan Azmin Ali dan Shamsidar, Afifah timbul setelah Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan tampil mendedahkan hubungan sulit antara Pengasas PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar.

Nallakaruppan juga turut mendakwa mempunyai simpanan bukti-bukti yang kukuh mengenai hubungan sulit antara Anwar dan Shamsidar.

Bukti-bukti tersebut akan dibongkarkan oleh Nallakaruppan sewaktu perbicaraan yang akan berlangsung di mahkamah nanti.

Menganggap itu sebagai fitnah yang dilemparkan kepada dirinya untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin, Anwar telah bertindak memfailkan notis saman RM100 juta terhadap Nallakaruppan.

Namun, sehingga kini Anwar masih lagi senyap tanpa sebarang tindakan lanjut saman terhadap bekas sahabat baiknya itu.

Afifah dikatakan adalah anak perempuan Anwar hasil dari hubungan sulitnya dengan Shamsidar.

Tetapi, Azmin Ali dan Shamsidar sehingga kini hanya mendiamkan diri dan tidak membuka mulut menceritakan perkara sebenar termasuklah tidak membuat ujian DNA bagi mengesahkan status diri Afifah.

Ekoran dari tekanan dari pelbagai pihak, Wan Azizah dan Shamsidar masih lagi tidak bersua muka bersama untuk menjelaskan kedudukan perkara sebenar.

Sebelum ini, Wan Azizah dan Shamsidar dikatakan bersetuju untuk mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Sidang media tersebut bertujuan untuk menjernihkan keadaan tegang ekoran dari timbulnya fitnah mengenai hubungan sulit Anwar dan Shamsidar.

Justeru itu, Wan Azizah dan Shamsidar menggunakan sidang media tersebut untuk menegakkan kebenaran tentang fitnah yang dilemparkan kepada suami masing-masing.

Namun, sidang media tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir kerana dikatakan terdapatnya gangguan dari beberapa pihak termasuklah dari UMNO.

Ummi Hafila Ali ketika mengulas tentang sidang media yang terbatal itu berkata, adalah mustahil untuk Wan Azizah dan Shamsidar untuk duduk semeja mengadakan sidang akhbar bersama memandangkan mereka saling bermusuhan.

Ummi berkata, cerita mereka akan mengadakan sidang media tersebut hanyalah gimik semata-mata.- Berita Harian OnLine.

PKR kekal DUN Penanti

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, apabila calonnya, Mansor Othman, menewaskan tiga calon Bebas dengan majoriti 5,558 undi.

Berdasarkan keputusan yang belum diumumkan secara rasmi, Mansor, 59, memperoleh 6,052 undi, manakala calon Bebas iaitu Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Nai-Khan Ari ( 494 undi) dan Kamarul Ramizu Idris (56 undi). - Blogger bebas/arkib.


ARKIB : 26/06/2005

Khalid Jafri didapati bersalah tulis maklumat palsu

KUALA LUMPUR 25 Jun - Penulis buku, Datuk Khalid Jafri yang menyambut hari lahirnya yang ke-65 tahun, hari ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini atas tuduhan menulis maklumat palsu dalam bukunya, 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Hakim Mohamed Saman Mohd. Ramli membuat keputusan secara lisan kira-kira pukul 12.35 tengah hari ini.

Beliau kemudiannya menetapkan pada 6 Julai depan untuk mendengar rayuan sebelum menjatuhkan hukuman terhadap Khalid.Khalid memakai baju kemeja kuning dan berseluar hitam ditemani isterinya, Datin Rozihan Abdul Ghani dilihat bersahaja sambil matanya memandang tepat ke arah Mohamed Saman ketika keputusan itu dibacakan.

Dia yang hadir ke mahkamah sejak pukul 9.30 pagi, mengaku tidak bersalah ketika di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan tersebut pada 12 Ogos 1998.

Pada 19 Februari 2003, Mohamad Saman mengarahkan Khalid membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Kes itu yang dibicarakan hampir tujuh tahun dengan pihak pendakwaan memanggil 11 saksi termasuk setiausaha sulit bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim iaitu Azmin Mohd. Ali.

Pihak pembelaan pula mengemukakan dua saksi termasuk keterangan Khalid sendiri dan Datuk Musa Hassan yang kini Timbalan Ketua Polis Negara serta memanggil semula saksi pendakwa, Supritendan Mohd. Rodwan Mohd. Yusof.

Khalid atau nama penuhnya Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah didakwa menulis maklumat palsu pada muka surat 29, perenggan 12 buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam keputusannya, Mohamad Saman menyatakan bahawa Khalid, sebagai seorang wartawan sejak tahun 1963 lagi telah gagal mengambil langkah-langkah yang munasabah sebelum menerbitkan buku tersebut.

Kata hakim itu, Khalid menulis buku tersebut hanya berdasarkan cerita dengar cakap daripada beberapa orang yang dikenalinya.

Selain itu, jelas Mohamad Saman, beliau juga mengambil kira keterangan Ahli Kimia, Lim Kong Boon, 51, yang menyatakan bahawa hasil analisis DNA yang dibuatnya menunjukkan berkemungkinan bahawa 99.9 peratus anak itu adalah anak kandung Azmin dan Shamsidar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar manakala Khalid diwakili oleh peguam Sashi Menon.

Mohamad saman mengekalkan ikat jaminan RM5,000 terhadap Khalid sementara menunggu hukuman.
Khalid yang ditemui pemberita sambil tersenyum berkata: ``Saya belum bersalah lagi, keputusan belum dibuat, 6 Julai nanti baru tahu.'

Apakah Mitos Kemiskinan Masih Boleh Dipertahankan di Kelantan Dalam PRU ke-13?

Kelantan dah tak miskin kerana rakyat ada banglo, kereta mewah

Oleh Imlan Adabi
bhnews@bharian.com.my
2012/04/09

PENERBANGAN dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu hampir menggambarkan suasana yang ada di Kelantan. Enam penumpang pesawat memakai jersi The Red Warriors. Ada pula yang berketayap dan berjubah di samping bercakap soal politik Islam.

Di Kota Bharu, poster parti politik hampir mendominasi bumi Kelantan. Lambang PAS dan Barisan Nasional (BN) bertebaran di beberapa tempat, seolah-olah musim pilihan raya umum sudah tiba.

Bagi kebanyakan rakyat Kelantan pilihan raya dan politik sebahagian daripada budaya kehidupan.

Mereka boleh berada di kedai kopi untuk beberapa jam semata-mata bercakap soal politik kepartian yang disokong. Mereka boleh bergaduh sesama sendiri semata-mata pegangan politik.

Sebelum ini pernah berlaku kes perceraian kerana kepercayaan siasah yang berbeza. Majlis ceramah dan pertemuan politik kerap dilakukan saban malam.

Jika mahu dikaitkan dengan keunikan, cara orang Kelantan berpolitik amat unik. Mereka boleh menyokong sesuatu pihak untuk tempoh tertentu dan boleh mengubah sokongan jika orang yang disokong bertindak korup dan menyeleweng.
Berbeza dengan negeri lain yang mempunyai penyokong UMNO yang setia dan pengikut PAS yang tegar.

Rakyat Kelantan tidak kekal menyokong PAS seperti juga tidak cekal bersama UMNO dan BN. Mereka hanya melihat calon terbaik untuk disokong dan boleh mengubah kerajaan negeri jika tokoh yang dipilih sebelumnya gagal melaksanakan amanah yang diberi.

Sejarah membuktikan Kelantan sudah beberapa kali menukar kerajaan negeri. Dalam pilihan raya pramerdeka pada 27 Julai 1955, parti Perikatan diberi mandat penuh, tetapi dalam pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS pula diberi mandat menerajui kerajaan apabila menang besar dengan memperoleh 28 daripada 30 kerusi dipertandingkan.

Pada pilihan raya 1978 pula, Barisan Nasional (BN) berjaya mendapat mandat kali kedua menerajui kerajaan negeri dengan PAS hanya mampu bertahan di dua kerusi, Sering dan Manek Urai.

Isu rasuah dan balak membabitkan individu PAS tertentu menyebabkan BN menguasai Kelantan.

Bagaimanapun, pada pilihan raya 21 Oktober 1990, sekali lagi orang Kelantan mengambil sikap mengubah kepemimpinan kerajaan negeri daripada BN kepada Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada PAS dan Semangat 46. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah memainkan peranan penting kerana pimpinan UMNO Pusat yang mengambil sikap anti-Kelantan mendorong PAS berkuasa selama 22 tahun hingga kini.

Faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat juga tidak terkecuali kerana kesederhanaan peribadinya.

Semangat berpolitik orang Kelantan ini jugalah menyebabkan pelbagai parti politik lahir seperti BERJASA, HAMIM, Semangat 46 dan AKIM. Tokoh politik pula lahir dengan pelbagai latar belakang menarik.

Walaupun Kelantan didominasi penduduk Melayu dengan kadar 90 peratus, sikap kenegerian tidak wujud dan mereka boleh menerima tokoh luar yang dilihat dapat mewarnai suasana politik di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Tokoh seperti Mohamad Sabu dari Pulau Pinang, Dr Daeng Sanusi Mariok (Johor), Nasharuddin Mat Isa (Negeri Sembilan), Dr Mohd Hatta Ramli (Selangor), Sallehuddin Ayub (Johor) dan Saifuddin Nasution (Kedah) melangkah masuk ke Dewan Rakyat melalui pemilihan rakyat Kelantan.

Proses ini akan berterusan apabila sikap sederhana dan relevan membenarkan hukum politik kenegerian digerakkan oleh tokoh tempatan dan luar Kelantan.

BN (UMNO) kini banyak menggerakkan jentera kempen bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Kononnya banyak gerakan anak muda menyuarakan sokongan ke arah perubahan siasah demi masa depan ekonomi dan kerjaya masing-masing.

Bagi masyarakat luar, isu kemiskinan dan projek pembangunan hampir sinonim dengan Kelantan.
Bagaimanapun, jika berada di negeri Pantai Timur itu, dakwaan itu bukan lagi isu kerana soal kemiskinan berlaku di mana-mana negeri di Malaysia.

Kelantan tetap menikmati projek pembangunan, jalan raya sempurna dan kemudahan asas seperti di negeri lain. Hanya bekalan air bersih yang masih menjadi mimpi di Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Banyak kediaman bertaraf banglo dan kereta mewah di segenap daerah di Kelantan membuktikan hakikat ekonomi tempatan. Ia bercanggah dengan isu kemiskinan yang dijaja pada peringkat Pusat.

Lebih menarik lagi apabila hampir setiap kawasan di Kelantan ada kuda. Dianggarkan jumlah keseluruhan kuda di Kelantan melebihi 1,000 ekor.

Kebanyakannya dibela masyarakat kampung untuk mereka bersukan pada waktu petang atau pada masa lapang. Kos membela kuda amat tinggi dan memerlukan ringgit yang cukup. Apakah mitos kemiskinan masih boleh dipertahankan?

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR