- FEB 24, 2014
- HARAKAHDAILY
Sunday, 23 February 2014
Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam penghakiman ingkar
KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS hari ini memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari lalu mengarahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Ahli Parlimen Marang itu juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Tuan Guru Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Setiausaha Luham, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya akan mengambil langkah wajar untuk membatalkan penghakiman tersebut.
"Merujuk kepada perkara tersebut pihak Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pas Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya pada hari esok (hari ini) untuk suatu proses membatalkan penghakiman tersebut," kata beliau.
Sementara itu, Peguam PAS, Asmuni Awi berkata, pihaknya yakin perintah tersebut boleh diketepikan.
"Kita menerima perintah itu hari ini (semalam) dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok (hari ini) juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepadaThe Malaysian Insider.
Dalam pada itu satu sidang media akan dibuat oleh Asmuni pada jam 3 petang ini di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu berkait kes itu
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.
"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.
"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.
PRU itu menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.
Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.-TMI.
Friday, 21 February 2014
HARAM MERAIKAN HARI VALENTINES
“HARAM MERAIKAN HARI VALENTINES”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ (١٤)
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)- Ali Imran : 14.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI,
Saya memperingatkan diri saya sendiri khususnya dan sidang Jemaah sekelian agar kita sentiasa menginsafi diri bahawa hakikatnya diri kita semua semakin hampir untuk dijemput menemui Allah SWT. Marilah kita berfikir sudah cukupkah bekalan kita untuk menemui Nya? Oleh sebab itu tiada cara lain untuk membuat persediaan ini dan janganlah bertangguh-tangguh lagi, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha kita mentaati segala perintah Allah dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi dan meninggalkan segala larangannya.
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Allah telah menjadikan berbagai perkara yang menjadi tarikan naluri dan keinginan hati dan perasaan manusia merangkumi perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda, perhiasan emas dan perak; kenderaan; serta ternakan dan tanaman. Segala perkara ini adalah nikmat anugerah Allah kepada hambaNya lantaran kasih sayang Allah kepada kita yang wajib kita syukuri. Allah tidak mengharamkan sama sekali kita menikmati segala nikmatnya melainkan kita sendiri yang menggunakannya secara melampaui batas serta terkeluar dari ketentuan Allah.
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Antara nikmat terbesar dan terindah yang dinyatakan Allah adalah pasangan yang menawan dan mencuri hati dan perasaan masing-masing. Alangkah indahnya hidup dipenuhi kasih sayang kerana kasih sayang akan memberikan kekuatan kepada seseorang. Islam meraikan naluri manusia yang sentiasa dahagakan kasih sayang dengan mensyariatkan perkahwinan agar kasih sayang itu sentiasa mekar dalam suasana suci dan penuh keberkatan.
TUAN-TUAN SEKELIAN,
Dunia Barat tidak ketinggalan mempromosikan kasih sayang dengan cara mereka sendiri sehingga lahirnya apa yang dinamakan Hari Valentine yang disambut pada 14 Fenruari setiap tahun. Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Penganut Kristian menggunakan hari ini untuk mengenang pederi yang mereka anggap sebagai tokoh. Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II. Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya.
Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkahwinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakannya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.
Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun. Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,
Apapun sejarah yang disebutkan tidak ada satupun yang berkisar tentang kehidupan umat Islam malah kesemuanya berkait rapat dengan pendeta kristian yang sedikit sebanyak akan melibatkan persoalan aqidah dan percayaan umat Islam terhadap Allah dan RasulNya. Inilah yang menyebabkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Hari Valentine's ini. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang namun tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
بَارَكَ ا للَّهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِوَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
(البقرة:١٦٥)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ ا للَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ ا للَّهِ، اِتَّقُوْا ا للَّهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى ا للَّهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sejarah Valentine’s Day tidak ada langsung berkaitan dengan. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
Daripada Ibnu Umar berkata, sabda Rasulullah saw : Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut. - Riwayat Abu Daud
Sebahagian dari kita malah meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan maksiat yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ianya bukan semata-mata disebabkan maksiat zahir yang dilakukan, malah boleh menjejaskan akidah umat Islam jika tersilap dalam iktikad kita pada membesar dan meraikannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Daripada Ibnu Umar berkata, sabda Rasulullah saw : Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut. - Riwayat Abu Daud
Sebahagian dari kita malah meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan maksiat yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang. Ianya bukan semata-mata disebabkan maksiat zahir yang dilakukan, malah boleh menjejaskan akidah umat Islam jika tersilap dalam iktikad kita pada membesar dan meraikannya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ ا للَّهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ ا للَّهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى ا للَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللَّهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ ا للَّهَ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Thursday, 20 February 2014
Selepas Isu Syiah, Anti Hadis Pulak....Gitulah Malaysia, Balik-balik Isu Yang sama, Penyelesaian Tiada!
“PERANGI GOLONGAN ANTI HADIS”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (الحشر:٧)
Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan apa sahaja yang ditegah oleh Rasul hendaklah kamu jauhi.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI,
Saya memperingatkan diri saya sendiri khususnya dan sidang Jemaah sekelian agar kita sentiasa menginsafi diri bahawa hakikatnya diri kita semua semakin hampir untuk dijemput menemui Allah SWT. Marilah kita berfikir sudah cukupkah bekalan kita untuk menemui Nya? Oleh sebab itu tiada cara lain untuk membuat persediaan ini dan janganlah bertangguh-tangguh lagi, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha kita mentaati segala perintah Allah dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi dan meninggalkan segala larangannya.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Masyarakat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai ancaman daripada musuh-musuh Islam samada dalam bentuk fizikal, kerohanian dan pemikiran. Walaupun secara fizikalnya Umat Islam diganyang di serata dunia, namun ancaman pemikiran yang turut kita hadapi pada hari ini bukanlah satu ancaman yang boleh dipandang ringan. Malah dari segi kesan jangka panjang, ancaman pemikiran ini jauh lebih perlu dibimbangkan lantaran kesannya menjalar bukan sahaja memjejaskan amalan dan ibadat ummat malah boleh menjejas aqidah ummat sehingga menjejaskan nasib kita di akhirat.
MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Di antara ancaman besar terhadap pemikiran dan aqidah Umat Islam pada hari ini adalah serangan pemikiran golongan anti hadis yang sesat dan menyesatkan. Isu yang terbaru dan hebat diperkatakan pada hari ini adalah kenyataan tokoh anti hadis, Dr Kassim Ahmad dalam Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadyang begitu jelas menampilkan pemikiran anti hadisnya dan menyebarkan fahaman sesat beliau.
SIDANG JUMAAT SEKELIAN,
Nama Kasim Ahmad bukanlah nama baru dalam persoalan ini. Melalui buku tulisan beliau; Hadis - Satu Penilaian Semula yang diharamkan pada tahun 1986, sepakat ulamak menganggap beliau sebagai sesat sehingga beliau menyepikan diri dan mula menonjolkan diri semula dengan pemikiran dan iktikad yang sama.
Melalui penulisan-penulisannya laman sosial beliau menyenaraikan berbagai kesilapan Umat Islam. Antaranya adalah seperti berikut :
(1) Umat Islam pada hari ini mengikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama sebagaimana penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.
(2) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795).
(3) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran.
(4) Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Kassim juga berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.
SIDANG JUMAAT SEKELIAN,
Allah menegaskan dalam firmanNya:
مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ (النساء:٨٠)
Barangsiapa yang taat kepada rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.
Rasulullah saw menjelaskan peranan ulamak dalam hadisnya :
إنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ
Sesungguhnya Ulama’ pewaris para nabi.
(Hadis Sohih riwayat Imam Tarmizi).
MUSLIMIN MUSLIMAT SEKELIAN,
Akibat menolak hadis dan menggunakan akal fikiran semata-mata beliau mengeluarkan pandangan yang tidak munasabah sama sekali. Kalau rambut tidak perlu ditutup semata-mata kerana ianya perlu dibasuh ketika wudhuk nescaya seluruh badan juga tidak perlu ditutup kerana kita diperintah untuk membasuhnya ketika mandi hadas.
Kerana menyangka bahawa pemikiran mereka begitu bagus, maka mereka mencabar para ulamak untuk berdebat. Ini adalah kaedah mereka untuk mencari populariti. Golongan seperti ini tidak layak langsung untuk dibawa berdebat ibarat mereka yang mendakwa 2 campur 2 bersamaan dengan 5. Lalu mereka mendakwa itu hak kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan mengajak sesiapa sahaja untuk berdebat dengan mereka. Janganlah kita membuang masa berdebat dengan golongan seperti ini melainkan selayaknya bagi mereka disumbat ke penjara sehingga mereka bertaubat atau mati dalam mempertahankan kesesatan mereka.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِوَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن
قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu, menjadi penolong-penolong, dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 57).
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Kerajaan mesti bertindak tegas bagi menghapuskan golongan anti hadis ini dari bumi bertuah ini. Menolak hadith sekaligus menolak baginda nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam Al-Quran. Menolak hadith bererti menolak Al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan Al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadith dan sunnahnya. Al-Quran sendiri disampaikan kepada kita melalui lisan para sahabat yang turut meriwayatkan hadis. Maka jika kita meragui riwayat para sahabat maka kita juga terpaksa menolak Al-Quran yang juga dibawa oleh mereka.
Jelaslah bahawa sesiapa yang menolak hadith adalah juga menolak Al-Quran dan iktiqad sebegini membawa kepada murtad secara pasti. Ikutilah sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendahulukan tugas memerangi golongan sesat berbanding tugas-tugas lain sebaik sahaja mendapat kuasa pemerintahan.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Kerajaan mesti bertindak tegas bagi menghapuskan golongan anti hadis ini dari bumi bertuah ini. Menolak hadith sekaligus menolak baginda nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam Al-Quran. Menolak hadith bererti menolak Al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan Al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadith dan sunnahnya. Al-Quran sendiri disampaikan kepada kita melalui lisan para sahabat yang turut meriwayatkan hadis. Maka jika kita meragui riwayat para sahabat maka kita juga terpaksa menolak Al-Quran yang juga dibawa oleh mereka.
Jelaslah bahawa sesiapa yang menolak hadith adalah juga menolak Al-Quran dan iktiqad sebegini membawa kepada murtad secara pasti. Ikutilah sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendahulukan tugas memerangi golongan sesat berbanding tugas-tugas lain sebaik sahaja mendapat kuasa pemerintahan.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawangwww.4shared.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
JOM TAMBAH ILMU
-
Jenis Syafaat Nabi Muhammad s.a.w di Akhirat - ADA hari kiamat, tiada seorang manusia pun mampu bercakap kecuali golongan rasul. Bagaimanapun, kandungan percakapan mereka ketika itu hanya mahu memohon k...3 weeks ago
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? - Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته محصورة؛ هو راع في ...9 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang. - SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang membimbangkan. ...13 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
-
-
-
-
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY3 years ago
-
-
-
-
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia8 years ago
-
-
-
Kenapa DS Najib Razak Perlu Dijatuhkan?10 years ago
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah10 years ago
-
-
-
Tajam dan pedih ucapan akhir Anwar....!11 years ago
-
-
Johor Darul Judi Bahagian II12 years ago
-
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??12 years ago
-
-
-
-
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)14 years ago
-
-
-
Blog list 2 (241)
-
-
-
-
Cerita Seram Orang Hospital3 weeks ago
-
-
Aduka Taruna dah ada akal rupanya7 months ago
-
-
-
-
-
Tahniah1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.4 years ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.4 years ago
-
-
-
-
-
-
-
RUNTUHNYA REGIM PH PADA 29-02-20206 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir6 years ago
-
LIVE AJL 346 years ago
-
ADUN Ditangkap Dadah6 years ago
-
-
Budak2 Melayu Sekarang....6 years ago
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno7 years ago
-
-
-
-
Selamat Tahun Baru 20197 years ago
-
-
Hanipa tak setuju SPRM diberi kuasa mendakwa8 years ago
-
-
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN8 years ago
-
EMAS MAMPU MILIK ...8 years ago
-
KEMPEN ANTI DADAH8 years ago
-
Flybar Aztech8 years ago
-
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN8 years ago
-
-
-
hello blog.9 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.9 years ago
-
Mermerlukan sumbangan9 years ago
-
ALHUSSEYN9 years ago
-
-
Kembara Ilmu November 20169 years ago
-
Berehat sementara ...9 years ago
-
Pecah Berita Lagi!!!10 years ago
-
Alfa Romeo 4C 201410 years ago
-
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota10 years ago
-
Night Hunter...10 years ago
-
-
-
Ai Chan Famili10 years ago
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar10 years ago
-
farm fresh ad jamestown ny10 years ago
-
KELEBIHAN KAYU BAKAU10 years ago
-
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib10 years ago
-
-
-
Kata Kata Galau Untuk Status BBM10 years ago
-
-
-
Debat 1MDB : Rafizi Ganti Tony Pua10 years ago
-
Resep Mengobati Impotensi10 years ago
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)11 years ago
-
KUASA DI TANGAN RAKYAT11 years ago
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP11 years ago
-
-
-
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?11 years ago
-
Niqab Atau Tidak Berniqab11 years ago
-
ISLAM BUKAN BONEKA11 years ago
-
Cukuplah…Kembali Ke Matlamat Asal11 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan11 years ago
-
-
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas11 years ago
-
PRK Chempaka: Kemenangan legasi Tok Guru11 years ago
-
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..11 years ago
-
SEDIH......11 years ago
-
-
ccv11 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir11 years ago
-
-
AHLI PAS BERKASTA11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Gila gila peminat Piala Dunia 201412 years ago
-
-
-
Teluk Intan - Undi Dyana Sofya12 years ago
-
13 Mei Terengganu: Pas ada tiga pilihan12 years ago
-
Justice for Mejar Zaidi.12 years ago
-
PERGINYA SEORANG INSAN BERNAMA BONDA12 years ago
-
-
Analisa PRK DUN N.25 Kajang12 years ago
-
-
-
A MESSAGE FOR ALL12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...12 years ago
-
Jom ambil peluang .. Niaga secara online12 years ago
-
ORANG HUTAN12 years ago
-
-
Polemik Kalimah ALLAH12 years ago
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap12 years ago
-
Egypt’s Coming Civil War12 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan12 years ago
-
-
-
"Sudah Masa Saya Berundur" - Ku Li13 years ago
-
Info Solat13 years ago
-
-
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah13 years ago
-
-
-
-
-
Munafik Besar, Kecil & Perbezaannya13 years ago
-
Panas Enjin13 years ago
-
MALANG LAGI RAKYAT GANU DAPAT MB BENGAP13 years ago
-
Bagaimana mereka mereka ini13 years ago
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!13 years ago
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...13 years ago
-
Undi nampak perkara kecil TETAPI.....13 years ago
-
-
8 March13 years ago
-
-
-
MELAYU DAN JUDI13 years ago
-
-
Najib dgn KUDA STYLE13 years ago
-
AMANA MAHATHIR LE PULAK BETUL KE !13 years ago
-
MENTERI LEMBUT YANG BODOH13 years ago
-
Tudung saji tradisi cantik13 years ago
-
-
-
-
-
-
RUKUN HAJI13 years ago
-
-
Antara madet dan setan14 years ago
-
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU214 years ago
-
DEVIL INSIDE FUKUS14 years ago
-
-
RAMADAN MENJANA TAQWA14 years ago
-
-
-
Bangunan Umno Bukit Gantang disita14 years ago
-
Zunar: M’sian satirists play it safe14 years ago
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan14 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH14 years ago
-
TGHA : Janji Allah pasti tiba14 years ago
-
-
5 Strategi Kemenangan Kita14 years ago
-
-
NEGARA PENJENAYAH ???14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Novel Terakhir...14 years ago
-
-
-
-
-
-
Najib bisu ditempelak Nik Aziz15 years ago
-
Derita Budya Darat15 years ago
-
Menteri KDN Derhaka Pada Agong15 years ago
-
-
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah17 years ago
-
Pas gesa bebaskan Manoharan17 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SUMBER DAN BERITA TERKINI
-
Krisis NS: Adun BN-PN kunci mulut selepas hampir 3 jam jumpa Zahid - Pertemuan itu bagi membincangkan pilihan untuk menyelesaikan kemelut pentadbiran Negeri Sembilan.5 hours ago
-
Haze Malaysia: Check API and Stay Safe - Haze Malaysia is smoke in your lungs, not a grey sky. This week the air pollution index in many towns is unhealthy. Sarawak has had the worst of it. Putr...6 days ago
-
One Law For The Elite: Another For Those Who Obey Their Orders - Given so many powerful figures have seen charges dropped and sentences set aside in Malaysia, it can hardly have seemed fair that the grandest kleptocrat o...1 week ago
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta - Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …3 years ago
-
-
魏家祥:華人收入下降 敦馬未掌握最新數據 - - (吉隆坡27日訊)馬華總會長拿督斯里魏家祥指出,馬華對於前首相敦馬哈迪發表“華人富有”及“幾乎佔據所有城市”言論,感到不滿。 他認為,馬哈迪並沒有掌握大馬各族財富分配的最新數據,根據新的報告顯示,華人的收入水平已經下降。 “我不知道馬哈迪是假裝不懂,還是他純粹是玩弄種族牌。” ...6 years ago
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri - 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan kepada usaha-...6 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM - OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ...7 years ago
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...8 years ago
-
Terima kasih rakyat Malaysia - Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia melayari p...10 years ago
-
Marquez sambar petak pertama - SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam ujian kela...11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Info dan Sumber
Kandungan Blog
- 1. Alu-aluan (prakata) (1)
- 60 Tahun Pas (6)
- Abu Bakar al-Bakir (1)
- Ada akal fikir-fikirkan... (2)
- Adengan Yang Ingin Rakyat Lihat (1)
- ADUN letak Jawatan (1)
- Adun Meninggal (1)
- Aidil Fitri 1433H (1)
- Airbus A320 (1)
- AJK DAP 2013 (1)
- AJK PAS 2013-2015 (1)
- AJK UMNO 2015/2016 (1)
- Amalan pilihan (1)
- amanat hj hadi (1)
- Amanat PRU 13 (1)
- Amanat Ustaz Ibrahim Libya (1)
- Analisa PRU 13 (1)
- Analisis Pembentukan Kerajaan PRU 14 (1)
- Antara Dua Pemimpin Dunia (1)
- Aqidah dan Perjuangan (40)
- Arkib PRU ke 12 (1)
- Artikal Blogger Pilihan (65)
- artikal dari majalah (1)
- Artikal Dari Media (25)
- Artikal Media (1)
- artikal penerangan (12)
- Artikal Pilihan (5)
- Artis dan Politik (7)
- Awal Ramadhan (1)
- Bahan Arkib (3)
- Banjir (1)
- Bencana Alam (3)
- Bengong (2)
- Berita Arkib (1)
- Berita Mahkamah (5)
- berita maksiat (1)
- Bingkisan Tazkirah (3)
- Blue Wave (2)
- Bot Tempur TLDM Hilang (1)
- BPMS Kenyataan Media Presiden PAS (1)
- Bughah (2)
- Bughah dan Bagaimana Menanganinya.Artikal (1)
- Buku Jingga (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Selangor (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Terengganu (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kedah (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perlis (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Pulau Pinang (1)
- Calon PRU 13 (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kelantan (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perak (1)
- Catatan peristiwa (5)
- Catatan Untuk Pejuang (12)
- Cerita Teladan (2)
- ciri pemimpin yang patut dijauhi (1)
- Coretan ABU (1)
- Datuk Md Hashim Yahaya (1)
- DDOS Burn Quran (1)
- Doa Kami (1)
- Doa untuk Palestin (8)
- Ekonomi (1)
- Fakta Pilihan Raya (1)
- Fitrah 2012 (1)
- forum (2)
- Gaji Kaki tangan awam (1)
- Gerhana Bulan (1)
- GHB Sekular (1)
- GST (2)
- H60k (1)
- Hadith Nabi (3)
- Haram Sokong dan berdosa undi DAP (1)
- Hari Keluarga Unit Amal Perak 2012 (1)
- HEMPAP 2011 (1)
- Hiburan (2)
- Hijrah 1433 (1)
- Himpunan GST (3)
- Himpunan Hijau (9)
- Himpunan Maruah Melayu (1)
- Himpunan merah (2)
- Himpunan Munajat Selamat Mesir (1)
- Himpunan Oren (4)
- Hj Subky Latif (1)
- HKR 112 (1) (1)
- HKR 112 (2) (1)
- HKR 112 (3) (1)
- HKR 112 (4) (1)
- Hudud (10)
- Hutan Simpan Felda Besout (1)
- Ibrahim Libya (1)
- info (17)
- Info Agama (4)
- INFO CERAMAH DAN PROGRAM (10)
- Info Peristiwa (5)
- info program (11)
- Info Program VS Info Program (1)
- Info SPR (1)
- Islam Dan Undang-undang (3)
- Islam Dihina (2)
- Israk Dan Mikraj (1)
- Isu 13 Mei (1)
- Isu Nama Allah (4)
- Isu pendidikan (5)
- Isu Semasa (2)
- Jenayah (64)
- Jenayah Sex (3)
- Jenayah Syariah (3)
- jerebu (1)
- Jiwa Hamba (2)
- Karpal Singh (2)
- KEBURUKAN MEROKOK (1)
- Kecelaruan politik (3)
- Keluar Parti (28)
- Keluar Parti Vs Keluar Parti (1)
- kemalangan (17)
- Kematian Mandela (1)
- KEMELUT FELDA (1)
- Kemelut PAS Kedah (2)
- Kemelut PAS PR (3)
- Kemelut Pimpinan PR (3)
- Kemelut PKR (3)
- Kemelut Politik Selangor (43)
- Kemelut Politik Terengganu (1)
- Kenali PAS (1)
- Kenyataan Media (10)
- Keputusan PRU 14 (1)
- Keracunan (2)
- Keratan Akhbar (7)
- Kertas Ujian UPSR Bocor (8)
- kes penderaan (1)
- Kesihatan (6)
- Khidmat (2)
- khutbah Aidil Adha 1432 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 Preseden PAS (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1435 (1)
- Khutbah Aidul Adha 1435 (1)
- Khutbah Gerhana Bulan (1)
- Khutbah Jumaat (56)
- khutbah Jumaat Akhir Ramadhan (1)
- Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru (1)
- khutbah PRU 13 (1)
- Khutbah Sempana Keputraan Sultan (1)
- Khutbah Terakhir Nabi (1)
- kibarkan bendera (1)
- kisah rumah tangga (1)
- Konggres Rakyat Syah Alam (1)
- Konspirasi (1)
- Konspirasi Politik (1)
- Krisis Dalaman Politik (6)
- krisis politik (3)
- Ku Li (1)
- laporan media (956)
- Laporan PRU 13 (7)
- Lawak Media UMNO (1)
- lnfo (1)
- Logo JATI (1)
- Logo Merdeka Ke 55 (1)
- Macam-macam (1)
- mahkamah (1)
- Makan Malam Pas Tanjung Malim (1)
- Makanan Halal (2)
- Malang Tidak Berbau (1)
- Malaysia Aman Sejahtera (2)
- Mat Sabu (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 12 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 15 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 24 (1)
- Maulidurrasul (1)
- Mazlan Aliman (1)
- Media report (2)
- Memali (1)
- Mengapa Saya Sertai PAS dan Pakatan Rakyat (16)
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional? (2)
- mengapa kami sertai pakatan rakyat (3)
- Mengapa saya menyokong PAS (1)
- Mengapa Saya Sertai DAP? (5)
- Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik (1)
- Merdeka (2)
- Militan (1)
- minda Abu (1)
- Minda Perjuangan (10)
- Minyak naik (1)
- Misteri Kehilangan Pesawat MH370 (62)
- Muhyidin Yasin (1)
- Muktamar PAS 2013 (1)
- Muktamar PAS 2014 (4)
- nahas (4)
- Nahas Pesawat AH5017 (2)
- Nahas Pesawat MH17 (12)
- NFC (1)
- Niat Jahat (1)
- Nostalgia (1)
- Paparan Yang Rakyat Suka (1)
- Parasit (1)
- Parti Pas (3)
- Pasca PRU 13 (3)
- Pelbagai sumber (1)
- Pembunuhan Politik (4)
- Pembunuhan timbalan pendakwa raya (1)
- Penampar politik (8)
- Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’. (1)
- Perang Hamas Israil (1)
- Perkara Yang Membatalkan Iman (1)
- Persaraan MB Tan Sri Khalid Ibrahim (1)
- Persidangan Parlimen (1)
- Pertikai Fatwa (1)
- Perutusan Aidil Adha (2)
- perutusan Aidilfitri 1434H (1)
- Perutusan Hari Malaysia (1)
- Perutusan Hijrah (1)
- perutusan kemerdekaan (1)
- Pesanan untuk pejuang (18)
- Pesawat Terbakar (1)
- Petisyen (1)
- Piala Thomas 2014 (3)
- polemik HUDUD (3)
- politik (7)
- Politik Dunia (8)
- Pondok (1)
- PRA PRU 13 (11)
- Presiden PAS (1)
- PRK Bukit Gelugur (5)
- PRK DUN Pengkalan Kubor (6)
- PRK Kajang (7)
- PRK Kuala Besut (1)
- PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar (2)
- PRK N 20 Sungai Limau (6)
- PRK N25 Kajang (4)
- PRK Pengkalan Kubor (5)
- PRK Permatang Pauh 2015 (2)
- PRK Teluk Intan (12)
- Program dan Aktiviti (1)
- PRU 13 (2)
- PRU ke 13 (1)
- Puasa Ramadhan (1)
- Qunut Nazilah (2)
- Raja Bomoh (1)
- Rakaman Peristiwa Bersih 3.0 (8)
- Ramal VS Ramal (1)
- Rasis (1)
- Rencah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Renungan Buat Bangsaku (1)
- Rintihan Marhaen (1)
- RM 100 one off (1)
- Roboh Surau VS Roboh Surau (1)
- Rombakan Kabinet (1)
- Salam Aidil Adha (1)
- Santai (4)
- Satira (7)
- Sedutan Artikal Blogger Pilihan (2)
- Sedutan dari FB (1)
- Sejarah PAS (1)
- Sejarah Yang Bakal Hilang (1)
- Selamat Hari Guru (2)
- Selamat Hari Raya (1)
- Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 82 dan Jublee Intan Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol (1)
- Sempadan politik (1)
- Sidang Media (2)
- Sirah (1)
- Siri Cerita Teladan (1)
- Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat (8)
- Skandal Sex (1)
- Solat Ghaib (1)
- Suara Pimpinan (2)
- sukan (11)
- Sultan Azlan Mangkat (5)
- Syariah (4)
- Syarifah Aini Meninggal (2)
- Syiah (4)
- Tafakkuri Saatin (36)
- Tahun Baru 2012 (1)
- Tarbiah (8)
- Tazkirah (14)
- Tazkirah Ramadhan (4)
- Teori Hilangnya MH370 (3)
- TPM dipecat (1)
- Tragedi Masjidil Haram (4)
- TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PM NAJIB RAZAK DENGAN TV3 TENTANG TUN DR MAHATHIR (1)
- TURUN (1)
- ucapan (9)
- UCAPAN TAHNIAH (5)
- UCAPAN TAKZIAH (32)
- UMNO (2)
- UMNO Celaka (1)
- Umno Dulu Kini dan Selamanya (1)
- UMNO VS PAS (1)
- Unik (1)
- Uslubud Dakwah (1)
- Ust. Azizan Abd Razak (3)
- Usta Abu Bakar Chik dalam kenangan (1)
- Video Kontroversi (1)
- Wacana Politik (15)
- Warkah Buat Tun Dr. Mahathir (1)
- Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 (1)






