Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Media. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

PENGHARAMAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya. Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Mana-mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik- tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014

Saturday, 8 March 2014

Spekulasi pesawat terhempas di laut belum sahih - Hisammuddin


SEPANG 8 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan pesawat malang MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) ke Beijing, China ditemui terhempas di laut selatan Vietnam.

Beliau berkata, berdasarkan malumat yang diperoleh dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) maklumat tersebut tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan telah tersebar spekulasi bahawa pasukan tentera laut Vietnam telah menemui pesawat itu pihaknya telah mengarahkan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berhubung lanjut dengan pihak terbabit.


Sementara itu,Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan bahawa kali terakhir pesawat Malaysian Airline System Berhad (MAS) MH370 berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi tadi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan pada kedudukan longitut 065515 utara dan latitud 1033443 timur.

Katanya, pesawat malang itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mas, Ahmad Jauhari Yahya berkata, insiden tersebut tidak menjejaskan operasi dan penerbangannya ke tempat lain. - UTUSAN .

Friday, 7 March 2014

Dituduh hina polis, kenyataan media ADUN Seberang Jaya

KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN UMNO YANG MENUDUH SAYA MENGHINA POLIS
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.
Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.
Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.
Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.
Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.
Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:
“Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya.”
Sekian, terima kasih
Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADUN Seberang Jaya

Monday, 30 January 2012

Tuduhan Pemimpin-pemimpin UMNO Jelas Palsu

Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 29hb Januari 2012:

Isu penyertaan beberapa orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini sedang hangat dibicarakan, terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang seolah-olah teruja dengan perkara yang sebenarnya tidaklah luar biasa sangat.

Yang terbaru, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah menyindir bahawa DAP tidak pernah membela kepentingan orang Melayu, manakala Ketua Puteri UMNO pula menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganaktirikan masyarakat Melayu di sana.

Tuduhan pemimpin-pemimpin UMNO ini jelas palsu kerana sejarah jelas membuktikan bahawa DAP adalah parti yang membela sesiapa sahaja yang ditindas, tanpa mengira warna kulit atau agama.

Lebih sedekad lalu Setiausaha Agung DAP yang kini merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk membela seorang anak gadis Melayu yang tercabul, sehingga beliau sendiri terpaksa meringkuk dalam penjara akibat dimangsakan oleh undang-undang yang berat sebelah.

Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya yang bertaraf Puteri atau Putera, malah Pemuda, tidak tahu atau tidak mengingati akan insiden ini. Atau pun pemimpin-pemimpin UMNO sengaja tidak mahu ingat kerana yang terlibat itu adalah seorang pemimpin daripada kalangan parti mereka.

Di Pulau Pinang pula, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng giat melaksanakan program-program kebajikan sosial yang disasarkan kepada pelbagai golongan seperti warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya, keluarga-keluarga muda serta pelajar-pelajar sekolah dan universiti adalah contoh-contoh dasar yang membantu golongan masyarakat yang paling memerlukannya.

Dasar yang dilaksanakan ini jelas tidak bersifat perkauman. Namun, rata-rata golongan yang paling banyak menerima bantuan adalah masyarakat Melayu yang selama ini dipinggirkan dan disia-siakan oleh Kerajaan UMNO yang kononnya memperjuangkan kepentingan mereka.

Bagi hal-ehwal agama Islam pula, Kerajaan UMNO-BN hanya memperuntukkan RM12 juta setahun. Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, jumlah ini telah dinaikkan setiap tahun sehingga peruntukan untuk tahun 2012 sudah pun mencecah RM64 juta, iaitu lima kali ganda lebih.

Peruntukan besar ini merangkumi usaha-usaha untuk, antara lainnya, pembesaran tapak perkuburan Islam, pembangunan Sekolah Agama Rakyat, elaun-elaun untuk pegawai masjid, guru KAFA, para Huffaz serta progam-program sambutan kebesaran Islam (yang mengikut fitnah UMNO tidak disambut sama sekali di Pulau Pinang). Tidakkah ini membantu masyarakat Islam yang rata-ratanya orang Melayu?

Tambahan pula, sistem tender terbuka yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah menampakkan kejayaan kontraktor-kontraktor Melayu yang selama empat tahun sejak perlangsungannya telah memenangi lebih 70 peratus daripada semua tender Kerajaan Negeri. Lebih penting sekali, mereka telah berjaya secara sah dan tanpa bantuan atau pengaruh politik.

Dalam erti kata lain, bukan sahaja usahawan-usahawan Melayu telah berjaya dalam suasana persaingan, mereka juga dimartabatkan kerana berjaya atas daya usaha mereka sendiri.

Sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO merasa bahawa warga Melayu di Pulau Pinang berada dalam keadaan tertindas dan tidak maju, bukankah itu salah kerajaan BN yang telah memerintah selama lebih 50 tahun di Pulau Pinang?

UMNO sudah tidak layak untuk membela nasib orang Melayu. Ini kerana mereka hanya tahu satu jalan penyelesaian, iaitu dalam bentuk skim cepat kaya yakni Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan syarikat-syarikat penjana tenaga elektrik bebas (IPP), konsesi-konsesi berat sebelah dengan syarikat-syarikat pengendali tol lebuhraya, skandal RM250 juta National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarga seorang menteri dan juga penyenaraian Felda Global Ventures yang bakal menguntungkan segelintir kroni elit.

Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah menganaktirikan sesiapa pun. Yang melemahkan orang Melayu adalah pucuk pimpinan UMNO yang mahu mengekalkan kuasa melalui kebergantungan orang Melayu kepada UMNO. Dalam erti kata lain, kuasa UMNO adalah kemudaratan orang Melayu.

Kerana itu, tidak hairanlah kenapa orang Melayu yang makin celik dan sedar akan kemungkaran UMNO dan sekutu-sekutunya tidak akan takut lagi untuk memilih DAP yang mengutamakan rakyat Malaysia dan menawarkan siasah baru yang berteraskan demokrasi, hak asasi dan peluang saksama.

* Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
http://dapmalaysia.org/

Sunday, 8 January 2012

Pesanan Dato' Sri Anwar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tanggal esok 9 Januari 2012 ini, penghakiman kes Fitnah Liwat II akan termaktub dalam sejarah, samada sebagai detik penentuan keadilan ditegakkan ataupun hari gelap buat kedaulatan undang-undang dan kepada mereka yang perjuangkan keadilan.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar membulatkan tekad serta iltizam dalam menuntut pembaharuan politik. Mereka boleh mengaibkan saya, mereka boleh menghumban saya ke penjara, mereka boleh menginjak hak rakyat dan mereka boleh memukul kita hanya kerana berkumpul, akan tetapi mereka takkan dapat merampas kehormatan diri, maruah serta semangat kita untuk melakukan apa yang benar dan memperjuangkan apa yang kita percaya.

Mengulangi fitnah keji sejak dari 1998 lagi terhadap diri saya dan sepanjang sandiwara perbicaraan yang panjang ini, pelbagai fitnah dan tohmahan telah dilemparkan, namun ianya tidak menghakis keyakinan rakyat.  Kita telah menyaksikan betapa polis, pihak pendakwaan dan kehakiman serta media yang dikawal UMNO berganding bahu memastikan agar kerajaan BN yang rasuah dan zalim ini terus berkuasa.

Walau apa pun jua penghakiman yang akan diputuskan nanti, ia harus tetap melonjakkan semangat dan keyakinan menuntut perubahan bagi menegakkan hukum, melaksanakan sistem ekonomi saksama dan memupuk semangat persaudaraan yang tulen. Usaha dan upaya mestilah digembeling demi membanteras kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pastikan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti, kebangkitan rakyat akan menghumban penguasa angkuh  dari tampuk pemerintahan.

Mereka mungkin berhasrat memenjara dan merantai saya tetapi mereka takkan sesekali dapat memasung jiwa dan semangat saya. Di sini saya mengulangi ikrar bahawa saya tidak akan berhenti selagi kita belum berjaya melaksanakan Perubahan dan  menghapuskan segala kebejatan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN dan membangunkan sebuah bangsa yang adil lagi saksama. Berbekalkan semangat perjuangan yang murni serta bertawakal kepada Allah, Inshaallah, perjuangan kita akan mencapai kejayaan.

Saya akan tetap bersama anda semua di hati dan jiwa saya dan bersama-samalah kita bina sebuah negara Malaysia yang baharu.

ANWAR IBRAHIM

Come tomorrow, the 9th January 2011, the judgement of the Sodomy II case will go down in history as a defining moment or indeed a day of infamy in the fight for justice and a better Malaysia.

I call on my fellow Malaysians to remain firm and committed in their clamour for political reform. They can assassinate my character, trample on our rights, they can put us behind bars for speaking up and they can even beat us up just for being together but they can never take away our dignity and our spirit to do what is right and fight for what we believe in.

Beginning from the first heinous plot back in 1998, they then repeated this bare and scurrilous allegation against me three and half years ago and since then have launched relentless attacks on my character. 

Throughout this sham trial, the people have seen how the police, the prosecution and the judiciary and the UMNO controlled media are working together to secure the continuation of this corrupt BN government.

Whatever the judgement may be, let us renew our conviction to bring about change – to uphold the rule of law, to have a fair and equitable economic system and to foster a true spirit of brotherhood among all Malaysians. We must remain steadfast in our fight against corruption, abuse of power, oppression and tyranny.

Rest assured that in the coming 13th General Elections, the voice of the people will be heard and this corrupt and arrogant government will be toppled from their pedestals of power.

They can put me in a cage and chain me to the ground but they can never imprison my soul and my spirit. I make this solemn promise to you that I will not rest until we make right the wrongs committed by this corrupt government and bring about a just and equitable nation.

I will remain with you in heart and soul and together we will build a new Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, 3 January 2012

Perhimpunan 9 Januari akan berlangsung dengan aman - Azmin

(Oleh: Nabihah Hamid)

PETALING JAYA 3 Jan: KEADILAN memberi jaminan perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, akan berlangsung dengan aman, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Kenyataan itu sekaligus menepis dakwaan pihak tertentu bahawa parti itu mahu mencetuskan huru hara pada hari keputusan perbicaraan Fitnah II yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Himpunan ini adalah gerakan rakyat yang dijamin akan berjalan dengan aman, tidak akan berlaku apa-apa melainkan provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab,” tegas beliau ketika sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN petang tadi.

Menurut Azmin, Pas dan Dap turut menyatakan persetujuan untuk bersama memberikan sokongan dan mengerahkan anggotanya berhimpun pada hari tersebut.

Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk hadir.

“Sokongan ini bukan sekadar mendokong Datuk Seri Anwar tetapi atas dasar persetujuan bahawa sistem negara ini perlu diubah sama ada ekonomi, sistem kehakiman mahupun pendidikan.

“Pakatan yakin bahawa dengan kepimpinan yang ada pada Anwar dan kerjasama pimpinan Pakatan, sistem ini mampu diubah sepenuhnya,” kata beliau.

Beliau dalam pada itu turut membidas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi yang  menyatakan rakyat hanya perlu menjadi hakim sewaktu pilihanraya dan bukannya dalam sistem kehakiman negara.

“Biar rakyat yang menentukan dan membuat keputusan samada rakyat nak berhimpun atau tidak. Biarlah rakyat yang tentukan. Kenapa Zahid Hamidi nak tentukan bila boleh berhimpun?,” tegasnya.

http://www.keadilandaily.com/

Monday, 2 January 2012

Isu Demonstrasi Mahasiswa UPSI - Kenyataan Media Timbalan Presiden KEADILAN

Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera. 

Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong. 

Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Sunday, 1 January 2012

Pembunuhan Demokrasi Secara Terang-terangan - Bekas SU Kesatuan Mahasiswa.

KUALA LUMPUR: Semua mahasiswa seluruh negara harus bangkit menunjukkan bantahan terhadap keganasan polis terhadap mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Bekas Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU), Syed Hamid Ali, berkata bantahan sama harus disertai bekas aktivis mahasiswa tanpa mengira generasi.

Bekas aktivis mahasiswa era 60-an itu menyeru supaya semua kawasan mengadakan bantahan sebagai tanda sokongan kepada 17 mahasiswa yang ditangkap.

“Jangan biarkan mereka (mahasiswa di UPSI) keseorangan. Kita lakukan apa sahaja yang munasabah di kawasan masing-masing.

“Mungkin nyalaan lilin atau apa sahaja. Kita mesti lakukan mulai hari ini,” katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Johor itu kepada KeadilanDaily.

Syed Hamid menyifatkan slogan transformasi yang dijaja Datuk Seri Najib Razak hanya omong kosong kerana mahasiswa diganasi ketika menyuarakan hak.

“Ini pembunuhan demokrasi secara terang-terangan. Mahasiswa tuntut hak dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutan.

“Mereka tidak langgar undang-undang. Jika tak mampu tunai tuntutan, janganlah dipukul,” katanya.
Beliau percaya tragedi di Tanjung Malim itu mencerminkan sikap polis dan kerajaan dalam menghadapi himpunan aman pada masa akan datang.

“Seolah-olah ingin memberitahu, mereka tegas. Kerana ikut urutan, himpunan penting akan diadakan pada 9 Januari di Kuala Lumpur.

“Mereka seolah-olah memberi isyarat tidak baik untuk provokasi,” kata Syed Hamid.Namun, beliau optimis, rakyat matang dan telah menetapkan keputusan untuk membuat pilihan dalam pilihan raya umum ke-13.

Lagi Kecaman Terhadap Tindakan Polis Menggunakan Kekerasan Terhadap Mahasiswa

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di depan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.  Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) saudara Safwan Anang dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Slim River, Perak akibat patah tulang rusuk kesan dari tindakan ganas pihak polis. Rakaman video insiden tersebut yang kini telah dimuatnaik di beberapa laman sosial di internet juga jelas menunjukkan bahawa pihak polis telah bertindak keterlaluan tatkala meleraikan demonstrasi aman tersebut.

AMK menyifatkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi hitam dalam sejarah gerakan kebebasan akademik dan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap mahasiswa. Apakah layak bagi sekumpulan mahasiswa yang berhimpun bagi tujuan menuntut kebebasan akademik dilayan dan diperlakukan sedemikian zalim oleh pihak berkuasa? Insiden ini jelas menzahirkan bahawa pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak tidak serius dalam usaha meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan ianya tidak lebih sekadar gimik politik murahan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Apa yang berlaku semalam membuktikan bahawa pendekatan pentadbiran Dato’ Sri Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda. Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim dengan menindas anak muda dan mahasiswa. Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional.

Justeru, AMK menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan. Kami juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka. AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN


Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik UMNO. Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan UMNO semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Komitmen pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong. Perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah AUKU sememangnya menzahirkan ketakutan UMNO terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

Insiden remeh di depan ibu pejabat UMNO di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik UMNO seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan.

Tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan AUKU terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

Saya menggesa agar dihentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa kerana jelas ini merupakan kehendak politik pimpinan UMNO yang terdesak. Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

ANWAR IBRAHIM

Jangan Jadikan Mahasiswa Robot

KENYATAAN MEDIA MP LEMBAH PANTAI
1 Januari 2012
Untuk Sebaran Segera

Tuntutan Mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan BEBAS bagi memansuhkan AUKU adalah suatu usaha berterusan golongan Mahasiswa untuk menuntut hak dan kebebasan buat seluruh mahasiswa di Malaysia.

BEBAS bersama SMM terus memperjuangkan pemansuhan AUKU dan Kebangkitan Mahasiswa terus dicerna dalam Himpunan diluar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru 2012.Tetapi amat malang kerana tindakan luar batasan dan keterlaluan pihak Polis dan FRU dengan melakukan tangkapan terhadap mahasiswa dan akibat rempuhan oleh pihak polis iaitu Pengerusi BEBAS, Sdr Safwan Anang cedera dan kini berada di Hospital Slim River, Perak.

Seramai 17 mahasiswa ditangkap di dalam Himpunan Menuntut Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU itu. Tindakan tersebut adalah tidak demokratik, bersifat “negara polis” (police state) langsung mempalitkan titik hitam di awal sambutan Tahun Baru 2012 ini memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia dan umumnya bahawa kerakusan Kerajaan UMNO-BN menggunakan Polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini.

Saya menempelak tindakan polis terhadap tangkapan mahasiswa dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Saya tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan. Sewajarnya pihak polis menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mahasiswa.

Saya yakin dan percaya, Gerakan Mahasiswa tidak akan lemah dengan pencabulan pihak polis dalam insiden di UPSI semalam. Mahasiswa dan Anak Muda perlu terus memperjuangkan agenda perubahan yang digarap bersama dalam mereformasikan Universiti, Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU dan Akta-akta yang ‘menggari’ dan ‘memenjarakan’ mahasiswa.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR