Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 20 May 2012

Golongan Munafik Lebih Bahaya Daripada Kafir

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat makna munafik ialah hipokrit iaitu, orang berpura-pura berperangai (berkelakuan,bersifat,dll) baik,(orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya - munafik.

Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan hipokrit,orang yg berpura-pura berpe­rangai baik; munafik.

Dari  sudut agama "munafik" didefinisi seperti berikut:

· Istilah syarak: orang yang menzahirkan apa yang disembunyikan di dalam hatinya.
· Ertinya, orang yang di dalam dirinya tidak ada keserasian dan keselarasan antara zahir dan batin.
· Sekiranya apa yang disembunyikan adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulen,dan hukumannya di akhirat adalah hukuman orang kafir.

Asas Kemunafikan/Nifak

· Asas kemunafikan adalah kufur dan takut.
· Individu yang munafik menyembunyikan kekufurannya kerana takut diketahui identitinya yang sebenar iaitu kufur.
· Mereka berpura-pura Islam kerana ingin mendapatkan habuan keduniaan dengan Islam mereka secara zahir.
· Dan mereka berusaha menghancurkan Islam dan umatnya daripada dalam.
· Mereka lebih merbahaya daripada kafir yang asli kerana mereka tidak dapat dikenali secara jelas seperti orang kafir lain.

Tanda-tanda Munafik

· Hati yang sakit iaitu sakit yang tidak dapat menerima kebenaran atau melihat kebenaran dengan pandangan yang serong.
· Melakukan kerosakan di bumi dengan membuat maksiat/kekufuran, tetapi tidak mengakuinya malah mengatakan mereka membuat kebaikan.
· Menuduh orang beriman sebagai bodoh kerana beriman kepada Allah dan mematuhi segala perintah dan larangan Allah.
· Mereka berkata-kata dengan baik,tetapi dalam hati mereka adalah musuh yang sangat keras. Mereka bangga dengan dosa-dosa dan kerosakan di bumi yang mereka lakukan.
· Menipu,riyak,atau menunjuk-nunjuk dan malas dalam beribadah.
· Berhukum dengan hukum-hukum taghut.
· Merosakkan perpaduan orang Islam.
· Berdusta,takut dan benci kepada orang Islam.
· Suka mengaibkan orang Islam yang berada di jalan benar,reda dan marah demi keuntungan diri sendiri.
· Menyeru kepada mungkar dan melarang perkara makruf.
· Berpesan-pesan meninggalkan jihad.
· Merancang membuat mudarat kepada orang beriman di sebalik perbuatan yang zahirnya baik tetapi sebaliknya mengandungi perancangan jahat.

Golongan Munafik Lebih Bahaya Daripada Kafir

Posted by epondok di Mei 21, 2012
Oleh Khairunnisa’ Razak

Kejahatan golongan menentang Islam secara diam wujud sejak zaman Nabi

HIDUP di akhir zaman ini memang mencabar keimanan dengan terasasnya pelbagai fahaman yang menyimpang jauh daripada jalan kebenaran, aqidah umat Islam boleh goyah andai tiada pegangan ampuh terhadap agama.

Namun, yang lebih bahaya adalah penentangan terhadap agama secara tersembunyi oleh orang munafik. Nifaq dalam bahasa Arab diambil daripada kata dasar yang membawa erti ‘lubang tikus’ kerana kebiasaannya tikus mudah nampak jalan masuk ke lubang, tetapi tidak nampak jalan keluar.

Tanda lain orang munafik ialah suka membuat fitnah, meninggalkan solat Jumaat, melalaikan solat fardu, gemar meninggalkan solat berjemaah, menggalakkan orang lain supaya tidak berjihad, bersekongkol dengan orang kafir dan mengharapkan malapetaka menimpa orang beriman.

Nifaq menurut Imam An-Nawawi, ialah orang beriman yang mempunyai atau menyerupai sifat orang munafik atau melakukan sesuatu bercanggah dengan kehendak hatinya secara umum. Golongan munafiq ini secara luarannya seperti orang beragama, namun hatinya penuh kebencian dan permusuhan terhadap Allah, Rasulullah SAW serta umat Islam.

Kalimah nifaq disebut sebanyak 37 kali dalam al-Quran menandakan betapa bahayanya golongan munafik dan perlunya kita berjaga-jaga dalam menghadapi ‘musuh dalam selimut’ ini sebaik-baiknya.

Tanda-tanda munafiq itu banyak seperti disebut dalam al-Quran mahupun Sunnah. Namun, dapat dikelaskan jenis-jenis munafiq ini kepada dua iaitu nifaq iktiqadi (munafik keimanan) dan nifaq amali (munafik perbuatan).

Golongan yang munafik iman mendustai Allah, Rasulullah SAW, kitab dan lain-lain secara diam-diam, walaupun secara zahirnya mereka mengetahui kebenarannya.

Al-Quran menceritakan melalui firman Allah yang bermaksud: “(Di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” (Surah al-Baqarah, ayat 8-10)

Munafik perbuatan pula golongan itu menzahirkan kemunafikan mereka melalui perbuatan yang terang-terang menyalahi garis al-Quran dan Sunnah serta ijmak ulama.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “(Ada tiga tanda orang munafik; jika dia bercakap dia berdusta; jika dia berjanji dia memungkirinya dan jika dia diberi amanah, dia mengkhianatinya).” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tanda lain orang munafik ialah suka membuat fitnah, meninggalkan solat Jumaat, melalaikan solat fardu, gemar meninggalkan solat berjemaah, menggalakkan orang lain supaya tidak berjihad, bersekongkol dengan orang kafir dan mengharapkan malapetaka menimpa orang beriman.

Memakan harta anak yatim, berasa aman daripada neraka Allah apabila melakukan dosa, suka berbantah dan bertengkar sesama muslim, berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup, menuduh orang beriman itu bodoh, menghalalkan perkara yang haram dan menghina sahabat Rasulullah SAW.

Mungkin kita tidak menyedari yang kita memiliki mana-mana sifat itu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan orang munafik.

Sejarah Islam telah merakamkan siri kejahatan golongan munafik ini yang wujud sejak era kenabian lagi. Bahayanya golongan ini berbanding golongan kafir adalah golongan munafik menentang Islam dari dalam dan secara tersembunyi.

Jadi untuk mengetahui dengan tepat siapakah orang munafik sebenar amatlah susah kerana tiada yang benar-benar tahu isi hati seseorang dan ini menunjukkan betapa liciknya pergerakan mereka.

Namun, pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang saja sahabat yang mengetahui senarai orang munafik di Madinah pada waktu itu iaitu Hudzaifah al-Yamani, kerana Rasulullah SAW memberitahu kepadanya.

Inilah kelebihan Hudzaifah sehingga beliau digelar ‘Pemegang Rahsia Rasulullah’. Sahabat lain seperti Khalifah Umar Al-Khattab, mengetahui bahawa seseorang itu munafik apabila adanya majlis kematian dan Hudzaifah tidak pergi bersolat jenazah untuknya. Jelaslah ia jenazah seorang munafik.

Lantaran itu, seharusnya kita menjadi lebih berwaspada kerana alangkah pada zaman nabi pun golongan ini sudah berani menunjuk taring, apatah lagi pada zaman sekarang yang mungkin sudah lahir ramai klon ‘Abdullah bin Ubay’ moden.

Siapa yang tidak kenal ketua munafik di Madinah al-Munawwarah ini kerana angkara fitnah beliau dan konco-konconya menyebabkan meletusnya Perang Bani Mustaliq yang berlaku dalam Sya’ban tahun ke-6 Hijrah.

Sebagai umat Islam, kita perlu terus mempertahankan iman yang senipis kulit bawang ini hingga ke nafas terakhir. Golongan munafik zaman moden, lebih canggih pendekatannya di tambah dengan dunia tanpa sempadan.

Sebaiknya, sebarang berita mahupun khabar diterima usahlah ditelan bulat-bulat, periksa dulu kebenarannya kerana ditakuti kitalah penyebab api fitnah merebak. Yang lebih utama, jauhi sifat munafik dan sedaya upaya menangkis virus nifaq yang tersebar meluas.

Dimuatturun daripada halaman: http://epondok.wordpress.com/

MUNAFIQ DI DALAM SURAH AL-MA’UN

Di dalam surah al-ma’un, Allah menerangkan sifat-sifat orang munafiq. Sifat-sifat ini boleh kita bahagikan kepada 3 iaitu munafiq dari sudut akidah, akhlak dan ibadah. Munafiq dari segi akidah merupakan perkara yang tersimpan di dalam hati. Ianya melibatkan soal keimanan. Sementara munafiq dari segi akhlak dan ibadah merupakan perkara luaran yang dapat dilihat perbuatannya. Perbezaan keduanya ialah munafiq dari segi ibadat merupakan perkara yang melibatkan hubungan dengan Allah sementara munafiq dari segi akhlak melibatkan hubungan sesama manusia.

3.1 Munafiq Dalam Akidah
Munafiq akidah ialah perbuatan golongan munafiq yang menzahirkan islam namun hati mereka kufur. Di dalam surah al-maun, Allah memberi isyarat secara tidak langsung tentang kewujudan pendusta agama. Seterusnya barulah disebut ciri-ciri pendusta agama yang melibatkan perbincangan tentang munafiq dari segi sikap dan ibadat. Ringkasnya, munafiq dari sudut akidah menjadi tema besar bagi perbicangan seterusnya di bawah. Kesemua perbuatan mereka seperti menindas anak yatim, enggan member pertolongan dan riya’ merupakan manifestasi daripada kekufuran hati mereka yang disembunyikan.

3.2 Munafiq Dari Segi Sikap
3.2.1 Bersikap Kasar Terhadap Anak Yatim.
Allah SWT memulakan surah ini dengan pertanyaan:

(tahukah engkau siapakah orang yang mendustakan agama, )

Cara atau teknik bertanya ini sebenarnya merupakan perintah kepada Nabi Muhammad SAW dan orang mukmin supaya memberi perhatian sepenuhnya terhadap apa yang bakal disampaikan. Kemudian barulah Allah menyebut sikap orang munafiq yang menolak anak-anak yatim.

(Itulah yang menolak(menindas) anak-anak yatim)

Hamka menjelaskan bahawa erti menolak di sini ialah menolak secara fizikal, dengan cara kasar seumpama menolak tubuh orang apabila ingin dekat kepada kita. Dalam ayat ini golongan munafik menolak dengan kasar anak-anak yatim yang ingin mendekati mereka. Penolakan ini membayangkan rasa kebencian yang amat sangat kepada mereka.

Pendusta agama biasanya tidak mempedulikan nasib anak-anak yatim yang tidak sempat hidup bersama ibu bapa mereka dan tidak sempat pula untuk mendapat didikan dengan sempurna.

Perkataan الدَعّ diambil daripada asal kata دعّ يَدَعُّ ertinya nyah, usir atau tolak ke tepi dengan kasar dan kuat. Perbuatan ini membayangkan keras hati dan tiada rasa belas kasihan padahal anak yatim mungkin tidak meminta apa-apa darinya selain simpati dan kasih sayang untuk mendapatkan sedikit gantian daripada apa yang kehilangan akibat kematian ibu bapa mereka. Namun kesombongan mereka menjadikan mereka tidak menyambut kedatangan anak yatim dengan baik mungkin kerana pada pandangannya anak-anak yatim tidak menjejaskan kepentingannya jika dinyah dan tidak menambahkan apa-apa kalau pun dibantu.

3.2.2 Bakhil
Sifat munafiq seterusnya ialah bakhil. Hal ini diterangkan oleh Allah SWT di dalam ayat ketiga:
( Mereka tidak memberi galakan untuk memberi makan kepada orang miskin).

Allah menggunakan perkataan walayahudu yang bermaksud tidak memberi galakan untuk memberi makanan kepada orang miskin. Mereka sebenarnya mampu untuk memberi makanan kepada orang miskin namun tidak melakukannya bahkan lebih teruk lagi mereka tidak menggalakkan orang lain supaya memberi makan kepada orang miskin. Ayat ini menunjukkan betapa bakhilnya golongan munafiq kerana mereka bukan sahaja kedekut dengan harta yang ada pada mereka bahkan bersikap bakhil terhadap harta orang lain dengan cara tidak menggalakkan mereka memberi makanan kepada orang miskin.

Perkataan الْحضّ ertinya merangsang dan menggalak. Perkataan الطّعَام dalam ayat ini membawa erti الاِطْعَامْ, ertinya memberi makan. Sesetengah ahli tafsir memberi erti طَعَام dalam ayat di atas dengan erti makanan yang menjadi hak orang-orang miskin yang ada pada orang kaya. Tafsiran ini pula menunjukkan orang-orang miskin mempunyai hak daripada harta kepunyaan orang kaya, sebagaimana dalam firman Allah:

(Dan mereka yang menentukan bahagian pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri dari meminta).

Di sini jelas saranan al-Quran supaya merangsang atau membantu untuk memberi makan fakir miskin adalah wajib. Namun bagi orang munafiq, mereka mengaku menyembah Allah sedangkan hamba Allah tidak diberinya pertolongan dan tidak diperdulikannya. Mereka mendustakan agama kerana akhlak mereka jelas menunjukkan bahawa segala ajaran agama tidak diikutinya.

3.2.2 Enggan Memberi Pertolongan
Dalam ayat terakhir Allah menerangkan sikap orang munafiq yang enggan memberi pertolongan walaupun melibatkan barangan yang terlalu mudah.

(Dan orang-orang yang enggan memberi pertolongan)
Perkataan الْمَاعُونَ diertikan dengan sesuatu yang sedikit, tetapi masih ada nilainya. Ada yang mentafsirkannya dengan sesuatu yang tidak sepatutnya dihalang jika diminta seperti air, api dan garam.

Meskipun banyak tafsiran diberi kepada perkataan ini, namun hakikatnya satu sahaja, iaitu orang yang bakhil dengan barang-barang yang tidak merugikannya jika diberi untuk dipinjam seperti parang, pisau, penyapu dan sebaganya. Dalam hadis riwayat Abdullah Ibn Mas`ud ra. katanya:
‏كُنَّا نَعُدُّ الْمَاعُونَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَوَرَ ‏ ‏الدَّلْوِ وَالْقِد
(Sesungguhnya kami pada zaman Nabi SAW. menamakan al-Ma`un kepada orang yang tidak sudi memberi pinjam timba dan periuk)

Sebahagian mufassirin mentafsirkan al-Ma`un dengan zakat. Maksudnya di antara sifat orang yang bersolat tetapi binasa ialah mereka yang enggan membayar zakat kerana zakat adalah gandingan salat, sebagai contoh firman Allah:
وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ
(supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat).
Tafsiran al-Ma`un dengan keenganan membayar zakat lebih baik dari tafsiran enggan memberi pinjam barang-barang seperti periok, pisau dan timba kerana enggan membayar zakat lebih besar dan lebih buruk akibatnya berbanding keengganan meminjamkan barang-barang yang remeh dan murah harganya.

3.3 Munafiq Dari Segi Ibadah
3.3.1 Meringankan Solat
Di antara sifat orang munafiq ialah meringankan solat. Dalam ayat ke 4 (Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang melakukan sembahyang) dan ke 5 ( Iaitu mereka yang lalai dari sembahyangnya) Allah mengancam mereka yang lalai di dalam solat dengan neraka wail.

Ibn Abbas berkata bahawa yang dimaksudkan dengan lalai di dalam solat ialah mereka yang bersolat dalam keadaan tidak mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT. Sementara kalau tidak melakukan solat, mereka tidak berasa takut dengan siksaan Allah.

Ibn Abbas juga dalam pendapatnya yang lain berkata bahawa maksud lalai di sini ialah golongan munafiq yang tidak bersolat di belakang manusia dan melakukannya hanya di depan orang ramai.

Abu al-Aliyah pula berpendapat maksud lalai di sini ialah mereka yang tidak melakukan solat di dalam waktunya serta tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.

Rasulullah SAW ketika ditanya apakah yang dimaksudkan dengan ayat ini bersabda bahawa mereka ialah yang melewatkan solat daripada waktunya.

Perkataan سَاهُونَ di dalam ayat tidak membawa makna lupa kerana lupa adalah suatu keadaan di luar keupayaan manusia. Nabi SAW juga terlupa beberapa kali di dalam salatnya. Jika Nabi SAW terlupa, maka lebih utama lagi dengan manusia yang bukan nabi. Leka yang duimaksudkan di dalam ayat ini ialah tidak melakukan salat dengan sempurna atau tidak mendirikannya dengan betul.

Kalaulah dalam soal solat yang merupakan ibadat teragung mereka tidak menunaikannya secara bersungguh-sungguh, apatah lagi dengan ibadah lain selain daripada solat. Ayat ini secara khususnya menunjukkan kepada solat, namun secara umumnya begitulah ibadat orang munafik. Mereka tidak serius di dalam melakukan ibadat kerana niat mereka bukanlah kerana Allah

3.3.2 Riya’
Sifat munafiq yang seterusnya ialah riya’ iaitu melakukan solat dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk supaya disebut orang sebagai seorang yang baik dan bertakwa. Mereka melakukan ibadat bukan kerana Allah tetapi untuk mendapatkan pengiktirafan manusia. Perkara ini disebut di dalam ayat keenam

(Juga orang-orang yang riak dengan sembahyang mereka)
Walau bagaimanapun seseorang yang mengerjakan amalan wajib yang perlu dihebahkan seperti bersolat jumaat di tempat yang ramai tidak dikatakan riya’ kerana sememang ibadat berkenaan dilakukan secara berjemaah.


RUJUKAN
Hamka, Tafsir Al-Azhar, Yayasan Latimojong, Surabaya, juz 29-30, hlm.
al-Raziy, Muhammad Fakhr al-Din Ibn Umar, Tafsir Fakhr al-Raziy Tafsir al-Kabir Wa Mafatih al-Ghayb, Dar al-Fikr Li al-Tabacah Wa al-Nashr Wa al-Tawzic. t.tmpt., jil 32, hlm.113
http://www.drhayei.com/2010/10/surah-al-maun-107-pertolongan-dengan.html
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/,
http://www.scribd.com/doc/8263965/Antara-Ciriciri-Orang-Munafik
al-Alusiy, Muhammad, Ruh al-Macaniy, Dar Ihya’ al-Turath al-cArabiy, Beirut, jil.30, hlm242,
Al-Qurtubiy, Muhammad bin Ahmad, al-Jamic Li Ahkam al-Quran, Muassasah al-Risalah, Beirut-Lubnan, jil. 24, hlm.511,
Ibn Kathir, Ismail. Tafsir al-Quran al-cAzim, al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, Kaherah, jil 8, hlm. 387-388
al-Sabuniy, Muhammad cAli, Safwat al-Tafasir Tafsir Li al-Quran al-Azim

Dimuatturun dari halaman:http://elmargi.blogspot.com/

CIRI CIRI ORANG MUNAFIK

1. Iman tidak tetap dan tidak teguh.Iman yang sentiasa berubah ubah mengikut keadaan,sangat mudah terikut ikut dengan dan terpengaruh dengan persekitaran.Hidup umpama lalang.

2.Tindakan sentiasa berubah...seumpama pelakun hebat, didalam tempat beribadah dia akan mengikut orang beribadah,apabila tidak dilihat orang dia mengikut kata hatinya yang sebenarnya menolak kebaikkan.

3.Tidak tetap kata kata.Di hadapan orang mukmin,mengaku beriman dan memuji Islam,di belakang pula mengutuk Islam.

4. Mengharap kebaikannya sentiasa dibalas oleh orang lain..mengharap kebaikkan yang di buatnya mendapat balasan seperti wang ringgit, pangkat ataupun harta.

5. Jiwanya tidak tenteram.Sentiasa resah kerana terpaksa bersikap pura pura dihadapan orang ramai.Resah kerana tidak dapat mengikut kata hatinya yang menolak kebenaran.

6. Dunia adalah matlamat hidup dan tujuan utama.Cintanya pada kebendaan,pada kedunian melebihi cintanya pada ALLAH SWT.

Semoga kita tidak tergolong dalam kemuunafikan. Didiklah jiwa supaya terhindar dari sifat-sifat munafik dan Istiqamahlah dalam memperjuang dan mempertahankan kebenaran berpandukan al quran,hadith,ijmak dan qias. 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR