Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label artikal penerangan. Show all posts
Showing posts with label artikal penerangan. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

Apa Itu Bughah dan Bagaimana Menanganinya.


i. Bughah
Pengertian "Bughah" mengikut istilah syara` adalah segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (Imam/Khalifah) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah

Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;

“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”

Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. Riwayat Muslim

2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang
pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)

4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain)

5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim

6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)

Bughah Menurut Pandangan Ulamak

1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad mengatakan”….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…”

2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah S.W.T. yang berbunyi

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”.


Ali Imran ayat 165

Dan Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud;

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”.



Al-An`am ayat 129

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)


3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “…kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)

4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Al-Nawawi berkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12, hlm. 232)

5. Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, “ … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka”. (al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260)

Kesimpulan

Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

Disediakan oleh: BAHAGIAN PENYELIDIKAN JAKIM

AL-IMAM TAQIYUDDIN ABI BAKAR BIN MUHAMMAD AL-HUSAINI, KIFAYAH AL-AKHYAR FI HILLI GHAYAH AL-IKHTISAR, DAR AL-KUTUB AL-ILMIYAH, BEIRUT, JLD 2

QANUN JINAYAH SYAR`IYYAH, HAJI SAID HAJI IBRAHIM, CETAKAN PERTAMA 1996, DARUL MA`RIFAH, KUALA LUMPUR

AHKAM AL-SULTANIAH WA AL-WILAYATI AL-DINIYYAH, ABI HASAN ALI BIN MUHAMMAD BIN HABIB AL-BAGHDADI AL-MAWARDI, DAR AL-KUTUB AL-ILMIAH, BEIRUT.

SYARH AL-`AQIDATI AL-TOHAWIYYAH, JUZ 2, CETAKAN KE-13 TAHUN 2000, MUASSASAH AL-RISALAH.

AL-ADILLATU AL-SYAR`IYYAH FI BAYANI HAQQI AL-RA`IYYAH, SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN SABIL, DAR AL-SALAF, RIYADH.

SYARH AL-NAWAWI LI SAHIH MUSLIM, JUZ 12, CETAKAN KE-7 TAHUN 2000, DAR MA`RIFAH, BEIRUT .
 


ii.    Pemberontakkan dan Bagaimana Menanganinya Menurut Hukum Islam   
Siapakah pemberontak?

Pemberontak ialah siapa sahaja yang melampaui had atau melampai batas undang-undang yang sepatutnya dipatuhi dalam sesebuah Negara. Dalam bahasa arab pemberontak di kenali sebagai bughah iaitu sekumpulan umat Islam yang menentang pemerintah Islam atau melanggar perintahnya atau bertindak menghalang hak-hak Allah atau hak manusia.

Apakah hukumnya?

Apabila wujud pemberontakkan, pemerintah Islam wajib menghantar wakil bagi berurusan dengan pemberontak. Jika tuntutan bughah tadi adalah baik dan tidak memberi kesan yang buruk, tuntutan mereka wajib dipenuhi. Sekiranya tuntutan mereka tidak relevan, boleh memberi kesan buruk, atau tidak ada sebarang motif, maka pemerintah hendaklah memberi nasihat berupa amaran bahawa mereka akan diperangi jika meneruskan pemberontakkan dan minta mereka supaya kembali taat. Jika mereka enggan dan masih memberontak, mereka wajib diperangi.

Kumpulan pemberontak tidak dihukum fasik atau kafir kerana mereka mempunyai sebab dan alasan yang dibenarkan syarak.

Syarat-syarat bagi Memerangi bughah.

1. Untuk memerangi bughah, syarat pertama ialah kumpulan pemberontak itu mestilah kekuatan dan keupayaan untuk menentang atau mengancam pemerintah. Kekuatan mereka mungkin dari segi jumlah ahli yang ramai atau senjata.

2. Pemberontakkan yang dilakukan mestilah benar-benar diluar kawalan pemerintah. Jika ia masih boleh dikawal, mereka tidak perlu diperangi, cukup sahaja dengan ditangkap dan dipenjarakan.

3. Kumpulan bughah ini perlulah mempunyai tafsiran yang jelas tentang sebab mereka memberontak dan mereka mempunyai ruang dalam berijtihad. Jika mereka tiada takwilan yang jelas dan ijtihad yang disandarkan, maka mereka tidak dihukum sebagai pemberontak tetapi diperangi sebagai kumpulan yang fasik. Perlu ditekankan di sini bahawa, jika tiada ijtihad dan tafsiran yang jelas bagi sebab memberontak, dan mereka menghalalkan memerangi pemerintah Islam, kumpulan pemberontak boleh menjadi kufur.

4. Syarat terakhir ialah kumpulan pemberontak mestilah mempunyai tokoh yang ditaat yang berperanan menguatkan mereka, yang mempengaruhi dan menyatupadukan ahli bagi melakukan pemberontakkan.

Dalil

"Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil". (al-Hujurat: 9)

Menurut Ulamak, ayat ini bersifat umum atau boleh diqiaskan dengan pemberontakkan. Puak yang zalim adalah kumpulan yang melampaui batas dan perlu diperangi oleh pemerintah apabila dituntut oleh syarak.

Dari sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dalam bab memerangi khawarij Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang memisahkan diri dari jamaah walaupun sejengkal, maka dia telah mencabut ikatan Islam daripada lehernya.”

Mengapa Pemberontak Perlu Diperangi?

Ini adalah kerana supaya menjaga kestabilan pemerintahan setelah dilantik secara sah oleh Umat Islam. Kestabilan pemerintahan penting bagi menyatupadukan kekuatan Umat Islam dan bagi menakutkan musuh.

Banyak Ayat al-Quran memerintahkan umat Islam taat setia kepada pemerintah walaupun dia seorang yang zalim. Tetapi ketaatan dikecualikan dari taat pada perkara maksiat. Dan ketaatan kepada pemerintah adalah melebihi dari berpegang pada ijtihad.

Bagaimana memerangi pemberontak?

Memerangi bughah berbeza dengan cara memerangi orang yang fasik, kafir dan musuh Islam. Malah ia tidak ada kaitan dengan Bid’ah. Memerangi bughah hanya satu matlamat iaitu menjaga keamanan dan perpaduan umat Islam.

1. Mestilah pemerintah terlebih dahulu menghantar wakil bagi berbincang seperti mana dilakukan oleh Saidina Ali r.a yang menghantar Abdullah bin Abbas r.a bagi berbincang dengan kumpulan yang menentangnya. Setelah perbincangan gagal, perlulah diberi ancaman akibat dari pemberontakkan dan kemudian memberi amaran akan diserang, kemudian barulah wajib diperangi jika masih gagal.

2. Peperangan hanya pada orang yang membalas serangan, jika ada pemberontak yang lari dari medan perang tidak boleh dikejar dan pemberontak yang cedera tidak boleh dibunuh.

3. Pemberontak yang ditawan tidak boleh dibunuh, larangan keatas pemberontakkan ini dari hadis Nabi s.a.w dari Ibnu Umar,

“Jangan kejar mereka yang melarikan diri dan jangan kejar dan bunuh mereka yang cedera.” Al-Baihaqi menambah lagi: “dan jangan dirampas harta mereka”.
Dalam satu peristiwa saidina Ali r.a pernah menyuruh pesuruhnya membuat pengumuman dalam peperangan terhadap pemberontak bahawa jangan mengejar orang yang melarikan diri, jangan diserang orang yang cedera, jangan dibunuh orang yang ditawan dan sesiapa yang menutup pintunya dan meletakkan senjata akan selamat. Sesiapa yang enggan menyerah, enggan memberi baiah dan taat setia akan dipenjara sehinggalah peperangan tamat. Tawanan akan dibebaskan sekiranya dia berjanji tidak akan terlibat lagi dalam peperangan. Jika dikhuatiri dia akan memungkiri janji, dia boleh terus dipenjarakan sehingga diyakini.

4. Walaupun harta milik tidak boleh dirampas atas nama harta rampasan perang, namun harta berupa senjata perlu disimpan sebagai bukan hak milik kerajaan sehingga diyakini mereka tidak kembali melancarkan serangan.

Implikasi peperangan terhadap pemberontak.

Jika semua syarat dipenuhi dan langkah awal telah diambil, maka halal darah pemberontak yang dibunuh kerana tindakan ini dibenarkan oleh syarak. Oleh itu pembunuh tidak dikenakan qisas dan bayar diyat.

Selepas tamatnya peperangan, jika pemberontak dibunuh sedangkan dia telah melakukan baiat, maka pembunuh akan dikenakan hukuman qisas. Jika pembunuh bersumpah dia membunuh dengan menganggap pemberontak masih engkar, maka qisas digugurkan dan dia hanya perlu membayar diyat.

Sumber : Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, bab Pemberontakkan dan Hukumannya.

Dinuatturun dari: Salamizhar.


 iii. Komentar

Komen Dr MAZA Dr MAZA pula menjawab dan membidas akan "fatwa" Mufti Perak dengan memberikan pandangan seperti berikut:-

... para imam dalam pelbagai mazhab yang terdiri dari para mujahid yang hebat hanya mengklasifikasikan mereka yang keluar menentang pemerintah dengan senjata atau disebut memiliki syaukah iaitu kekuatan tempur sahaja sebgaia bughah ataupun penderhaka ... itu pun ada pelbagai syarat dalam menangani mereka yang disebut dalam kitab-kitab fekah .. tiba-tiba hari ini ada pula yang kata sekadar tidak puas hati pun dah jadi penderhaka .. ajaibnya fatwa ...berapa harganya?

"untuk semua agamawan di negara mana pun mereka berada patut ditanya: apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan –samada sultan ataupun menteri- ayat-ayat

Tuhan tidak terkena mereka? rakyat sahajakah yang patut selalu diingat agar taat pemerintah?! Bukankah pemerintah lebih utama diingatkan agar takutkan Allah dalam pengurusan harta rakyat jelata..kedamaian negara terletak di tangan pemerintah bukan hanya di tangan rakyat..

..ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata.

Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan untuk bunuh. Padahal bughah adalah istilah yang mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah pada rakyat yang berkumpul tanpa senjata. ..apakah bughah rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?

..kita boleh saja untuk tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah rakyat awam yang menyertainya atas alasan selekeh sedemikian rupa? 


..menghalalkan darah rakyat atas nama agama adalah satu jenayah yang sangat besar..sesiapa yang memanipulasi agama untuk kepentingan tertentu telah merosakkan nama Tuhan dan utusanNYA yang mulia.."

Komen Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya


“Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam,”

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya perlu berlaku adil dalam mengeluarkan kenyataan.

“Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata,” ujar Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian.


Tambahnya, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.

“Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam,” katanya.

Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah mufti tidak nampak perkara ini.

“Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?” tanya beliau.

Menurutnya, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.

“Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti,” katanya.

Justeru, tegasnya PMIUM mendesak Harussani menarik balik label bughah dan harus memohon maaf kepada rakyat kerana menisbahkan mereka sebagai bughah (pemberontak) yang mana gelaran yang begitu menghina rakyat.



iv. Lain-lain yang berkaitan

Patutkah politik dicampur agama?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul. Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat.

Rentetan dari itu juga, ada yang menyatakan anak-anak muda yang memakai topeng ala vendetta dalam perhimpunan itu telah rosak akidah mereka kerana menyerupai ajaran Kristian.  
Tujuan politik

Samada kita bersetuju ataupun tidak dengan perhimpunan anak-anak muda, suatu hal yang lain, tapi yang jelas kenyataan-kenyataan ini walaupun berbunyi agama tetapi hakikat bukan bertujuan agama. Sebaliknya, bertujuan kepentingan politik pihak tertentu malangnya, unsur agama dimainkan untuk menjatuhkan pihak yang bertentangan. Hal ini berlaku dalam banyak pihak dan puak sepanjang sejarah politik manusia.

Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis.  Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh al-Zahabi, daripada Anas bin Malik, berkata: “Nabi s.a.w tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu, ketika itu, orang ramai pun turut menanggalkannya. Nabi s.a.w bertanya: 'Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?' Mereka menjawab: 'Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan'. Nabi s.a.w bersabda, 'Jibril telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran'."

Dalam riwayat Ibn Khuzaimah, ditambah: “Seseorang kamu hendaklah melihat kasutnya, jika ada kotoran hendaklah dia sapu di tanah (gesel hingga bersih di tanah), kemudian dia boleh bersolat memakainya.”

Ertinya, bukan satu masalah yang besar, bahkan diizinkan solat memakai kasut jika bersih. Namun ia dijadikan isu kerana ada kepentingan politik. Betapa ramai yang pergi konsert yang pelbagai dalam negara ini yang entah bila mereka bersolat pun tiada siapa yang tahu. Tidak pernah pula menjadi isu pun bagai ‘agamawan politik’ ini, tiba-tiba yang bersolat berkasut pula menjadi isu.

Topeng vendetta memanglah bukan dari ajaran Islam, tapi sejak bila pula ia dari ajaran Kristian?! "V for Vendetta" adalah hasil dari novel David Llyold dan Tony Weare pada tahun 1982. Ia menjadi terkenal kerana difilemkan pada tahun 2005 dengan tajuk "V for Vendetta". Dalam sejarah, topeng itu menggambarkan keberanian Guy Fawkes dan kumpulannya yang menentang penguasa yang menindas rakyat pada tahun 1605. Cuma dalam kisah topeng ini kumpulan pemuda yang menentang penguasa itu agak ekstrim dengan merancang untuk membunuh King James dan meletupkan negara.
Dikatakan mereka juga ingin menghapuskan parlimen dan mengembalikan monarki Katolik. Dari sudut itu, ia bukan satu perlambangan yang baik.

Cuma, sebenarnya bukan isu Kristianisasi yang ditakuti, sebaliknya isu politik yang hendak dikaitkan. Betapa ramai orang politik negara ini yang hadir dalam majlis sambutan Krismas, Depavali, sambutan itu dan ini yang dari segi latar sejarahnya memang mempunyai unsur agama. Tidaklah pula mereka itu dikaitkan dengan Kristianisasi, Hinduisasi ataupun seumpamanya.

Demikian juga apabila ada pihak yang mengharamkan seorang Muslim menyertai parti musuhnya yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar kerana dianggap menolak Islam. Namun kemudiannya membolehkan Muslim menyertai parti lain yang tidak berteraskan Islam sebagai dasar disebabkan parti itu berbaik dengan mereka.

Semua hukuman yang tidak selaras dan terpilih ini akibat dari menjadikan agama sebagai senjata dalam berpolitik.
Politik agama

Percampuran antara politik dan agama boleh membawa kesan yang positif yang diredhai dan dikehendaki Allah dan RasulNya, tapi boleh juga membawa kesan yang negatif yang merosakkan agama Allah dan RasulNya. Ia semua amat bergantung kepada siapa yang mengendalikan percampuran tersebut. Atas apa hasrat dia ingin mencampurkan agama dan politik menentukan hasil percampuran itu.

Jika dia mencampurkan keduanya untuk mendapat panduan Tuhan dalam memimpin manusia secara adil dan amanah, maka itu membawa kepada kebaikan. Namun, jika percampuran politik dan agama atas hasrat menguatkan kedudukan politik cuma, maka itu akan merosakkan nama Allah dan agamaNya.

Agama hanya akan menjadi mainan kepentingan penguasa dan segala tafsiran mempunyai kepentingan mereka yang terbabit dalam politik.

Dalam sejarah Kristian, ketika golongan agama di Vatican menguasai politik, betapa ramai tokoh-tokoh yang dihukum mati atas tuduhan heresy (murtad) hanya kerana tidak bersetuju dengan penyelewengan pihak gereja dan kuasa politik.

Umpamanya dalam isu penjualan 'indulgences' atau borang pahala yang dijadikan saluran untuk golongan agama mengaut harta dengan cara menipu fakta agama, ramai dibunuh kejam hanya kerana mengkritik. Demikian juga isu 'purgatory', 'relics', 'saints' dan pelbagai lagi yang menjadikan cara golongan agama menipu orang awam. Mereka yang jujur bangun mengkritik dijatuhkan hukuman mati dan dibakar hidup-hidup. Inilah nasib yang menimpa Jan Huss (1370-1415) yang merupakan reformis agama Bohemian, yang dibakar hidup-hidup di khalayak ramai.

Demikian tekanan yang dikenakan kepada reformis agung Kristian, Martin Luther (1483-1546) dan para pengikutnya yang sebahagian mereka dibakar hidup-hidup. Golongan politik mengambil kekuatan dari cengkaman kuasa agama ke atas rakyat. Penyelewengan pengurusan dan harta negara bagaikan diampun Tuhan kerana golongan agama bersama mereka.

Inilah hasilnya apabila kuasa politik dicampur dengan agama yang dikendalikan oleh mereka yang berkepentingan.
Politik Islam?

Di negara kita kini, lihat bagaimana ada pihak yang ‘so-called’ agamawan yang sibuk membaca dalil kepada rakyat supaya bersyukur dan jangan membazir kerana itu amalan syaitan. Dalam masa yang sama tidak pula aktif membaca nas-nas ini kepada golongan atasan.

Persoalannya, apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan, samada sultan ataupun menteri, ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka?

Ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan bunuh. Padahal bughah adalah istilah mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah rakyat yang berkumpul tanpa senjata.

Dalam konteks hari ini, apakah bughah dilakukan rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?

Kita mungkin boleh tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah awam sedemikian rupa?

Lihatlah bagaimana agama boleh menjadi senjata kuasa politik sehingga perintah dibenarkan menumpah darah rakyat yang lemah. Saya tidak menyeru kepada pengasingan agama dari politik kerana itu bukan tabiat Islam. Pun begitu, jika agama sekadar senjata untuk kepentingan politik, lebih baik ia diasingkan.

Politik Islam itu bukan semestinya membaca dalil agama itu dan ini sedangkan intipatinya tidak memenuhi maksud rahmat dan keadilan yang menjadi tujuan ajaran Islam. Sekali lagi saya nukilkan kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:

“Berkata al-Shafi’i: 'Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak'. Kata Ibn ‘Aqil: 'Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu "Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak" iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah... apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun, maka di situlah syariat Allah dan agamaNya... bahkan Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya'." - Wallahuaqlam.

Tuesday, 6 August 2013

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Didik Chetz, bukan hukum di media

Tuan Ibrahim Tuan Man

Pelatih anjing Maznah "Chetz" Yusof perlu dididik bukannya dihukum. Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu.

Chetz mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya. Video memuatkan video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia.

Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.

Wajarkah Chetz dicemuh sebegitu rupa di media sehingga menimbulkan kemarahan melampau pada beliau seolah-olah beliau sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan?

Sebagai pelatih anjing, diyakini sekurang-kurangnya Chetz pernah menyelamatkan sebilangan anjing-anjing yang sedang kebuluran dan pernah berkata-kata baik dan melakukan benda baik dalam hidupnya, dan ada orang yang pernah mendapat kebaikan daripada sifat baiknya itu. Atas nilai ini sahaja wajar dipuji kerana majoriti manusia di dunia ini tidak lagi boleh bersifat sedemikian.

Jika binatang yang dipilih Chetz ialah kucing, dan bukannya anjing, sudah tentu Chetz tidak dicemuh sebegitu rupa. Salahkah Chetz lebih menyayangi anjing?

Tak salah orang Islam memiliki anjing, tapi mesti kena pada caranya dan mengenali cara untuk menghindari diri daripada perkara yang haram dan belajar membersihkannya menurut kaedah syarak. Harus diingat memegang anjing bukan suatu dosa walaupun ia adalah najis mughalazah. Perkara ini boleh dididik apabila mendapati ada umat yang jahil mengenainya, tapi jangan sesekali disamakan kelakuan jahil itu dengan niat menghina Islam.

Tidak dinafikan ada umat Islam yang tersinggung dengan perbuatan Chetz, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, saya mengesyorkan agar umat Islam di Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan Chetz untuk memaafkan beliau.

Mungkin ada pihak yang baik hati boleh memuatkan pula satu video untuk mengajar umat Islam mengenai anjing, dan cara membersihkan najisnya untuk tujuan mendidik daripada terus mencemuh Chetz.

Barangkali juga kalau ada yang sanggup mengambil risiko untuk memuatkan video seseorang Muslim menerima duit rasuah lalu diambilnya duit itu untuk memberikan sedekah kepada mereka yang susah dan alim, dan melihat apakah ia akan menimbulkan reaksi yang sama seperti video Chetz?

Jika ya, bagus, kerana ini menunjukkan perubahan pada umat Islam untuk melihat perkara yang haram pada nada yang sama. Jika tidak, tepuk dada tanya iman, apakah sikap dwi-standard umat Islam pada perkara yang haram ini telah menghina Islam itu sendiri kerana melanggar syariat Islam yang utama ialah berlaku adil dalam semua perkara?
 
Sudah tentu rakyat masih ingat bagaimana tiada reaksi pelbagai institusi agama yang kini mengecam Chetz terhadap segelintir pemimpin BN, seperti Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang pernah menghina Islam.

Apakah bilamana pemimpin negara yang melakukannya maka ianya dibolehkan tetapi apabila rakyat marhaen yang melakukannya seluruh media dan institusi agama mengecamnya? Mari kita didik rakyat agar lebih memahami tuntutan agama dari kita mencemuh mereka.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Ogos 2013

Jijiknya Masyarakat Kita Pada Anjing dan Babi

Rasuah Lebih Haram Dari Babi

Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah, Utusan Malaysia 22 Dis 2008

Rasuah atau politik wang telah diketahui umum sebagai isu yang amat kontroversi melanda UMNO hari ini. Ingatan demi ingatan telah diberikan oleh Presiden UMNO (Perdana Menteri), Timbalan Presiden (Timbalan Perdana Menteri) dan tidak ketinggalan bekas Presiden UMNO (Perdana Menteri), Tun Dr. Mahathir Mohamed. Pendek kata, semua orang memperkatakan akan bahaya hina dan jijiknya rasuah, tidak ketinggalan parti-parti politik pembangkang.

Terbaru, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri di parlimen. Ianya sedang hangat dibahaskan. Walaupun ada segelintir yang sinis, azam kepemimpinan negara untuk membenteras rasuah hendaklah dipandang serius. Rasuah adalah isu bersama, tidak kira siapa kita dan latar belakang politik.

Syed Hussein Alatas (1995) merujuk rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi. Ciri-ciri rasuah digalurkan seperti suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan,

(i) penipuan terhadap badan pemerintahan, lembaga swasta atau masyarakat umumnya,
(ii) dengan sengaja melalaikan kepentingan kepentingan umum untuk kepentingan khusus,
(iii) dilakukan dengan rahsia, kecuali dalam keadaan di mana orang-orang yang berkuasa atau bawahannya menganggapnya tidak perlu,
(iv) melibatkan lebih dari satu orang atau pihak,
(v) adanya kewajipan dan keuntungan bersama, dalam bentuk wang atau yang lain,
(vi) terpusatnya kegiatan (rasuah) pada mereka yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka yang dapat mempengaruhinya,
(vii) adanya usaha untuk menutup perbuatan rasuah dalam bentuk-bentuk pengesahan hukum, dan
(viii) menunjukkan fungsi ganda yang kontradiktif pada mereka yang melakukan rasuah.

Rasuah dikatakan bermula apabila parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin politik yang memerintah melibatkan diri dalam perniagaan. Kajian demi kajian dan penemuan demi penemuan telah banyak dilakukan mengenai punca-punca rasuah dan cara mengatasinya. Namun, ia agak sukar untuk dibenteras selagi mana parti-parti politik melibatkan diri dalam perniagaan. Jamaie Hamil (2004) membuat kajian menarik berkaitan penglibatan UMNO secara aktif dalam perniagaan telah menyebabkan berlakunya rasuah.

Selepas DEB dilancarkan, orang Melayu dikatakan tidak hanya dibiarkan menguasai politik semata-mata tetapi mereka juga perlu menguasai ekonomi yang selama ini hanya dikuasai oleh orang Cina. Penglibatan UMNO dalam perniagaan semakin aktif ketika era Mahathir sehinggalah ke hari ini. UMNO telah membentuk syarikat korporat dan mengakibatkan kepentingan politik dan ekonomi dimanipulasikan. Maka wujud orang Melayu yang dibantu UMNO menjadi jutawan dan ahli korporat yang berjaya. Mereka terus bergantung kepada elit politik UMNO untuk memastikan kemandirian perniagaan mereka terjamin. Sementara elit politik pula bergantung kepada elit ekonomi untuk mengukuhkan kekuasaan. Persepsi orang Melayu adalah untuk mengumpul kekayaan, jalan pintasnya adalah dengan menjadi ahli politik.

Akibatnya, kekayaan negara diagihkan kepada kelompok tertentu dengan alasan menjaga kepentingan Melayu. Amalan kronisme, nepotisme dan politik wang berlanjutan sehingga menjadi budaya politik.

Tema yang sama turut dibincangkan oleh Gomez (1994) dalam penyelidikannya mengenai penglibatan parti-parti politik komponen BN dalam perniagaan iaitu UMNO, MCA dan MIC. Penglibatan parti-parti politik ini telah menimbulkan banyak masalah kerana mereka mempunyai kepentingan dalam kerajaan. Pelbagai syarikat yang dipunyai oleh UMNO, MCA dan MIC disenaraikan dengan jelas dan penuh bukti akan kepentingan mereka dalam kerajaan. Boleh dikatakan semua tender kerajaan dibolot oleh syarikat-syarikat ini yang ada kepentingan dalam kerajaan BN. Hasilnya, berlaku perkara-perkara yang seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Perkara yang sama pernah dinyatakan oleh Malek Merican, seorang pakar ekonomi yang mahukan penstrukturan semula DEB dilakukan. Rasuah dikatakan semakin berleluasa selepas diwujudkan DEB.

... bahawa banyak tender, pemberian, lesen dan kelulusan peruntukan syer dibuat atas hubungan, bukan berasaskan bida yang terendah, yang paling cekap atau sesuatu asas berkakitan merit yang lain. Mereka bimbang yang Bumiputera dan bukan Bumiputera sedang mula percaya bahawa mereka patut bercita-cita menjadi broker kuasa dan mempengaruhi penjaja-penjaja daripada beriltizam untuk menjadi pengurus, pengeluar dan pengilang yang paling cekap... (Faaland et al, 2005: 199)

DEB yang sepatutnya membantu orang Melayu dan bumiputera tidak mencapai matlamat yang diharapkan, malahan menjadikan orang Melayu leka dan terjerumus ke lembah rasuah yang hina.

Penyelidikan Chin Yee Whah (2005) berkait rapat dengan apa yang dikatakan oleh Malek Merican. Beliau mengkaji sejarah keterlibatan orang Cina dalam bidang perniagaan, pembentukan nilai dan amalan budaya niaga, modenisasi perniagaan dan tranformasi yang berlaku. Apa yang menarik perhatian ialah mengenai kecenderungan usahawan Cina dikatakan terpaksa mengambil usahawan Melayu sebagai rakan niaga bagi mendapatkan projek kerajaan dalam usaha meningkatkan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Sementara usahawan Melayu pula mempunyai persepsi bahawa usahawan Cina boleh menyediakan modal, kepakaran, kemahiran dan pengalaman untuk menjayakan perniagaan dan projek yang diterima. Lebih menyedihkan lagi, rakan niaga Melayu yang dipilih lebih rela diperalatkan atau dijadikan sebagai boneka yang mana mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan melainkan menerima elaun setiap bulan.

Menyedari akan jijiknya amalan rasuah, kerajaan BN telah menggubal Pelan Integriti Nasional (PIN) dan membuat keputusan untuk menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 5 November 2003 (Kerajaan Malaysia, 2006). Penggubalan PIN dan penubuhan IIM adalah lanjutan hasil daripada kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik tempatan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai persepsi awam terhadap rasuah di Malaysia. Nyata sekali bahawa amalan rasuah begitu berleluasa dan amat membimbangkan. Hasil Kajian yang dilakukan oleh IIM juga tidak menampakkan perubahan yang ketara dalam amalan rasuah ini jika dibandingkan dengan Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perceptions Index (CPI).

Menurut Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh, indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 yang dicatatkan pada tahap 6.76 peratus merupakan satu tahap yang agak membimbangkan. Sebanyak 52.5 peratus responden yang terlibat dalam kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 juga menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal.

Seperti CPI, indeks rasuah dinilai daripada tahap 10 bagi prestasi paling cemerlang dan tahap satu bagi prestasi paling lemah. Kajian IIM melibatkan 14,967 responden dengan 67 peratus atau 10,023 adalah isi rumah, 26.9 peratus atau 4,031 adalah penjawat awam dan 913 atau 6.1 peratus adalah pertubuhan ekonomi. Sejumlah 53.9 peratus responden juga mengatakan tahap amalan rasuah dalam negara adalah tinggi. Hanya 58.2 peratus daripada keseluruhan responden pula mengatakan langkah-langkah pencegahan rasuah adalah berkesan.

Kajian IIM dan CPI tidak banyak bezanya. Menurut CPI, Malaysia berada pada tangga 47 (daripada 180 negara) pada tahun 2008. Maklumat lanjut untuk tahun sebelumnya adalah seperti jadual berikut:

Kedudukan CPI Malaysia 2001-2008

Tahun .....Tangga........ Skor CPI....... Jumlah Negara

2001............36............... 5.0......................91
2002 ...........33............... 4.9.................... 102
2003 ...........37............... 5.2.....................133
2004........... 39............... 5.0.....................146
2005........... 39............... 5.1.....................159
2006 ...........44............... 5.0.....................163
2007 ...........43................5.1.....................179
2008 ...........47............... 5.1.....................180

Sumber: Transparency International

Ringkasnya, dari tahun 2001-2008, kita masih berligar pada skor 4.9 - 5.1, pada tangga antara 36 hingga 47. Ini bermakna, semakin banyak negara yang menyertai kajian ini, kedudukan kita semakin jatuh. Negara-negara yang dikatakan bebas rasuah 2008 ialah Finland, Iceland, Denmark, Sweden dan Singapura, berada dalam lingkungan (9.2 – 9.7). Negara yang paling teruk adalah Somalia (1.0), Iraq (1.3) dan Haiti (1.4).

Jika bandingkan CPI Malaysia dengan negara-negara ASEAN, Malaysia mencatatkan kedudukan yang agak baik (5.1) iaitu ditangga kedua selepas Singapura (9.2), diikuti Thailand (3.5), Vietnam (2.7), Indonesia (2.6), Filipina (2.3), Laos (2.0), Kemboja (1.8) dan Nyanmar (1.3).

Menurut Azmi Kamaruddin, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, perang melawan rasuah adalah peperangan rakyat, bukannya institusi kerajaan atau parlimen atau badan kehakiman. Kita mesti sedar bahawa rasuah ibarat barah yang boleh membunuh ekonomi dan politik negara. Rasuah boleh membunuh parti-parti politik. Rasuah boleh menyebabkan krisis politik apabila pihak yang tidak mahu melihat lebih banyak kerosakan berlaku mula merampas kuasa. Beliau menambah, amalan rasuah tidak sepatutnya berlaku di negara ini kerana lebih daripada 50 peratus penduduk negara ini ialah orang Islam. Tetapi masalahnya kebanyakan daripada mereka yang terlibat dengan rasuah itu merupakan orang beragama Islam. Makan rasuah itu haram, ibaratnya seperti makan babi tetapi masih banyak orang Melayu yang menerima rasuah.

Saya amat bersetuju dengan pandangan ini, sebenarnya implikasi (haram) rasuah lebih besar daripada implikasi haramnya babi. Ramai kalangan kita yang tidak menyedarinya. Jika kita berjaya menanamkan pemikiran umat Islam betapa jijik (haramnya) babi, sehingga mendengar nama babi itu sudah memualkan, saya fikir kita boleh melakukan perkara yang sama dengan meletakkan perbuatan mengambil (makan) rasuah itu lebih haram (hina) daripada memakan daging babi.

Hari ini kita gagal meletakkan haramnya rasuah, sekurang-kurangnya berada pada tahap sama haramnya babi. Kita begitu jijik dengan babi, usahkan hendak memakan, malah mendekatinya sudah menakutkan, apatah lagi untuk memegang najis itu sesuka hati. Keberjayaan kita memomokkan haramnya babi ini, menyebabkan kita masih beranggapan bahawa memakan rasuah tidak seteruk seperti makan babi. Pada persepsi kita, haramnya babi lebih mudarat daripada haramnya rasuah. Asalkan babi tidak masuk perut, maka halallah kehidupan di muka bumi ini.

Pemikiran sebegini hendak diubah. Selain daripada haramnya babi, sesuatu yang haram sumbernya, adalah juga haram dimakan, sama seperti haramnya makan babi. Malah makan rasuah lebih besar mudaratnya daripada makan babi. Ini bukanlah bermakna, saya hendak meringankan haramnya najis babi.

Apa yang saya ingin jelaskan adalah sumber yang haram masuk ke perut menjadi darah darah daging kita dan anak-anak kita. Justeru, tidak hairan jika ramai yang mengadu kepada saya, kenapa anak-anak mereka telah dididik dengan baik, mendapat pendidikan agama yang cukup, tetapi masih berkelakuan tidak seperti manusia. Inilah yang yang cuba saya ketengahkan bahawa walaupun kita tidak suapkan anak kita dengan daging babi, pendapatan haram daripada sumber haram (rasuah) adalah sama seperti kita menyuapkan daging babi ke mulut anak kita. Bila sumber yang masuk ke perut haram, maka terbitlah tingkah yang haram juga.

Rasuah ibarat barah yang akan menghancurkan agama, bangsa dan negara. Apatah lagi rasuah dalam parti-parti politik dan jabatan kerajaan yang seringkali menjadi sebutan dan bahan bualan. UMNO dikatakan sebuah parti yang mengamalkan rasuah dalam proses pemilihan kepemimpinan UMNO pada Mac 2009. Justeru, UMNO dan pemimpin UMNO mesti membebaskan diri mereka dari rasuah. Rasuah mesti dibenteraskan hingga akar umbi bagi mempositifkan imej UMNO. Tindakan yang tegas hendaklah dikenakan terhadap mereka yang terlibat, tanpa mengira siapa diri mereka dan apa latar belakangnya. Tidak ada kompromi atau pilih kasih dalam usaha membenteras rasuah.

Pembentangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Perdana Menteri, perlu disambut dengan baik. SPRM perlu menjadi sebuah badan bebas yang mempunyai autoriti untuk bertindak, mengikut bidang kuasa, tanpa memilih bulu atau dipengaruhi oleh sesiapapun. Input-input yang sedang dibahaskan di parlimen hendaklah dipandang serius.

SPRM mesti memastikan projek-projek kerajaan mesti diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak secara telus dan terbuka. Pemimpin-pemimpin mesti disedarkan bahawa kuasa yang diperolehi mesti digunakan untuk menjaga kepentingan rakyat, bukannya tiket untuk memperkayakan diri atau parti.

Di samping itu, Institut Integriti Malaysia (IIM) mesti memperbanyakkan kajian mengenai bahayanya rasuah agar masyarakat merasa jijik melakukan perbuatan tersebut. Rasuah mesti dilihat sebagai satu amalan haram, amat keji dan berdosa besar, yang boleh menghancurkan agama, bangsa dan negara. IIM hendaklah menumpukan kajian khusus mengenai rasuah dalam part-parti politik dan kroni-kroninya. Cadangan-cadangan yang berani hendaklah dimajukan tanpa rasa takut.

Perlu ditegaskan, agama Islam awal-awal lagi telah memberikan amaran Al-Mawardi mengingatkan ahli politik ini dengan membawa sepotong hadis yang bermaksud: Apabila pemimpin berniaga maka binasalah rakyat. Kenyataan ini seterusnya disokong oleh Ibnu Khaldun dengan mengukuhkan syarat itu, apabila seorang menteri melibatkan diri dalam perniagaan, ia mungkin cuai dalam menjalankan tugasnya dan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan adalah tidak mustahil. Ia juga akan menyebabkan pengagihan kekayaan yang tidak serata turut berlaku apabila hanya segelintir sahaja yang membolotnya.

Kenyataan ini memang jelas akan kebenaran. Perniagaan melibatkan perkiraan untung rugi. Ini memerlukan kepada penumpuan masa yang banyak untuk menguruskannya. Kerugian kadangkala boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan. Kalau begitulah keadaannya, di manakah tanggungjawab mereka terhadap rakyat?

Tun Dr. Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia amat kritis dalam menangani isu rasuah. Bagi beliau, rasuah adalah suatu gejala yang jahat, tetapi dia juga faham, bagi rakyat Malaysia, tidak kira bangsa, memasuki perkhidmatan kerajaan adalah “satu cara paling mudah untuk membuat duit; dan mereka pun cukup tahu antara mereka nanti ada yang akan ditendang keluar dalam pilihan raya setiap lima tahun, jadi mereka terima rasuah dan menjadi korup”. Beliau pernah berkata kepada Kuok Hock Khee, sahabat seangkatannya:

Alangkah bagusnya kalau rakyat kita satu hari nanti dapat lebih dahulu memantapkan kedudukan dalam profesion dan dunia perniagaan, kemudian baru masuk politik, seperti ahli politik Britian [...] Pesan saya kepada kaum pemuda kita [...],jangan masuk politik selagi belum terjamin kedudukan kewangan atau pekerjaan (Ooi Kee Beng, 2007: 171)

Perlu diingatkan juga bahawa gejala rasuah ini telah lama menular dalam sektor swasta. Misalnya, dalam sektor perbankan. Pegawai kredit yang mengendalikan perjanjian jual beli hartanah dan rumah (S&P), tidak lagi segan silu meminta habuan daripada peguam-peguam yang mendapatkan fail yang diberikan. Pegawai kredit ini dengan berani meminta sehingga 50 peratus keuntungan peguam. Bayangkan jika seorang pegawai kredit bank mendapat sekurang-kurangnya RM2000 dalam setiap S&P, bermakna jika dia mempunyai 10 S&P, wang haram rasuah yang diperolehi paling minima sebulan adalah RM20,000. Persoalannya, adakah wang ini halal dan bukan rasuah? Pada hemat saya, mengambil atau memakan wang rasuah ini lebih haram daripada makan babi.

Justeru, marilah kita berkempen dan menanamkan dalam pemikiran masyarakat kita akan haramnya rasuah lebih hina daripada haramnya babi. Langkah pertama, haramkan wakil rakyat yang memegang jawatan di peringkat kementerian-kementerian tertentu termasuk menteri-menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setiausaha politik, melibatkan diri dalam perniagaan. Ini penting ke arah membersihkan lagi imej pentadbiran dan pengurusan politik negara yang selalu dilabelkan oleh pihak tertentu dengan ungkapan seperti kerajaan rasuah, kerajaan menyeleweng dan sebagainya. Pada masa yang sama gaji, elaun mereka hendaklah dinaikkan pada tahap maksima seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara maju bagi membendung rasuah gejala haram ini.

Babi, Zina, dan Riba.
Masih ingat lagi ketika saya dalam darjah dua semasa bersekolah di Sibu, Sarawak. Setiap hari semasa rehat saya berserta rakan-rakan akan duduk bersama menikmati bekalan dari rumah. Terjadilah pada suatu hari seorang rakan bukan Islam membawa bekal nasi berserta lauk daging babi, maka mulalah riuh di kalangan kami yang si”polan” membawa daging babi. Akibatnya rakan itu tadi makan berseorangan sahaja kerana kami menjauhkan diri dari lauk daging babi yang dibawanya itu.

Semasa bekerja dengan unit penerbangan VIP di Malaysia dahulu, sebelum membawa pemerintah negara melawat ke luar negara, akan ada sekumpulan “pasukan peninjau” dari pelbagai jabatan melawat ke tempat yang akan dilawati itu untuk memastikan lawatan pemerintah akan berlangsung dengan lancar.

Selain dari jabatan kejuruteraan, jabatan operasi, jabatan keselamatan dan jabatan katering akan meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di sesuatu tempat itu. Antara tugas jabatan katering adalah untuk memastikan makanan yang akan disiapkan untuk VIP adalah dari sumber yang halal, malah tempat penyediaan makanan juga haruslah juga mendapat pengesahan sijil halal.

Dari dulu hingga kini kita seringkali dikhabarkan dengan info bahawa banyak produk-produk harian yang kita guna mengandungi unsur babi. Begitu hebatnya kesedaran masyarakat melayu kita hinggakan semua aspek “kebabian” dijaga dan harus dielakkan dengan semutlak-mutlaknya.

Masyarakat melayu telah di”brainwash” dari kecil yang babi itu jijik jadi bila kita meningkat dewasa, data yg di “key in” ke dalam minda separuh sedar kita ini (melalui proses brainwash) menjadi pendinding kita dari mendekati babi baik secara langsung (daging) mahupun bahan2 sampingan seperti food additives/emusifier.

Amat hebat kesan kesedaran dari kecil ini hinggakan isu babi ini amat sensitif malah hingga menjadi isu negara. Ambil contoh apabila kita memandu kereta dan di depan kita ada lori babi, tanpa perlu berfikir dengan secepat yang mungkin kita mahu memotongnya malah memaki hamun pemandu lori tu “tak boleh ikut jalan lain ke dan mcm2 lagi…” satu tindakan automatik minda separuh sedar.

Tetapi, di dalam Islam saya belum berjumpa lagi ayat mengharamkan menghampiri/mendekati babi, tetapi disebabkan kita sudah di”brainwash”, ia sudah menjadi automatik buat kita untuk sedaya upaya menjauhinya.

Apa yang pasti Allah berfirman “Janganlah kamu menghampiri ZINA“, jadi amat berat lagi zina berbanding babi hinggakan menghampirinya pun tidak boleh, tetapi disebabkan kita tidak di”brainwash” dari kecil yg pergaulan bebas lelaki dan wanita itu sebaik2nya dielakkan, maka apabila dewasa untuk membataskan sempadan pergaulan lelaki dan wanita yang mana kebarangkalian untuk menjurus ke arah zina itu amat tinggi amat sukar untuk di wujudkan.

Ditambah pula dengan generasi pemimpin2 sekarang yang rata2nya mendapat pendidikan di barat, jadi untuk mengasingkan pekerja lelaki dan wanita di pejabat dianggap suatu yang jumud dan kuno, sedangkan itu juga menjurus ke arah zina, malah dari kecil lagi kita dicampurkan lelaki dan perempuan di sekolah-sekolsh sama dengan konsep barat.

Kita di”brainwash” dari kecil hinggalah dewasa menerusi TV dan filem-filem yang lelaki dan wanita itu mesti dan wajib bercinta sebelum kahwin dan amatlah perlu kenal mengenali sebelum kahwin, nak tahu serasi ke tidak, nak mendalami perasaan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak mengikut landasan Islam untuk mengenali pasangan. Malah berdating berdua2an, ringan2 dan akhirnya terjebak dengan zina. Landasan berkasih sayang adalah menurut “kitab” ajaran Hollywood, Bollywood, Kollywood (Korea) dan Indowood (Indonesia).

Zaman materialistik membuatkan kedua2 ibu dan bapa keluar bekerja dan meninggalkan anak-anak di rumah tanpa didikan, perhatian dan tunjuk ajar. Anak lebih di”anggap” seperti binatang ternakan yang hanya perlu diberi makan (oleh orang gaji) dan juga pendidikan (unsur2 luaran) tanpa perlu tunjuk ajar yang lebih sempurna dari ibu bapa.

Lebih mudah menjaga anak dengan menyuruh melihat TV, internet atau main video games, malah ketika menonton filem2 cinta terutamanya filem hindustan anak2 juga diajak menonton bersama. Apa yg dilihat di TV dirakam secara mutlaknya ke dalam minda separuh sedar tanpa kita sendiri menyedarinya. Jadi generasi yang kita lihat sekarang adalah generasi yang dididik dengan filem2 percintaan dari luar malah filem cinta melayu juga tak kurang hebatnya.

Jika dulu buang emak buang saudara kerana kasih saya turutkan, apa nak dihairan sekarang jika buang emak, buang saudara, buang agama kerana kasih saya turutkan.

Di dalam kehidupan masyarakat melayu kita, jika ada lelaki dan perempuan yang ditangkap kerana berzina atau berkhalwat maka mereka juga akan dicemuh. Ada kalanya pasangan tersebut terutamanya lelaki akan dibelasah oleh orang kampung. Masyarakat sekeliling akan sibuk mengata malah hingga ke tahap mengumpat tentang kejadian yang berlaku.

Walaupun masyarakat Islam kita tidak mengamalkan hudud, mahkamah syariah akan mengenakan denda ke atas pasangan tadi. Jika perkara yang sama berlaku kepada masyarakat agama lain, mereka juga akan dicemuh dan dihina oleh masyarakat setempat.

Saya sudah membangkitkan isu babi dan zina dalam artikel di atas, apa pula kaitannya kali ini dengan riba? Dari kecil lagi pemikiran masyarakat kita sudah di”corak” atau di”acu” supaya menjauhi babi dan mencemuh mereka yang berkhalwat atau berzina. Begitu hebat bencikan babi dan anjing ini hinggakan dari segala segi harus dijaga, dari menghampirinya, dagingnya, tempat masak hinggalah kepada bahan-bahan tambahan makanan (food additives) yang mesti juga tidak diperbuat dari unsur-unsur babi.

Namun, kini boleh dikatakan hanya bab babi sahaja yang masih kekal kuat, bab zina atau mencemuh zina itu sendiri sudah semakin terhakis kerana rata-rata masyarakat kita jika tidak melakukan zina sekalipun, sudah menuju ke arah zina itu sendiri dengan menghampirinya, berkat dari “kawalan minda” dari alat “hipnosis” atau pemukau terhebat iaitu TV, filem dan pelbagai lagi yang mem”fatwa”kan wajibnya bercinta sebelum kahwin, mesti ber”dating”, ber”couple” dan berkasih-kasihan.

Bagaimana hati seseorang manusia itu akan membenci zina jika dia sendiri melakukan atau hampir dengan zina itu sendiri?

Berbanding babi,anjing dan zina, riba’ pula suatu perkara biasa pada kebanyakan masyarakat kita. Baik beli kereta, rumah hinggalah kepada penggunaan kad kredit, isu riba’ ini tidak begitu dipandang hebat oleh masyarakat kita berbanding babi dan zina. Kerana apa?

Kerana dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan “kebaikan-kebaikan” riba’ itu sendiri. Contohnya semasa kecil disebabkan oleh sistem riba’lah mak ayah boleh membeli TV dengan ansuran (berserta kadar faedahnya), jadi dapatlah kita menonton Ultraman, Power Rangers, Oshin dan sebagainya. Dengan riba’ lah ayah membeli motor untuk ketempat kerja mencari rezeki. Itu dari perspektif keluarga, bagaimana dengan negara?

Dengan sistem riba’ jugalah negara punyai bangunan pencakar langit, lebuhraya besar, lapangan terbang canggih dan pelbagai prasarana hebat yang lain. Segala aspek kehidupan masyarakat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya sudah “imun” dengan riba’ itu sendiri, jadi bencikan riba’ itu amat jarang terdapat dalam kamus kehidupan masyarakat berbanding anjing,babi dan zina.

Mungkin juga perkataan riba’ ini suatu yang baru kerana riba’ sebelum ini berselindung di sebalik nama bunga ataupun kadar faedah. Apa kata selepas ini sebelum membuat pinjaman, tanyalah kepada pegawai pinjaman, “Berapa kadar riba’nya Encik…? Apakah perasaan kita ketika itu? Bagaimana pula reaksi pegawai yang diajukan soalan itu agaknya?

Selain dari sikap jijiknya terhadap riba’ itu tidak disemai dari kecil, riba’ itu sendiri suatu yang tidak begitu jelas kelihatan seperti babi dan zina. Daging babi suatu yang boleh dilihat dan hasil dari penyelidikan sains pula membuktikan daging babi itu mengandungi parasit atau cacing merbahaya. Zina pula akan menyebabkan perut si perempuan akan membuncit dan lelaki akan pening kepala jika mahu bertanggungjawab atau cara mudah lepas tangan.

Tidak seperti riba’, disebabkan kesannya agak halus dan tidak berapa terasa maka ia tidak dipandang serius. Contohnya membeli rumah 100 ribu selama 30 tahun, bayaran bulanan hanyalah dalam lingkungan 4-5 ratus sahaja sedangkan bayaran keseluruhan melebihi dua kali ganda harga asal rumah.

Kesan bayaran bulanan yang kecil itu tidak dirasai sangat maka disebabkan oleh itu riba’ diterima pakai oleh kebanyakan manusia.

Ada pula yang berkata, “Tak apalah aku bayar lebih kepada bank, mereka nak bayar kos mengendalikan bank itu sendiri”. Masalahnya bukan seorang dua sahaja yang mengambil pinjaman dan hidup di dalam riba’, malah boleh dikatakan hampir seluruh masyarakat dunia mengambil pinjaman maka wujudlah jenis perhambaan baru.

Cuma mereka yang patuh dan taat kepada perintah Allah sahaja yang akan menolak riba’ sepenuhnya walau apa pun harga yang terpaksa dibayar. Teringat akan saya cerita Sheikh Imran Hosein semasa beliau mula-mula belajar di Pakistan. Nasihat pertama yang di beri oleh guru beliau adalah, apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan Nabi, ikut sahaja, pemahaman akan datang kemudian.

Akan tetapi disebabkan kita menolak perintah Allah dan Nabi dengan menerima riba’, maka manusia menjadi mati akal memikirkan masalah yang melanda kehidupan mereka dan mula menuding jari pada insan-insan lain. Contohnya masalah ekonomi dunia yang kucar-kacir itu sendiri adalah kerana ianya adalah satu penipuan, ekonomi berlandaskan riba’ itu sendiri yang menghancurkan umat manusia itu sendiri selari dengan firman Allah yang mana kerosakan di muka bumi itu adalah dari usaha manusia itu sendiri. (Al-Rum 30:41)

Dari sistem ekonomi riba’ inilah menyusulnya masalah sosial yang lain di dalam masyarakat baik rasuah, pelacuran, penyakit berkaitan stress hinggalah kepada sikap dan perangai generasi muda zaman ini yang semakin kurang ajar.

Bagaimana mereka boleh menjadi anak-anak yang baik jika panduan hidup mereka ketika membesar adalah dari orang gaji, dari TV, dari internet dan video games sedangkan ibubapa yang sepatutnya mencorakkan mereka.

Ibu dan bapa sibuk bekerja untuk membayar hutang kereta dan hutang rumah selama 20-30 tahun yang mereka sangkakan kepunyaan mereka sedangkan kereta yang dipandu dan rumah yang didiami itu sebenarnya kepunyaan bank sehinggalah bayaran akhir dijelaskan. Manusia sebenarnya bekerja untuk bank selama 20-30 tahun, membayar 2-3 kali ganda dari harga asal yang dibeli.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri. (Ibn Majah, Baihaqi)

Abdullah Ibn Hanzala melapurkan bahawa Nabi SAW bersabda: Satu dirham hasil riba yang mana diterima oleh seseorang itu sedangkan dia mengetahuinya itu adalah riba’, lebih teruk dari melakukan zina selama 36 kali. (Ahmad, Baihaqi)

Saya tidak pasti jika hadis di atas ini cukup kuat untuk mengajak manusia menjauhi riba’. Kesedaran harus diwujudkan di kalangan masyarakat kita baik Islam dan bukan Islam akan bahayanya riba’ itu. Segala masalah ekonomi dan sosial yang melanda pada masa ini adalah daripada sikap kita yang lena melayan sistem riba’ itu sendiri.

Bagi yang kaya dari hasil riba itu iaitu dengan melabur tanpa risiko ataupun risikonya diminimumkan dan mendapat “pulangan hanya dengan masa”, mereka tentunya akan kekal lena kerana bagi mereka “syurga” itu sudah dikecapi di dunia lagi, akan tetapi di akhirat kelak perut mereka akan dipenuhi dengan ular-ular seperti yang diceritakan oleh Nabi semasa beliau diangkat ke langit (Israk Mikraj).

Moga hidayah dan “nur” dari Allah akan sampai ke hati mereka sebelum mereka di”sembahyang”kan agar berhenti berbuat demikian. Bagi yang menjadi semakin miskin dari hari ke hari, maka sudah tiba masanya untuk sedar dan bangun dari lena yang panjang ini, bersama berhenti menyokong sistem riba’ itu baik dari menjadi hamba kepada sistem riba’ itu sendiri dengan mengambil pinjaman ataupun menyokong pemimpin yang akur kepada sistem riba itu sendiri.

Saya mengajak rakan-rakan berusaha kearah menjauhi riba ini agar hidup kita didunia ini lebih diberkati, diredhai dan dipermudahkan oleh Allah dan bukan hidup dengan diperangi oleh Allah dan Nabi. Berusahalah lebih kepada menjadi “pemberi” kepada insan-insan lain kerana melalui riba’ itu kita hanya menjadi “pengambil”, mengambil hak orang lain secara tanpa disedari.

Memberi bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, malah memberi dan menyampaikan ilmu dan sikap ringan tulang membantu sesama manusia itu juga yang disukai Allah dan akan dipermudahkan kehidupan kita olehNya, (Surah Al Lail 92:5-7).

Moga kehidupan kita didunia ini menjadi aman, tenteram dan harmoni berkat dipermudahkan jalan oleh Allah untuk kita menjalani kehidupan, jadi siapa kata mencipta syurga di dunia itu suatu yang mustahil? Tidak bagi mereka yang hatinya dekat dan patuh kepada Allah.

Sumber artikal : http://mindaahad.wordpress.com/

ABU: Jangan ada niat untuk mempersendakan agama walau dengan apa cara sekalipun. 

Monday, 5 August 2013

Hanya Ahli Jamaah Yang Sering Mengikuti Usrah Kenal Akan Jamaahnya...

RAMAI yang bertanya kepada saya, benarkah Pas sedang menghadapi krisis kepimpinan yang serius?

Ada kelompok kepimpinan, kem-kem tertentu, diresapi fahaman Islam Liberal, menganut ajaran Syiah dan lain-lain.

Saya mula-mula berjinak dengan Pas sejak tahun 1985 dan secara rasmi sebagai ahli tahun 1986.

Bermula sebagai ahli biasa yang menampal poster, pasang bendera, kutip derma masa ceramah, kawal lalu lintas dan berbagai tugasan yang diamanahkan.

Dari ahli biasa, meniti hirarki kepimpinan sampai pada waktu ini dan bergaul dengan macam-macam jenis manusia melalui program pentarbiahan dan dalaman parti; hingga percampuran dengan masyarakat di luar.

Latar belakang ahli tentulah berbeza. Ada yang dulunya Umno, Al-Arqam, Tabligh, Jim, Abim; hingga kepada penganut Tareqat dan sesetengahnya beramal dengan ajaran yang 'pelik-pelik' yang diwarisi sebelum menyertai Pas.

Alhamdulillah, manhaj tarbiah yang dipelolehi dari Pas atas nama Usrah, Tamrin, Kuliah dan lain-lain dapat menyelaraskan Wehdatul Fiqh dan Wehdatul Amal.

Namun, bezanya dalam Pas ialah keterbukaannya. Sama ada pandangan pimpinan sendiri yang dinukilkan dalam buku-buku yang diterbitkan seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Fadhil Nor, Yusof Rawa, Ustaz Yahya Osman (sekadar beberapa nama) atau Tokoh Gerakan Islam luar, antaranya Yusof Qardhawi, Syed Qutb, Hassan Al Banna dan lain-lain, ianya dijadikan sandaran ilmu dalam memperkasa jamaah.

Khususnya dasar perjuangan Pas yang bersesuaian dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Dalam tempoh lebih 25 tahun bersama Pas, hari ini, Pas telah berada di landasan yang terbaik.

Berkembang dengan pesat, organisasi yang kian tersusun dan tentunya jumlah ahli dan penyokong jutaan orang.

Saya melaluinya sendiri dari zaman Yusof Rawa hingga ke era Tuan Guru Hadi.

Ahli Pas bebas memberi pandangan dan mengkritik parti menerusi program dalaman, penulisan; hatta mesyuarat parti hingga ke Muktamar Tahunan Pas.

Seperti mana Ketua Cawangan Pas ditegur dalam mesyuarat hinggalah Presiden Pas pun turut di kritik dan di nasihati oleh AJK Pas Pusat dalam mesyuarat bulanannya.

Selain AJK Pas Pusat, saya juga adalah anggota Lajnah Politik Pas Pusat dan berbagai jawatankuasa lain yang ditubuhkan oleh parti.

Ahli mesyuarat bebas memberikan pandangan berasaskan tahap intelektual masing-masing.

Kehebatan berhujah adalah keistimewaan yang dimiliki termasuk Pesuruhjaya negeri-negeri.

Presiden Pas selaku Pengerusi mesyuarat sangat terbuka dalam meraikan semua pandangan.

Presiden parti tidak menggunakan kuasa Veto, akur keputusan bersama.

Saya merasai detik-detik mendebarkan dan perbincangan hangat tatkala memutuskan kedudukan Datuk Dr Hassan Ali, polemik Kedah dan isu kerusi Kota Damansara.

Namun, bagaimana panas sekalipun, ia tetap dalam ruang lingkup akhlak.

Maknanya, tidak benar jika ada yang menuduh sesetengah AJK Pas Pusat bersikap kurang ajar dan tidak wala' dengan keputusan mesyuarat.

Justeru, tidak benar, hanya perbezaan pandangan dan kritikan tajam dianggap berpecah.

Pimpinan Pas kekal mantap dan dihormati kawan dan lawan.

Kebiasaannya mesyuarat dimulakan dengan usrah, selesai mesyuarat yang kadangkala berlarutan lebih lima jam; kami makan bersama dalam suasana santai dan penuh mesra.

Apa yang didebatkan dalam mesyuarat meskipun berbeza pandangannya, menjadi keputusan yang mesti dipatuhi.

Semangat syura yang hidup dan segar, menjadi rahsia kekuatan Pas hari ini.

Adalah tidak benar apabila muncul tuduhan-tuduhan dalam Facebook, blog dan lain-lain, kononnya ada berbagai puak dalam parti, dakwaan tidak wala'; apatah lagi tuduhan sesetengah pimpinan menganut fahaman tertentu.

Jika ada aduan resmi, maka Jawatankuasa Disiplin Pas akan bicarakan dengan adil.

Sejarah pemecatan ahli dalam parti akibat kesalahan tertentu, ada dan jelas.

Saya tegaskan hal ini sebagai gambaran bahwa Pas sebenarnya sebuah parti dan gerakan Islam yg mantap dan tentulah cabaran mengurus organisasinya bukan mudah.

Hakikatnya, Pas lebih mantap dari Umno dan parti-parti lain di Malaysia. Meskipun bersikap terbuka, tapi ada peraturannya; kritiklah, tapi jangan membuat fitnah.

Melabel pemimpin tertentu hingga timbul cakap-cakap untuk jatuhkan seseorang yang tidak sehaluan adalah hak perwakilan.

Tetapi adalah menyedihkan, jika tokoh yang mahu ditolak itu adalah berdasarkan emosi semata-mata, marah atau sebab-sebab yang tidak jelas.

Lebih malang, kalau tokoh itu sangat menyerlah, ada wibawa; tapi tidak disenangi kerana kelantangannya.

Kita sayang pada Pas, jamaah yang kita sertai berasaskan kefahaman dan kesedaran kita, daripada menuding jari dan melabel orang, lebih baik tumpukan pada tanggungjawab yang diamanahkan.

Tidak cukup masa kita untuk cari salah orang lain, kalau kita sibuk dengan urusan perjuangan!

Kita sebuah parti yang kukuh, ada kerajaan yang kita kuasai pemerintahannya, harapan rakyat terlalu tinggi kepada kita.

Jangan buang masa berbalah. Hentikan prasangka sesama kita. Eratkan perpaduan, perkukuh saf disemua peringkat.

Mainkan peranan masing-masing, samada berjawatan atau tidak.

Samada kita Ulama', Profesional, aktivis atau siapa pun kita; semuanya bertanggungjawab kepada parti. Betulkan nawaitu, ikhlaskan diri kerana ALLAH.

Teringat kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi, 'maqam taqwa ahli biasa yang kerjanya hanya penampal poster boleh jadi lebih tinggi dari Presiden parti'

Selamat Berpuasa

Mazlan Aliman.

Thursday, 10 January 2013

Fenomena Amanat dan Takfir - Tuan Guru Hj. Hadi Awang

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.


Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang.

Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh  di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang  tidak diingini." (al-Furqaan : 63)


Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
10 Januari 2013

Friday, 26 October 2012

Apakah Tugas Saya Sebagai Ahli PAS ?


Kewajipan seorang yang menjadi ahli PAS ialah berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi seorang Islam yang sebenarnya yang menghayati ajaran-ajaran Islam dan memperjuangkan penghayatan Islam di dalam diri, keluarga dan masyarakat kerana dasar PAS ialah Islam dan pejuangannya ialah untuk menghayati Islam.

Di antara kewajipan-kewajipan penting yang mesti dilakukan segera apabila saya menjadi ahli PAS ialah:
  1. Menuntut ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, membaca dan menyertai perbincangan-perbincangan mengenai Islam dan mengenai masyarakat untuk membina kefahaman yang mendalam tentang Islam dan penghayatannya.
  2. Mengamalkan dengan sempurna kewajipan-kewajipan yang terkandung dalam kewajipan fardu ain iaitu:

    1. Memahami akidah Islam dan berpegang teguh dengannya tanpa ragu-ragu dan syak. Percayakan ke-Esa-an Allah SWT dan kesempurnaan zat, sifat dan perbuatan-Nya. Percaya adanya makhluk Allah yang dinamakan malaikat yang taat dan patuh kepada segala perintah Allah SWT. Percayakan kebenaran rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah dari kalangan manusia. Percayakan Nabi Muhammad s.a.w. dan membenarkan ajaran yang dibawanya adalah datang daripada Allah dan agama Islam yang dibawa oleh baginda adalah ajaran Allah yang terakhir dan lengkap yang diwahyukan oleh Allah kepada manusia. Nabi Muhammad s.a.w. dengan itu adalah utusan dan nabi yang terakhir “Khatimul anbiya’ wal mursalin”. Percayakan kitab-kitab Allah SWT yang mengandungi ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh Allah kepada rasul-rasul-Nya. Percayakan bahawa kehidupan di atas dunia ini adalah sementara dan akan berlaku kiamat serta manusia akan dibangkitkan semula daripada kuburnya dan kemudian dipindahkan ke alam akhirat yang akan ditentukan kehidupannya oleh Allah mengikut amalannya di dunia ini. Manusiaakan kekal hidup di alam akhirat itu selama-lamanya. Percayakan bahawa nasib manusia sama ada baik dan buruk adalah ditentukan oleh Allah SWT. Semua ajaran yang berkaitan dengan akidah ini hendaklah dipelajari dan di dalami serta diyakini sebagaimana semestinya seperti yang ditentukan di dalam batas-batas kewajipan fardu ain.
    2. Mengerjakan sembahyang lima waktu di dalam waktunya dan sebaik-baiknya di awal waktu, tanpa lalai dan lengah-lengah. Cubalah berusaha bersungguh-sungguh supaya mengerjakan secara berjemaah dan pastikan ada sembahyang berjemaah di kawasan tempat kediaman saya bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah. Hendaklah dikerjakan sembahyang dengan khusyuk dan merendah diri kepada Allah SWT.
    3. Jika saya memiliki harta benda yang wajib dikeluarkan zakat, tunaikan segera kewajipan itu mengikut kadar yang ditentukan oleh syarak.
    4. Tunaikan ibadah puasa yang wajib iaitu sebelum dalam masa setahun pada tiap-tiap bulan Ramadan. Adalah baik berpuasa sunat misalnya setiap hari Isnin dan Khamis di bulan-bulan yang lain daripada bulan Ramadan, melainkan di hari-hari yang diharamkan iaitu hari syak dan hari-hari tasyrik dan hari raya iaitu 1 Syawal.
    5. Tunaikan ibadah haji di Makah sekali seumur hidup, sekiranya saya mampu pergi ke Makah untuk menunaikannya.
    6. Meninggalkan segala yang diharamkan oleh Allah SWT adalah kewajipan yang tergolong di dalam fardu ain. Kerana itu saya hendaklah menjauhkan diri saya daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
    7. Pakaian dan makanan saya hendaklah daripada bahan-bahan yang bersih dan halal. Begitu juga sumber mendapatkannya hendaklah dari sumber yang halal. Saya hendaklah sentiasa berpakaian bersih dan memakan makanan yang baik lagi halal.
    8. Merokok adalah suatu amalan yang tercela dan merugikan wang serta membawa mudarat kepada diri saya. Merokok atau perbuatan yang merugikan ini tidak dilakukan oleh orang Islam yang baik.
    9. Saya tidak boleh ragu-ragu untuk mengisytiharkan diri saya sebagai seorang Islam. Bahkan saya mestilah berbangga menjadi seorang Islam yang mengikuti jalan yang lurus. Pengisytiharan  dengan lafaz Lailahaillallah wajib dilakukan. Demikian juga mempertahankan pengakuan itu dengan penuh kesungguhan serta memelihara kehendak dan tuntutannya.
    10. Bersihkanlah diri saya dari sifat-sifat tercela dan bisikan-bisikan hati yang merosakkan keikhlasan beribadah kepada Allah SWT. Pembersihan hati daripada sifat-sifat tercela itu adalah asas kepada pembentukan akhlak dan gerak-geri serta perjalanan hidup yang sopan, beradab dan bertertib. Sempurnakanlah tuntutan Islam supaya berakhlak baik dan indah tutur bahasa dan kelakuan.
  3. Baikilah hubungan dengan kaum keluarga, jiran dan kenalan saya dan berbuat baik kepada mereka dalam batas-batas yang tidak melanggar batas-batas Allah SWT. Dan janganlah membiarkan diri saya semasa berbaik dengan mereka dipengaruhi oleh mereka untuk melakukan maksiat kepada Allah dan menyimpang daripada perjuangan menghayati dan menegakkan Islam. Sebaiknya, saya adalah da’ie yang bekerja mempengaruhi mereka supaya berjuang untuk Islam. Di antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk berhubung rapat dengan mereka ialah:

    1. Menziarahi mereka di waktu yang sesuai. Jika berkemampuan, bawalah hadiah atau buah tangan ketika melakukan ziarah itu.
    2. Sentiasa bertanya khabar kepada jiran-jiran dan kaum keluarga saya untuk menambahkan kemesraan.
    3. Berilah bantuan dan pertolongan jika jiran-jiran dan kaum keluarga serta kenalan saya berada dalam kesusahan.
    4. Jika saya mengadakan kenduri atau jamuan, saya undang mereka untuk bersama-sama menghadiri jamuan saya itu. Tugas saya yang terpenting ialah mempengaruhi mereka secara bersopan santun untuk menghayati Islam dan berjuang untuknya dengan membangkitkan kesedaran mereka tentang Islam dan menarik mereka menyertai jemaah.
  4. Saya hendaklah mengambil tahu tentang kedudukan dan perkembangan parti dan saya hendaklah mengikuti program-program yang dijalankan.
  5. Saya hendaklah menawarkan tenaga dan menyertai usaha untuk mengadakan sesuat aktiviti parti, sama ada penyertaan itu dengan tenaga atau wang ringgit.
  6. Saya hendaklah memahami arahan pimpinan dan mematuhinya selagi arahan itu tidak bercanggah dengan perintah yang nyata daripada Allah SWT.
  7. Saya hendaklah menghormati dan mematuhi pemimpin yang telah dipilih dan memberikan kepada mereka galakan dan semangat supaya mereka memikul tanggungjawab dengan tabah sehingga tercapai cita-cita perjuangan.
  8. Kewajipan saya terhadap parti yang telah ditentukan sebagai kewajipan organisasi seperti menghadiri mesyuarat dan membayar yuran hendaklah saya tunaikan dengan ikhlas sebagai kewajipan yang benar untuk mengukuhkan pentadbiran jemaah. Perkara-perkara di atas adalah di antara tugas dan tanggungjawab penting bagi setiap ahli PAS dan hendaklah ia tunaikan sebagai langkah permulaan bagi memenuhi cita-cita perjuangan PAS untuk menghayati dan menegakkan Islam sebagai sistem kehidupan.
  Sumber: Apakah-tugas-saya-sebagai-ahli-pas.html 

Wednesday, 3 October 2012

JATI DIRI SEORANG AHLI PAS

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat/Pengarah Jabatan Tarbiah Pas Pusat

Muqaddimah

Pas sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik. Dasarnya Islam, rujukannya Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Penyertaan kita di dalam Pas bukan kerana hanya mengisi masa lepang tetapi ia adalah wajib untuk penerusan kepada perjuangan Islam di negara ini. Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Pas maka di sana bererti ia sudah berbaiah untuk mematuhi peraturan dan tatacara sebagai seorang ahli Pas. Ertinya segala tindakan kita sudah berada di dalam kawalan jamaah, ini adalah lumrah mana-mana organisasi. Contonya kita bekerja di  kilang Samsung berbeza kerja dengan kilang Proton. Peraturan setempat mesti diikuti, jika kita tidak boleh ikut, kita kena buka kilang sendiri.

Jati Diri Ahli Pas

Dari Segi Aqidah

1.     Saya mestilah beriman bahawa Allah yang maha esa menciptakan manusia bukan sia-sia sahaja. Dan mesti beriman bahawa manusia akan di kembali dan disoal oleh Allah SWT  setiap amalan yang dilakukan di atas dunia. Justeru itu  saya tidak boleh leka dengan dunia sehingga lupa tanggungjawab untuk menegakkan agama Allah SWT kerana ini merupakan perkara yang berkaitan dengan akidah.

Firman Allah SWT
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia” (Al-Mukminun 23:115-116)


2.     Mesti beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutuskan Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka. Kita mestilah mempertahankan Sunnah dan ajaran baginda daripada dinodai. Di antara Sunnah yang wajib saya pertahankan ialah menegakkan  syariat  Allah dan hukumnya seperti yang baginda tegakkan di  Madinah.

Firman Allah SWT
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi  dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul)” (Surah al-Nahl 16:36)

3.     Wajib beriman bahawa ganjaran bagi orang yang beriman yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang yang tidak beriman  dan durhaka ialah api neraka. Janji syurga inilah yang menjadi perangsang dan semangat untuk kita membanyakkan amal dan berusaha untuk mempertahan agama Allah daripada dinoda. Kita mesti berusaha untuk menjauhkan diri dari kelompok yang membawa kebinasaan dan dihumban  ke dalam api neraka jahanam. Firman Allah SWT

“…Satu golongan memasuki syurga manakala satu golongan lagi memasuki neraka sa’ir” (Surah al-Syura 42:7)


4.     Wajib beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah SWT. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelakanginya. Apa yang boleh dilakukan oleh ulama’ ialah berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syarak yang dibenarkan. Kita mesti beriman bahawa haram menukarkan hukum yang telah dinaskan secara qat’i oleh Al-Quran dengan  hukum manusia. Menukarkan  kesalahan zina dengan denda wang berlawanan dengan Allah perintahkan dengan disebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Firman Allah SWT

“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya (terserah)kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNya aku kembali” (Surah Al-Syura 42:10)

5.     Mestilah takut hanyalah kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut menyebabkan kita menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.  Kita mesti yakin bahawa semua tindakan,  diperhati oleh Allah SWT samaada sewaktu sunyi atau terang.  Seperti mana yang Allah menjelaskan

“Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya serta takut dan bertaqwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (Surah Al-Nur 24:52)

6.     Wajib mencintai Allah dengan sebenar cinta. Cinta yang menjadikan hati kita sentiasa merasa rindu dan terikat dengannya. Kecintaan ini mendorong menambahkan amalan-amalan kebaikan, bekorban dan berjihad di jalannya  sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatut menghalang kita daripada mencintai Allah. Apabila kecintaan kepada Allah mengatasi semuanya maka tidak ada apa yang boleh diganti dengan dunia dan pangkat. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:


“Katakanlah; jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq” (Surah al-Taubah 9:24)


7.     Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah SWT. Istighfar ini akan membersihkan hati dan melimpahkan ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak akan memohon ampun  selain daripada Allah SWT.

“Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Surah al-Nisa’ 4:110)


Dari Sudut Ibadah

1.     Kita mestilah memastikan ibadah kita menepati dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Wajib menjadikan ibadah sebagai penghubung dengan Allah SWT kerana Allah sebagai tempat untuk mengadu hal kepadanya dan merasai kehadiran Allah SWT dengan melupakan kesibukan dunia.
Sabda Rasulullah SAW
“Allah SWT tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya”


2.     Mesti mengambil berat terhadap ibadah qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga  menjadi satu kebiasaan. Kerana qiamullail  adalah sumber kekuatan yang memantapkan Iman. Sebagai anggota Pas yang memperjuangkan Islam sudah tentu akan menerima berbagai ujian maka kekuatan rohani amat penting untuk merempuh halangan ini. Kekuatan ini yang tidak dipunyai oleh musuh walaupun mereka memiliki kekekuatan fizikal dan kewangan yang lain.

Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan (al-Quran) pada waktu itu lebih berkesan” Al-Muzammil 73:6)

3.     Mesti meluangkan waktu tertentu untuk membaca al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya. Banyak kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran dapat diambil pengajaran dan menjadi rangsangan kepada kita untuk berjuang dengan lebih gigih. Kita mesti membacanya dengan penuh tadabbur, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah SAW

 Bermaksud,
 “Sesungguhnya al-Quran diturunkan dalam keadaan duka cita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut”


4.     Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak segala ibadah. Kerana itu saya akan memilih doa-doa yang ma’thur dari Rasulullah SAW. Doa adalah senjata bagi orang mukmin ketika berhadapan dengan musuh.

Firman Allah SWT
“Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu” (Ghafir, 40: 60)
  

Sudut Akhlak


1.     Bersifat warak dengan menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara syubhat (perkara yang samar) diantara halal dan haram. Kita mesti menjaga makanan, minuman yang samar dari segi halal dan haram supaya  terpelihara dari jatuh kepada perkara yang haram. Sabda Rasulullah SAW

“Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangn siapa yang memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara dari agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa  jatuh pada perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam  yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan , hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.  Ketahuilah! Bahawa larangan Allah  ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati” (Bukhari Muslim)


2.Mesti memelihara penglihatan dari melihat pada perkara yang haram, kerana dengan pandangan ini akan merangsang syahwat yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Firman Allah SWT

“Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya memelihara pandangan mereka” (Surah al-Nur 24:30)


3.Mesti memelihara lidah dari menutur kata-kata yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Perbuatan ynag tidak menggambarkan akhlak muslim yang tidak layak ada pada anggota jamaah. Sabda Rasulullah SAW

“Bukanlah ia seorang mukmin (jika) ia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan bercakap keji”


4.Mesti bersifat malu dalam setiap keadaan. Namun begitu sifat tersebut tidak     seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat malu ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika becakap, dan perkara yang dianggap menjatuhkan maruah peribadi seorang. Sabda Rasulullah SAW


“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illah (tidak ada tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang  dari Iman” (Baihaqi)


5.Mesti tekun dan sabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah penuh dengan liku-liku kepayahan penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kita terpaksa berhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersingung. Firman Allah SWT

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu” (Surah al-Nur 24:22)


6.Mestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara seIslam dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) samaada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah SAW sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan dari sifat takbur.

Baginda bersabda

“Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur” (Riwayat Muslim)


7.Mesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya  lebih banyak menyuluh dan menuding diri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk, sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh oleh ahli Pas. Jangan lah ia memburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruang untuk berpecah akan  bertambah luas. Firma Allah SWT


“Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari perasangka, sesungguhnya sebahagian dari perasangka  itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima Taubat lagi Penyayang.” (al-Hujurat 49:12)



8.Mestilah bersifat benar dalam semua hal dan keadaan. Mesti benar pada diri dan tidak takut pada celaan orang lain. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk syaitan dan iblis, membawa kehinaan pada peribadi insan. Kita mesti benar dalam kata-kata, benar ketika menyampaikan prinsip perjuangan parti dan benar ketika meyatakan sesuatu kepada orang lain. Tidak layak seorang anggota Pas yang berdusta ketika berbual dengan orang lain dan bertindak secara dusta. Sabda Rasulullah SAW

“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan  dan sesungguhnya kebajikan itu  membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta” (Mutafaqun ‘Alaih).


9.Mesti menunjukkan contoh teladan yang baik agar sama dengan Islam yang menjadi dasar Pas. Akhlak kita mesti selari dengan al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia akan memberi kesan kepada perjuangan Pas. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Maka kita pastikan diri,  keluarga dengan menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada,kerana kita akan menjadi duta kepada Pas untuk melebarkan pengaruh Pas kepada masyarakat. Seperti kata hukama’

“Lisanul Hal (tindakan) lebih baik dari lisanul Maqal (berkata-kata)”


Sudut Rumahtangga


2.Mesti memastikan perkahwinan kita adalah kerana Allah untuk membina rumahtangga Muslim bagi melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW
“Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka, orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba mukatib (yang berjanji untuk menebus diri untuk menunaikan bayarannya dan orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya” (Tirmizi).


2.Kita mesti memilih wanita yang baik akhlaknya dan pegangan agamanya sekalipun  tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah SAW

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaanya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka  atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama” (Ibn. Majah).


3.Perhubungan suami isteri tidaklah terbatas kepada hubungan untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja, malah hubungan antara kita mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kita sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari ibadah bersama-sama turut mengatur urusan rumah tangga dan meluangkan waktu untuk bergurau senda. Kita mestilah sama-sama memikirkan bagaimana untuk memajukan perjuangan yang di bawa oleh Parti Pas. Sekiranya persefahaman tidak wujud antara suami dan isteri ia akan menjejaskan gerak kerja jamaah.


4.Suami isteri mesti mendidik anak-anak serasi dengan acuan Islam. Orang ramai sentiasa memerhati rumahtangga ahli Pas supaya selari dengan prinsip perjuangan yang di bawa. Kita bimbang orang tidak berminat dengan Pas apabila melihat rumahtangga ahli Pas yang tidak tepat dengan kehendak Islam. Pastikan anak isteri menutup aurat mengikut syariat. Kita tidak mahu anak isteri  menjadi fitnah pada perjuangan Pas.  Biar orang  berminat dengan Pas apabila mereka melihat rumahtangga Islam yang dibina dalam rumah ahli Pas. Firman Allah SWT

“Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan” (Al-Tahrim 66:6)


5.Berazam untuk memastikan anak-anak kita dapat meneruskan perjuangan Pas apbila kita sudah menemui Allah. Tidak ada makna jika kita  seorang sahaja yang berjuang. Pastikan perjuangan kita akan diwarisi oleh anak cucu kita. Jangan biarkan kaum keluarga kita beristirehat di rumah biar mereka sama-sama bergelumang dengan perjuangan.

6.Bawa balik perjuangan Pas ke rumah. Berkongsi pengalaman dan memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan ini. Jangan ada di kalangan kita tidak mahu  membincang mengenai perjuangan dengan keluarga, ini satu kesilapan. Ia mungkin akan membawa kesan mudarat pada masa akan datang  kepada anak-anak kita sehingga mereka  menjauhkan diri dengan Pas ketika mereka besar nanti. Lebih malang lagi mereka akan mendekatkan diri dengan perjuangan Umno, berpunca daripada kecuaian kita mendidik.

8.Beri semangat kepada anak-anak bahawa Pas memerlukan kita untuk menjayakan matlamat perjuangan Pas. Jika kita tidak  berkorban untuk Pas,  siapa lagi yang boleh diharapkan.

9.Kita mesti merasa bangga jika kita berjaya meninggalkan zuriat sebagai pejuang Islam. Biarlah zuriat kita berputar bersama dengan roda perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

10.Tidak sepatutnya kita sebagai ahli Pas menakut-nakutkan anak kita supaya jangan berjuang dengan Pas, nanti dibimbangi tidak ada rezki dan gelap masa depan.

 
Kewajipan Khusus Sebagai Ahli  PAS

1.     Mematuhi arahan pimpinan parti selagi tidak bertentangan dengan Islam.
2.     Mesti mengikut semua manhaj perjuangan Pas tanpa berbelah bagi.
3.     Menghadiri program ilmu untuk menambahkan pengetahuan Islam.
4.     Menghadiri program tarbiyyah supaya dapat membina fikrah dan keperibadian Muslim sejati.
5.     Menjaga akhlak sebagai seorang anggota parti.
6.     Mesti pastikan keluarga kita menutup aurat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW kerana ini adalah penilaian pertama orang kepada ahli Pas.
7.     Menghadiri program yang diarahkan oleh pimpinan parti di semua peringkat.
8.     Membayar yuran tahunan ahli.
9.     Menghadiri mesyuarat agung parti setiap tahun
10.   Memastikan isteri/suami  menjadi ahli Pas supaya  sama-sama memahami konsep perjuangan Islam
11.   Memastikan anak-anak  yang sudah aqil baligh menyertai Pas supaya tidak ada unsur-unsur perosak dalam rumah kita. Dengan ini anak kita akan merasakan Pas adalah jamaahnya maka sukar pihak musuh hendak menariknya.
12.   Menyeru kaum keluarga, sahabat handai dan orang awam untuk menyertai PAS.
13.   Menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh terhadap PAS
14.   Menerangkan dasar Pas dan perbezaan dasar Umno kepada orang ramai.
15.   Boleh  menegur pimpinan dan memberi pandangan dengan cara yang beradab.
                    

Perkara Yang Perlu  Dijauhi Sebagai Ahli PAS

1.     Melakukan perkara yang haram di sisi agama
2.     Melakukan perkara yang bersalahan dengan dasar parti.
3.     Tidak mahu mengikut arahan pimpinan
4.     Melahirkan perasaan marah di tempat awam seperti di kedai kopi kerana di sana banyak ejen musuh yang sedang memerhati dan mendengar.
5.     Tidak mahu membayar yuran tahunan
6.     Tidak mahu datang mesyuarat agung tahunan.
7.     Tidak melaksanakan amanah yang diberikan
8.     Malas untuk menghadiri program dan kursus anjuran parti.


Penutup

Sedarlah bahawa penyertaan kita sebagai anggota Pas bukan satu perkara yang sia-sia. Penglibatan  dalam Pas bukan kerana  marah kepada mana-mana individu musuh, tetapi sebagai tanggungjawab untuk melanjutkan kerja-kerja yang mulia setelah para Rasul tidak ada lagi sedangkan kemungkaran dan kemaksiatan masih berluasa. Siapa lagi yang  akan mempertahankan agama yang suci ini jika kita sebagai hamba Allah tidak sanggup untuk memperjuangkan agama Allah. Perlu sedar bahawa hidup dan mati kita hanya diserah kepada Allah SWT dan yakin bahawa masa depan dunia berada di tangan Islam. InsyaALlah.

http://idrisahmad.wordpress.com/

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR