http://www.nusajayakini.com, | 26 Mei 2012 |
Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.
Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor.
"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya"
"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu.
Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim-Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment