Temerloh, Pahang - Bekas pejuang kemerdekaan yang turut terlibat menentang penjajahan Inggeris, Ibrahim Chik 80 telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Setia Jasa, Temerloh, Pahang kerana sakit tua.
Sewaktu muda, Allahyarham aktif bersama pertubuhan Angkatan Pemuda Insaf (API) salah satu pertubuhan yang giat menentang penjajahan British dibawah pimpinan Ahmad Boestamam.
Selepas Inggeris mengharamkan hampir kesemua pertubuhan politik progressif seperti API, AWAS, GERAM, PKMM, PKM, dan Hizbul Muslimin, Ibrahim masuk ke hutan dan bergabung bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dibawah Regimen ke 10.Beliau kembali ke tanah air setelah perjanjian damai antara kerajaan dengan PKM
Sidang redaksi mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.Alfatihah.
No comments:
Post a Comment