Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Krisis Dalaman Politik. Show all posts
Showing posts with label Krisis Dalaman Politik. Show all posts

Monday, 27 June 2016

Shafie Afdal Bikin Gempar di Sabah, Sudah Banyakkah Cawangan UMNO Johor yang Bubar?

Selepas Digantung, Shafie Afdal membuat Gempar. Umno Bahagian Semporna dibubarkan hari ini dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung sementara keahlian Datuk Seri Shafie Apdal pada Jumaat lepas.

Perkara tersebut dinyatakan dalam sidang media beramai-ramai di Sampoerna yang diketuai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Samporna, Datu Eranza Datu Saribu yang juga mengumumkan peletakan jawatannya.

Selepas Digantung, Shafie Afdal Bikin Gempar. “Maka dengan ini kami meletakan jawatan di dalam parti dan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti berkuatkuasa serta-merta,” kata Datu Eranza dalam satu kenyataan semasa sidang media di Semporna.

Beliau juga mengecam tindakan MT UMNO yang bersifat kuku besi dan tidak membenarkan perbezaan pendapat sehingga pengkritiknya dibuang parti hanya semata-mata kerana menyatakan kebenaran dan melawan kebatilan.

Mereka juga menzahirkan kekecewaan terhadap penindasan kepada seorang tokoh yang bertanggungjawab membesarkan UMNO di Sabah tetapi akhirnya dibuang tanpa sempat diberikan peluang membela diri.

Shafie digantung Jumaat lalu selepas MT UMNO bermesyuarat, sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula dipecat daripada parti.

100 cawangan UMNO Johor bubar jika Muhyiddin dipecat

August 27, 2015

Tindakan itu dibuat sebagai protes terhadap ketidakadilan yang dilakukan ke atas Muhyiddin yang semata-mata mahu menyelamatkan UMNO dan negara.
muhyiddin,pecat 

PETALING JAYA: Hampir 100 cawangan UMNO di Johor akan dibuburkan sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO.

Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, perkara itu disahkan sendiri seorang pemimpin UMNO negeri itu.

“Terdengar ura-ura beliau (Muhyiddin) akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

“Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu.

“Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti,” tulisnya di Shahbudindotcom.

Dia berkata, pemimpin tersebut menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan dilakukan keatas Muhyiddin memandangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan UMNO.

Shahbudin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September ini merupakan penentu masa depan politik Muhyiddin dalam UMNO.

“Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya,” katanya. Link

Selamat Tinggal UMNO

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.

Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu"

Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Friday, 11 September 2015

Hampir pasti PAS akan lumpuh dan bergerak sendirian

Mat Taib, Kamaruddin Jaafar sertai PKR

Mat Taib, Kamaruddin Jaafar sertai PKR
Penyertaan mereka diumumkan oleh Wan Azizah dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini. - Gambar Astro AWANI/MARIAH AHMAD
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar hari ini diumumkan sebagai ahli baru Parti Keadlian Rakyar (PKR).

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Menurut Azizah, Kamaruddin yang sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan memperkukuh dan memperdayakan Pejabat Ketua Umum PKR.

"Kamaruddin juga akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden.

"Beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk membawa perubahan," jelas Azizah.

Manakala bagi Muhammad Taib yang dikenali sebagai Mat Taib akan berperanan memperkasa Biro Penerangan dan Komunikasi, khususnya bagi mengangkat martabat masyarakat luar bandar.

"Mat Taib boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya di desa dan luar bandar termasuk komuniti Felda. Penyertaan Mat Taib ini diyakini dapat membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihanraya umum (PRU) akan datang," tambah Azizah.

Kata Azizah lagi, sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam PRU yang lalu,PKR meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang komited dengan agenda reformasi.

Sementara itu, Mat Taib berkata, penyertaannya itu adalah untuk mengukuhkan reformasi yang ada dalam Pakatan Rakyat.

“Barisan Nasional kini bercelaru kepimpinannya. Apa mereka buat, semua serba tidak kena. Duit semakin jatuh, pelaburan semakin jatuh.
"Negara kita sebenarnya sedang mengalami krisis. Namun mereka (BN) terus meuar-uarkan kononnya mereka mendapat sokongan, terutama mereka di luar bandar. Jadi, saya fikir negara ini perlukan pembaharuan, reformasi dan PKR adalah parti yang boleh melakukan reformasi itu," kata Mat Taib.

Bagi Kamaruddin yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai setiausaha kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, beliau berasakan pengukuhan PR bermula daripada pengukuhan dalam parti itu sendiri.

"Saya akan terus aktif dalam PR seperti sebelum ini untuk melakukan perubahan dalam negara ini," jelasnya. 


ABU: Sejak dahulu mereka datang dan pergi, yang akan tinggal dalam PAS nanti hanyalah Presiden PAS....mengapa mereka sertai PKR tidak Parti Pekerja? PKR pun sama juga tikam dari belakang. Sejak dahulu juga....Kasihan PAS! 


Terkenang pengalaman 8 tahun yg lalu ada seorang murabbi PAS pernah berterus terang dengan saya tentang perangai beberapa pemimpin PAS ketika itu. Kata beliau : " Mereka ini ada bos lain,

mereka nak bawa agenda bos mereka ke dlm jamaah kita sedagkan agenda dari bos kita bukan mereka nak ambil berat pun".. macam-macam yang dikongsi panjang lebar murabbi ini menceritakan satu persatu pada saya.Saya kurang untuk percaya pada masa itu agak kebingungan saya. Pesanannya pada saya:" jika anta tak percaya,jika kita dipanjangkan umur anta akan lihat sendiri suatu hari nanti mereka akan kepanasan juga berada dlm jamaah kita terutama apabila agenda dari bos mereka ditolak mentah-mentah oleh bos jamaah kita dan pada masa itu mereka akan tunjukkan siapa bos mereka sebenar, akhirnya mereka akan keluar dari PAS juga. Dalam keadaan saya tak berapa percaya, saya kata " takkanlah mereka sanggup mungkir janji seperti yang mereka janji ، takkanlah mereka sanggup jadi jaguh lompat juga. murabbi itu kata pada saya"Mereka sanggup lakukan apa saja termasuk khianat kpd janji mereka sendiri asalkan mereka bahagia disamping bos sebenar mereka" Sekarang saya semakin percaya sehingga 100% dan saya telah saksikan sendiri kebenaran cerita murabbi itu. Murabbi itu telah meninggalkan kita buat selamanya. Damailah kau di sana..AlFaatihah...

Benarlah sabda Nabi SAW:
: " ﺍﺗﻘﻮﺍ ﻓﺮﺍﺳﺔ ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ، ﻓﺈﻧﻪ ﻳﻨﻈﺮ ﺑﻨﻮﺭ ﺍﻟﻠﻪ , ﻋﺰ ﻭﺟﻞ
Takutlah kamu kpd firasat org yg beriman, sesungguhnya ia melihat dgn cahaya Allah... Istiqamah hingga kemenangan

Catatan kedai kopi,Akmal hj Kamarudin,Batu Kurau, Perak.
 

Monday, 27 July 2015

ZAHID HAMIDI DILANTIK TIMBALAN PERDANA MENTERI

Dikatakan PM DS Najib Tun Razak telah membuat tindakan paling drastik dengan menggantikan TS Muhyiddin Yassin dengan Dato Sri Zahid Hamidi. Dalam kalangan mereka yang memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet juga dirombak hampir 100%.Sejauh manakah kebenarannya?

Kabinet Dirombak
Desas-desus mengenai rombakan Kabinet oleh YAB Perdana Menteri akhirnya terjawab. Berikut adalah senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
 Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Rombakan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Menurut Najib, keputusan rombakan kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam menghadapi cabaran menguruskan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dengan Ahmad Zahid serta empat orang menteri dan seorabg Timbalan Menteri serta dan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata perubahan itu bagi memastikan pentadbiran di bawahnya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada PRU13.

“Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara, serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan,” katanya.

Menurut Najib, beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan namun sebagai anggota Kabinet perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama ataupun ‘collective responsibility.

“Keputusan untuk menggantikan Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu,” kata Najib - Awani.

ABU: Landskap politik makin menarik.Bang Mat and the Gang... pergi la pujuk bekas TPM cepat...

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah Letak Jawatan

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menyerahkan tugasnya kepada timbalannya, Dr Rosli Allani Abdul Kadir kerana mahu menggerakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) Kelantan.

“Saya kini bersama Harapan Baru. Jadi untuk berlaku adil kepada PAS dan GHB, saya buat keputusan memberi mandat kepada timbalan saya untuk menjalankan tugas-tugas parti.

“Jadi selepas ini saya tidak akan memanggil atau menghadiri mesyuarat PAS Kawasan Kota Bharu lagi. Semua tugas akan dipikul oleh Dr Rosli Allani,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Menjelaskan mengenai status terkininya dalam PAS, Wan Abdul Rahim menegaskan bahawa beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu.

“Saya tak lepaskan jawatan…saya hanya mandatkan tugas saya kepada timbalan. Saya juga masih ahli PAS.

“Kedudukan sebagai YDP masih sah sehingga 2017. Keputusan saya ini juga diterima dan dihormati oleh AJK PAS Kawasan Kota Bharu,” katanya.

Diminta mengulas kemungkinan tindakannya itu merupakan isyarat kepada kebangkitan GHB di Kelantan, Wan Abdul Rahim bagaimanapun tidak mahu dilihat sebagai punca perpecahan dalam PAS.

“Ini keputusan peribadi saya. Malah ketika mesyuarat pada 15 Julai lalu juga saya tidak beri keizinan kepada AJK PAS Kawasan Kota Bharu untuk ikut saya menyertai GHB.

“Biarlah saya mencari pengaruh di kalangan akar umbi, bukan di kalangan orang yang berjawatan dalam PAS,” katanya lagi.

Baru-baru ini, GHB menyenaraikan pengerusi peringkat negeri iaitu Wan Rahim (Kelantan), Aminul Huda Hassan (Johor), Asmuni Awi (Perak), Dr Mohd Hatta Ramli (Wilayah Persekutuan), Dr Ismail Salleh (Kedah), Dr Hamzah Jaafar (Pahang), Hamzah Abdullah (Sabah), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Sarawak), Ir Izham Hashim (Selangor), Adly Zahari (Melaka) dan Zulkifli Mohamad Omar (Negeri Sembilan).

Difahamkan, selain Wan Rahim, Hamzah Abdullah juga masih memegang jawatan Yang Dipertua PAS Batu Sapi; Abang Ahmad Kerdee, Yang DiPertua PAS Kawasan Batang Lupar dan Ir Izham, Yang Dipertua PAS Kelana Jaya.

Sementara yang lain adalah bekas-bekas pemegang jawatan dalam PAS; Aminul Huda, bekas Persuruhjaya PAS Johor; Asmuni Awi, bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak; Dr Mohd Hatta, bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat; Dr Ismail, bekas Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah; Dr Hamzah, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang; Adly Zahari, bekas Pesuruhjaya PAS Melaka dan Zulkifli, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Dalam perkembangan lain, Wan Rahim juga turut mengesahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kota Bharu.

“Ini semua tak ada kaitan dengan Harapan Baru…ini bukan mainan GHB. Saya hormati Datuk Takiyuddin seperti adik saya, beliau juga adalah anak didik saya dalam PAS Kota Bharu.

“Kami sedar tugasnya yang sibuk sebagai Setiausaha Agung. Saya tak mahu rekod kehadirannya buruk hingga menjejaskan reputasi sekiranya beliau banyak kali tidak hadir mesyuarat,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Bagaimanapun, katanya, Takiyuddin tetap akan dijemput menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS Kawasan Kota Bharu atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu.

“Beliau boleh hadir pada bila-bila masa dalam mesyuarat Dewan Harian, tak ada halangan untuknya lebih-lebih lagi atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung PAS,” katanya.

Wan Rahim berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan PAS Kota Bharu menguggurkan Takiyuddin sebagai AJK Kawasan berkenaan yang dibuat dalam mesyuarat pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, keputusan menguggurkan Takiyuddin sebagai AJK dipersetujui oleh sebahagian besar ahli yang hadir pada mesyuarat berkenaan. - mStar Online

Takiyuddin merupakan AJK yang dilantik selepas beliau menarik diri daripada mempertahankan jawatannya selaku timbalan YDP kawasan itu dalam pemilihan parti itu awal tahun ini.

Friday, 3 October 2014

Lapan Pemimpin Peringkat Kebangsaan Letak Jawatan?.

Akhbar The Sun melaporkan 8 pemimpin peringkat kebangsaan sayap parti GERAKAN sudah meletak jawatan, tetapi disangkal oleh Pengerusinya yang mengatakan hanya lima surat peletakan jawatan diterima setiausaha agung.

Tan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lima pemimpin itu dengan alasan mahu memastikan kesahihannya.

"Jawatankuasa Kerja Pusat Pemuda Gerakan akan adakan mesyuarat tergempar pada Selasa bagi membincangkan perkembangan terbaru ini dan memutuskan tindakan berikutnya yang akan diambil," katanya hari ini.

Sambil menganggap peletakan jawatan itu bukan isu besar, Tan berkata perbezaan pendapat wujud dalam mana-mana parti demokratik.

"Saya tak nafikan terdapat mereka yang menyuarakan kebimbangan bekerja dengan saya selepas pemilihan parti tempoh hari, tetapi saya sudah cuba menyatukan sayap parti dan bekerja dengan semua orang, tanpa mengira mereka memihak mana-mana kem tertentu.

"Sebagai balasan, saya harap mereka juga turut menjalankan kerja mereka dan sekiranya mereka pilih untuk letak jawatan, ada sesuatu yang tak kena. Meletak jawatan bukan satu tindakan matang menangani perbezaan," katanya.

Tan mempersoalkan niat sebenar mereka ingin meletak jawatan kerana ia akan menjejaskan imej parti.

"Apa saja permasalahan yang kamu mungkin hadapi, kamu tidak boleh merosakkan imej parti. Pemimpin datang dan pergi, tetapi parti tetap kekal, dan kita kena berpegang dengan prinsip parti," katanya.

Akhbar itu menamakan 8 yang meletak jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Clarence Lee, Bendahari Agung Adrian Ong Ching Woo, Timbalan Bendahari Agung Chan Tzun Hei, dua Timbalan Setiausaha Agung iaitu Allan Tang Luan Kang dan Ooi Zhi Yi, dua ketua biro, Chong Chee Yen dan Chia Gim Tiong dan seorang ahli jawatankuasa pusat, Ivanpal Grewal Singh.

"Setengah daripada mereka sedang merangka surat letak jawatan, setengahnya sudah menghantarnya ke ibu pejabat parti. Saya cuba menasihatkan mereka supaya tidak meneruskan niat mereka, tetapi mereka bertegas dengan keputusan itu," Naib Ketua Pemuda Gerakan Yap Wen Piau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Chan memberitahu The Sun dia meletak jawatan tetapi akan kekal sebagai ahli jawatankuasa pusat.

"Saya tak boleh teruskan dengan kepimpinan Pemuda sekarang, jadi tiada ertinya jika saya terus memegang jawatan itu. Lebih baik berikannya kepada seorang yang berkemampuan dan boleh memimpin Pemuda Gerakan," dia dilaporkan berkata.

Azmin Masih Di'remote-control' Anwar? -MCA

MCA menyatakan rasa kecewa kerana Menteri Besar Azmn Ali didakwa masih dikawal 'remote-control' oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Azmin nampaknya masih dikawal jauh oleh Anwar,” kata pengerusi publisiti MCA Wilayah Persekutuan, Lau Chin Kok dalam satu kenyataan semalam.

Lau merujuk kepada tindakan Azmin yang mengekalkan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri, yang dianggapnya “meletakkan Selangor dalam tangan kotor Anwar”. Pejabat penasihat ekonomi ditutup pada hari terakhir perkhidmatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar pada 22 September lalu


Lau (kiri) mendakwa Khalid dipaksa berundur kerana enggan beralah kepada Anwar dalam isu penstruktruran semula industri air Selangor.

"Rakyat perlu diingatkan bahawa krisis air yang berlaku di Selangor tidak lain lagi disebabkan oleh halangan Pakatan Rakyat dalam pembinaan Langat 2," katanya.

Katanya, MCA berharap Azmin akan menunjukkan ketahanan dalam menjaga kebajikan rakyat “tanpa rasa takut dan pilih kasih”.

Beliau juga menyeru agar anggota exco PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pendidikan untuk memberi layanan adil kepada semua sekolah di negeri itu.

"Ini termasuk memberi geran berjadual kpeada sekolah Cina tepat pada waktunya,” tambah Lau. (MK)
.
 
ABU: mmm  
 

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR