Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 7 March 2014

Dituduh hina polis, kenyataan media ADUN Seberang Jaya

KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN UMNO YANG MENUDUH SAYA MENGHINA POLIS
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.
Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.
Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.
Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.
Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.
Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:
“Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya.”
Sekian, terima kasih
Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADUN Seberang Jaya

MH370 yang terhempas bawa penumpang dari 14 negara termasuk 38 warga Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Sebanyak 38 rakyat Malaysia adalah antara 227 penumpang dari 14 negara yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pesawat itu membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal.

"Warganegara lain yang berada di dalam pesawat itu ialah China (153 termasuk seorang bayi), Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi).

"Selain itu New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1)," katanya dalam sidang media di Sepang, dekat sini.

Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi tadi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika di antara ruang angkasa Malaysia-Vietnam, di Laut China Selatan.
Pesawat B777-200 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Berikut jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan mereka: Jumlah : 239 orang Penumpang : 227 orang Anak Kapal : 12 orang 1) China : 152 dan seorang bayi 2) Malaysia : 38 orang 3) Indonesia : 12 orang 4) Australia : 7 orang 5) Perancis : 3 orang 6) Amerika Syarikat : 3 orang 7) New Zealand : 2 orang 8) Ukraine : 2 orang 9) Kanada : 2 orang 10) Rusia : seorang 11) Itali : seorang 12) Taiwan : seorang 13) Belanda : seorang 14) Austria : seorang - BERNAMA.

Pesawat MH370 terhempas di laut Vietnam

HANOI 8 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dilaporkan terhempas ke dalam laut iaitu 246 kilometer dari luar pantai pulau Tho Chu di Vietnam.

``Buat masa ini, tidak ada bot-bot tentera laut Vietnam di kawasan itu, oleh itu kami meminta bot dari pada pulau Phu Quoc supaya bersedia untuk operasi menyelamat,’’ kata Laksamana Ngo Van Phat kepada portal berita Tuoi Tre.

Pulau Tho Chu dan Phu Quoc terletak barat daya di selatan Vietnam.

Bagaimanapun, pegawai itu gagal dihubungi menggunakan telefon dan tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tahu di mana pesawat MH370 itu terhempas dan bangkai kapal berada. - REUTERS

Monday, 3 March 2014

Anggota Polis Akui, Himpunan Black 505 Aman


Seorang anggota polis hari ini memberi keterangan bahawa perhimpunan ‘Black 505' anjuran Pakatan Rakyat pada 22 Jun tahun lepas sebuah perhimpunan aman.

Kahar Shariff, daripada balai polis Jasin, Melaka, menyerahkan rakaman video dua jam perhimpunan itu kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi Ramli daripada PKR dan Anthony Loke (DAP) dituduh bawah Akta Perhimpunan Aman dengan menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur tanpa kebenaran polis.

Turut berdepan pertuduhan sama petugas PKR Muhammad Adib Ishar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Kahar menjawab “tidak” apabila ditanya peguam Rafizi, Eric Paulsen, sama ada beliau melihat keadaan huru hara dalam perhimpunan itu.

Kahar juga menjawab “ya” apabila ditanya sama ada beliau setuju perhimpunan itu berlangsung “aman”.- MK.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR