Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 20 May 2012

'Bersih 4.0' Kenapa Hanya di Hadapan Rumah Ambiga?

Menyorot kepada laporan di bawah, sudah semestinya menjadi persoalan kepada setiap manusia dan rakyat Malaysia yang rasional yang cintakan kepada kebenaran dan keikhlasan dalam mengatur perjuangan. Tidak kiralah melalui wadah politik ataupun NGO.Mengapa hanya di hadapan rumah Dato' Ambiga? Jika kerana kemarahan disebabkan Dato' Ambiga mengepalai Kempen Bersih 2.0 dan 3.0 yang lalu bagi menuntut pilihan raya Malaysia yang bersih. Tidak fahamkah mereka apakah erti tuntutan tersebut ataupun sengaja memperbodohkan diri yang telah sedia bodoh itu. Jika bodoh sekalipun usahlah menunjuk-nunjukkan kebodohan yang melampau itu.Mengapa tidak pula dianjurkan protes itu di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH 3.0 Dato' A. Samad Said dan pemimpin pakatan yang lain. Begitu rasis dan chauvinisnya puak-puak "Melayu" yang tidak faham bahasa Melayu ini.Kerugian perniagaan yang dikatakan rugi akibat perhimpunan BERSIH 3.0? Bukankah puak-puak ini telah mengaut keuntungan berlipat kali pada hari tersebut.Betullah kata teman-teman, peniaga-peniaga ini merungut kerana tidak dapat berniaga kerana barangan mereka habis terjual pada hari tersebut, lantaran itulah mereka ingin memperotes dan menuntut bukan disebabkan rugi tetapi kerana kehabisan barang untuk diniagakan.Tindakan ini sebagai provokasi agar pihak yang satu lagi menganjurkan satu lagi kempen yang seumpamanya agar peniaga-peniaga ini dapat mengaut keuntungan dengan cara yang senang dan mudah.Kepada penganjur himpunan BERSIH 4.0 di hadapan rumah Dato' Ambiga, kami ingin mencadangkan agar kempen tersebut diadakan di hadapan rumah kami juga.Bukankah kami juga turut terlibat dengan himpunan itu.Tidak adil mengadakan himpunan tersebut hanya di hadapan rumah Dato' Ambiga.

ABU: Jika lokasi yang dicadangkan berpotensi dan boleh meningkat keuntungan peniaga dan negara serta mendapat keizinan penduduk setempat dan pihak berkuasa, amat dialu-alukan.Bukan kerana dendam ataupun disertai niat yang bodoh.Mohon dilindungi oleh Allah, supaya tidak menjadi Melayu yang bodoh dan diperbodohkan.

Peniaga mahu anjur 'Bersih 4.0' depan rumah Ambiga
HIDAYAH HAIROM
20 Mei 2012
Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 oleh Pecacai di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.
Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi. - Sumber Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR