Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Pesanan untuk pejuang. Show all posts
Showing posts with label Pesanan untuk pejuang. Show all posts

Monday, 20 October 2014

Sedikit Demi Sedikit,Orang Islam Akan Menjadi Kafir!

 
 Gambar hiasan
Mafhum Hadith:
1. Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

2. Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah . akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah, Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."   ( H.R. Abu Daud dan Tirmizi).

3. Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah .) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah . masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-­orang yang shaleh?" Lalu Nabi . bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". (H.R. Bukhari Muslim).

4. Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah . bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi . menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud).

5. Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah . bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."  (H.R. Muslim).

6. Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah . bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan”. (Kemudian Nabi . melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah . samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." (H.R. Abu Daud).

7. Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah . bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi . menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (H.R. Hakim).

8. Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah . pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah . memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah . menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah . menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". (H.R. Bukhari Muslim).

9. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah . bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah ., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi . menjawab,  "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya". (H.R. Baihaqi).

10. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah . bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim).

11. Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah . bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (H.R. Thabrani).

12. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah , "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang dagang". (H.R. Muslim) - Wallahuaqlam.

Antara pemikir kafir yang berusaha menjadikan orang-orang Islam kembali kafir.

Snouck Hungronje (1857-1936)

Tiada yang paling hebat dan penuh dengan kajian saintifik melainkan seorang orientalis dan perisik bernama Snouck Hungronje. Snouck Hungronje dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Belanda.

Hungronje adalah seorang yang terpelajar dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Belanda dalam bidang bahasa Oriental. Hungronje sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu.

Pada tahun 1884, beliau mengerjakan haji ke Mekah dengan menyamar sebagai seorang muslim bernama Haji Abdul Ghaffar. Di Mekah, beliau gunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mengkaji dan mendalami perilaku masyarakat Islam dan hukum-hakam Islam. Ia berbeza dengan John Lewis Burckhardt yang lebih menumpukan perhatian kepada kajian topografi Mekah dan suasana kota suci tersebut.

Hasil kajian ilmiah Hungronje menghasilkan rumusan di mana tindakan kekerasan dan ketenteraan terhadap umat Islam adalah sia-sia. Adalah lebih baik melaksanakan tindakan lebih lembut untuk memusnahkan umat Islam secara halus.

Kajian daripada Snouck Hungronje berjaya diimplementasikan sekurang-kurangnya 10 tahun selepas daripada itu. Hungronje meninggal dunia pada tahun 1936 di Leiden, Belanda.

Snouck Hungronje
 ____________________________________
Beberapa individu lain turut menyumbang kepada maklumat berguna kepada masyarakat Barat adalah Giovanni Finati (Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, diterbitkan pada 1830), L. Roches (L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam, diterbitkan pada 1884), G. A. Wallin (Journal of the Royal Geographical Society, diterbitkan pada 1854), Von Maltzan (Meine Wallfahrt nach Mekka, diterbitkan pada 1913), J. F. Keane (Six Months in the Hejaz , diterbitkan pada 1887) dan Gervais Courtellemont ( Mon Voyage à la Mecque, diterbitkan pada 1896).

ABU: Bersedialah dengan program sayangi babi dan perkahwinan campuran antara agama pula selepas ini.          

Saturday, 4 October 2014

Jadilah Anak Muda Yang Berfakta Bukan Bersatu Membuat Auta Dan Dicucuk Hidung.Kebulur Sangatkah Dengan Kemenangan dan Kuasa?

Ekoran LENSA Hantar Memorandum Desak PAS Henti Cetus Ketegangan Dalam PAKATAN RAKYAT.

"Krisis dalam PR bukan hanya berlaku melalui "Langkah Kajang" . Permainan bermula sejak kejatuhan kerajaan 11 bulan PR di Perak. Apakah dan siapakah yang sebenarnya  menyebabkan YB Jamaluddin Behrang dan Rakannya meninggalkan PKR. Siapa dalang dalam PR yang cuba gulingkan MB pada ketika itu?. Kambing hitamnya UMNO dan Barisan Nasional dan noda terpalit pada sekelompok penyokong PAS yang membuat aksi di hadapan Istana.Kemelut juga pernah berlaku kepada Kerajaan PR Pulau Pinang. Masih ingatkah lagi betapa Timbalan Ketua Menteri di nasihatkan meletak jawatan untuk diadakan PRK bagi meletakkan sesorang yang lain sebagai ganti. Apa motifnya?Siapa dalangnya?Seterusnya masih ingatkah kita dengan kemelut yang melanda kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah? Siapa pencaturnya sehingga kerajaan yang dianggap stabil menjadi goyah dan hilang.Begitu juga dengan mehnah yang menimpa Tuan Guru Presiden hingga cuba diheret ke mahkamah kononnya membuat tuduhan tanpa asas. Di mana penasihat undang-undang parti ketika itu. Mengapa dibiarkan Presiden dimalukan.Awas, pencatur politik! Jangan fikir ahli,Presiden PAS dan Kepimpinan Utama "buta" tentang percaturan politik kalian". 



Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) bertarikh 30 September kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di media massa.

LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam amalan demokrasi, semak dan imbang sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Namun begitu, saya tidak pasti sama ada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak.

Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada dalam Pakatan.

Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwiparti (Pakatan) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang?

Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'.

Mengapa pula wujud double standard dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang sengaja diwujudkan ini?

Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Umno mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini.

Titah sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini.

Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan.

Bukan lembu dicucuk hidung

Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadil-adilnya.

Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan dalam Pakatan.

Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan Pakatan apabila tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Perlu diperjelaskan bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor (sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR) perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini.

Begitu juga dengan persoalan mengapa Anwar, ketika awal ‘Langkah Kajang’ dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya?

Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan Pakatan?
Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan?

Mesyuarat 17 Ogos

Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu itu.

Saya tidak pasti sama ada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos sebulat suara sepakat, yang antara lain:

“PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

“Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), dan Mohammad Azmin Ali (timbalan presiden PKR).”

Hilangnya suara anti-GST

Maka sepatutnya rakan Pakatan lain menghormati keputusan PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar menteri besar setelah Khalid bukan lagi mewakili Pakatan.

Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara PAS sebagai rakan dalam satu pakatan.

Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan dalam memilih menteri besar Selangor.

Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan sultan agar setiap ketua parti mengemukakan lebih daripada dua nama.

PAS tetap akur dengan arahan sultan kerana berpegang kepada konsensus Pakatan walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih ‘berlawan’ dengan institusi istana.

Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan ‘pecah amanah’ yang dilakukan oleh Khalid sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan menteri besar.

Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan akhbar pada 17 September lalu.

Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada Khalid tersebut adalah benar kerana ini antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor.

Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab.

Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik ‘main-main’ seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan.

Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada Pakatan seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset.

Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan 'silent protest' yang akan diluahkan di atas kertas undi menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang disebut dan mendapat perhatian.

Dalam tempoh lebih lima bulan Umno berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini Pakatan bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa.

Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa.

Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini.

Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus.

Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik.


Salam 20 sen.

AHMAD ULWAN HASSIM, 24, mahasiswa ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah.


ABU: Krisis dalam PR bukan hanya berlaku melalui "Langkah Kajang" . Permainan bermula sejak kejatuhan kerajaan 11 bulan PR di Perak. Apakah dan siapakah yang sebenarnya  menyebabkan YB Jamaluddin Behrang dan Rakannya meninggalkan PKR. Siapa dalang dalam PR yang cuba gulingkan MB pada ketika itu?. Kambing hitamnya UMNO dan Barisan Nasional sedangkan UMNO dan BN hanya mengambil kesempatan daripada peluang yang dicipta oleh pencatur-pencatur dalam kalangan PR sendiri.Noda juga terpalit pada sekelompok penyokong PAS yang membuat aksi di hadapan Istana negeri Perak.Kemelut juga tercetus kepada Kerajaan PR Pulau Pinang. Masih ingatkah lagi betapa Timbalan Ketua Menteri di nasihatkan meletak jawatan untuk diadakan PRK bagi meletakkan sesorang yang lain sebagai ganti. Apa motifnya?Siapa dalangnya?Seterusnya masih ingatkah kita dengan kemelut yang melanda kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah? Siapa pencaturnya sehingga kerajaan yang dianggap stabil menjadi goyah dan hilang.Begitu juga dengan mehnah yang menimpa Tuan Guru Presiden hingga cuba diheret ke mahkamah kononnya membuat tuduhan tanpa asas. Di mana penasihat undang-undang parti ketika itu. Mengapa dibiarkan Presiden dimalukan.Awas, pencatur politik! Jangan fikir ahli,Presiden PAS dan Kepimpinan Utama "buta" tentang percaturan politik kalian.Kebulur sangatkah dengan kemengan dan kuasa tanpa kenal kawan dan lawan?PAS adalah satu-satunya parti yang tidak "beriman" kepada demokrasi.Ada kalanya kita "terpaksa memperlahankan" kemaraan.

Wednesday, 24 September 2014

Khalifah (pemimpin) Perlu Tegas

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah. 

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." 

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." 

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku." 

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan." 

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat." 

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi. 

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum." 

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat." 

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti." 

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati." 

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia." 

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya. 

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

Sumber :  Cahaya Matahati

Monday, 15 September 2014

Jika Rasa Diri Tidak Mampu Lakukan Begini Jangan Ada Hati Menentang Kepimpinan Ulamak

Nik Aziz hafal kitab Matan Alfiah ketika usia 8 tahun - TGSBA

DINSMAN | .
SAYA sudah bicarakan buku “Tok Guru – Sebuah Biografi Awal” (TGSBA) di tempat lain. Di Pesta Buku Selangor, SACC Shah Alam, 4 September (bersama Dr Shaharir Mohd Zain dan Lim Hong Siang), dan di dalam Malaysian Insider. Jadi tak perlu saya ulangi lagi di sini, kecuali satu bahagian di dalamnya yang saya sangat teruja dengannya.

Kisah Nik Mat Alim, atau nama sebenarnya Raja Muhammad Raja Banjar, iaitu ayah kepada Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan 1990-2013. Kenapa saya sangat teruja dengan kisah Nik Mat Alim seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah Ahmad dalam bukunya yang diterbitkan oleh Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) itu?

Cara bagaimana Nik Mat Alim mendidik anak-anaknya. Itu yang membuatkan saya jadi teruja. Maklumat yang dibentangkan oleh Habibul Izzah mengenai perkara itu, bagi saya, sudah cukup untuk memberi nilai yang tinggi kepada bukunya. Pedulikanlah soal dia memasukkan unsur-unsur lagenda, mitos dan dongeng dalam penceritaannya. Dan pedulikanlah juga beberapa kesilapan fakta sejarah yang terdapat dalam buku itu.

Yang pentingnya ialah kisah bagaimana Nik Mat Alim mendidik anak-anaknya itu, khasnya bagaimana dia mendidik Nik Aziz itu sendiri, sehingga Nik Aziz menjadi Tok Guru Nik Aziz seperti yang kita kenalinya hari ini.

Apakah Tok Guru Nik Aziz tidak akan menjadi Tok Guru Nik Aziz seperti yang kita kenali itu sekiranya Nik Mat Alim tidak mendidiknya seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah di dalam bukunya TGSBA itu?

Ya, bagi saya jawapannya: Ya, TG Nik Aziz tak akan jadi seperti dirinya yang kita kenali itu sekiranya ayahnya Nik Mat Alim tidak mendidiknya seperti yang dia telah lakukan sejak anaknya itu dilahirkan pada tahun 1931, hinggalah dia dihantar ke India untuk belajar di Darul Ulum, Deoband, ketika berumur 21 tahun.

Namun apa pun, telah ditaqdirkan oleh Allah SWT begitu, maka begitulah. Dan demikianlah yang telah terjadi, seorang kanak-kanak yang tidak pernah masuk ke mana-mana sekolah kebangsaan atau sekolah rendah, dan jauh sekalilah memasuki Tadika, dan tidak pernah juga menjejakkan kakinya ke mana-mana sekolah menengah – akhirnya berjaya mendapat ijazah Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum pulang ke tanahair pada Februari 1962.

Dan pada tahun 1967 menjadi Ahli Parlimen Malaysia, melalui pilihan raya kecil Kelantan Hilir, dan pada tahun 1990 menjadi Menteri Besar Kelantan.

Mengikut buku Habibul Izzah, dan juga buku “Peribadi Tuan Guru” oleh Hussain Yaakub (1992), Nik Aziz tidak pernah melibatkan diri dengan mana-mana persatuan pelajar atau aktif dalam apa-apa aktiviti pelajar sewaktu di Universiti Al-Azhar mahupun di Deoband, India.

Maka di manakah anak muda ini mendapat latihan kepemimpinan atau pengalaman berorganisasi, maka dia tiba-tiba berjaya memimpin sebuah masyarakat sebagai Menteri Besar selama 23 tahun, dengan membuktikan banyak kejayaan yang penting bukan sahaja untuk masyarakat di Malaysia bahkan boleh diteladani oleh ummah di seluruh dunia?

Dan dia masih diperlukan oleh jemaah PAS di Malaysia untuk memimpin parti politik itu, sebagai Mursyidul Am, walaupun umurnya sudah 83 tahun.

Saya tidak mengatakan bahawa Nik Mat Alim itu bertanggungjawab ke atas kejayaan TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Itu adalah kejayaan peribadi TG Nik Aziz sendiri. Tetapi didikan yang diperolehnya sewaktu dia kanak-kanak dan remaja, yang membentuk keperibadiannya, adalah hasil yang dilakukan oleh Nik Mat Alim itu.

Pengarang telah membuat kajian dan penyelidikan yang cukup teliti, selama sejak dia di universiti lagi, tahun 1996. Buku ini asalnya kajian ilmiah peringkat Sarjana Mudanya di Universiti Malaya. Pernah tergendala sekejap kajian itu, kemudian disambung semula, dan baru tahun ini, awal 2014, diterbitkan.

Tumpuannya menceritakan agak terperinci mengenai Nik Mat Alim itu, hingga boleh dikatakan buku ini sebenarnya ialah biografi awal Nik Aziz dan juga biografi Nik Mat Alim – seorang yang alim dan sangat tegas dalam melaksanakan ibadah dan dalam mendidik anak-anaknya menunaikan perintah beribadat.

Misalnya dia memastikan anak-anaknya bangun seawal jam 3 pagi (mengikut Hussain Yaakub jam 4 pagi) untuk bertahajud, membaca Quran dan ibadah-ibadah lain, dan tidak tidur lagi hingga siang. Semua anak-anaknya, walau masih kecil. Dan selepas Subuh anak-anak itu diajaknya pula berkebun.

Nik Aziz ialah produk sekolah pondok. Dan sebelum ke pondok, rumahnya adalah sekolahnya, dan Nik Mat Alim adalah guru pertamanya (di samping Mek Aminah, ibunya, yang mengajar anak-anaknya menulis dan membaca tulisan jawi). Dan guru pertama ini bukan sahaja mengajar hal-hal biasa seperti yang biasa diajar oleh kebanyakan ayah, tetapi dia menjadi guru yang lebih daripada itu.

Kata Izzah, “Apabila usia Nik Aziz 7 tahun, Nik Aziz telah mula berjinak-jinak menghafal kitab-kitab nahu dan saraf, termasuk kitab Matan Alfiah” – iaitu kitab nahu bahasa Arab yang menjadi bacaan wajib di sekolah pondok. Ia dikatakan kitab yang sukar dipelajari – mengandungi 1000 bait syair. Nik Aziz menghafal kitab ini sewaktu berusia 8 tahun.

Anda kena baca buku ini, kalau ingin mengetahui yang selebihnya. Saya tak mungkin menceritakan lebih daripada ini. Dan saya juga ingin mencadangkan kepada IPTG supaya buat sesuatu untuk mencungkil lagi bagi mengetahui kaedah pendidikan Nik Mat Alim itu.

Istimewanya buku ini, Izzah tidak membeberkan teori mengenai pendidikan cara Islam, tetapi dia menceritakan terus pelaksanaannya oleh seseorang, dan membuktikan keberkesanan kaedah yang digunakannya itu. Hingga apabila mendengar seorang pendakwah sedang menyampaikan tazkirah, saya terfikir begini:

Cubalah kalau pendakwah kita tidak usah banyak sangat bersyarah dan berceramah di sana-sini, tetapi masing-masing melaksanakan didikan seperti yang dilaksanakan oleh Nik Mat Alim itu kepada keluarga masing-masing. Tentulah kita akan mendapat suatu ummah yang sangat berjaya.

Kenapa saya katakan demikian? Ialah kerana didikan oleh Nik Mat Alim itu tidak sama dengan didikan yang dilakukan oleh orang lain. Ketegasannya dan disiplin ketat yang dikenakan ke atas anak-anaknya dalam melaksanakan perintah Allah, seperti yang diceritakan oleh Habibul Izzah itu, adalah sesuatu yang ketara dan jelas berbeza.  – HARAKAHDAILY 11/9/2014.
 
ABU: Ulamak tetap teratas dalam kepimpinan.

Sunday, 17 August 2014

Kemelut Politik Selangor:Khalid Terima Keputusan dan Akhirnya Kita Tahu Siapa "Musuh" Sebenar

Abdul Khalid terima keputusan Pas dengan hati terbuka

17/08/2014 3:32pm

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan parti Pas berkenaan status Menteri Besar dengan hati yang terbuka.

Menurut Abdul Khalid, dengan perkembangan terbaharu itu, beliau akan memohon untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga Sultan Selangor membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor bersama empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari Pas.

"Saya akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.


LANTAK KORANG LA PKR. - http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Adakah Ahli Akar Umbi PKR Tahu...!!!!


Dibawah ini gua panjangkan ulasan yang dikeluarkan oleh Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor tentang kedekutnya TSKI terhadap parti yang beliau dokong. Adakah kerana gila kuasa sesetengah pemimpin tertinggi PKR yang sekarang menjaja akan keburukan TSKI bagaikan tiada langsung jasanya pada parti. Ini ler perangai yang dok kejar jawatan dan kemewahan, hanya kebangsatan sahaja dimiliki oleh TSKI. So... yang dok hentamnya siang malam, berapa banyak pula jasa mereka pada parti. Gua rasa tanpa sokongan kewangan dari TSKI mungkin PKR akan lebih berjaya selepas ini kerana majoriti pemimpin-pemimpinnya tahi hidung masin. Jangan kata nak hulur, yang ada dalam poket lu pun mereka nak rembat.... Sendiri baca ler buat ahli bawahan./GANR
 
Bukan hendak buka AIB tapi inilah hakikat.. Semoga Allah sentiasa merahmati YB Tan Sri Khalid Ibrahim..

6 sebab mengapa PKR perlu kekalkan TSKI sbg MB Selangor.

1) Hal melibatkan PKR sendiri, yg patut DSAI ingat jasanya wahai Datuk Seri! TSKI telah berjaya menyelamatkan premis HQ PKR dari dilelong oleh pihak bank, yg mana PKR telah menandatangani perjanjian sewaan bangunan 5 tingkat Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dgn bayaran sewaan bulanan sebanyak RM 20,000 sebulan. Namun begitu, tunggakan yg mencecah setinggi RM 600,000 setakat Jun 2011, pihak Affin Bank bertindak untuk melelong bangunan itu. Maka dtglah seorang hamba Allah yg juga ahli seumur hidup PKR memberi SUMBANGAN PERIBADI bg menyelamatkan HQ PKR itu dari dilelong sbyk RM 4,600,000.00 dan membolehkan PKR mebeli dan memiliki bangunan itu. Hamba Allah itu adalah TSKI!!!

2) Masalah yg dihadapi oleh PKR ini adalah tidak reti urus tadbir kewangan parti sehingga sekali lg bangunan HQ PKR hendak dilelong. Kali ini melibatkan HQ PKR Selangor sendiri, negeri yg DSAI nak cuba nasib jd MB tu...bangunan itu telah disita akibat gagal membayar sewaan bulanan sehingga tertunggak berbulan lamanya. Tanpa ramai manusia tahu sama ada org PKR malah jauh sekali YB Hanifa Mydin nak tahu...sekali lg muncul manusia yg org gelar dgn gelaran 'gagap' itu utk membantu dgn kos SENDIRI hasil dari titik peluhnya mencari rezeki utk keluarga tp yg dibantunya adalah utk parti kesayangannya walaupun partinya nk jatuhkanya! Adakah YB Khalid Samad tahu??? Tentu tahu tp diamkan shj.

3) TSKI juga dlm diam dan tanpa diketahui umum malah ahli PKR sendiri jauh sekali Rafizi Ramli nak ambil kisah...beliaulah yg membantu membayar saman, kos guaman serta makan minum para demonstran serta pimpinan PR yg ditahan pihak berkuasa!

4) Dalam menghadapi PRU ke-12 dan ke-13 serta PRK Sabah, Sarawak serta Semenanjung yg ditandingi PKR sejak 2008, tanpa kita ketahui kebanyakan duit poket utk gerak kerja PKR dlm siri pilihanraya tersebut yg hampir mencecah RM 6 juta dtgnya adalah dari insan yg bernama KHALID IBRAHIM bkn Anwar Ibrahim! Beliau guna wangnya sendiri bg menampung perbelanjaan pilihanraya utk parti yg sdg membunuh karakternya sbg MB yg cemerlang dek kerana nafsu gelora seorang mahkluk Allah utk berkuasa!

5) Tanpa PKR memberitahu kpd ahli mahupun umum tentang kos perbelanjaan bg mengadakan Mesyuarat Agong serta Kongres PKR sejak 2006 hingga 2013, kita tidak akan tahu bahawa SUMBANGAN PERIBADI TSKI shj utk program itu adalah sbyk RM 1.5 juta bro!!! Termasuk juga kos bg mengadakan Konvensyen PR peringkat nasional dan Selangor. Adakah YB Tony Pua tahu hal ini?? Belum tentu tahukan...

6) Dan terakhirnya, sumbangan peribadi beliau yg amat bermakna dan menjadi kegilaan serta kebanggan PKR dan PR tentu kita tidak lupa iaitu BAS serta TRELER Jelajah Rakyat! Sejumlah RM 600 ribu telah disumbangkan beliau bg tujuan pengubahsuaian dan kemudahan dan tidak termasuk kos selenggara kenderaan itu. Persoalan: Di manakah kenderaan "transformers" itu sekarang??

Beliau pernah berkata " Jangan ambil kira pemberian sy kerana PKR beri lebih byk daripada itu, bkn harta tetapi peluang utk sy menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin oleh org yg amanah dan bertanggungjawab!

Kalau diambil kira, itu tidak berapa ikhlas. Habislah pahala sy. Biar Allah yg tentukan ganjaran. Sebab itu sy minta sumbangan sy itu tidak diambil kira. Itu kira hangus shj". Katanya dlm membuat pengumuman bertanding jwtn Timb. Presiden PKR.

Walaupun beliau sering dilabel sbg "kedekut" tp dgn sedikit nukilan sy di ats dpt membuka mata dan minda rakyat Selangor utk tahu apa yg perlu dikedekutkan dan apa yg perlu diberi infaq.

Kerana belum tentu semua MB atau pemimpin sanggup berhabis jutaan ringgit utk partinya jika dia tahu partinya sendiri tikam belakangnya!!!

Tetapi itulah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Moga Selangor terus maju, makmur, aman dlm naungan Allah s.w.t.

Lt(B) Kamaruzaman Ahmad Nor
Saujana Rawang, Selangor

DULU AKU KAU PUJA, DULU AKU SANG JUARA, YANG SELALU ENGKAU PUJA...KINI RODA SUDAH BERPUTAR... - http://naimnikmat.blogspot.com/


Ketahuilah saudara & saudari inilah politik...


ABU: Begitu juga blogger dari kalangan kawan atau lawan, lagak penulisannya seperti tidak ada fikrah, dosa atau pahala. Menghentam tanpa peduli. Akhirnya kita insaf. "Berkawanlah dengan sahabat-sahabatmu itu berpada-pada, mungkin sahabat-sahabatmu itu akan menjadi musuhmu pada suatu hari nanti dan bermusuhlah dengan musuh-musuhmu itu berpada-pada, mungkin musuh-musuhmu itu akan menjadi sahabatmu yang paling baik dan setia pada suatu hari nanti....." Wallahuaqlam.

"Pertahankan kepimpinan ulamak sesungguhnya ulamak adalah manusia yang paling dekat dan yang paling takut dengan Tuhan mereka"

Jangan Gopoh Untuk Melihat Kejayaan Tarbiah.

Ustaz Idris Hj Ahmad
15/5/14

Kena sabar sebagai orang yang buat kerja tarbiah. Tidak ada jalan pintas untuk melihat hasil tarbiah. Benar seperti pepatah Arab "Sabar ikut seperti Nabi Ayub A.S, panjang umur perjuangan ikut Nabi Nuh A.S".

Ada yang berjaya, ada yang gugur di pertengahan jalan. Paling malang gugur bersama dengan musuh. Golongan inilah yang paling merbahaya kerana mereka memahami selok belok di dalam jamaah. Mereka mengetahui strategi jamaah, lebih lebih lagi jika mereka di ranking yang tertinggi di dalam parti. Tetapi InsyaAllah, jamaah tetap akan terpelihara. Mereka yang kianat pula tidak bahagia di dunia lagi, di akhirat Allah yang tentukan.

Kita jangan gopoh untuk melihat kejayaan tarbiah. tarbiah ialah bina manusia, bukan bina bangunan. Bina bangunan mudah kerana ia kaku, tidak berfikir dan bergerak, berlainan dengan manusia ia boleh bergerak dan berfikir sepanjang masa. Benarlah kata Saidina Umar " Didiklah anak kamu sesuai dengan zaman nya, bukan zaman kamu". Begitulah juga di dalam nizam tarbiah Pas yang bersifat anjal dan teguh (tawabit dan mutagayyirat). Sebab itu Pas sentiasa evergreen dalam semua keadaan. Strategi yang diatur tidak pernah membelakangkan Syariat.

Perkara asas iaitu mengenai akidah, syariat dan akhlak . Ini merupakan perkara abjadiat (maratib) di dalam sistem tarbiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. Tidak betul di dalam sistem tarbiah, jika daripada awal orang mengenali Pas terus diperkenalkan Tahaluf Siasi, sedangkan perkara asas ia tidak faham dalam diri dia. Jika ini berlaku ia merupakan satu penyelewingan di dalam sistem tarbiah. Mereka ini akan membuat masalah di dalam parti, kerana mereka tidak faham mengenai asas keperluan di dalam sebuah jamaah. Orang seperti ini bahaya kerana mudah kecewa bila ia hanya memikirkan perjuangan ini dari sudut politik semata-semata, bukan sebagai satu tanggungjawab. Ia akan gugur di pertengahan jalan kerana nafasnya tidak panjang.

Menguruskan tarbiah di era langit terbuka bukan suatu perkara yang mudah. Kadang -kadang manhaj yang Pas berikan diketepikan begitu sahaja. Malahan ada yang menolak unsur-unsur asas di dalam tarbiah seperti wala' dan thiqah. Paling bahaya ada yang menganggap wala' adalah candu yang wajib dihindari. Pada mereka Pas tidak maju, jika masih didoktrin dengan konsep ini. Begitu juga dengan anggapan bahawa tidak perlu berjuang bersama jamaah. Mereka menggunakan logik untuk menolak hujah bahawa wajib bersama dengan jamaah.

Hadis Nabi SAW "Wajib atas kamu berjamaah, jamaah adalah rahmat, berpecah merupakan mala petaka". Ini semua hujah tidak dipakai oleh golongan ini.

Mereka mendakwa pemikiran akan terkongkong dan tidak bebas apabila bersama jamaah. Pada hal mereka yang menganggap tidak perlu berjamaah, sebenarnya tetap juga berjamaah, iaitu "jamaah yang tidak mahu berjamaah". Semuanya menjadi cabaran dan memerlukan kepada kebijaksanaan dalam menguruskan tarbiah.

Walau bagaimana cabaran untuk melihat hasil tarbiah sukar dan payah. Namun usaha mesti diteruskan, walau pun setinggi mana ombak yang menghalang perjalanan. Tidak ada kamus kecewa dan putus asa bagi rijal dakwah dan rijal tabiah. Allah marah mereka yang bersikap putus asa di dalam amal, lebih-lebih lagi di dalam amal Islami.

Kita mesti yakin rahmat Allah bersama dengan daya usaha yang kita curahkan. Kejayaan atau kegagalan bukan urusan kita. Allah tidak persoal tentang kejayaan atau kegagalan, yang ditanya ialah usaha dan kerja buat kita. Allah membantu usaha baik kita.

Yakinlah usaha baik ini akan memperolehi kejayaan. Buktinya masyarakat sudah boleh menerima Syariat Allah. Walau pun suatu ketika dahulu isu ini dianggap dagang. Alhamdulillah semuanya masyarakat sudah mula berbicara mengenai syariat Allah. Kata-kata nista dan keji tidak lagi kedengaran, cuma ada suara-suara sumbang dari kalangan mereka yang istiqamah tidak mahu menerima syariat Allah. Golongan ini kita serahkan kepada Allah untuk memberi hidayah.

ABU: Musuh utama kita ialah apabila berasa diri terlebih pandai dan bijak....
 

Thursday, 14 August 2014

“Wahai Uthman sekiranya ALLAH pakaikan kamu baju dan orang munafik pula mahu kamu menanggalkannya, maka janganlah kamu menanggalkannya hingga kamu bertemu denganku.”

Sebelum Rasulullah wafat, baginda pernah memberitahu satu perkara kepada Uthman, Rasulullah berkata: “wahai Uthman sekiranya ALLAH pakaikan kamu baju dan orang munafik pula mahu kamu menanggalkannya, maka janganlah kamu menanggalkannya hingga kamu bertemu denganku.” Baju yang dimaksudkan Rasulullah adalah jawatan khalifah yang disandang oleh Uthman.
Setelah beberapa ketika puak penentang mengepung rumah Khalifah. Datang Abdullah bin Sabak menjalankan tugasannya dengan mengobarkan api permusuhan.
“Tidak lama lagi pasukan tentera dari Syam dan Damsyik akan sampai ke Madinah. Kerana itu kita mesti selesaikan masalah ini dengan segera,” katanya.
“Apa yang patut kita lakukan?” kata salah seorang daripada puak penentang.
“Tidak ada jalan lain bagi menyelesaikan masalah ini selain kematian lelaki itu. Keadaan kita semakin tertekan dan satu-satunya jalan penyelesaiannya adalah membunuh Uthman Affan,” jawab Abdullah bin Sabak sambil mengatakan apabila tentera bantuan sampai ke Madinah, orang ramai akan bergabung dengan tentera bagi menentang pasukan pemberontak.
Ramai dari puak pemberontak terpengaruh dengan kata-kata Abdullah. Akibat takut menghadapi jumlah tentera yang ramai lalu mereka nekad membuat serbuan ke rumah Khalifah. Maka berlakulah pertempuran antara puak pemberontak dan pengawal Khalifah.
Dalam kekalutan pertempuran itu, salah seorang pemberontak berjaya masuk ke dalam rumah lalu mendapatkan Khalifah Uthman yang sedang membaca Quran. Semasa itu beliau ditemani oleh isterinya Na’ilah. Tetapi lelaki itu tidak tahu perempuan itu isteri Khalifah Uthman. Dia teragak-agak untuk membunuh Khalifah.
“Sebelum saya bunuh kamu, berseronoklah dahulu dengan perempuan itu,” kata lelaki itu kerana dia masih teragak-agak hendak membunuh Uthman.
“Celaka kamu!” sumpah Khalifah Uthman. “Sebelum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam, aku tidak pernah berseronok dengan perempuan selain isteriku. Dan tangan kanan aku ini tidak pernah aku gunakan bagi memegang kemaluanku sejak bersalaman dengan Rasulullah. Aku juga tidak membuka pakaian perempuan yang dimuliakan Tuhan di hadapan kamu. Aku tetap dengan peganganku hingga Tuhan menempatkan aku daripada kalangan ahli-ahli syurga.”
Lelaki itu terpegun apabila mendengar kata-kata Khalifah Uthman. Dia segera beredar dari situ lalu keluar mendapatkan kawan-kawannya.
“Kamu sudah dapat masuk ke dalam rumah itu. Apa yang sudah kamu lakukan?” tanya salah seorang kawannya.
“Demi Tuhan, saya tidak sampai hati membunuh Khalifah Uthman Affan,” jawab lelaki itu lalu terus meninggalkan tempat itu.
Kemudian datang pula seorang lelaki Quraisy. Dia berjaya merempuh masuk ke dalam rumah lalu mendapatkan Khalifah Uthman Affan.
“Hei Uthman, aku akan bunuh kamu!” teriak lelaki itu sambil menghunus pedangnya.
“Demi Tuhan, kamu tidak akan membunuhku,” balas Khalifah Uthman.
“Mengapa pula?” tanya lelaki Quraisy itu.
“Saya kenal kamu daripada keturunan Quraisy. Bukankah Nabi Muhammad pernah berdoa supaya dosa-dosa kamu diampunkan? Kerana itu saya yakin kamu tidak menumpahkan darahku,” jawab Khalifah Uthman.
Lelaki Quraisy itu terpegun mendengar jawapan itu. Kemudian dia segera beredar dari situ lalu mendapatkan kawan-kawannya yang menunggu di luar.
“Apa yang sudah kamu lakukan?” tanya salah seoran kawannya.
“Demi Tuhan, lelaki yang kita benci itu seorang yang baik. Saya tidak sampai hati membunuhnya,” jawab lelaki Quraisy itu.
Kemudian dia beredar dari situ. Orang ramai juga turut beredar tidak lama kemudian. Pada masa yang sama Khalifah Uthman menyuruh pemuda-pemuda yang mengawal rumahnya pulang ke rumah masing-masing. Apabila melihat orang ramai beredar maka al-Ghafiqi juga turut beredar meninggalkan rumah Khalifah. Tetapi kemudiannya dia mengajak Qutairah dan Sudan bin Humran berpatah semula.
“Kita tidak selamat selagi lelaki itu belum mati,” kata al-Ghafiqi.
“Saya juga bersama kamu,” kata Muhammad bin Abu bakar pula.
“Kamu masuk dari pintu belakang. Kami masuk dari pintu depan,” arah al-Ghafiqi
Pada masa itu Khalifah Uthman sedang membaca Quran, Surah Ali Imran ayat 173 yang bermaksud, “Mereka yang (mentaati Allah dan Rasul-Nya) apabila ada orang berkata, sesungguhnya manusia sudah mengumpulkan pasukan bagi menyerang kamu, kerana itu takutlah pada mereka. Maka kata-kata itu sudah menambah keimanan mereka lalu menjawab, cukuplah ALLAH menjadi pelindung kami dan ALLAH adalah sebaik-baik pelindung.”
Muhammad bin Abu Bakar berjaya masuk dengan memanjat dinding belakang rumah. Al-Ghafiqi pula merempuh masuk dari pintu depan. Muhammad segera mendapatkan Khalifah Uthman lalu menarik janggutnya.
“Demi Tuhan, sekiranya ayah kamu melihat perlakuan kamu pada aku ini dia tidak reda,” kata Khalifah Uthman.
Muhammad segera melepaskan pegangannya. Dia berasa amat kesal lalu memohon maaf. Tidak lama kemudian datang pula al-Ghafiqi, Qutairah, dan Sudan bin Humran.
“Bunuh lelaki ini!” teriak al-Ghafiqi
Sudan menghunus pedang lalu menetak badan Khalifah Uthman. Isteri beliau cuba menahan dengan tangannya tetapi mata pedang yang tajam berkilat itu sudah memutuskan jari-jari Na’ilah sebelum singgah di badan suaminya. Kemudian salah seorang daripada pemberontak tersebut terus menetak Khalifah Uthman hingga beliau meninggal dunia di situ juga. Darahnya terpercik lalu mengenai mashaf yang sedang dibacanya.
Selepas Khalifah Uthman syahid, puak pemberontak masih belum berpuas hati. Mereka menggeledah rumah itu lalu mengambil barang-barang yang berharga. Salah seorang penentang bernama Khultum bin Tujaib masuk ke sebuah bilik lalu ternampak anak lelaki Khalifah Uthman yang masih kecil. Tanpa membuang masa, Khultum membunuh budak itu.
Selepas mengambil segera harta yang ditinggalkan oleh Khalifah Uthman, puak pemberontak pergi ke Baitulmal. Penjaganya terpaksa lari menyelamatkan diri. Puak pemberontak mengambil harta Baitulmal pula.
Kerana puak pemberontak masih berkeliaran di Madinah, maka orang ramai tidak berani datang ke rumah Khalifah Uthman. Jenazah beliau diuruskan oleh Hakim bin Hizam bersama 12 rakannya. Selepas dikafan dan disembahyangkan maka jenazah itu dikebumikan pada malam itu juga selepas solat Maghrib.    
Benarlah kata-kata ALLAH di dalam Quran,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang seorang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan kamu yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu.”
(Surah al-Hujuraat: 6)

* Hanya untuk teladan tiada kaitan dengan isu semasa.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR