Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label PRA PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRA PRU 13. Show all posts

Thursday, 2 May 2013

UMNO Dan Barisan Nasional Masih Diperlukan!

Arahan PAS kepada penyokong: Pangkah Pakatan Rakyat

Harakah, 03 Mei 2013

(Muka depan Harakah edisi Sabtu ini)

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar memangkah semua parti dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.

Memangkah mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat sangat penting dalam PRU13 kali ini bagi melahirkan Malaysia baharu dan menumbangkan kezaliman Umno-BN.

Inilah pesanan terakhir pemimpin tertinggi PAS itu yang dikeluarkan melalui lidah rasmi PAS, Harakah yang bakal berada di pasaran mulai Sabtu ini.

Dapatkan naskah anda esok dan sebarkan kepada rakan-rakan yang belum pasti menyokong Pakatan Rakyat.-HD.

ABU: Sokongan dan undian daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO Barisan Nasional yang berfikiran rasional,orang-orang atas pagar,pengundi bebas, pengundi HANTU juga diperlukan bagi memantapkan Pakatan Rakyat.Semoga anda menjadi pengundi yang bijak.

Anak Kelantan ikrar balik mengundi PAS


Anis Nazri,02 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Padang Kelab Sultan Sulaiman, di Kampung Baru, dipenuhi lebih 5,000 orang yang bersama-sama mengikuti program munajat kemenangan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan Perakan.

Program bermula dengan solat Maghrib berjamaah, termasuk kaum muslimat diikuti solat Isyak dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Dr. Azhar Yaakob.

Suasana sebak menguasai suasana ketika Ustaz Azhar membacakan doa memohon pertolongan Allah untuk memenangkan Pakatan Rakyat, dengan diaminkan para jamaah dengan penuh semangat.

Program malam tadi juga sebagai platform Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyeru anak-anak negeri itu yang berada di perantauan untuk pulang mengundi PAS.

Penantian para hadirin berakhir apabila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba kira-kira jam 10 malam diiringi sekumpulan motor berkuasa tinggi.

Turut tiba bersama beliau, Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan bekas Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud.

Selain ucapan-ucapan amanat yang disampaikan para pimpinan, program malam ini turut menaikkan semangat para hadirin, yang rata-ratanya anak Kelantan dengan menayangkan video kempen balik mengundi.

Selesai tayangan video tersebut, Tuan Guru Nik Aziz melancarkan simbolik kunci ke Putrajaya sebagai tanda kesediaan Pakatan Rakyat menerajui kompleks pentadbiran negara itu.

Dalam majlis sama, Tuan Guru Nik Aziz turut menyerahkan panji-panji pilihan raya kepada duta-duta dilantik di setiap parlimen bagi berkempen untuk anak-anak perantauan balik mengundi PAS.

Sebelum Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan ucapannya, beliau menyerahkan watikah ikrar kepada pelakon Mustapha Kamal untuk melaungkan ikrar balik mengundi dan diikuti anak-anak Kelantan.

Turut serta berucap pada majlis itu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad dan calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi.-HD

Tuesday, 23 April 2013

PRU-13: Polis terima laporan terhadap calon bertanding, penceramah

PUTRAJAYA 23 April - Jabatan Peguam Negara mengesahkan terdapat laporan polis dibuat terhadap calon-calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) atas pelbagai kesalahan jenayah berkaitan pilihan raya.

Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, selain itu laporan polis turut dibuat terhadap beberapa individu berhubung siri ceramah yang diadakan baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti individu terlibat sama ada mereka terdiri daripada pemimpin parti politik atau bentuk-bentuk kesalahan yang didakwa dilakukan. - UTUSAN ONLINE

Saturday, 20 April 2013

SEKITAR PENAMAAN CALON P101 HULU LANGAT












Calon PAS P101 Hulu Langat


Calon PAS N 23 Dusun Tua


Calon PKR N 24 Semenyih


Calon PSM N 24 Semenyih









PAS FOR ALL

KEMPEN....


SERUAN ...MENGUINDI


Mustapa akui terkejut Johan tak serah borang

Salmah Mat Husain & Muhd Yusri Amin,
20 Apr 2013
JELI: Kegagalan calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa menyerahkan borang pencalonan pagi tadi dianggap Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai mengejutkan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, watikah telah pun diserahkan kepada Che Johan sebelum hari penamaan calon.

“Ini satu peristiwa yang mengejutkan kami dan kita perlu siasat kenapa perkara ini berlaku. Diharap siasatan dapat disegerakan. Ini adalah maruah parti dan kita mengharapkan calon parti kita bertanding,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pagi tadi.

Pada penamaan calon di Pasir Mas, Che Johan yang juga Timbalan Ketua Umno Pasir Mas biar pun datang ke tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, namun tidak menyerahkan borang pencalonan.

Ekoran itu pertembungan di kerusi tersebut satu lawan satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz daripada PAS.

Mustapa berkata, peristiwa yang berlaku itu membimbangkannya.

“Yang membimbangkan saya, kita sebuah parti yang besar BN,  tak bertanding, maka itu sebab perlu segera mengadakan pertemuan dengan Biro Politik BN untuk mengatur strategi di Parlimen Pasir Mas,” ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Pasir Mas itu dianggap sebagai ‘khianat’ dan menipu penyokongnya sendiri.

“Ini petanda BN akan terus dipinggirkan rakyat di negeri ini. Nasihat saya kepada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.

“Mereka nak undi siapa, Dato’ Ibrahim bukan calon mereka, tetapi beliau bertanding atas tiket Bebas,” ujarnya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa.

Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad berkata, peristiwa yang berlaku tersebut begitu mengejutkan pemimpin dan penyokong Umno yang hadir pada perarakan calon.

“Kemungkinan ia bukan satu taktik Che Johan, tetapi mungkin arahan daripada pihak atasan dengan harapan Ibrahim boleh menang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, pasukan kempen bekas Ketua Umno Pasir Mas dalam kempen mereka menganggap Ibrahim adalah calon boleh menang.

“Saya lihat sendiri Che Johan hadir bersama pencadang dan penyokongnya di pusat penamaan calon, namun sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi, hanya diisytiharkan dua calon sahaja.

“Dan saya yakin dia tidak serah borang pencalonan. Jika dia serah borang dan diisytiharkan bertanding, maka berlakulah pertandingan tiga penjuru di antara PAS, BN dan Bebas,” ujarnya.

ABU: Mungkin Kerana Duiiiiit.....

PRU-13: Gobalakrisnan tanding di Padang Serai, isteri di Lunas

Oleh OPAT RATTANACHOT

KULIM 20 April - Penyandang kerusi Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan hari ini membuat kejutan apabila tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kulim, di sini.

Selain mempertahankan kerusi tersebut sebagai calon Bebas, Gobalakrisnan turut membawa bersama isterinya, M. Vasanthi bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas.

Gobalakrisnan bakal berhadapan dengan Datuk Heng Saei Kee dari Barisan Nasional (BN), Naib Presiden PKR, N. Surendran; Hamidi Abu Hassan (Berjasa) dan seorang lagi calon Bebas, Othman Wawi.

Bagi kerusi DUN Lunas, selain Vasanthi, turut bertanding ialah Pengerusi MIC Kedah, S. Ananthan (BN) dan N. Prabakaran dari Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Penyandang kerusi DUN Merbau Pulas, Datuk Siti Aishah Ghazali (Pas) pula akan berhadapan dengan calon BN, Datuk Marlia Abd. Latif. - UTUSAN .

Friday, 19 April 2013

DAP bayar harga logo, serah 2 kerusi pada PKR

Sehari sebelum penamaan calon, DAP Sarawak dan PKR hari ini menyelesaikan pertindihan di tiga kerusi dengan DAP menyerahkan Miri dan Sri Aman sementara PKR bersetuju tidak bertanding di kawasan Cina di Stampin. Ini bermakna, Pakatan Rakyat mencapai persetujuan supaya berlakunya pertandingan satu lawan satu dengan BN. Ketua DAP Sarawak Wong Ho Leng memaklumkan persetujuan itu dalam sidang media di Sibu hari ini. "Kami akan benarkan PKR bertanding di Miri (dan Sri Aman). Jika kami bertanding di kerusi itu, kami harus menggunakan logo PKR. Adakah kamu akan pinjamkan logo kamu untuk kami bertanding dengan kamu?" katanya. "Manusia merancang tapi Tuhan menentukan, parti tiada pilihan," katanya ketika ditanya sama ada ia bermaksud DAP tunduk kepada PKR. Ekoran masalah dengan Pendaftar Pertubuhan, DAP hari ini memutuskan bertanding menggunakan logo PKR di Sabah dan Sarawak. MK.

Tuesday, 2 April 2013

Selamat Bermujahadah.....

 
 PERJUANGAN PERSATUAN ISLAM SEMALAYSIA
 
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah…


ARUS PERJUANGAN BANGSA

KeADILan! KeADILan rakyat kita,
Jana arus kami arus perjuangan bangsa,
Keluhuran perlembagaan, perpaduan negara,
Masa depan anak Malaysia.

Kebebasan, kebebasan rakyat kita,
Diberkati Tuhan memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu, melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,
Membujur lalu, melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia.

(ULANG SEMULA)

Membujur lalu, melintang patah,
KeADILan rakyat Malaysia...


DAP.. DAP… berjuang untuk rakyat Malaysia
DAP.. DAP… berjuang untuk rakyat Malaysia
Bersama.. kita berganding
Demi.. demokrasi
Keadilan.. kita pertahankan
Integriti kita menjunjung
Bersama.. kita berusaha
Demi.. masyarakat
Yang berjiwa adil dan saksama
Hidup aman dan damai..
DAP..DAP…berjuang untuk rakyat Malaysia
DAP..DAP…berjuang untuk rakyat Malaysia
[music]
DAP..DAP…berjuang untuk rakyat Malaysia
DAP..DAP…berjuang untuk rakyat Malaysia
Bersama kita menuju..
Satu matlamat
Malaysia untuk rakyat… Malaysia…
DAP..DAP…berjuang untuk rakyat Malaysia
DAP..DAP…berjuang untuk rakyat Malaysia
Berjuang untuk rakyat Malaysia…

Saturday, 23 March 2013

DAP tanding guna lambang PAS dialu-alukan


Harakahdaily,23 Mac 2013


KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.

“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

“Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR,” tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13.

“Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik,” tegas beliau.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR