Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 13 December 2011

TIDAK ADA PENDERHAKAAN DALAM NEGARA SEKULAR

Jika Allah swt menegaskan bahawa Rasullullah saw sendiri tidak mempunyai hak untuk meminda,untuk menukar gantikan al Quran,(hukum hukum Al Quran) bagaimana pula manusia biasa boleh mengaku diri mereka berhak meminda hukum hukum Allah. Sebab itu para ulama mengatakan, kalau sekiranya pemerintah telah mengubah (merubah rubah kaedah syara’) dan melakukan perubahan syari,at maka gugurlah ketaatan terhadap pemerintah itu.

Maka oleh kerana itulah tidak timbul “bughah”.Apabila timbul atau berlaku satu gerakan,satu perjuangan bagi menegakkan syariat Islam di tengah tengah masyarakat dan Negara yang menolak syariat Islam maka sesuatu gerakan itu sama ada berbentuk penentangan atau tidak sealiran dengan pemerintah, maka penentangan itu bukan dinamakan “bughah”

Sehari dua ini kita membaca berita dalam surat khabar,kita nampak ulama-ulama begitu berani sekali menentang pejuang yang ingin menegakkan Islam (menentang kita).Ada berita mengatakan “ulama” telah bangun menentang tetapi mereka tidak tahu apa yang mereka tentang. Mereka mungkin menentang perjuangan untuk menghapuskan riba, melenyapkan korupsi,rasuah dan fitnah. Mereka baru dikejutkan dari tidur. Ulama ulama yang disebut sebagai ‘ulama ul Sultah’ (ulama kerajaan) baru dikejutkan dari bintang bintang mereka dan pangkat pangkat mereka.Sehari dua ini mereka dikejutkan kerana perjuangan Islam ini telkah sampai ke peringkat yang menggugat kedudukan mereka sebagai ulama-ulama yang hanya mampu mengeluarkan mengeluarkan fatwa bagi mengiyakan kehendak kehendak pemerintah.

Apabila mereka merasakan kedudukan mereka tergugat maka kita dengarlah berita bahawa mereka sedang bangun sekarang ini. Tetapi persoalannya untuk apa mereka bangun ? Bangn untuk menegakkan Islam atau untuk menentang Islam?.Ulama ulama ul Sultah atau ulama pemerintah ini bukan sahaja terdapat di Negara kita Malaysia tetapi terdapat di seluruh dunia Islam. Bukan sahaja sekarang tetapi sejak dahulu lagi.

Di zaman pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk yang dianggap sebagai pengkhianat besar kepada Islam juga terdapat ulama ulama yang mengiyakan segala apa yang diperkatakan oleh Kamal Atartuk di Turki.

Shah Iran yang dianggap sebagai seorang yang kuat bekerja untuk menghancurkan Islam juga mempunyai ulama ulama yang mengiyakan segala tindakan tindakan Shah dan menganggap perjuangan untuk mengembalikan umat Islam kepada Islam adalah perjuangan penderhakaan.

Jamal Abdul Nasir yang terkenal zamannya sebagai rejim yang keras menindas pergerakan dan perjuangan Islam juga mempunyai ulama ulama yang mengiyakan setiap apa yang diucapkan oleh Jamal Abdul Nasir yang menganggap Gerakan Islam yang hendak mengembalikan Islam ke tempatnya yang kayak dan sesuai,yang hendak membawa umat Islam kembali kepada Islam ,mereka menganggap sebagai gerakan yang sangat merbahaya, gerakan penderhaka, gerakan pemecah belah masyarakat,gerakan anti Negara dan seperti apa yang disifatkan sebagai bughah atau penderhaka.

Tidak hairanlah kalau dinegara kita juga ada ulama ulama dan pengampu pengampu jenis yang akan bangun mempertahankan tuan tuan mereka, yang selama ini mereka anggap mereka mendapat makanan dari tangan tangan tuan mereka itu. Kita dengan konsisten mengajak mereka dan menyeru dan mengingatkan mereka supaya insaf dan beramanah dengan ilmu mereka,supaya mereka beramanah dengan diri mereka dan janganlah menghina orang yang menentang golongan yang mengiyakan segala kezaliman yang berlaku dengan menganggap kezaliman itu sebagai satu keadilan.

Jangan mereka membantu golongan secular yang menuduh perjuangan Islam yang adil,perjuangan untuk mengembalikan Islam,untuk mengembalikan umat kepada Islam dan untuk melaksanakan syariat Islam sebagai perjuangan penderhakaan.

Kita mengingatkan mereka bahawa umat Islam dan rakyat yang mempunyai kesedaran dan keinsafan ke arah Islam dan ke arah keadilan tidak akan menghormati mereka kalau mereka berkhianat dalam Ilmu mereka dan mereka menjual kedudukan dan Ilmu mereka sebagai alat menentang perjuangan Islam.

PENILAIAN

Pada pengamatan yang mendalam perkara yang kita bahaskan ini jelas kelihatan di Malaysia PAS memperkatakan perkara perkara ini dengan segala hujah yang ada bukan berdasarkan kepada nafsu seperti yang pernah diucapkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir bahawa “PAS memberi fatwa dengan nafsu” demikian juga tohmahan pemimpin dan ahli penyokong UMNO yang lain yang menganggap PAS menjadi kuda tunggangan, pak turut, lari dari landasan Islam dan sebagainya.

PAS sentia menegaskan perjuangan mereka perjuang berlandaskan Al quran dan mereka letakkan dalam perlembagaan. Hukum yang tertinggi ialah Al Quran, As sunnah, Al Ijma’ dan Qiyas. Perjuangan mereka menjunjung Perintah Allah bukan retorik. PAS mempraktikkan dengan amalan dan pelaksanaan justeru jelas ianya realistic dan cakap serupa bikin.

Kalau kita bandingkan UMNO dan pengikutnya seringkali juga mereka berbicara tentang perjuangan dan kecintaan kepda Islam tetapi ternyata ianya tidak berlaku dalam amalan dan praktik, ianya jelas dalam pelbagai Isu yang berlaku masyarakat terpelajar dengan mudah membuat penilaian bahawa UMNO ketinggalan hujah dan fakta. Mereka hanya dapat bertahan kerana mereka menguasai media dan menang dengan sentimen-sentimen yang tidak berkesudahan. Natijah yang akan lahir ialah rakyat dan masyarakat hilang keprcayaan lantaran hasil yang tidak menjelma secara realistik .

Renungilah Firman Allah
Bermaksud: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka…
(Al Maidah: Ayat 49)

Adaptasi dari ucapan Al Marhum Al Ustaz Hj Fadhil Noor
(Aqidah & Perjuangan)

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR