Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Politik Dunia. Show all posts
Showing posts with label Politik Dunia. Show all posts

Sunday, 20 July 2014

Pertempuran di Ghaza, 13 Lagi Tentera Israil Terbunuh, MH17 Pihak Pemberontak Sudah Hubungi Pakar Malaysia

BAITULMAQDIS 21 Julai - Seramai 13 anggota tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza semalam, ketika melakukan serangan darat.

Jurucakap tentera berkata, setakat ini angka kematian anggota tenteranya di Gaza adalah seramai 18 orang.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 425 orang penduduk Palestin terkorban dalam serangan Israel yang sudah berlarutan selama dua minggu dengan menyaksikan lebih 3,000 orang cedera.


MH17: Ketua pemberontak alih mayat kerana rasa kemanusiaan, sudah hubungi pakar Msia

DONETSK: Ketua pemberontak, Alexander Borodai tampil dalam satu sidang media mengesahkan sudah menghubungi 12 pakar dari Malaysia.

Kesemua mereka akan ke Donetsk untuk pengurusan mayat mangsa nahas MH17.

Borodai dalam sidang media ini menghuraikan beberapa perkara berbangkit.

Pertama, mengenai pengurusan mangsa nahas serta akses ke lokasi kejadian.

Selain itu, ketua puak pemisah pro Rusia ini mengesahkan mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

Borodai turut mengulas mengenai kotak hitam MH17.

Beliau mengesahkan kotak hitam berada dalam simpanan kumpulannya dan hanya akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.

Sementara pihak kerajaan Russia mahu Ukraine jawab 10 soalan mengenai tragedi ini dalam episod tuduh menuduh sesama mereka lapor RT News.

112 kanak kanak mangsa terbaru Israel

mymetro

Berita terkini GAZA: Ahli Persatuan Turki Eropah Demokratik Austria (UETD) memegang sepanduk tertera gambar kanak-kanak yang menjadi korban Israel, di Vienna, Austria. FOTO EPA / Reuters.

Gaza City (Wilayah Palestin): Angka korban serangan Israel ke atas Gaza pada Ahad, 20 Julai, kini mencecah 97 nyawa, yang membawa kepada jumlah keseluruhan terbunuh kini kepada 435, sejakJulai lalu.
Gaza kids
Menurut kenyataan jurucakap kecemasan, Ashraf al-Qudra, kebanyakan penduduk terkorban di Shejaiya dan Gaza City selain sempadan Israel.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 62 daripada 97 penduduk Palestin terbunuh di tempat kejadian berikutan serangan semalaman yang dilancar Israel, pada Ahad 20 Julai.

Ashraf berkata, sekurang-kurangnya 250 penduduk Palestin cedera yang membawa kepada jumlah keseluruhan kepada lebih 3,000 orang sepanjang 13 hari diserang tentera Israel.

“Daripada 435 orang yang terkorban, lebih daripada separuh terdiri daripada wanita dan kanak-kanak,” kata Qudra, merujuk kepada 112 mangsa korban adalah kanak-kanak, 41 wanita manakala baki 25 warga emas.

Menurutnya, tiga belas tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dalam kawasan peperangan.

“Angka itu menyumbang kepada jumlah keseluruhan tentera Israel yang terbunuh kepada 18 orang manakala lebih sedozen cedera. Dua orang awam Israel turut terbunuh,” katanya. – AFP / FOTO EPA / Laporan ihsan  myMetro - Malaysianreview.com.

Seluruh dunia menzahirkan kebencian terhadap kezaliman zionis terhadap rakyat Palestine, raja Sweden juga tidak ketinggalan.Baginda turun bersama-sama rakyatnya berdemontrasi membantah keganasan Israil.
King of Sweden and his wife joins demonstrators protesting the barbaric aggression against Gaza people.

King of Sweden and his wife in a Palestine protest. He can stand up for Palestine but the Muslim leaders are deaf.

Wednesday, 16 July 2014

Lapangan terbang Tripoli dibom


 
Bangkai trak dan pesawat musnah selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli diserang kumpulan bersenjata

TRIPOLI - LIBYA. Hampir 90 peratus pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli musnah dibom dalam kejadian yang dipercayai didalangi Sel Operasi Revolusioner Libya (OCLR), menurut jurucakap kerajaan Libya, semalam.

Ahmed Lamine bagaimanapun berkata, jumlah sebenar pesawat yang musnah dalam serangan itu masih belum dapat dipastikan berikutan lapangan terbang tersebut berfungsi sebagai hab utama bagi pengangkutan di Libya.

"Kerajaan telah mengkaji kemungkinan untuk membawa pasukan antarabangsa bagi meningkatkan keselamatan di negara ini,"katanya dipetik Al Arabiya

Kelmarin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memanggil pulang kakitangannya dari negara itu buat sementara waktu berikutan keadaan keselamatan semakin merosot selepas pertempuran sengit antara militia Zintan dan kumpulan penentang tercetus di sekitar
lapangan terbang terbabit.

Sejak pertempuran tercetus Ahad lalu, sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh manakala lebih 11 lagi cedera dan kini dirawat di hospital al-Zahraa yang terletak kira-kira 15 kilometer dari lapangan terbang.

Tripoli berdepan keganasan sejak penyingkiran Muammar Gaddafi pada 2011.- SINAR 16 Julai 2014.

ABU: Dua perkara bodoh yang kalau boleh tidak mahu disentuh dalam blog ini, isu paksaan Perletakan Jawatan Menteri Besar Selangor dan cerita wanita samseng yang menghentak kereta warga tua yang melanggar keretanya. Rasa macam nak bagi penerajang jer....

Friday, 11 July 2014

Qunut Nazilah : يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين,اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim Zionis laknatullah.Jauhilah keburukan dan hindari diri,keluarga dan tanah air mereka dari segala bala yang tidak berkesudahan.Tiada sesiapa yang dapat menolong melainkan Engkau Tuhan yang Maha Perkasa.Namun jika itu keputusan Engkau ya Allah untuk mengurniakan Syahid kepada hamba-hambaMu yang terpilih, maka Engkau pilihlah kami juga dengan apacara sekalipun agar turut menjadi sebahagian daripada SyuhadakMu. Amin Ya Rabbal Alamin.- Admin

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.

Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara bacaan Qunut Nazilah

Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT. Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".(Hadis riwayat Imam Bukhari) Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir. 
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

Lafaz doa qunut nazilah

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين فى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah, Muliakan Islam dan orang Islam. Ya Allah, Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah,Berilah pertolongan kepada saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin serta golongan yang lemah pada setiap tempat dan ketika.
 

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين, اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah, Binasakan musuh kamu, Musuh agamaMu. Ya Allah, Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah, Sesungguhnya kami serahkan leher-leher musuh kami  kepada Mu dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, Cerai beraikan pertubuhan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang Maha Gagah, Wahai Tuhan yang Maha Keras, Wahai Tuhan yang Maha Membalas, Ya Allah, Tuhan Sekelian Alam.

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi dan sekutu-sekutunya, tolonglah kami! 
 


اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu. 


اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! kurniakanlah kepada kami Syahid pada jalanMu. Ya Allah! Berikan kepada kami kebaikan di dunia  dan di akhirat.Selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Raisyyah Rania luah rasa ingin ke Gaza

Felixia Yeap @ Raisyyah Rania luah rasa ingin ke Gaza. Hari ini merupakan hari keempat tentera udara Israel menghantar bedilan bertubi-tubi kepada rakyat Gaza. Malah, menurut laporan akhbar hari ini, angka kematian sudahpun mencecah 83 orang.

Sedih dan amat meruntun jiwa bila menyaksikan video dan foto-foto yang tersebar di laman sosial. Keperitan tersebut turut dirasai oleh barisan selebriti tanah air termasuklah Raisyyah Rania atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Felixia Yeap.
Rania dalam blog peribadinya telah menulis sebuah nukilan hati mengenai penderitaan yang ditanggung oleh saudara Islam di Gaza.
Melalui tulisannya yang berjudul ‘Biarlah Palestin Menang!’ ini, Rania seolah-olah berperang dengan hati dan perasaannya dan turut meluahkan hasrat untuk ke Gaza demi membantu mereka disana.
Lebih menyentuh hati kami apabila Rania turut meluahkan dia rela syahid disana jika itu adalah janji Allah buat perjalanan hidupnya.
Apa kata kita baca sendiri dan selami coretan hati Rania ini :

Hati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia…dunia akhir zaman

Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
“Boleh saja!”, teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu
Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
beHati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia…dunia akhir zaman
Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
“Boleh saja!”, teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu
Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku
Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang!
kalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku
Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang 
Ya Allah, biarlah Palestin menang

Felixia Yeap.blogspot.com

Saturday, 17 May 2014

Timbalan Perdana Menteri Terbunuh


BANGKOK – THAILAND. Pesawat yang membawa Timbalan Perdana Menteri Laos, Leftenan Jeneral Douangchay Phichit yang juga Menteri Pertahanan dan beberapa pegawai kerajaan terhempas lapor portal berita, Thai Rath.

Kira-kira 20 penumpang termasuk gabenor Vientiane menaiki pesawat Antonov AN-74TK-300 yang dikendalikan Tentera Udara Laos.

Mereka dipercayai dalam perjalanan ke majlis rasmi di Xiangkhouang namun terhempas kira-kira 4 kilometer dari lapangan terbang yang dituju.

Menurut diplomat Vientiane, pesawat itu meninggalkan ibu negara awal pagi ini.

Sementara portal berita The Straits Times melaporkan lima pegawai kerajaan yang menaiki pesawat berkenaan terbunuh termasuk Douangchay.

Portal berita BBC yang memetik agensi berita Laotian dan Kementerian Luar Negeri Thailand melaporkan Douangchay dan isterinya terbunuh dalam kemalangan itu.

Punca nahas masih belum diketahui.

Monday, 24 March 2014

239 Bersemadi di Lautan Hindi, 529 Akan Bersemadi di Bumi Anbia

529 penyokong Morsi dihukum mati


Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.

Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.

Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.

Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka-MK.

Rentetan Kehilangan

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

8 Mac Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

8 Mac Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Bharu, Kelantan.

8 Mac Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

8 Mac Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 Mac Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

9 Mac Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

10 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

10 Mac APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemuidi perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

11 Mac Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 Mac Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 Mac Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

13 Mac China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 Mac Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

14 Mac Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

16 Mac Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubungkehilangan pesawat.

16 Mac Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

16 Mac Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 Mac Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 Mac Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usahamencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 Mac Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbangrendah di ruang udara Maldives.

20 Mac Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 Mac Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

22 Mac transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

23 Mac Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 Mac Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.- Bernama.

Parlimen Malaysia Ucap Takziah

Persidangan Parlimen hari ini merakamkan takziah dan doa buat anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang disahkan hilang di Lautan Hindi.

Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan sidang pagi ini turut berharap agar keluarga penumpang dan anak kapal terus kuat dalam berhadapan dengan peristiwa itu.

"Pada kesempatan ini saya memohon juga agar keluarga penumpang dan anak kapal pesawat tersebut kekal tabah dan cekal dalam menerima ketentuan ini.

"Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

"Oleh yang demikian saya menjemput ahli-ahli Yang Berhormat bangun dan pada yang beragama Islam diminta menghadiahkan al-Fatihah kepada roh mereka.

"Pada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit.
Al-Fatihah," kata Pandikar sewaktu memulakan sidang Dewan Rakyat pagi ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumumannya malam tadi berkata, bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.

Pengumuman itu dibuat selepas usaha mencari dan menyelamat dilakukan selama 17 hari bermula daripada 8 Mac lalu.-MK.

Waris keluarga penumpang MH 370 Sukar Percaya


Waris kepada para penumpang penerbangan MH370 warga China meraung, menangis dan rebah ke tanah pada malam tadi, sebaik perdana menteri Malaysia mengumumkan bahawa penerbangan pesawat berkenaan berakhir di selatan Lautan Hindi.


Anggota keluarga itu meraung dan menangis apabila mendengar berita tersebut, dan ada di antaranya yang rebah ke lantai.

Seorang daripadanya, seorang wanita meraung: “Tidak mungkin! Tidak mungkin!,” sebelum rebah ke lantai.

Menurut Reuters, sekurang-kurangnya empat orang tidak dapat menahan emosi dan terpaksa diusung keluar dari ruang dewan di hotel.

Ada pula di antaranya yang memaharahi wartawan.

"Ada perkara disembunyikan! Ada perkara disembunyikan!," laung seorang lagi.

Waris yang lain dilihat menghadapi kesukaran untuk menerima kenyataan tersebut.

“Saya mahu beritahu wartawan... maklumat yang mereka hantar... itu tidak betul!,” kata seorang wanita.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi mengumumkan bahwa analisis data satelit menunjukkan kedudukan terarkhid pesawat tersebut di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.-MK.


Sebuah Kesudahan Mudah :

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bahawa kedudukan terakhir pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia dikesan di tengah Lautan Hindi di sebelah barat Perth, Australia.

Maklumat berhubung lokasi terakhir pesawat yang hilang sejak 17 hari lalu itu diterima menerusi data Immarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu, umum Datuk Seri Najib.

Persoalan Yang Belum Terjawab

1. Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada rutin penerbangan menjadi "misteri penerbangan yang belum pernah berlaku sebelum ini"? Dan, siapa yang melakukannya?


2. Pesawat MH370 membawa muatan 200 kg bateri lithium ion, produk elektronik dan radio ke China? Untuk apa? Betulkah bateri?Alat elektronik jenis apa?

Apakah akan ada "Sang Kambing Hitam"?


ABU: Kesudahan mudah yang sukar kupercayai.

Friday, 14 March 2014

Kerana Kapal Tangki, PM Libya Hilang Kuasa, Misteri Kehilangan MH370 Tak Ada Siapa-siapa Yang Akan Tersingkir?

Libya PM Zeidan dismissed as oil tanker 'breaks blockade'

The tanker docked at Sidra without government permission

BY Rana JawadBBC News, Tripoli

In the long-term, the debate is not really over whether Mr Zeidan's departure will help or make matters worse.

That is because many people want to know if Libya's political players can set their differences aside long enough to allow any prime minister or government to rule the country effectively.

There are deepening social, ideological, and regional fault-lines. The real power lies with the guns, and the guns are with competing militia brigades, some of whom have aligned themselves to opposing political parties and even to the ousted prime minister.

If Libya's most pressing needs - disarmament, an effective army, and a consensus between political parties - are not dealt with, it ultimately will not make a difference who is in power. In recent months, there has been more public pressure on the General National Congress, who many want dissolved, than on the prime minister and his cabinet

Libya's parliament has dismissed PM Ali Zeidan after a tanker laden with oil from a rebel-held port reportedly broke through a naval blockade.
MPs called a vote of confidence in Mr Zeidan after they were told the North Korean-flagged ship had escaped to sea.

Defence Minister Abdullah al-Thinni was named interim prime minister.

Earlier, Libyan officials had said they had "complete control" of the tanker as it tried to leave the port of Sidra. But the rebels rejected the assertion.

Separatist militants have occupied three major eastern ports since August.

They are seeking a greater share of the country's oil revenues, as well as autonomy for the historic eastern region of Cyrenaica.'Bad weather'

The tanker - named Morning Glory - was reported to have taken on at least 234,000 barrels of crude at Sidra's oil terminal.

It was the first vessel to have loaded oil from a rebel-held port since the separatist revolt against the central government in Tripoli erupted in July.

The government is still struggling to assert its authority over the armed groups and tribesmen who helped topple Muammar Gaddafi in 2011.

The BBC's Rana Jawad in Tripoli says Mr Zeidan's removal is likely to raise more concerns over the stability of Libya as it struggles to maintain control over large parts of the country.

Members of Libya's parliament, the General National Congress, said that bad weather had stopped the navy's ships from following the tanker into the Mediterranean from Sidra.

Abdelkader Houili, a member of the GNC's energy committee, told al-Nabaa TV that the navy vessels had been forced to sail close to the coast.

The tanker then took advantage of the gap to head for the open sea," he said.

Analysts say it is unlikely the ship is owned or controlled by North Korea and it is probably sailing under a flag of convenience to keep its true ownership secret.

On Monday, the GNC ordered a special force to be deployed to "liberate" all rebel-held oil terminals. The operation is due to start within one week.

Libya's government has tried to curb protests at oil fields and ports, which have seen vital oil revenues plummet.

Ali Zeidan had said the tanker was under his government's control

However, there has been little progress at the indirect talks between officials and Ibrahim Jathran, a former anti-Gaddafi militia leader and regional head of the Petroleum Facilities Guard who is now leading the protests.

His demands include the formation of an independent commission representing the three historic regions of Libya, which will supervise the sale of oil and ensure the country's east gets a greater share of revenues.

Libya's oil output has slowed to a trickle since the protests started in July last year, depriving the Opec producer of its main budget source.-BBC

Friday, 13 December 2013

Syahidnya Sheikh Abdul Quader Molla :Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi - Tn. Guru Preseden.


Syahidnya Abdul Quader Molla, perjuangan Islam tidak berakhir


KUALA LUMPUR: Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

 
Demikian gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berikutan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh, Abdul Quader Molla (gambar)yang menemtui syahid di tali gantung, hari ini.

Berikut kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi.

Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran.

Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa.

Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam.

Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah.

Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar!

Saudaramu,
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam sekeras-kerasnya pelaksanaan hukuman gantung sampai mati oleh kerajaan Bangladesh ke atas Abdul Quader Mulla.

Beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e Islami Bangladesh. Beliau yang berumur 65 tahun sewaktu hukuman dilaksanakan telah disahkan meninggal dunia setelah menjalani hukuman gantung tersebut di Penjara Dhaka pada 11 Disember 2012, jam 10:01 malam waktu tempatan.

Abdul Quader merupakan mangsa pertama Tribunal Perang Antarabangsa yang ditubuhkan oleh kerajaan Bangladesh pada Mac 2010 bagi membicarakan tragedi pembunuhan sewaktu perang kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan pada tahun 1971.

'Tribunal Antarabangsa’ tersebut telah mendapat kecaman yang keras daripada pemimpin dunia, institusi kehakiman dan perundangan antarabangsa serta badan hak asasi manusia kerana secara jelas telah melanggar syarat dan prosedur pelaksanaan tribunal jenayah yang adil dan saksama.

Pada 5 Februari 2013, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh tribunal tersebut atas tuduhan membunuh 344 orang awam, merancang dan bersekongkol dengan keganasan dan jenayah rogol.

Disebabkan protes dan bantahan dalaman dan masyarakat antarabangsa, rayuan terhadap keputusan tersebut telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan Bangladesh – di mana keputusan tribunal telah ditingkatkan dari hukuman penjara seumur hidup ke hukuman mati di tali gantung, suatu perkara yang sangat jarang berlaku dalam sejarah rayuan mahkamah.

Sesungguhnya amat nyata bahawa peristiwa hitam dalam sejarah Bangladesh ini merupakan satu rencana politik yang menjijikkan oleh parti pemerintah Awami League Bangladesh pimpinan Perdana Menteri, Sheikh Hasina sepertimana yang digambarkan oleh laporan Odhikar (2013) melalui Human Rights Report 2012 m.s 5-6) ;
“To rule by terror, the government resorted to some techniques…the repression of the opposition political parties, workers and social organisations…the use and abuse of Judiciary to punish opponents and the dissenters who criticise the government. The appointment of Judges on political consederation…abducting and killing people, particularly political leaders, mainly through ‘enforced disappearance’…The present regime promised to observed zero tolerance to extrajudicial killings”

“Abim dengan ini mendesak kerajaan Bangladesh di bawah rejim Sheikh Hasina agar segera membubarkan dan memansuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa yang pincang tersebut serta merta,” ujar Naib Presiden Abim, Mohamad Raimi Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tribunal tersebut sehingga hari ini telah dan akan menjatuhkan hukuman mati dan penjara seumur hidup kepada pimpinan utama parti pembangkang termasuklah pimpinan kanan Jamaat-e Islami seperti Matiur Rahman Nizami, Delwar Hossein Sayeedi Ali Ahsan Mohammad Mojahid, dan Muhammad Kamaruzzaman.

Katanya, dua pimpinan utama parti Bangladesh National Party (BNP) pimpinan mantan Perdana Menteri Khalida Zia juga dibicarakan di bawah tribunal tersebut.

Menurutnya, dengan terlaksananya hukuman ke atas Abdul Quader Mulla itu, Abim yakin bahawa kerajaan Bangladesh akan terus menggunakan pembunuhan melalui sistem kehakiman, atau apa yang diistilahkan oleh Toby Cadman, peguambela British yang mewakili tahanan-tahanan politik tersebut sebagai ‘judicial murder’ .

Justeru, tegasnya Abim mendesak agar parti-parti politik, NGO dan badan hak asasi dalam di Malaysia agar mengambil serius isu ini dengan mengutarakan bantahan dan memorandum keprihatinan terhadap kerajaan Bangladesh.

“Bagi tujuan tersebut, Abim memohon agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Luar Datuk Anifah Aman agar mengambil tindakan yang segera dan tegas dengan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia untuk memberikan penjelasan terhadap pencabulan yang amat nyata ke atas hak asasi manusia ini,” ujarnya.

Beliau menambah, sudah tiba masanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan OIC yang berpengaruh menyatakan bantahan yang amat jelas dan menilai semula hubungan diplomatik dan perdagangannya dengan Bangladesh.

Semalam, katanya Perdana Menteri Turki telah mengulangi keprihatinan Presiden Abdullah Gul sebelumnya dengan menggesa agar kerajaan Bangladesh menangguhkan keputusan gantung tersebut.

Beliau berkata, bantahan yang keras terhadap Bangladesh sebelum ini telah disuarakan oleh wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah, House of Lords Britain dan banyak lagi pemimpin berpengaruh dunia.

Tambahnya, Abim juga bersama-sama di dalam Malaysian Task Force for Bangladesh, sebuah gabungan NGO-NGO yang prihatin mengenai isu ini juga akan terus memantau situasi ini dan mengharapkan lebih banyak penyertaan daripada NGO-NGO dan rakyat Malaysia.

“Abim berharap bantahan keras daripada rakyat dan kerajaan Malaysia boleh meredakan situasi Bangladesh yang boleh berlarutan sehingga menjadi perang saudara,” ujarnya.

Saturday, 26 May 2012

Pertarungan sengit Ikhwan dengan 'feloul' Mubarak

Dr Syed Azman, 26 Mei 2012
KAHERAH: TempOh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir  tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

Adalah dianggarkan lebih 50 peratus penduduk mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menyiarkan angka rasmi. Bagi keputusan tidak resmi, Dr. Mohamad Morsi dianggarkan telah memperolehi  27.8% undi, Ahmad Syafik memperolehi 24.6% undi dan di ikuti oleh Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri 18.3% undi dan Dr. Abul Futouh dengan 17.6%. undi. Calon yang banyak mendapat sokongan Kuasa Barat  Amar Mousa jauh ketinggalan dengan hanya mendapat  kurang dari 10 % undi.
Semasa penulis menziarahi Markaz parti  Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo. Suasana penyokong Ikhwan nampaknya amat ceria dan rata-rata menyatakan bahawa mereka kini cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Waleed El-Haddad, jurucakap Hal ehwal luar Ikhwan Muslimin dan Dr. Ahmed Hamdy, jurucakap resmi parti FJP.

Sementara itu, Calon Ikhwan dari FJP,  Dr. Mohamad Morsi turut menyatakan bahawa FJP kini bersedia untuk memimpin rakyat Mesir kearah politik baru bagi membangun masadepan Mesir yang lebih  adil. Beliau turut mempertegaskan bahawa rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak.

Lebih menggembirakan lagi apabila  Dr. Moneim Abul Futouh yang merupakan bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dalam ucapan awal setelah menerima keputusan kekalahan telah secara terbuka menyeru rakyat Mesir agar memberi sokongan penuh kepada calon FJP Dr. Mohamad Morsi. Dr. Abul Futouh juga mahukan rakyat Mesir menolak terus calon 'Feloul' Ahmed Syafik yang di lihat merupakan rangkaian rejim Mubarak dan tangan beliau penuh dengan darah-darah kekejaman terhadap para pejuang kebangkitan rakyat Mesir.

Ya, keputusan tidak resmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi berhadapan dengan calon ‘Feloul’ Ahmad Syafik di jangka akan berlangsung sengit. Libih-lebih lagi Ahmed Syafik disokong penuh oleh pihak tentera dan saki-baki penyokonhg Mubarak serta Kuasa Besar Barat dan sekutunya Israel. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel’ serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Keputusan resmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir.  Saya yakin Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin.  Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah kemenangan awal calon Ikhwan Muslimin. Kemenangan Ikhwan ini jugalah akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR