Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 22 May 2012

Debat, Apakah Kita Sudah Matang Berpolitik?

Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2012
'Kita sudah matang berpolitik'
Rafizi Ramli (kiri) dan Khairy Jamaluddin bertepuk tangan di akhir Debat Sinar Harian mengenai PTPTN malam tadi. Debat dipengerusikan oleh Dr Mazlee Malik. - Foto Sinar Harian
   
SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.
“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.
“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.

Sumber:http://www.sinarharian.com.my/

Debat Sinar KJ-Rafizi yang bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlansung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam sebentar tadi.


ABU: Idea yang dilontarkan oleh kedua-dua pendebat amat baik. Moderator juga memainkan peranan yang berkesan.Sekalong pujian harus diberi kepada penonton kerana memberikan kerjasama walaupun sesekali suasana agak tegang.Sebahagian pengulas dan peminat politik yang berada diluar saya kira masih kurang bersedia untuk menerima konsep berpolitik secara matang ini. Dari komen-komen yang dilontarkan melelui media baru seperti twitter nampak seakan mereka tidak dapat menerima secara rasional apa yang dihujahkan oleh kedua-dua pendebat. Pihak penganjur harus meneruskan agenda seperti ini seperti saranan moderator supaya debat antara pemimpin-pemimpin utama parti dapat berlaku dan rakyat dapat menilai secara terus tanpa dimanipulasi oleh pihak ketiga (media).Tahniah kepada pihak penganjur.Bersedia menghadapi arus politik baru.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR