Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 27 May 2012

Apabila Juara Berpolitik Minta Usah Dipolitikkan Isu Kemalangan Himpunan Jutaan Belia

Agak memeranjatkan apabila juara segala juara berpolitik tiba-tiba meminta usah dipolitikkan isu kemalangan pada program Himpunan Jutaan Belia sempena acara sambutaan Hari Belia Peringkat Kebangsaan yang sedang berlangsung.Sudah terantuk baru terngadah.Mengapa sekarang baru meminta usah dipolitikkan isu. Sebagagian besar penyokong dan pendokong pakatan sudah lama meminta agar pihak-pihak yang juara mempolitikkan isu-isu ini agar tidak  mempolitikkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat sejak dahulu lagi.Sebagai contoh perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0 yang lalu.Kerana tidak mahu terlibat dengan politik kepartian maka isu yang menjadi kepentingan bersama cuba diketengahkan melalui perhimpunan aman yang diketuai oleh orang-orang yang tidak berjawatan dalam politik namun fakta telah diselewengkan oleh pihak UMNO dan kerajaan yang memerintah. Media-media massa dan media baru sama ada yang berada di arus perdana atau pro kerajaan seolah-olah menjadi lidah UMNO Barisan Nasional, bukan sebagai media kerajaan dan rakyat.Saban hari mendedahkan keburukan pembangkang.Tiada satupun mengenengahkan kebaikan pihak lawan (PR) walhal umum mengetahui beberapa negeri yang ditadbir oleh PR menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu (BN) walaupun tidak dalam semua keadaan.Begitu juga dengan program-program yang melibatkan kepentingan rakyat, hampir kesemuanya menjadi program UMNO Barisan Nasional.Dan apabila berlaku tragedi yang mencederakan 17 belia termasuk 4 yang parah tiba-tiba minta usah dipolitikkan isu.Permintaan apakah ini?Apakah sekali lagi rakyat cuba diperbodohkan?Saya kira jika ditanya kepada rakyat yang waras dan rasional lebih-lebih lagi yang menyaksikan secara langsung atau rakaman yang diupload ke youtube jelas menunjukkan aktiviti yang dianjurkan sangat berbahaya dan bodoh sekali.Mengapa kegiatan yang begitu berisiko dilakukan pada waktu malam dengan dihadiri oleh ramai orang ditambah pula keadaan keselamatan yang tidak terkawal.Jika "buta perut" sangat ingin mengadakan program yang seumpama itu,elok saja diadakan di litar khas dengan jarak penonton yang bukan berada  pada lingkungan yang membahayakan.Sedap sekali mengeluarkan kenyataan "Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain". Pada saya biarlah kemalangan berlaku di tempat lain asalkan kita tidak ditimpa kemalangan ketika melakukan perkara yang bodoh dan seolah-olah sengaja ditempah. Jelas sekali, UMNO dan kerajaan sebenarnya sanggup berbuat apa sahaja walaupun pada dasarnya menyalahi undang-undang demi meraih sokongan belia dan orang ramai. Hiburan dan perlakuan yang tidak senonohpun tidak menjadi soal asalkkan dapat menghimpunkan jumlah kehadiraan yang ramai biarpun menyalahi norma dan batas kesusilaan masyarakat Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama Rasmi.Kepada menteri yang mengeluarkan kenyataan, ambillah iktibar dan moga-moga belia terhindar daripada gejala yang tidak sihat.Usah takut tidak popular asalkan kita tetap dengan pendirian dan berada di landasan yang betul.Kita inginkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan budi dan tingkah laku yang bersopan santun dan luhur mengikut acuan kita. Tidak semestinya apabila dikerumuni orang ramai dan mejoriti menyokong kita menunjukkan kita berada di landasan yang betul dan benar.Yang betul tetap betul, yang salah semestinya dikatakan salah walaupun kita menghadapi risiko kehilangan populariti.- ABU.

( Salam takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan didoakan semoga cepat sembuh)

Usah politikkan kemalangan di himpunan belia

27/05/2012 9:02pm

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berharap tidak ada pihak mempolitikkan kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia di sini, tengah malam tadi.

"Kes kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Kalau tak berlaku di sini, tiada jaminan ia tak berlaku di tempat lain.

"Program ini melibatkan lebih 500 acara dan membabitkan berjuta pengunjung, dan kes sebegini tidak seharusnya menenggelamkan semangat para belia bersukan, bergiat dan melibatkan dalam aktiviti yang sihat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan di Hospital Putrajaya.

Dalam kejadian di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua-dua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu, manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.

Ahmad Shabery berkata, beliau akan berunding dengan semua pihak yang berkaitan untuk kebajikan mangsa kemalangan tersebut. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR