Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 30 May 2012

Bekas Presiden Akim Kembali Kepada PAS

Bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh
Zakaria Salleh,Bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

KOTA BHARU - “Saya tidak berpuas hati dengan perubahan yang dilakukan kepimpinan parti Kita, lalu mengambil keputusan menyertai Pas pada 11 Mei lalu,” kata bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kelantan berkata, tindakan tersebut dibuat susulan kekecewaannya terhadap parti Kita yang tidak memperjuangkan Islam dan Melayu sebagai asas perjuangan.

Menurutnya, tujuan parti Akim ditubuhkan untuk memperbetulkan akidah mana-mana pihak dalam parti dan bukan mahukan kuasa yang diketahui menjadi milik parti gergasi, Pas dan Umno.

“Dulu, Akim untuk orang Islam sahaja, namun sekarang ini, sejak ditukarkan kepada Kita, dasar daripada Islam ditukarkan kepada nasionalisme (iaitu untuk pelbagai kaum),” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Akim ditubuhkan sejak 1995 di Kelantan yang dianggotai lebih 3,000 ahli sebelum diambil alih Datuk Zaid Ibrahim dan menukar kepada parti Kita.

Zakaria berkata, dengan perubahan iaitu memasukkan pelbagai kaum, ia seolah-olah parti itu tidak lagi menjaga kepentingan kaum Melayu dan Islam.

Zakaria menyatakan rasa kecewa dengan pemimpin yang membuat keputusan tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu.

“Sebelum menyertai Akim, saya adalah ahli Pas, namun saya bersama arwah abang yang juga Pengasas Akim, Musa Salleh keluar dari Pas pada 1995 untuk pertubuhan Akim dan meletak jawatan dengan parti itu pada 2010,” katanya yang mengisi borang menyertai Pas pada tarikh itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor.

Katanya, beliau kembali semula ke pangkuan Pas setelah meneliti parti lain yang tidak sama perjuangan Islam yang dibawa kepimpinan ulama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR