Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

Istiqamah Hingga Kemenangan


Apabila ribut datang, akan adalah ranting dan daun-daun yang gugur. Maka yang akan tinggal ialah ranting, dahan dan daun-daun yang kuat dan segar.Tahniah kepada semua ahli dan pimpinan PAS yang terus beristiqamah.Inilah erti di sebalik tema muktamar "Istiqamah Hingga Kemenangan" (Kemenangan Menegakkan Islam di Dunia dan kemenangan sewaktu bertemu Allah di Akhirat).

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak Pas Pusat mengeluarkan senarai penuh ahli jawatankuasanya bagi sesi 2015-2017.

Yang berikut senarai penuh tersebut.

Ahli Jawatankuasa Harian:

1. Ketua: Ustaz Datuk Dr. Mahfodz Mohamed
2. Timbalan Ketua: Ustaz Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
3. Naib Ketua: Ustaz Datuk Dr. Johari Mat

4. Setiausaha: Ustaz Nazri Zin
5. Penolong Setiausaha 1: Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman
6. Penolong Setiausaha 2: Ustaz Ismail Osman
7. Penolong Setiausaha 3: Ustaz Mohd Azwan Baidawi

8. Bendahari: Ustaz Mohd Asri Daud
9. Ketua Penerangan: Ustaz Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri
10. Pengarah Pilihanraya Ulamak: Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi

Ahli Jawatankuasa Kerja:

1. Ustaz Datuk Hussin Awang
2. Ustaz Dr. Badruzzaman Yusof
3. Ustaz Muhammad Zain Abdul Rahman
4. Ustaz Dr. Abu Bakar Abdullah
5. Ustaz Abdullah Husain
6. Ustaz Zulkifli Ismail
7. Ustaz Mokhtar Senik
8. Ustaz Khirul Muntanazar Ismail
9. Ustaz Dr. Azhari Yaakob
10. Ustaz Nazmi Nik Din
11. Ustaz Mustafa Shaari
12. Ustaz Mohd Ismi Taib
13. Ustaz Dr. Zuridan Mohd Daud
14. Ustaz Mohd Kamal Osman
15. Ustaz Dr. Ahmad Nadzri Mansor
16. Ustaz Mohd Fauze Husain
17. Ustaz Abu Sinan Muhammad Alghaazi
18. Ustazah Mastura Ismail – HARAKAHDAILY 15/6/2015

Abdullah bin Saba'

Abdullah bin Saba (sekitar 600 M-670 M)(Arab: |عبد الله بن سبأ), juga dikenal dengan nama panggilan Ibnu Saudah merupakan seorang Rabbi Yahudi yang masuk Islam pada masa Khalifah Utsman bin Affan dan kemudian menyulut pemberontakan terhadap khalifah waktu itu, serta kemudian diriwayatkan oleh sebagian sejarawan muslim sebagai pendiri Syi'ah.

Syi'ah

Diperdebatkan bahwa syiah adalah ajaran daripada seorang beragama Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba' telah lama diketengahkan kepada masyarakat Islam dan semacam sudah menyatu dengan masyarakat bahawa syiah adalah ajaran Yahudi Abdullah ibn Saba', yang berpura-pura memeluk Islam tetapi bertujuan untuk menghancurkan pegangan aqidah umat Islam.

Ia dikatakan mempunyai madzhab Saba'iyyah mengemukakan teori Ali adalah wasi Muhammad SAW. Abdullah ibn Saba' juga dikenali dengan nama Ibn al-Sawda' atau ibn 'Amat al-Sawda'- anak kepada wanita kulit hitam.

Allamah Murtadha Askari telah mengesan dan membuktikan bahawa cerita Abdullah ibn Saba' yang terdapat dalam versi sunni adalah bersumberkan dari Al-Tabari (w.310H/922M), Ibn Asakir (w571H/1175M), Ibn Abi Bakr (w741H/1340M) dan al-Dhahabi (w747H/1346M). Mereka ini sebenarnya telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' dari satu sumber iaitu Sayf ibn Umar dalam bukunya al-Futuh al-kabir wa al-riddah dan al-Jamal wal-masir Aishah wa Ali [Murtadha Askari, Abdullah ibn Saba' wa digar afsanehaye tarikhi, Tehran, 1360 H].

Sayf adalah seorang penulis yang dipercayai oleh kebanyakan penulis-penulis rijal seperti Yahya ibn Mu'in (w233/847H), Abu Dawud (w275H/888M), al-Nasai (w303H/915M), Ibn Abi Hatim (w327H/938M), Ibn al-Sukn (w353H/964M), Ibn Hibban (w354H/965M), al-Daraqutni (w385H/995M), al-Hakim (w405H/1014M), al-Firuzabadi (w817H/1414M), Ibn Hajar (w852H/1448M), al-Suyuti (w911H/1505M, dan al-Safi al-Din (w923H/1517M).

Abdullah bin Saba', adalah seorang Yahudi yang memeluk Islam pada zaman Utsman, dikatakan seorang pengikut Ali yang setia. Dia mengembara dari satu tempat ke satu tempat untuk menghasut orang ramai supaya bangun memberontak menentang khalifah Uthman. Sayf dikatakan sebagai pengasas ajaran Sabaiyyah dan pengasas madzhab ghuluww (sesat). Menurut Allamah Askari watak Abdullah ibn Saba' ini adalah hasil rekaan Sayf yang juga telah mencipta beberapa watak, tempat, dan kota khayalan. Dari cerita Sayf inilah beberapa orang penulis telah mengambil cerita Abdullah ibn Saba' tersebut seperti Said ibn Abdullah ibn Abi Khalaf al-Ashari al-Qummi (w301H/913M) dalam bukunya al-Maqalat al-Firaq, al-Hasan ibn Musa al-Nawbakhti (w310H/922M) dalam bukunya Firaq al-Shiah, dan Ali ibn Ismail al-Ashari (w324H/935M) dalam bukunya Maqalat al-Islamiyyin. Allamah al-Askari mengesan cerita Abdullah ibn Saba' dari riwayat syiah dari Rijal oleh al-Kashshi.

Al-Kashshi telah meriwayatkan dari sumber Sa'd ibn Abdullah al-Ashari al-Qummi yang menyebut bahawa Abdullah ibn Saba' mempercayai kesucian Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi. Mengikut dua riwayat ini, Ali AS memerintahkannya menyingkirkan fahaman tersebut, dan disebabkan keengganannya itu Abdullah ibn Saba telah dihukum bakar hidup-hidup (walau bagaimanapun menurut Sa'd ibn Abdullah Ali telah menghalau Ibn Saba' ke Madain dan di sana dia menetap sehingga Ali AS menemui kesyahidannya. Pada ketika ini Abdullah ibn Saba' mengatakan Ali AS tidak wafat sebaliknya akan kembali semula ke dunia). Al-Kashshi, selepas meriwayatkan lima riwayat yang berkaitan dengan Abdullah ibn Saba' menyatakan bahawa tokoh ini didakwa oleh golongan Sunni sebagai orang yang pertama yang mengisytiharkan Imamah Ali AS. Allamah Askari menyatakan bahawa hukuman bakar hidup-hidup adalah satu perkara bida'ah yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada dari madzhab Syi'ah atau Sunnah. Kisah tersebut pula tidak pernah disebut oleh tokoh-tokoh sejarah yang masyhur seperti Ibn al-Khayyat, al-Yakubi, al-Tabari, al-Masudi, Ibn Al-Athir, ibn Kathir atau Ibn Khaldun. Peranan yang dimainkan oleh Abdullah ibn Sabak' sebelum berlakunya peristiwa pembunuhan Uthman atau pada zaman pemerintahan Imam Ali AS telah tidak disebut oleh penulis-penulis yang terawal seperti Ibn Sa'd (w230H/844M0, al-Baladhuri (w279H/892M) atau al-Yaqubi. Hanya al-Baladhuri yang sekali sehaja menyebut namanya dalam buku Ansab al-Ashraf ketika meriwayatkan peristiwa pada zaman Imam Ali AS berkata: " Hujr ibn Adi al-Kindi, Amr ibn al-Hamiq al-Khuzai, Hibah ibn Juwayn al-Bajli al-Arani, dan Abdullah ibn Wahab al-Hamdani - ibn Saba' datang kepada Imam Ali AS dan bertanya kepada Ali AS tentang Abu Bakr dan Umar..." Ibn Qutaybah (w276H/889M) dalam bukunya al-Imamah wal-Siyasah dan al-Thaqafi (w284H/897M) dalam al-Gharat telah menyatakan peristiwa tersebut. Ibn Qutaybah memberikan identiti orang ini sebagai Abdullah ibn Saba'. Sa'd ibn Abdullah al-Ashari dalam bukunya al-Maqalat wal-Firaq menyebutkan namanya sebagai Abdullah ibn Saba' pengasas ajaran Saba'iyyah - sebagai Abdullah ibn Wahb al-Rasibi. Ibn Malukah (w474H/1082M) dalam bukunya Al-Ikmal dan al-Dhahabi (w748H/1347M) dalam bukunya al-Mushtabah ketika menerangkan perkataan 'Sabaiyyah ', menyebut Abdullah ibn Wahb al-Saba'i, sebagai pemimpin Khawarij. Ibn Hajar (w852H/1448M) dalam Tansir al-Mutanabbih menerangkan bahawa Saba'iyyah sebagai ' satu kumpulan Khawarij yang diketuai oleh Abdullah ibn Wahb al-Saba'i'. Al-Maqrizi (w848H/1444M) dalam bukunya al-Khitat menamakan tokoh khayalan Abdullah ibn Saba' ini sebagai 'Abdullah ibn Wahb ibn Saba', juga dikenali sebagai Ibn al-Sawda' al-Saba'i.'

Allamah Askari mengemukakan rasa kehairannya bahawa tidak seorang pun daripada para penulis tokoh Abdullah ibn Saba' ini menyertakan nasabnya - satu perkara yang agak ganjil bagi seorang Arab yang pada zamannya memainkan peranan yang penting. Penulis sejarah Arab tidak pernah gagal menyebutkan nasab bagi kabilah-kabilah Arab yang terkemuka pada zaman awal Islam tetapi dalam kisah Abdullah ibn Saba' , yang dikatakan berasal dari San'a Yaman, tidak dinyatakan kabilahnya. Allamah Askari yakin bahawa Ibn Saba' dan golongan Sabai'yyah adalah satu cerita khayalan dari Sayf ibn Umar yang ternyata turut menulis cerita-cerita khayalan lain dalam bukunya. Walau bagaimanapun, nama Abdullah ibn Wahb ibn Rasib ibn Malik ibn Midan ibn Malik ibn Nasr al-Azd ibn Ghawth ibn Nubatah in Malik ibn Zayd ibn Kahlan ibn Saba', seorang Rasibi, Azdi dan Saba'i adalah pemimpin Khawarij yang terbunuh dalam Peperangan Nahrawan ketika menentang Imam Ali AS.

Nampaknya kisah tokoh Khawarij ini telah diambil oleh penulis kisah khayalan itu untuk melukiskan watak khayalan yang menjadi orang pertama mengiystiharkan Imamah Ali AS. Watak ini tiba-tiba muncul untuk memimpin pemberontakan terhadap khalifah Uthman, menjadi dalang mencetuskan Perang Jamal, mengisytiharkan kesucian Ali AS, kemudian dibakar hidup-hidup oleh Ali AS atau dihalau oleh Ali AS dan tinggal dalam buangan seterusnya selepas kewafatan Imam Ali AS, mengisytiharkan kesucian Ali AS dan Ali akan hidup kembali dan orang yang pertama bercakap dengan lantang tentang musuh-musuh Ali AS.

Menurut Allamah Askari, perkataan Saba'iyyah adalah berasal-usul sebagai satu istilah umum untuk kabilah dari bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab iaitu Bani Qahtan dari Yaman. Kemudian disebabkan banyak daripada pengikut-pengikut Imam Ali bin Abi Talib AS berasal dari Yaman seperti Ammar ibn Yasir, Malik al-Ashtar, Kumayl ibn Ziyad, Hujr ibn Adi, Adi ibn Hatim, Qays ibn Sa'd ibn Ubadah, Khuzaymah ibn Thabit, Sahl ibn Hunayf, Utsman ibn Hunayf, Amr ibn Hamiq, Sulayman ibn Surad, Abdullah Badil, maka istilah tersebut ditujukan kepada para penyokong Ali AS ini. justeru, Ziyad ibn Abihi pada suatu ketika mendakwa Hujr dan teman-temannya sebagai 'Saba'iyyah.' Dengan bertukarnya maksud istilah, maka istilah itu juga turut ditujukan kepada Mukhtar dan penyokong-penyokongnya yang juga terdiri daripada puak-puak yang berasal dari Yaman. Selepas kejatuhan Bani Umayyah. istilah Saba'iyyah telah disebut dalam ucapan Abu al-Abbas Al-Saffah, khalifah pertama Bani Abbasiyyah, ditujukan kepada golongan Syi'ah yang mempersoalkan hak Bani Abbas sebagai khalifah.

Walau bagaimanapun Ziyad maupun Al-Saffah tidak mengaitkan Saba'iyyah sebagai golongan yang sesat. Malahan Ziyad gagal mendakwa bahwa Hujr bin Adi dan teman-temannya sebagai golongan sesat. Istilah Saba'iyyah diberikan maksudnya yang baru oleh Sayf ibn Umar pada pertengahan kedua tahun Hijrah yang menggunakannya untuk ditujukan kepada golongan sesat yang kononnya diasaskan oleh tokoh khayalan Abdullah ibn Saba'.

Sunni

Para ‘ulama terdahulu, baik dari kalangan ahli hadits, ahli sejarah, ataupun yang lainnya telah sepakat akan keberadaan tokoh besar syi’ah sekaligus pendirinya yang bernama Abdullah bin Saba’, tidak ada yang mengingkarinya kecuali sebagian syi’ah rafidhah.

Abdullah bin Saba’ yang juga dikenal dengan sebutan Ibnu Sauda’ adalah seorang Yahudi yang berasal dari negeri Yaman, tepatnya dari daerah Shan’a (Ibu kota Yaman). Ia berpura-pura masuk islam pada masa pemerintahan Utsman bin ‘Affan untuk menghancurkan islam dari dalam.

Berbagai macam fitnah ia timbulkan. Ia terlibat dalam pembunuhan Khalifah Utsman bin ‘Affan, juga terlibat mengobarkan fitnah pada perang Jamal antara Ali dan ‘Aisyah, dan perang Shiffin antara Ali dan Mu’awiyyah radhiallahu ‘anhum. Kemudian pada pemerintahan ‘Ali ia kembali membuat ulah dengan memunculkan satu fitnah besar yaitu mengajak manusia untuk meyakini Khalifah Ali sebagai Tuhan. Dengan sebab ulahnya itulah para Saba’iyyah ketika itu harus rela dibakar oleh seorang yang mereka anggap sebagai Tuhan.[1]

Abdullah bin Saba’ atau yang juga disebut dengan Ibnu Sauda’ bukanlah tokoh fiktif sebagaimana sangkaan sebagian orang-orang syi’ah sekarang. Di antara alasan mereka yang tidak mengakui keberadaan Abdullah bin Saba’ adalah, kata mereka, riwayat-riwayat yang menjelaskan tentang hakekat Abdullah bin Saba’ adalah lemah karena melewati jalur seorang perawi bernama Saif bin Umar At-Tamimi, ia telah dilemahkan oleh beberapa pakar hadits Ahlus Sunnah terkemuka.
Alasan mereka yang sangat lemah ini dapat kita jawab dari beberapa sisi:
  • Pertama: pernyataan mereka bahwa para ulama pakar hadits telah melemahkan Saif bin ‘Umar At-Tamimi adalah benar. Akan tetapi yang perlu diperhatikan bahwa yang mereka lemahkan adalah periwayatan haditsnya (maksudnya jika ia meriwayatkan hadits maka haditsnya lemah) adapun dalam masalah sejarah maka dia dapat dijadikan sandaran dan rujukan, hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Hajar (dia termasuk ulama yang mereka jadikan rujukan untuk melemahkan Saif bin Umar At-Tamimi) dalam kitabnya Tahdzibut Tahdzib 1/408 dan Taqribut Tahdzib 1/408
    • Saif bin Umar At-Tamimi pengarang kitab Ar-Riddah, ada yang mengatakan dia Adh-Dhabi ada yang mengatakan selainnya, Al-Kufi Dha’if haditsnya, (akan tetapi) Umdah (bisa dijadikan sandaran) dalam bidang tarikh/sejarah.”
    • Imam Adz-Dzahabi (juga ‘ulama yang mereka jadikan rujukan untuk melemahkan Saif bin Umar At-Tamimi) berkata dalam kitabnya Mizanul I’tidal 2/ 255, “Ia adalah pakar sejarah yang paham.”
    • Demikian pula Al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfatul Ahwadzi 10/249 menyebutkan seperti ucapan Ibnu Hajar di atas. Umar Kahalah dalam kitabnya Mu’jamul Muallifin 4/288 mengatakan, “Saif bin Umar At-Tamimi Al Burjumi, Ahli sejarah berasal dari Kufah.”
Maka jelaslah bahwa yang dilemahkan oleh para muhaditsin adalah riwayat haditsnya, adapun dalam permasalahan sejarah maka dia termasuk ahlinya yang dapat dijadikan sandaran.
  • Kedua: perlu diketahui bahwa riwayat-riwayat yang menjelaskan keberadaan Abdullah bin Saba’ baik yang terdapat dalam kitab Tarikh Ibnu Asakir, Tarikh Thabari, atau selain keduanya tidak hanya datang dari jalur Saif bin Umar At-Tamimi, akan tetapi juga diriwayatkan dari beberapa jalur yang sebagiannya shahih. Di antaranya adalah:
    • Diriwayatkan dari jalur Abu Khaitsamah, ia berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abbad ia berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Ammar ad-Duhani katanya, saya mendengar Abu Thufail berkata …..” Diriwayatkan melalui jalur ‘Amr bin Marzuk, ia berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Salamah bin Kuhail dari Zain bin Wahb ia berkata, “Ali radhiallahu ‘anhu berkata, ‘ada apa denganku dan dengan orang jahat yang hitam ini (maksudnya Abdullah bin Saba’) ia telah mencela Abu Bakar dan Umar radhiallahu ‘anhu.”
    • Diriwayatkan pula melalui jalur Muhammad bin ‘Utsman bin Abi Syaibah ia berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Ala ia berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin ‘Ayyas dari Mujalid dari Sya’bi ia berkata, “Pertama kali yang berdusta adalah Abdullah bin Saba’.”
    • Ibnu Ya’la Al-Mushili berkata dalam kitab Musnadnya, “Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib ia berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Hasan Al-Asadi ia berkata, telah menceritakan kepada kami Harun bin Shalih dari Harits bin Abdurrahman dari Abul Jallas katanya, ‘aku mendengar Ali berkata kepada Abdullah bin Saba’, ‘….”
    • Berkata Abu Ishaq al-Fazzari dari Syu’bah dari Salamah bin Kuhail dari Abu Za’ra’ dari Zaid bin Wahb …………. (lihat semuanya di Lisanul Mizan 2/40)
  • Ketiga: juga terdapat dalam kitab rujukan Syi’ah baik itu kitab tentang firqah, hadits, atau rijal riwayat yang cukup banyak yang sama sekali tidak melewati jalur Saif bin Umar At-Tamimi. Sebagaimana yang akan kita jelaskan insya Allah

Yahudi

Keberadaan Abdullah bin Saba' juga tercatat pada ensiklopedi sejarah Umat Yahudi, sebagaimana yang tercantum di dalam Jewish Encyclopedia bertahun 1906: "Seorang Yahudi Yaman, Arab, dari abad ketujuh, yang menetap di Madinah dan memeluk Islam. Setelah dia mengkritik pemerintahan Khalifah Utsman yang berakibat buruk, dia dibuang dari kota. Dari situ ia pergi ke Mesir, di mana ia mendirikan sebuah sekte anti-Utsman, untuk mempromosikan ketertarikan terhadap Ali. Kemudian di sadarinya bahwa ia memperoleh pengaruh besar di sana, dan merumuskan doktrin bahwa, setiap nabi memiliki asisten yang di kemudian hari akan menggantikannya, pengganti Muhammad adalah Ali, yang karena itu dijauhkan dari tampuk kekhalifahan dengan tipu daya. Utsman tidak memiliki klaim yang sah sama sekali terhadap Kekhalifahan, dan ketidakpuasan umum terhadap pemerintahnya banyak disumbang oleh menyebarnya ajaran Abdullah (bin Saba'). Tradisi meriwayatkan bahwa ketika Ali telah memegang kekuasaan, Abdullah menisbahkan sifat keilahiahan kepada Ali dengan berkata kepadanya, "Engkaulah Engkau!" Kemudian Ali mengusirnya ke Madain. Setelah peristiwa pembunuhan Ali, diceritakan bahwa Abdullah (bin Saba') telah mengajarkan bahwa Ali tidak mati tapi masih hidup, dan tidak pernah terbunuh, bahwa sebagian dari ketuhanan itu bersemayam di dalam dirinya, dan bahwa setelah beberapa waktu ia akan kembali untuk memenuhi bumi dengan keadilan. Sampai kemudian karakter ilahiyah Ali tersebut masih bersemayam dan tersembunyi pada para Imam, yang untuk sementara mengisi posisinya. Sangat mudah untuk melihat bahwa seluruh gagasan tersebut bersandar pada ide Mesias dalam kombinasi dengan riwayat nabi Eliyah. Pensifatan ilahiah untuk Ali mungkin berawal dari pengembangan (kesalah pahaman) bahwa dalam Alquran Allah sering disebut "Al-Aliy" (Yang Maha Tinggi)".[1]

Abdullah bin Saba' dalam kitab-kitab

Kitab Ahlus Sunnah

Tentunya sangat banyak sekali penyebutan Abdullah bin Saba’ dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah yang kesemuanya tidak lain menunjukkan keyakinan mereka akan keberadaannya. Berikut beberapa pendapatnya:
  • Ibnu Taimiyyah berkata, “Sesungguhnya permulaan rafidhah berasal dari seorang Zindiq, yaitu Abdullah bin Saba’.” (Majmu’ Fatawa 28/483)
  • Imam Adz-Dzahabi berkata, “Abdullah (bin Saba’) termasuk zindiq yang ekstrem, ia sesat dan menyesatkan.” (Mizanul I’tidal 2/426)
  • Ibnu Hajar berkata, “Abdullah bin Saba’ termasuk zindiq yang paling ekstrem…. Ia memiliki pengikut yang disebut Sabaiyyah, mereka (kaum Sabaiyyah) memiliki keyakinan sifat ketuhanan pada diri Ali bin Abi Thalib. Dia telah membakar mereka dengan api pada masa kekhilafaannya.” (Lisanul Mizan 3/360)
  • Abul Muzhaffar Al Isfarayini dalam Al Milal wan Nihal ketika menceritakan tentang As-Sabaiyyah berkata, “Dan bahwasanya yang membakar mereka adalah Ali, yaitu kelompok dari rafidhah yang meyakini padanya (pada Ali) ada sifat ketuhanan, merekalah yang disebut kelompok Sabaiyyah pendirinya adalah Abdullah bin Saba’ seorang Yahudi yang menampakkan keislaman…” (lihat Fathul Bari 12/270)
  • Abdullah bin Muslim bin Qutaibah dalam kitabnya Ta’wilu Mukhtalafil Hadits 1/21 berkata, “Kami tidak pernah mengetahui ada pada ahli bid’ah dan pengikut hawa nafsu yang meyakini adanya sifat ketuhanan pada manusia selain mereka (yaitu rafidhah ekstrem). Sesungguhnya Abdullah bin Saba’ meyakini adanya sifat ketuhanan pada diri Ali.”
  • Az Zarkali berkata, “Abdullah bin Saba’ pendiri kelompok Sabaiyyah.” (Al-A’lam 4/88)
Demikian pula, para ulama’ Ahlus Sunnah sering sekali menjuluki seorang rawi yang beraqidah Rafidhah ekstrem sebagai Sabaiyyah (pengikut Abdullah bin Saba’), kalau seandainya Abdullah bin Saba’ adalah tokoh fiktif mana mungkin mereka memakai istilah tersebut.
  • Ash-Shafadi berkata, “As-Sabaiyyah dinisbahkan kepada Abdullah bin Saba’.’ (Al-Wafil Wafayat 5/30)
  • Dia juga berkata, “Pendiri As-Sabaiyyah adalah Abdullah bin Saba’, dialah pendiri kelompok Sabaiyyah, dia pula yang berkata kepada Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, ‘Kamu adalah Tuhan.” (5/393)
  • Ibnu Hibban berkata, “Dan adalah al-Kalbi seorang Sabaiyyah termasuk yang berkeyakinan Sesungguhnya Ali belum mati, dia akan kembali ke dunia sebelum hari kiamat…” (Al-Majruhin 2/253)
  • Ibnu Makula berkata dalam kitab Rijalnya, “Faraj bin Sa’id bin ‘Alqamah bin Abyadh bin Hamal As Sabay… dan Sabayyah termasuk rafidhah yang paling ekstrem nisbah kepada Abdullah bin Saba’. (lihat Ikmalul Kamal 4/536)
  • As Sam’ani dalam kitabnya Al Ansab 3/209 berkata, “Dan Abdullah bin Wahb as Saba’i, gembong khawarij, menurutku bahwa Abdullah bin Wahb ini dinisbahkan kepada Abdullah bin Saba’, dia dari rafidhah, dan jama’ah dari mereka yang dinisbahkan kepadanya disebut, as Sabaiyyah.”
  • As Suyuthi dalam kitabnya Lubbul Lubab fi Tahriril Ansab 1/42 berkata, “…Dan (dinisbahkan juga) kepada Abdullah bin Saba’ pendiri Sabaiyyah dari rafidhah.”

Kitab Syi’ah

  • Al Kisysyi dalam kitabnya Ar-Rijal 1/324 meriwayatkan dari Muhammad bin Qauluwiyah ia berkata, telah menceritakan kepadaku Sa’d bin Abdillah ia berkata, telah menceritakan kepadaku Ya’qub bin Yazid dan Muhammad bin ‘Isa dari Ali bin Mihziyar dari Fudhalah bin Ayyub al-Azdi dari Aban bin Utsman ia berkata, “Aku mendengar Abu Abdillah berkata, ‘La’nat Allah atas Abdullah bin Saba’, sesungguhnya ia meyakini adanya sifat ketuhanan pada diri Amirul Mukminiin (Ali), padahal demi Allah! Amirul Mukminin hanyalah seorang hamba yang taat.”
  • Demikian pula Al Qummi dalam kitabnya Al Khishal meriwayatkan seperti di atas dengan sanad yang berbeda.
  • Dan selain keduanya.
Maka dari uraian di atas kita mengetahui bahwa Abdullah bin Saba’ bukanlah tokoh fiktif/khayalan/rekaan/dongeng. Ini telah menjadi kesepakatan para ‘ulama sejarah, hadits, dan pengarang kitab tentang firqah, thabaqat, Rijal, adab, dan Ansab. Maka kaum syi’ah tidak memiliki celah untuk mengingkari keberadaan Abdullah bin Saba’.

Jadi pembahasan tentang Abdullah bin Saba’ tidak sebatas ada dalam kitab Tarikh Ath-Thabari saja dan tidak hanya melalui jalur periwayatan Saif bin ‘Umar At-Tamimi, walaupun dia adalah seorang yang dapat dijadikan sandaran dalam bidang sejarah sebagaimana yang kami jelaskan di atas.

Referensi

  • (Inggris)Who was Abdullah ibn Saba
  • Abdullah bin Saba pendiri Syiah benarkah
  • Biografi Abdullah bin Saba’ selengkapnya di Tarikh Dimasyq 3/29, Tarikh Thabari, Al Kamil karya Ibnul Atsir, Al Ma’arif hal.622 karya Ibnu Qutaibah, Mizanul I’tidal 2/426, Al Milal wan Nihal hal.365 karya Asy-Syihristani, Al Wafi bil Wafayat 17/189.

Wednesday, 24 September 2014

Khalifah (pemimpin) Perlu Tegas

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah. 

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." 

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." 

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku." 

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan." 

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat." 

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi. 

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum." 

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat." 

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti." 

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati." 

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia." 

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya. 

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

Sumber :  Cahaya Matahati

Monday, 11 August 2014

Usah ikut Qarun bangga miliki kekayaan dunia

Oleh Syafiq Zulakifl

Umat dididik berzakat, bantu golongan memerlukan

Hikmah Allah SWT memperincikan kisah umat Islam yang dimurkai Allah dalam al-Quran adalah bagi memberikan peringatan penting kepada umat Islam hari ini supaya tidak terjun ke lembah kehinaan itu. Begitulah peringatan dan sandaran Allah SWT mengenai keangkuhan Firaun beriman kepada Tuhannya.

Kisah Firaun dan Nabi Musa di Mesir diceritakan melalui pelbagai dimensi dan ayat sebagai peringatan Allah SWT kepada hamba-Nya bahawa setiap kemungkaran dilakukan oleh manusia itu disebabkan kejahilan mereka sendiri.

Firman Allah SWT; “Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)


Minggu lalu, rancangan Ibrah bersama Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman meneliti seorang lagi orang kanan Firaun yang dimurkai Allah SWT sehingga akhirnya azab diturunkan kepadanya. Dia yang dimaksudkan adalah Qarun.

Istilah ‘harta karun’ yang biasa menjadi ungkapan di bibir kita sebenarnya lahir daripada ketamakan manusia bernama Qarun di atas kekayaannya dan keadaan itu menjadikan dia sombong serta angkuh kepada Allah SWT.

Allah Taala memperincikan kisah Qarun dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau terlalu bangga. Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.” (Surah al-Qasas, bermula ayat 76)

Kisah ini menjadi saksi bahawa kesombongan melalui harta tidak akan kekal lama jika umat Islam tidak memahami konsep kekayaan di dalam hidup ini.

Perkara penting yang menjadi peringatan Allah SWT adalah manusia mempunyai sikap gopoh dan tamak apabila dilimpahi dengan rezeki. Mereka tidak bersyukur di atas kurniaan dilimpahkan kepada dirinya lalu harta itu tidak diinfakkan kepada mereka yang sepatutnya menerima hak.

Begitulah Allah mendidik umat Islam mengeluarkan zakat apabila tiba waktu dan haulnya. Perkara kedua yang menambahkan lagi keangkuhan Qarun adalah kerana dia berbangga terhadap kekayaannya itu disebabkan ilmu yang ada pada dirinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dia Qarun berkata, Sesungguhnya aku diberi harta itu semata-mata kerana ilmu yang ada padaku. Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya mengenai dosa-dosa mereka.” (Surah al-Qasas, ayat 76)

Ilmu adalah milik Allah SWT. Justeru, bagi mereka yang dikurniakan kekayaan harta seharusnya tidak selesa dengan kekayaan mereka di dunia ini kerana Allah SWT sentiasa memberi peringatan bahawa kejayaan hakiki itu hanya pada akhirat kelak.

Orang yang memiliki kekayaan dunia tidak akan kekal selama-lamanya kecuali mereka memahami tujuan kekayaan itu. Hal sedemikian diingatkan Allah melalui firman yang bermaksud: “Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Ketamakan Qarun dengan hartanya ini tidak terhenti di situ, malah diakui oleh pengikutnya. Sikap mendabik dada ini mengingatkan kepada manusia supaya berhati-hati dengan jawatan, pangkat dan kedudukan yang mulia diberikan Allah SWT kepada kita.

Manusia sering kali diuji dengan kedudukan yang baik, malah memberikan gambaran bahawa kehidupan yang senang itu adalah anugerah sedangkan mereka tidak memahami setiap kelebihan itu juga adalah ujian untuk mereka.

Allah SWT memperincikan lagi dengan firman yang bermaksud: “Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata: Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar.” (Surah al-Qasas, ayat 79)

Kisah Qarun diakhiri dengan kemurkaan Allah SWT yang menenggelamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang yang dapat membela diri.” (Surah al-Qasas, ayat 81)

Mereka yang berziarah ke bumi Mesir pada hari ini dapat melihat sendiri tanda kebesaran Allah SWT serta menunjukkan peringatan Allah SWT kepada keingkaran dan kesombongan Qarun terhadap hartanya. Allah SWT tidak sekali-kali melupakan umat yang sentiasa mentaatinya.

Biarpun Qarun yang menjadi orang kanan Firaun mengingkarinya dan bongkak, tetapi Firaun juga mempunyai orang kanan yang akhirnya mentaati perintah Allah. Perkara ini dijelaskan Allah SWT supaya umat Islam sentiasa mencontohi peribadi dan akhlak terpuji biarpun di dalam cengkaman Firaun.

Dalam al-Quran Allah SWT menggunakan istilah ‘lelaki yang beriman’ bagi menunjukkan keimanannya biarpun tidak dijelaskan siapakah lelaki beriman itu. Oleh itu, jelaslah bahawa insan yang dimurkai seperti Firaun, Qarun dan Haman disebutkan dengan nyata dalam al-Quran.

Berbeza dengan lelaki beriman pada zaman Firaun, disembunyikan keimanannya supaya mendidik umat tidak berasa sombong dan takbur.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan seseorang yang beriman di antara keluarga Firaun yang menyembunyikan imannya berkata: Apakah kamu akan membunuh seseorang kerana dia berkata, Tuhanku adalah Allah, padahal sungguh dia telah datang kepadamu membawa bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu. Dan jika dia seorang pendusta maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan jika dia seorang yang benar, nescaya sebahagian bencana yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melampaui batas dan pendusta.” (Surah Ghafir, ayat 28)

Keimanan umat Islam sentiasa diuji. Bagi mereka yang memahami seruan untuk mentaatinya tidak akan culas dan kurang keimanannya, tetapi bagi mereka yang mengabaikan perintah Allah SWT sebaliknya berlaku terhadap diri mereka.

Begitulah simbol yang digunakan Allah SWT dalam menterjemahkan keimanan umat. Allah SWT akan memberikan hidayah kepada mereka yang sering mencarinya malah inginkan istiqamah terhadapnya. Bandingan itu tidak akan diperoleh bagi mereka yang mengingkari perintahnya.

Kisah Qarun yang panjang, kisah Firaun yang berulang-ulang pada beberapa surah dalam al-Quran menjadi teladan bermakna kerana Allah SWT mengingatkan betapa besar kurniaan Allah SWT bagi mereka yang mentaati-Nya dan besar juga azab bagi yang mengingkar-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (Surah Ghafir, ayat 39) - Posted by epondok di Ogos 12, 2014

Saturday, 26 July 2014

Pagi raya waktu afdal bayar zakat fitrah

Zakat fitrah wajib dilaksanakan bagi tujuan menyucikan diri dan kembali kepada fitrah semula jadi manusia yang suci dan bersih daripada dosa. Zakat fitrah atau ‘zakat badan’ berbeza dengan zakat lain seperti zakat hasil ternakan, emas dan perak, harta perdagangan, hasil pertanian yang termasuk dalam kategori zakat harta.

Tujuan kefarduan zakat fitrah jelas seperti disebut dalam hadis Nabi SAW: “Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk serta untuk menjadi makanan orang miskin.” (Riwayat Abu Daud)

Zakat fitrah mempunyai dua fungsi utama iaitu bagi tujuan ibadat dan sosial. Dalam aspek ibadat, zakat fitrah bertindak menyucikan diri orang berpuasa daripada perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa seperti kata-kata tidak berfaedah yang kadang-kadang sukar untuk dikawal.

Dalam aspek sosial pula, zakat fitrah bertindak membantu golongan fakir miskin dengan memberikan bantuan makanan atau dalam bentuk wang kepada mereka terutama untuk persiapan menyambut Aidilfitri supaya mereka turut bergembira bersama-sama orang lain yang lebih berkemampuan.

Sabda Nabi SAW: “Rasulullah SAW telah memfardukan zakat fitrah sebanyak segantang tamar atau segantang gandum ke atas golongan hamba dan orang yang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar daripada kalangan umat Islam.” (Riwayat al-Bukhari)

Menurut jumhur fuqaha, zakat fitrah diwajibkan juga ke atas golongan fakir miskin dengan syarat mereka memiliki kadar zakat berkenaan iaitu segantang makanan utama tempatan (bagi Malaysia adalah beras) yang lebih daripada keperluan asas dirinya sendiri dan mereka di bawah tanggungannya.

Kadar itu hendaklah ada pada malam hari raya Aidilfitri bagi membolehkan zakat fitrah wajib ke atas mereka, jika tidak ada pada waktu itu maka tidak diwajibkan. Jika lebihan yang dimiliki adalah satu gantang saja, maka dia hendaklah mengutamakan zakat fitrah dirinya terlebih dulu.

Menurut jumhur fuqaha termasuk Imam Syafii, waktu kewajipan membayar zakat fitrah mula berkuat kuasa tepat pada waktu jatuhnya matahari akhir bulan Ramadan. Namun, zakat fitrah boleh ditunaikan dalam tempoh tertentu, lebih awal atau lebih lewat daripada waktu itu. Malah, menurut mazhab Syafii, zakat fitrah boleh ditunaikan seawal bermula bulan Ramadan lagi.

Waktu paling afdal adalah pada pagi hari raya Aidilfitri iaitu sebelum solat sunat hari raya diadakan. Ibnu Umar meriwayatkan: “Bahawasanya Rasulullah SAW menyuruh supaya zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan solat (sunat Aidilfitri).” (Riwayat al-Bukhari)

Melewatkan sehingga selepas solat Aidilfitri bererti meninggalkan amalan yang afdal dan hukumnya adalah makruh. Sekiranya zakat fitrah dibayar selepas terbenam matahari 1 Syawal, maka hukumnya adalah haram dan berdosa serta ia dikira qada.

Sabda Nabi SAW: “Oleh itu, sesiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), ia adalah zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya, maka ia adalah sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Thursday, 11 April 2013

Kota dan Peradaban Islam - Tazkirah Siri 1 Calon P-125 Putrajaya (Dato Paduka Haji Husam Musa)

Ketika seorang ulama pejuang terkenal Moroco hendak meletakkan batu asas Kota Fez - Maulana Idris - berdoa bersama pengikutnya seperti berikut;

“Ya Tuhanku! Engkau amat mengetahui aku membinakan kota ini bukan untuk dipuji dan berbangga kepada selain-Mu, tidak juga kerana kepura-puraan, keangkuhan dan rasa besar diri.

Melainkan niatku untuk penduduknya sentiasa mengabdikan diri hanya kepada-Mu, hukum dan panduan-Mu menjadi batas sempadan serta kandungan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Mu dijunjung, selagi mana bumi ini masih wujud.

Ya Ilahi! Bantulah pendudukanya melakukan sesuatu yang benar dan pandulah mereka melaksanakan tugas mereka sebagai hambaMu.

Ya Ilahi! Lindungilah mereka dari kejahatan apa jua, limpahkan mereka dengan anugerah yang tak terhitung dan jauhkan mereka dari pedang musuh.

Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Fez - masih wujud hingga kini. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sana akan merasa ta’jub dengan keindahan susun atur bandarnya. Keindahan dalaman rumah penghuninya lengkap dengan taman dan ruang santai keluarga, sangat menarik dan indah. Pancuran air telah digunakan untuk mewujudkan ketenangan dan kedamaian penghuni kotanya.

John Anthony Burgess Wilson, Novelis British yang pernah menetap di Malaysia termasuk di Kota Bharu, pengarang antara lain novel seperti: Time for a Tiger, The Enemy in the Blanket , Beds in the East, The Malayan Trilogy yang kemudiannya diterbitkan dalam satu jilid dengan judul "The Long Day Wanes", "The Right to an Answer" (1960), "The Doctor is Sick" (1960) dan belasan novel yang lain menyebut: Islam adalah satu-satunya agama Kota.

Hujjah beliau - Nabi Muhammad s.a.w dilahir dan berjuang di Kota Mekah. Ketika baginda berhijrah, destinasi pilihan baginda masih sebuah kota - Kota Yathrib yang kemudiannya dinamakan Kota Madinah.

Selain Rasulullah s.a.w, Nabi Yusuf a.s berhijrah dari kehidupan kampung di Palestin menuju ibu kota peradaban dunia di masa itu, Memphes di Mesir.

Nabi Musa a.s pula dititahkan oleh Allah untuk memasuki kota Baitul Maqdis.

Al-Qur’an menggelarkan Kota Mekah sebagai Ibu Kota Dunia - Ummul Qura. Dua kali - kalimah Ummul Qura muncul di dalam Al-Qur’an iaitu pada ayat 92 Surah Al An’am dan ayat 7 Surah As Syu’ara.

Mekah - sebagai ibu kota dunia, dulu, kini dan akan datang. Apa perbezaan Kota Mekah sebelum Nabi s.a.w datang ‘membuka’ Kota ini selepas hijrah Baginda ke Kota Madinah dan sebelumnya?

Ubudiyyah dan Uluhiyyah kepada Allah!

Ka’abah sedia tersergam ketika Jahiliyyah masih berkuasa di situ. Sebagai pusat ibadat ia juga menjadi pusat pelancongan dan perdagangan serentak.

Nabi tidak datang meruntuhkan bangunan dan kota yang ada. Nabi s.a.w mengisinya dengan pengisian pengEsaan kepada Allah dan pengabdian penduduknya hanya kepada Nya. Mentadbir kuasa pemerentahan berasaskan Islam adalah termasuk dalam ubudiyyah itu.

Sejak itu, ratusan kota bertukar wajah dan pengisian di pelbagai belahan dunia. Namun, kota-kota ini kekal sebagai kota metropolitan yang termaju pada zaman mereka masing-masing, dengan penduduk pelbagai ragam, warna, keturunan dan agama hidup dengan aman dan harmoni di bawah keadilan, kesaksamaan dan nilai kemanusiaan tahap tinggi.

Manusia dan kemanusian sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Ubudiyyah kepada Allah - itulah yang membezakan kota Islam dalam tamadun dengan kota yang lain.

Keutamaan kepada manusia dan kemanusian - Baik kehidupan fizikal seperti kediaman, infra awam, taman dan landskap. Mahu pun ciri lain seperti keselamatan, kecerian, kejiranan, intelektual, seni dan budaya.

Menyanjung Tinggi Nilai Nilai Baik, Memandang Hina Nilai Nilai Buruk. Tidak ada pemerasan - baik di bidang perdagangan dan kegiatan ekonomi mahu pun peluang terbuka berasaskan kelayakan dan keperluan di segenap bidang.Tidak ada penindasan - melainkan kesaksamaan,

Cintakan ilmu, dialog, kuliah, diskusi dan percaya dengan kebebasan berfikir yang tidak dikongkong dan dihalang. Citra minda dan daya fikir mencapai puncak. Pada masa yang sama, masjid dan surau dipenuhi dengan mereka yang bersujud dan mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci, doa dan munajat.

Kembali kita ke Putrajaya.

Di mana Putrajaya di peta dunia?

Disebalik perbelanjaan yang mungkin telah mencecah RM30 bilion (sewaktu saya di Parlimen dulu Dewan diberitahu peruntukan asas adalah RM22 bilion), sejauh mana kedudukan Putrajaya berbanding kota dunia yang lain?

Mengikut laman web World’s Most Liveble Cities, dari 25 kota besar utama yang dikira paling selesa didiami, Putrajaya belum tersenarai.

Antara ciri bandar terbaik dunia adalah seperti berikut;

1: Keselamatan
2: Reakreasi
3: Budaya
4: Pendidikan
5: Keusahawanan
6: Alam sekitar
7: Pengangkutan Awam
8: Ekonomi/Kos hidup
9: Kediaman
10: Kesihatan
11: International Connectivity
12: Cuaca
13: Toleransi
14: Arkitektur
15: Polisi positif pemerentah

Mari kita menilai semula permasalahan yang ada di Putrajaya. Sebahagiannya telah lama disungutkan tetapi kerana sikap dingin pihak tertentu, ia tinggal menjadi masalah.

Isu-isu ini saya kutip sekilas saya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Putrajaya. Masalah sebenar warga Putrajaya mungkin lebihh serius dan lebih besar lagi.

- SAYA SEDIA MENDENGAR-

Hanya kumpulan gred profesional sahaja disediakan parking dan kumpulan bawahan diminta menaiki bas Nadi Putra yg mungkin salah satu perjanjian kroni.

Kos parking bagi kakitangan sokongan / pegawai muda yg tidak diperuntukkan parking lot di bangunan Kerajaan adalah terlampau tinggi dan membebankan. Hasilnya parking lot berbayar yang dibina PJH terbiar kosong seperti projek gajah putih. Namun malangnya pula, bila kakitangan tersebut meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbayar yang 'tidak direstui' PPj seperti di bahu2 jalan selalunya berakhir dengan tindakan saman oleh PPj / JPJ / Polis Trafik. Bilangan parking di apartment2 juga sangat mengecewakan.

Kos perumahan yang terlampau tinggi yang menyebabkan hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi memiliki rumah di Putrajaya.

Aktiviti2 usrah / keagamaan di Masjid Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan sangat2 mengecewakan. Tak padan jumlah makmum berbanding saiz masjid.

Premis-premis komersil dijual dengan kadar yang terlampau tinggi. Ini menyebabkan kadar sewa bulanan yang terpaksa dibayar oleh peniaga adalah sangat-sangat tinggi dan mereka terpaksa meninggikan harga jualan barangan mereka dan ini meningkatkan kos kehidupan penghuni Putrajaya.

Kurangnya pusat-pusat yang menawarkan pendidikan Islam kepada anak-anak. Kesannya, mungkin tahap pemahaman/penghayatan Islam di kalangan anak-anak di Putrajaya pada masa hadapan membimbangkan keluarga.

Sistem pengangkutan awam yang kurang efektif, walaupun bilangan bas di sini adalah mencukupi, namun laluan bas ditetapkan tanpa membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan pengguna2 - perlu lebihkan route bas yang masuk terus ke kawasan2 bangunan Kerajaan khususnya di Parcel C, D dan E (kebiasaan bas berhenti di luar kawasan Parcel.. kurang mesra pengguna sbb pengguna terpaksa berjalan kaki & lebih susah kalau waktu hujan)

Kebanjiran pekerja asing menyebabkan persepsi penduduk ke atas tahap keselamatan di Putrajaya merosot.

Kualiti air yang kurang memuaskan kotor, berkeladak & bahaya untuk kesihatan.

Perlu wujudkan persekitaran / peluang utk penduduk tempatan menambahkan pendapatan

Hubungan sosial di kalangan penduduk Putrajaya amat mendukacitakan. Perlu lebih kreatif dalam menghasilkan aktiviti2 kekeluargaan yg lebih santai & boleh eratkan kemesraan & kepedulian di antara ahli komuniti (aktiviti2 sedia ada lebih berteraskan hiburan).Taman-taman yang indah di sekitar Putrajaya ( Taman Perdana, Taman Pancarona, Taman Wetland dan Taman Botani tidak dimanfaatkan untuk menceriakan lagi kegidupan sosial warga PutraJaya)

Ketiadaan bengkel2 kereta beroperasi, tiada bengkel khas / one stop center yg menawarkan semua pakej repair di Ptrajaya sedangkan kawasan perindustrian ringan di Presint 15 boleh dimanfaatkan.

Sebagai akhirnya, saya perturunkan satu dua ayat-ayat Al-Qur’an sekitar ‘Al-Qura’ untuk renungan kita semua.

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari ayat-ayat ini ialah Peringatan Allah bahawa kedududukan sesuatu bergantung kepada penduduknya. Samada;

Mereka beriman dan bertaqwa - mereka akan dirahmati dan dilimpahkan kurnia yang lebih baik

Mereka durhaka, lalai dan engkar - mereka akan dibinasakan.

Maksudnya: “Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai.” - (Al-An'aam 6:131)

Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” - (Al-A'raaf 7:96)

Maksudnya: “Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?” - (Al-A'raaf 7:97)

Maksudnya: “Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).” - (Hud 11:100)

Maksudnya: “Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman". - (Saba' 34:18)

Wallahu’alam. Sekian.

- Haji Husam Musa

BIODATA YB DATO PADUKA HJ HUSAM

PROFAIL
YB. DATO HAJI HUSAM BIN MUSA

Tarikh Lahir :
14 Oktober 1959

Tempat Lahir :
Kg. Kota, Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan :
Sek. Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971)
Sek. Men. Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975)
Maktab Sultan Ismail (1976-1979)
Universiti Malaya (1980-1983)
Kursus Bahasa Arab, Jordan (1987)



 
Profesyen Dahulu :
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993)
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999)

husam musa PAS
 
Pengalaman Di Dalam Parti :
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987)
Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999)
Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999)
Naib Presiden PAS (2005-2009)
AJK Pas Pusat PAS (2009-2011)
Naib Presiden PAS (2011 -)

 
Jawatan Di Dalam Parti :
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Kelantan
YDP PAS Kawasan Kubang Kerian

Jawatan Di Luar Parti :
Ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04)
Ahli MMK @ Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08)
Ahli MMK @ Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - )
ADUN Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08)
ADUN Salor, Kelantan Darul Naim (2008 - )
Panel Penasihat PENGASIH

Anugerah :
Newsmaker of the Year 2003 (malaysiakini.com)

 


Untuk menghubungi dan surat-menyurat, bolehlah berbuat demikian melalui butiran berikut:-

Pegawai Khas kepada YB Dato Hj Husam Musa,
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan,
Blok 1, Tingkat 1, Kota Darul Naim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.

Faks      :  09-743 3008

Tel        :  09 -744 6008
Facebook: husam-musa
Emel      : haji.husammusa@gmail.com

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR