Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 28 February 2012

Bunga Angkasa

Indah sinar sang suria
Merdu irama sang bayu
Tiada seindah wajahmu
Tiada semerdu suara mu

Lembut bayu membelai
Merdu burung berlagu
Tiada selembut belaianmu
Tiada semerdu kau berlagu

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku

Bertambah cahaya hidupku
Kau janji bersumpah setia
Walaupun ribut melanda kan bersama

Selagi masih ada sinaran mentari
Selagi ada getar di jiwaku
Kan ku korban jiwa raga
Demi cinta untukmu bunga angkasa

Terra Rossa
Kredit kepada:http://pas-sembrong-bangkit.blogspot.com/

ABU:Apabila terasa bosan dengan percakaran politik yang melampau dan fitnah yang bermaharajalela, sesekali baik juga layan hiburan.

Sunday 26 February 2012

Pemuda MCA Turut Sertai Himpunan Hijau

"BN Hanya Bermimpi Rampas Balik Parlimen Kuantan" - MCA

KUANTAN – Pemuda MCA Indera Mahkota meramalkan Barisan Nasional (BN) akan berputih mata dan hanya boleh ‘bermimpi’ untuk merampas balik kerusi Parlimen Kuantan sekiranya gagal menghentikan projek nadir bumi Lynas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketuanya, David Choi berkata, kerusi berkenaan yang kini disandang Fuziah Salleh dari PKR bukan sahaja terus mendapat sokongan rakyat kerana isu Lynas, malah BN akan tewas kerana tiada sokongan penuh pengundi-pengundi Cina.

“Tidak ada harapan untuk rampas Kuantan kalau kerajaan tidak menghentikan projek ini. Kita tidak boleh cakap apa-apa kerana semua orang tahu, projek ini amat bahaya kepada generasi masa depan.
“Jika ini tidak diberi perhatian, bukan sahaja orang Cina, malah seluruh Melayu, Cina dan Orang Asli akan memprotes. Kita (MCA) seolah-olah memberikan kerusi ini kepada PKR buat kali kedua,” katanya.

Ditanya sama ada beliau dan beberapa pemuda MCA menyertai Himpunan Hijau 2.0 kerana tidak bersetuju dengan dasar partinya, kata Choi, "saya menyokong kehidupan hijau dan mahu kepimpinan mendengar masalah rakyat."

Menurutnya, Pemuda MCA Kuantan turut menyokong himpunan hari ini dengan menghantar 50 orang wakil dan berharap kerajaan menghentikan projek berkenaan.
http://addin77.blogspot.com/

Hadi bidas kenyataan Najib

Wartawan Sinar Harian
27 Februari 2012
  HADI AWANG
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, apabila meminta umat Islam di negara ini memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan dan menjamin kesucian agama Islam.
 
Abdul Hadi berkata, selama lebih 55 tahun Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), apakah sumbangan parti itu dalam memartabatkan Islam, sedangkan kerajaan BN dilihat lebih banyak menjatuhkan martabat Islam melalui tindak tanduk mereka.
 
“Apa sudah jadi dengan tulisan jawi di negara ini sepanjang BN memerintah. Peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dilemahkan, hak istimewa orang Melayu juga diusik. Bagaimana Malaysia hilang Singapura dan banyak lagi yang melemahkan Islam dibuat sewenang-wenangnya,” katanya ketika menyampaikan ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera, di Kompleks Pas Pokok Sena, minggu lalu.
 
Menurutnya, kenyataan Najib sewaktu berucap di majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan di Kuala Lumpur itu juga, lebih bersesuaian dengan apa yang diperjuangkan Pas yang dilihat benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam, berbeza dengan BN yang sentiasa memperlekeh dan meminggirkan Islam.
 
Abdul Hadi berkata, fitnah yang dilemparkan terhadap Pas juga berleluasa sehingga sebahagiannya tidak berasas.
 
“Sebagai contoh, dakwaan konon jika Terengganu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR), maka DAP akan berkuasa di negeri itu. Bagaimana ianya berlaku jika tiada satu kerusi pun DAP bertanding. DAP hanya bertanding di kawasan majoriti Cina di negeri-negeri PR,” katanya.
 
Menurutnya, kejayaan di negeri-negeri PR harus diuar-uarkan supaya rakyat dapat membuat penilaian sewajarnya.
 
“Pentadbiran di negeri PR amat baik dan tiada penyelewengan atau rasuah. Ini kejayaan kita mentadbir, rakyat perlu tahu mengenai perkara ini,” katanya.

http://burn-the-koran.com/ Sudah Gagal Dilayari!

Apakah serangan DDOS berjaya???? Sekitar pukul 10.48 malam tadi halaman itu masih boleh dilayari.

Penganjur Hijau 2.0 di P. Pinang Kecoh

GEORGETOWN 26 Feb. - Polis Pulau Pinang kecewa dengan penganjur Perhimpunan Hijau 2.0 yang mengadakan perhimpunan di Sudut Pidato, Padang Kota di sini hari kerana mereka langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, penganjur hanya memaklumkan kepada polis selepas berlaku kekecohan sehingga menyebabkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Perhimpunan Hijau 2.0 yang disertai hampir 1,000 orang itu bertukar kecoh apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir membantah perhimpunan yang berlangsung pada pukul 6 petang itu. - BERNAMA

ABU: NGO keturunan UMNO yang selalu mengecohkan keadaan.Di mana-manapun!Pihak penganjur, patut juga maklumkan awal kepada pihak polis jika aktiviti seumpama itu hendak dilaksanakan, senang pihak berwajib bertindak untuk menghalang atau membenarkan.

Badrulamin dinasihat bercuti hingga siasatan selesai

SHAH ALAM 26 Feb: Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron dinasihat mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu.

“Kerajaan Selangor mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan profesional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim, sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

“Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi,  tugas Badrulamin selaku Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Arfa’eza Abdul Aziz.

“Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan,” ujarnya.

Semalam, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan Badrulamin ditangkap kerana dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel di Balok, Pahang.

Bagaimanapun, Badrulamin dalam satu kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menggangap ia sebagai perangkap untuk menjatuhkan maruahnya.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

Saturday 25 February 2012

Himpunan Hijau, Hanya 3 000 Hadir?

Himpunan Hijau Gagal Kumpulkan 20,000- KOSMO
(Gambar Bukan Sumber KOSMO)

KUANTAN — 26/02/2012 2:01pm.Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di padang MPK 4 di sini hari ini gagal menarik kehadiran 20,000 orang seperti disasarkan apabila hanya kira-kira 3,000 orang hadir pada perhimpunan bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu, pihak polis kesal kerana terdapat kalangan mereka di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan itu, kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof.

Beliau berkata, polis kesal dengan pihak penganjur yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang telah dipersetujui bersama bagi mengadakan perhimpunan itu sebelum ini.

Kira-kira 3,000 orang hadir ke perhimpunan itu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin parti politik pembangkang katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Jasmani berkata, pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu. — BERNAMA 

Demo anti Lynas: 10,000 di Kuantan, 3,000 di KL
Ahad, 26 Februari 2012 05:32 Redzuan Shamsudin.

Demonstrasi Himpunan Hijau 2.0 membantah projek nadir bumi Lynas di Kuala Lumpur dihadiri lebih 3,000 peserta. Kebanyakannya generasi muda yang tidak mahu tanah air dijadikan tempat buangan sisa radioaktif dan toksid dari negara maju.
Demo Lynas di jalan TAR
Bantahan digerakkan oleh 11 NGO seperti Suaram, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, ABU dan lain-lain.

Seawal jam 9.00 peserta berbaju hijau mula berkumpul di bangunan Maju Junction, Jalan Tunku Abdul Rahman dan melakukan pelbagai aksi bantahan serta lakonan yang mengambarkan kehancuran alam sekitar Malaysia disebabkan projek Lynas di Gebeng, Kuantan. Demosnstran kemudian berteriak: ‘ Hacur Lynas, henti Lynas!’

Demonstrasi itu diselang seli ucapan beberapa orang pemimpin NGO. Antaranya Yong Yew Wei, Setiausaha Agung Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. Katanya:
“Malaysia perlukan pembangunan tetapi bukan pembangunan bodoh seperti projek Lynas. Keputusan (benarkan Lynas) adalah kesilapan besar".
Kenapa mahu teruskan Lynas

“Lynas sama situasinya dengan Jalan Sultan (tapak projek MRT di Kuala Lumpur). Yang mana kemajuan mengorbankan warisan".

“Kami mahukan kerajaan yang bagus. Jangan musnahkan alam sekitar,” laungnya diikuti beberapa tokoh NGO lain seperti Datuk Thasleem Mohd Ibrahim

Katanya, kerajaan Najib yang membenarkan Malaysia menjadi tempat bahan buangan radioaktif  sedangkan projek seperti Lynas tidak dibenarkan di Australia dan kebanyakan negara maju.

“Lynas bukan datang kerana buruh murah. Ia kilang berteknologi tinggi, jadi sekiranya selamat mengapa tidak dilakukan sahaja di Autralia,” tegasnya.

Puluhan kenderaan yang melalui jalan Tunku Abdul Rahman membunyikan hon tanda sokongan. Semakin ramai perserta hadir pada jam 11.00, menjadikan jumlahnya melebihi 3,000 dan memenuhi di kedua-dua belah jalan. Mengingatkan kembali nostalgia demo Reformasi di jalan TAR pada 1998.

Peserta terus menjerit ‘ Henti Lynas sehingga jam 12.00 tengah hari. Penganjur perhimpunan peguam Harris Ibrahim memberi ucapan akhir dan meminta peserta bersurai secara aman. Pemimpin Pakatan Rakyat yang mengambil  bahagian termasuk Chales Santiago, MP Kelang, Dr Dzulkifly Ahmad MP Kuala Selangor serta beberapa yang lain.

Di Kuantan, Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, dihadiri lebih 10,000 penyokong.
Lynas di Kuantan

Perhimpunan tersebut bermula jam 9.30. Peserta perhimpunan berkumpul di Padang MPK1, tempat asal perhimpunan sebelum berarak ke padang MPK4.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke tapak perhimpunan tersebut, kira-kira jam 10.40 pagi.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Mereka melaungkan “Balik, balik. Lynas balik! Hancur, hancur. Hancur Lynas!”, selain  membawa sepanduk, kain rentang dan poster yang memaparkan slogan anti Lynas.

Beberapa Wakil kumpulan NGO dan aktivis sosial,  termasuk anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 turut memberikan ucapan ketika himpunan berlangsung.

Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad yang membacakan puisi bertajuk ‘Gebeng Yang Luka’ ketika himpunan tersebut.

Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam batal projek Lynas
Wartawan Sinar Harian

26 Februari 2012 KUANTAN - Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi  masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans.

Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau.

Tempoh 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0- penganjur
KUANTAN 26 Feb: Kerajaan diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

 
Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan terus berdegil tidak mempedulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

“Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

“Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan,” katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

 
Sementara itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dalam ucapannya menegaskan rakyat Malaysia membantah kehadiran Lynas.

“Hari ini ‘Kuning’ bersama-sama dengan Hijau. Rakyat Malaysia tolak Lynas, Rakyat Malaysia tolak sesiapa sahaja yang sokong Lynas,” katanya.

Beliau turut menempelak pihak tertentu yang membuat keputusan tentang Lynas, sebaliknya tinggal jauh dari Gebeng.

Ambiga juga menyeru 100 peratus rakyat supaya keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang, bagi menolak parti politik yang menyokong Lynas.
 
“Kita tolak calon yang sokong Lynas, tolak calon yang tidak berintegriti,” sambil melaungkan Hidup Rakyat, Hidup Hijau dan Hidup Bersih beberapa kali.
 http://www.keadilandaily.com/

Bantah Lynas: Sejarah tercipta di Kuantan
Mohd Sayuti Omar, 26 Feb 2012
Puluhan ribu manusia yang berpakaian hijau kini sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia.
Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.

Mereka yang kebanyakan mewakili NGO dan parti politik pembangkang datang sejak awal pagi lagi. Beberapa pemimpin politik hadir memberi sokongan kepada himpunan berkenaan. Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Sehingga ini himpunan berjalan lancar tanpa gangguan. Perpindahan lokasi himpunan atas dasar keselamatan tidak menjadi masalah. Himpunan Hijau itu membuktikan bahawa sekiranya polis memberi kerjasama mereka dapat berhimpun secara aman.

Apa yang dicatat di Kuantan hari ini adalah satu sejarah. Belum pernah himpunan seramai itu berlangsung di negeri Perdana Menteri Najib Razak. Sudah pasti Najib khasnya dan BN perlu memikirkan sesutau yang lebih keras untuk menyekat kemarahan rakyat berhubung projek itu.

Sementara itu lawan web yang ditubuhkan oleh pihak pengajur untuk memberi laporan langsung himpunan berkenana telah dikucar oleh pihak tertentu. Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan tepaksa berkongsi maklumat di laman sosial blog dan Fb. SMS juga menjadi alat penghbung utama untuk melaporkan himpunan berkenaan. [*** 11:37 am 26/02/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/
 http://bm.harakahdaily.net/

Pakatan batal Lynas jika kuasai Putrajaya
Nazri Abdullah, 26 Feb 2012
 
KUANTAN, 26 Feb: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini.

"Kami dari Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.

"Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat...akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin.

Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini.

Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini.

"Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.
http://bm.harakahdaily.net/

'Jangan biarkan orang atas makan rakyat bawah’
Nazri Abdullah, 26 Feb 2012
 
KUANTAN, 26 Feb: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut juga turut menyeru rakyat bersama menentang sebarang usaha atau projek yang disifatkannya 'membahayakan nyawa' manusia.

"Kita harus pertahan nyawa kita. Jangan biarkan segelintir kecil orang di atas 'makan' ratusan rakyat di bawah.

"Kita harus berlawan. Sediakan rumah yang baik untuk anak cucu kita," katanya ketika berucap pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di padang Majlis Perbandaran Kuantan, di sini pagi ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut berucap pada program itu pula mahu rakyat menolak pemimpin yang bersekongkol dengan Lynas.

"Hari ini Bersih bersama Hijau. Kita tolak Lynas, kita tolak sesiapa sokong Lynas.

"Kita inginkan kerajaan yang dengar apa rakyat nak, bukan kerajaan yang nak rakyat dengar apa yang mereka nak," katanya.
Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat lain termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Penasihat dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Hampir 20,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum yang majoritinya Tionghua hadir menyatakan bantahan di perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 hari ini.

Perhimpunan hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO prihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Dihujung himpunan itu hari ini, mereka turut bertafakur sejenak bagi mendoakan kempen anti Lynas berjaya sehingga operasi Lynas dibatalkan.

Sebagai bantahan juga, mereka meletakkan tangan secara bersilang di dada masing-masing sambil membacakan ikrar.

Dua tuntutan dalam ikrar itu termasuklah mendesak agar kerajaan membatalakan segera projek nadir bumi Lynas yang disifatkan memudaratkan rakyat Malaysia.

Mereka juga mendesak agar kerajaan memastikan segala rancagan pembgunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip piagam bumi.
http://bm.harakahdaily.net/

Bantah Lynas: 20,000 sertai Himpunan Hijau 2.0
Nazri Abdullah, 26 Feb 2012

KUANTAN, 26 Feb: Hampir 20,000 rakyat Malaysia khususnya masyarakat Kuantan hari ini turun ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 bagi menyatakan solidariti membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi  di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Perhimpunan yang diberi nama Himpunan Hijau 2.0 hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Pelbagai cara bantahan dizahirkan bukan sahaja dengan memakai baju hijau, malah juga dengan membawa kain rentang, pengikat kepala, poster dan payung mengecam tindakan Lynas itu.

  Antaranya tulisan seperti 'Stop Lynas', 'Save Malaysia', 'No Toxic Cyanide' dan belbagai lagi.

Mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya Tionghua turut melaungkan slogan 'Selamatkan rakyat, Hancur Lynas, Say no to Lynas, undur Lynas, Pilihan ditangan kita dan sebagainya.

Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka turut hadir memberi sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Himpunan yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu sekarang ini sedang berlangsung dengan ucapan wakil-wakil NGO dan tamat jam 11.20 pagi, sebentar tadi.
http://bm.harakahdaily.net/

K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0
Lee Long Hui
12:57PM Feb 26, 2012
Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0. 

 
Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas,  atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.  http://www.malaysiakini.com/

PAKATAN PERAK Turut Hadir Himpunan Anti Lynas di Bukit Merah
Berita dan Foto oleh Muhammad Faeez

IPOH, 26 feb: Lebih 1000 rakyat di seluruh negeri Perak terutama penduduk Bukit Merah, Menglembu hari ini, telah berhimpun untuk menyatakan bantahan terhdap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Himpunan tersebut diadakan di Bukit Merah, Ipoh iaitu lokasi Asian Rare Earth (ARE) beroperasi pada awal 80an hingga 90an.

Pelbagai sepanduk dinaikkan serta semua yang hadir telah mengibar bendera hijau tanda bantahan terhadap pembinaan loji yang berisiko tinggi itu.

Himpunan ini turut disertai oleh NGO dan parti-parti politik termasuklah PAS , DAP dan PKR.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; ADUN Menglembu, YB Lim Pek Har dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Sejak awal pagi rakyat terutama penduduk Bukit Merah yang pernah merasai kesan terhadap sisa radioaktif telah berhimpun sambil melaung laungkan slogan ‘anti Lynas’ dan ‘hidup rakyat’.
Paparan bergambar Himpinan di Kuantan boleh disaksikan di halaman: http://pahangdaily.blogspot.com/




Saya Tidak Tergugat – MB

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

 Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR 25 Feb. – Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, tekanan politik dihadapinya ketika ini yang dikatakan didalangi oleh golongan ‘Anwarinas’ dalam Pas tidak menggugat kedudukan dan peranan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

Bahkan, beliau dengan nada meyakinkan berkata, semakin hebat tekanan dihadapi semakin kuat sokongan daripada rakyat yang bersimpati dengan situasi yang beliau terpaksa tempuhi.

Ini kerana, kata Pesuruhjaya Pas negeri itu, rakyat Kedah gembira dengan corak pentadbirannya yang aman dan lancar.

“Lagi orang kacau, lagi rakyat bersimpati terhadap saya. Mereka gembira apa, Kedah aman, damai dan sejahtera. Tiada kacau bilau, betul tak?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, tekanan politik yang terpaksa dihadapi Azizan sehingga menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Spekulasi terbaru mengatakan beberapa Exco Kedah enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Selasa ini bagi memberi tekanan kepadanya supaya berundur.

Azizan berkata, dari hari pertama beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar empat tahun lalu, pelbagai cerita timbul mengenai kepimpinannya.

Ditanya mengapakah tekanan yang dihadapi beliau pada masa ini dilihat paling serius, beliau berkata:“Orang nak buat kerja ini ada strategi dia, bukan dia buat saja-saja. Saya pun ada strategi juga.”

Mengenai dakwaan bahawa tekanan yang dihadapi beliau pada masa ini angkara kumpulan Anwarinas dalam Pas, Azizan menjelaskan, dakwaan itu ditulis oleh wartawan, tetapi menegaskan beliau tiada masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun tidak kira daripada golongan mana.

Bagaimanapun, katanya, sesiapa pun tidak boleh mempengaruhi fikirannya untuk bersetuju atau tidak dengan mereka berhubung sesuatu perkara.

“Saya tak tahu golongan Endorgan, sembang saya sama sahaja. Saya boleh pi (pergi) tang (ikut) mana pun, tiada masalah apa. Semua kawan saya. Kalau saya setuju dengan dia orang saya kata yes, tak setuju kata no,” tegasnya.

Berhubung senarai nama Exco baru Kedah, Azizan berkata, ia tidak boleh diumumkan kerana belum mendapat surat pengesahan daripada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah, tetapi menjangkakan diperoleh esok.

Menurutnya, beliau telah menyerahkan cadangan senarai nama Exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah di Istana Negara beberapa hari lalu ketika menghadiri Mesyuarat Ke-228 Majlis Raja-Raja.

Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Sunday, February 26, 2012.
Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

 


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

ABU: Cuba sedaya upaya untuk berhati-hati agar tidak menjadi fitnah.

Kepala Batas Dilanda Ribut

KEPALA BATAS – 25 Februari.Lebih 60 buah rumah di beberapa buah kampung di daerah Pinang Tunggal di sini mengalami kerosakan termasuk tercabut bumbung akibat diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut petang semalam.

Kampung yang terlibat dalam kejadian ribut selama 30 minit bermula pukul 4 petang itu ialah Kampung Permatang Langsat, Permatang Saga, Ekor Kucing, Kampung Baharu, Kampung Lahar Tiang, Kampung Pekan Pinang Tunggal dan Kampung Pinang Tunggal Tepi Sungai.

Kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di kawasan berkenaan yang menyebabkan penduduk turut mengalami kerugian teruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin berkata, bantuan segera akan disalurkan kepada semua mangsa.

Beliau berkata, seramai 300 mangsa ditempatkan sementara di Pusat Khidmat ADUN tersebut. –BERNAMA

Pemimpin Parti Pembangkang ditangkap khalwat

KUANTAN, 25 Feb —  Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap khalwat kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, dipercayai isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.

Dipetik Sinar Online, pasangan itu dipercayai diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR lain selama tiga hari dijangka berakhir hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan berhubung perkara itu.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR berhubung kes berkenaan bagaimanapun gagal.
 
ABU:Tak habis-habis isu yang melibat pemimpin dan kepimpinan.Pertahanan kucar kacir bukan disebabkan kekuatan musuh sebaliknya berpunca daripada kelemahan dalaman.

Kedah: PAS minta ahli dapat berita dari sumber sah

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR, 25 Feb: Semua ahli dan penyokong PAS diminta bertenang ekoran laporan media tentang apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang ini kerana pimpinan PAS memantau sepenuhnya isu ini.

Sebarang berita dan spekulasi itu akan dijawab melalui saluran parti.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu.

Media, khasnya yang pro-BN melaporkan pelbagai berita tentang apa yang berlaku di Kedah sekarang termasuk melagakan pimpinan PAS.

Misalnya NST melaporkan seolah-olah berlaku pertembungan antara kumpulan Erdogan dan ulamak di Kedah sekarang.

Media melaporkan, dua Exco Kedah tidak bersedia untuk dilantik semula menjadi Exco kerajaan negeri apabila majlis perlantikan dibuat pada 28 Februari ini.

Kumpulan NST pula diarahkan agar menjadikan berita Kedah ini sebagai berita utama termasuk berita muka depan.

Kedah melaksanakan dasar Exco kerajaan negeri akan dilantik setahun sekali di mana mereka akan mengangkat sumpah di depan Sultan Kedah.

Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat berhubung ketidaksediaan kedua-dua exco berkenaan.

Exco berkenaan pula tidak mengesahkannya bahkan berkata mereka tidak tahu menahu mengenainya.
 
'MB Azizan seperti bapa'

Oleh: Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR - Desas-desus dua anggota Exco Kerajaan Negeri dikatakan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai protes terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di luar pengetahun barisan Exco sedia ada.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak mendapat maklumat berkenaan perkara itu.

“Saya tidak tahu pula ada kalangan Exco menyatakan hasrat untuk tidak dilantik semula. Setahu saya, semua Exco bersedia galas amanah jika ditawarkan peluang,” katanya kepada Sinar Harian.

Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit mengulas spekulasi melanda politik Kedah sejak kelmarin, mendakwa kononnya kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Exco Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco.

“Jika saya mendapat tawaran dilantik semula sebagai Exco, saya akan terima amanah itu dan hadir pada majlis pelantikan 28 Februari di Istana Anak Bukit.

“Saya tiada masalah dan bersedia pikul tanggung jawab. Saya menyokong kepimpinan Azizan yang saya anggap sebagai seorang bapa dalam keluarga besar Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, masih banyak perancangan untuk melonjakkan ekonomi negeri ini yang belum dilaksana.

Ditanya sama ada Azizan kini berdepan tekanan, Amiruddin berkata, Azizan dilihat tenang atau tertekan dengan pelbagai dakwaan, malah menjalankan tugasnya de ngan lancar.

“Menteri Besar seperti biasa sahaja, semua mesyuarat lancar, seolah tidak ada apa-apa berlaku,” katanya.

Zaid dipecat, KITA Lantik Zamil Sebagai Ketua

Keputusan dibuat dalam mesyuarat khas di Kota Baru, hari ini.
 

KOTA BARU:25  Februari, 2012 Mesyuarat khas parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)  melantik bekas Pengerusi Kedah, Zamil Ibrahim sebagai pengersi baru menggantikan Datuk Zahid Ibrahim.

Keputusan itu  dibuat dalam mesyuarat khas di sini  pagi tadi.

Mesyuarat itu dihadiri wakil KITA dari Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Sabah tidak hadir tetapi menyokong mesyuarat itu.

“Keputusan ini sebulat suara, seluruh perwakilan tidak mahu lagi kepada Zaid,” kata Zamil.

Bagaimanapun, wakil rakyat tunggal KITA iaitu Tan Chee Beng, ahli Parlimen Nibong Tebal tidak hadir tetapi menghantar notis menyetujui mesyuarat tersebut.

Zamil memberitahu, pihaknya akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memberitahu bahawa KITA diambil alih oleh pemimpin baru.

Perwakilan KITA marah

“Kita akan beritahu ROS bahawa Zaid bukan lagi presiden KITA. Kami akan membuat rombakan dan melantik pimpinan baru” tambahnya.

Zamil  mendedahkan, KITA sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini tetapi pengurusan parti telah membatalkannya di saat akhir.

Katanya, perwakilan menjadi marah kerana  pembatalan itu tanpa memberitahu mereka yang menyebabkan mereka datang ke  Kota Baru.

“Perwakilan yang marah membuat keputusan mengadakan mesyuarat khas dengan memecat Zaid berkuat kuasa serta merta,” kata beliau.
http://www.freemalaysiatoday.com/

ABU:Susah jadi ketua parti ni.Berapa banyak parti baru bungkus.Nak tubuh parti senang, pakat dua tiga orang yang tak puas hati dengan parti lama,tubuh AJK dan pergi daftar parti atau pertubuhan baru.Lepas tu hidup segan mati tak mahu.Akhirnya berkubur.Kasihan Parti KITA,Pengerusipun kena pecat...Hati-hati Pengerusi JATI, silap-silap boleh kena pecat juga nanti. 

Friday 24 February 2012

Mengapa Saya Sertai PAS

Abdullah Ali Yakin PAS Dapat Terengganu Balik
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Bekas lagenda bola sepak negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang ini.
 (Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily)

"Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.

Pasukan Malaysia yang disertai beliau pernah layak ke sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980 tetapi tidak berjaya menyertai kejohanan itu kerana Malaysia menarik diri dari menyertai Olimpik Moscow ekoran serangan Rusia ke atas Afghanistan.

Baru-baru ini, Abdullah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

Hari ini Abdullah menyertai wawancara di Harakahdaily untuk rancangan "Persepsi".

Dalam rancangan itu, Abdullah melahirkan keyakinan beliau dengan barisan pimpinan baru PAS Terengganu yang ada mampu mengembalikan negeri itu ke tangan PAS selepas kehilangannya pada pilihan raya 2004.

 

"Insya Allah kita sama-sama doa dan kerja kuat. Saya juga telah bercakap dengan jawatankuasa PAS Terengganu, kalau ada program saya boleh bantu PAS di Terengganu.

"Insya Allah, kali ini Terengganu akan dimenangi balik oleh Pakatan Rakyat," kata Abdullah.

Ketika ditanya kenapa menyertai PAS, Abdullah berkata, suasana politik sekarang yang ada sangat tidak baik akibat dari sikap Umno sendiri.

"Misalnya skandal NFC yang diberikan pinjaman RM250 juta.

"Begitu juga yang berlaku di sebelah kampung saya, Kampung Surau Haji Mat Zin. Rakyat di sini sangat  miskin. Pemimpin Umno hanya datang semasa pilihan raya membawa lori yang berisi makanan untuk diberikan kepada rakyat.

"Ini cara yang tidak baik sepatutnya kita ikut macam Khalifah Omar Al Khattab yang datang malam-malam melihat rakyat untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.

PAS Berdemo, DAP Turut Kesal Tentera Amerika Bakar Al-Quran

Bakar Al-Quran: Ratusan Berdemo di Kedutaan AS
Hazayani Zakaria Foto: Nasir Sudin,
(Demo membantah tindakan Amerika di perkarangan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika berhubung tindakan tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, Selasa lalu.

Memorandum tersebut diserahkan sendiri oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan kepada pegawai keselamatan kedutaan dengan diiringi Ketua Penerangan DPPP, Ridhuan Md Noor dan Ketua DPP Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad.

Kira-kira 200 orang mengiringi serahan memorandum itu terdiri daripada pemuda dan pemudi termasuk Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).

Mereka berarak dari Masjid Tabung Haji selepas menunaikan solat Jumaat menuju ke kedutaan AS dengan dikawal kira-kira 50 anggota polis.
 
Laungan takbir, laknat Amerika, hidup Islam bergema sepanjang perarakan aman itu.

Berucap kepada peserta perarakan selepas serahan memorandum, Nasrudin berkata, antara isi kandungan memorandum itu ialah memberi amaran keras kepada Amerika agar tidak mengulangi tindakan jahat yang mencemarkan keharmonian antara agama itu.

"Kita berharap ini kali terakhir peristiwa ini berlaku dan jika tindakan mencemarkan kesucian al-Quran ini berulang, kita tidak teragak-agak melakukan demonstrasi besar-besaran," katanya disambut laungan takbir.

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 3 petang dengan bacaan doa oleh Nasrudin dalam keadaan hujan lebat.
 
Pada 2010, Gereja Florida telah mencetuskan kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.
 
Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.

Al-Quran pada waktu itu telah direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

DAP Kesal Tentera Amerika Bakar Al-Quran

KUALA LUMPUR, 24 FEB: DAP kesal dengan kejadian di mana pihak tentera Amerika Syarikat membakar beberapa naskhah Kitab Suci Al-Quran di Afghanistan kerana ia  merupakan tindakan penodaan dan penghinaan terhadap agama Islam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan kurang sensitif itu yang melukakan hati umat Islam tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sudah pun segera meminta maaf dan berjanji untuk mengambil langkah bagi mengelakkan pengulangan kejadian ini di samping mahu bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Menurutnya, langkah Obama merupakan reaksi yang positif daripada pihak Amerika, dan DAP berharap bahawa tindakan susulan akan diambil supaya insiden seperti itu tidak akan berulang.

“Pada masa yang sama, DAP menolak keras penggunaan kekerasan, dan kesal bahawa tindakan balas telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya lima pembantah Afghan dan dua askar Amerika.

“Kami menyeru agar semua pihak akan bertenang dan tidak bertindak secara terburu-buru sementara penyiasatan sedang dijalankan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai parti yang mendokong prinsip keamanan dan keadilan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP menekankan keperluan untuk kefahaman dan persaudaraan antara semua orang dalam dunia yang pelbagai budaya dan agama ini. – Roketkini.com

ABU: Puak Biru,JATI dan NGO Pro BN tidak turut sama?

Pendaftaran Telah Dibuka!Yang Mana Satu Nak Masuk Ni?




Jati Kekal Logo

NORSHAHZURA MAT ZUKI
23 Februari 2012

SHAH ALAM – Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegaskan pihaknya tiada masalah menggunakan logonya, mes­kipun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terhadap penggunaan logo tersebut.

Tegasnya, apa sahaja bentuk logo tidak akan menimbulkan masalah sekiranya tidak bertentangan dengan jiwa Islam, Melayu dan Institusi Raja yang diperjuangkan oleh Jati.

“Saya tidak kisah menggunakan logo tersebut. Sehingga kini tiada perbincangan dalam Majlis Syura Jati untuk ubah suai logo yang digunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai usaha untuk mengubah atau menukar logo Jati kepada logo lain, Hasan menegaskan logo itu tidak memberikan masalah kepadanya.

Menurutnya, penggunaan logo itu menjadi isu kepada mereka yang tidak senang dengan logo tersebut.
“Jati akan kekalkan logo itu dan akan merujuk Majlis Syura Jati me­ngenai beberapa dakwaan dan desakan yang disuarakan oleh pihak- pihak tertentu terhadap isu logo itu,” katanya.

Sebelum ini, Hasan menafikan Jati yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwujudkan tanpa mempunyai agenda tersembunyi seperti dakwaan pihak tertentu.

Selepas Jati dilancarkan ia mendapat komen daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan logo tersebut antaranya di laman sosial Facebook, portal berita dan blog mempersoalkan penggunaan logo tersebut kerana mempunyai persamaan dengan logo Lucius yang boleh dilihat di http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html.


ABU: Hampir-hampir sama tu kira-kira samalah tu....lebih kurang PAS dan UMNO jugaklah(sesetengah perkara).

Thursday 23 February 2012

TAKWA, TAWAKAL DAN TAWADHU’ JANA PERIBADI MULIA

Khutbah Jumaat - 02 Rabi’ul Akhir 1433 H / 24 Februari 2012 M

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
الٓمٓ ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
 
Wahai hamba-hamba Allah sekelian!

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hidup kita sebagai manusia di muka bumi ini bukan sekadar menghabiskan usia menanti hari tua malah bermatlamatkan penyediaan bekalan menuju ke alam akhirat. Dunia hanyalah persinggahan sementara dan kita akan terus bergerak detik demi detik menuju ke destinasi terakhir, iaitu kembali kepada Allah, tuhan Rabbul Jalil. Oleh yang demikian, dalam usaha menyediakan persediaan tersebut, tiga aspek utama perlu diberi tumpuan iaitu takwa, tawakal dan tawaduk. Tiga kalimah yang bermula dengan huruf sama iaitu “T” atau “ت” dimana ianya akan memperkasakan seseorang mukmin dalam menyusuri liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri yang akan mencalarakan iman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Takwa adalah bekalan terbaik dan jaminan untuk mencapai kemenangan di akhirat. Allah SWT menegaskan dalam Kitab Suci Al-Quran: 

وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ ۚ وَٱتَّقُونِ يَـٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ (البقرة :١٩٧)

"...dan sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah Taqwa. Maka bertaqwalah wahai orang-orang yang berakal."

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخْشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ - (النور :٥٢)
"Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya, dan takut kepada Allah dengan sepenuh takwa, mereka itulah orang yang menang."

Maksud menang di sini ialah beroleh kehidupan sejahtera, dirahmati serta diberkati di dunia dan di akhirat kelak.

Muslimin yang dikasihi sekelian,

Taqwa menjamin kesejahteraan hidup di Hari Akhirat, malah menjadi penyelesaian kepada permasalahan hidup di dunia. Dalam Surah at-Talaq : 

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا ﴿٣﴾
 "…..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (sebagai penolong dan penyelamata). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Sidang jemaah yang berbahagia,

Tawakal adalah penggantungan hamba kepada Allah dalam menentukan perjalanan hidupnya. Ianya akan menghindarkan kita daripada cepat berputus asa ketika menghadapi cabaran dalam mengejar sesuatu hajat atau matlamat. Orang yang bertawakal akan menyandarkan setiap sesuatu kepada Allah semata-mata. Mereka tidak akan sesekali berasa sedih kerana apa yang ditetapkan oleh Allah kerana keyakinan bahawa pasti ada hikmah di dalam setiap ketentuan Allah. Imam Ibnu Qayyim menegaskan:

Sesuatu yang ditetapkan memerlukan dua perkara, iaitu tawakal sebelumnya dan redha sesudahnya. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah sebelum wujudnya perbuatan bererti dia telah melaksanakan Ubudiah.

Dalam Surah Ali Imran ayat 159: 
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ  (ال عمران : ١٥٩)
"Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah."

Muslimin yang dikasihi sekelian,

Tawaddhuk adalah kemuncak syakhsiah keperibadian seorang Muslim memandangkan ia adalah antara senjata terakhir yang digunakan oleh Iblis dan Syaitan bagi menyesatkan manusia. Syaitan sentiasa berusaha menghasut manusiaa agar menjadi sombong, ego, ujub dan takabbur. Segala sifat mazmumah yang amat dicela oleh Allah ini hanya akan dapat dikikis melalui sifat Tawaddhuk. Rasulullah SAW berpesan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Tidak berkurang harta seseorang itu akibat bersedeqah, dan tidak ditambah oleh Allah bagi seseorang yang memohon keampunan melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang yang merendahkan dirinya kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini mengingatkan kita bahawa sesuatu kebaikan yang kita laksanakan semata-mata kerana Allah tidak akan merugikan kita kerana Allah akan memberikan nilai tambah bagi setiap kebaikan kita. Oleh kerana nilai tambah ini tidak kelihatan secara jelas maka sebahagian besar manusia tidak menyedarinya dan tidak terdorong untuk melakukan kebaikan akibat merasakan kerugian yang akan ditanggung akibat kebaikan yang dilaksanakannya.

Muslimin-mukminin yang dirahmati,

Kesimpulannya, tiga perkara utama yang disebutkan tadi iaitu takwa, tawakal dan tawaddhuk hendaklah sentiasa menjadi pakaian kita agar kita benar-benar menjadi seorang Muslim yang sejati.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

Wednesday 22 February 2012

Marah, Benci Tapi Wajah Penuh Senyuman!Utusan,Kalau Nak Gorengpun Patut-patutlah

Para pelajar UPSI protes kekejaman rejim Zionis

22/02/2012 9:30pm

Datuk Paduka Dr. Junaidy Abu Bakar (tiga dari kiri) bersama-sama pelajar UPSI di Tanjung Malim melancarkan kempen mengumpul tandatangan bagi memprotes kekejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.



TANJUNG MALIM 22 Feb. - Perasaan marah dan protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestine turut disuarakan oleh para pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Satu gerakan mengumpul tandatangan oleh pelajar-pelajar penyokong "We Love UPSI" telah dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor UPSI, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar di perkarangan UPSI hari ini.

Gerakan pelajar bertujuan menjalankan kempen menyedarkan masyarakat kampus seperti mengedarkan gambar-gambar dan menyampaikan pidato tentang kekejaman rejim Zionis terhadap Palestine.

Para pelajar juga mengutuk keras mana-mana pihak yang cuba melindungi dan menyokong perjuangan zionis. - UTUSAN

ABU: Dasar orang kita, apabila orang lain bicara fasal zionis kitapun kalut sama seperti bagus sangat.Semuanya kerana politik sempit.Kita terlupa, kadang-kadang  perangai kita juga dua kali lima malah lebih dari Zionis.

Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia Bahaya

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.

"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.

Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.

Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.

Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.

"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.

"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga presiden NGO Amanah.-Harakah

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR