Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 11 December 2011

Hudud - Bukan Islam Harus Didekati Dengan Cara Berhikmah

Berdasarkan kepada laporan akhbar harian, rata-rata umat Islam di negara kita pastinya akan rasa sangat sakit hati dan marah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Preseden MCA, Dato' Dr.Sri Chua Soi Lek tentang hudud yang menjadi salah satu cabang perundangan Islam.Saya juga turut terpanggil untuk menyatakan bantahan terhadap kelancangan Dr. Chua mempertikai dan memberi ulasan tentang hudud.Apa yang menjadi persoalan tentang perkara ini adalah pemimpin dan kepimpinan utama parti pemerintah yang dilihat seakan berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang ulasan.Alim ulamak dan cerdik pandai agama mereka yang selama ini begitu petah berhujah menuding jari terhadap "kesesatan parti PAS dan PKR" turut menyepi.Jika adapun hanyalah dari Dr. Ridzuan Tee dan beberapa pertubuhan NGO seperti ABIM dan Pertubuhan Wira Perkasa.Laman blog pro kerajaan juga seakan tidak berminat mengulas isu ini.Isu hudud bukanlah perkara baru.Sejak sebelum merdeka hinggalah negara kita menjangkau usia hampir 60 tahun parti yang mendominasi orang melayu yang merupakan sekutu dan rakan kongsi MCA dengan jelas gagal menerangkan apakah pengertian Islam dan hudud walaupun mereka menganuti dan mengakui akan kebenaran Islam.Institusi-institusi kefahaman Islam juga dilihat gagal menangani persoalan ini.Sekalung tahniah diucapkan kepada Pendokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih bijak menangani kemelut seumpama ini.Kita pernah dengar daripada kepimpinan bukan Islam yang bersekutu dengan PAS dan PKR akan lafaz-lafaz dan nada yang membenci atau tidak bersetuju dengan hudud namun akhinya para pemimpin tersebut dapat duduk semeja dan berbincang tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan hudud.Sungguhpun sesetengah pemimpin bukan Islam dalam Pakatan mungkin tidak bersetuju akan hudud sekurang-kurangnya mereka tahu dan mendapat penjelasan yang sebenarnya daripada pemimpin Islam sekutu mereka.Saya masih ingat akan kata-kata pemimpin utama PAS satu ketika dahulu bagaimana menghadapi saat-saat getir apabila DAP beria-ia menentang penubuhan negara Islam."Tiada cara yang lebih baik dan ampuh untuk berhadapan dengan DAP melainkan memberikan penerangan dan kefahaman yang jelas tentang Islam".Hasilnya terdapat sesetengah pemimpin bukan Islam dan penyokong parti mereka dapat menerima kebaikan Islam malah lebih petah berhujah dan lebih mendalam kefahaman Islam mereka.Apakah kepimpinan UMNO dan ulamak di dalamnya telah memberikan penerangan dan takrifan yang jelas dan nyata terhadap sekutu mereka selama ini tentang Islam.Jika tidak, berubahlah....SELAMATKAN ISLAM.


Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud

KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS.

Menurut Dr Chua, sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini.

“ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam.

“Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud,” kata beliau (gambar) dipetik Sunday Star hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud.

“Akhirnya, ia ada impak ke atas kesemua rakyat Malaysia, kita semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Kelmarin, ABIM menyerahkan satu memorandum kepada Dr Chua, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud baru-baru ini.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

“Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan empirikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut,” kata beliau.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR