Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 16 May 2012

Memalukan!!!! Usahkan Hendak Berdakwah atau Bicara Masalah Hudud, Isteri Pemimpin-pemimpin Utama Kami Dari Dulu Hingga Kinipun Tidak Pernah Tutup Aurat - Pemuda UMNO

Isu Semasa Pemuda: Memalukan!!! Usahkan DAP, Karpal Singh Seorang Pun Pas Gagal Berdakwah
Posted on Tuesday, May 15 @ 05:34:34 CDT
Topic: Berita / Isu Semasa

Oleh  Azman Abas
KUALA  LUMPUR 15 Mei – Pas dilihat bukan sahaja gagal untuk ‘mentarbiyyah’ DAP, malah untuk menjinakkan mendakwah Penasihat parti itu, Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini pun Pas tidak berdaya.

Paling mengejutkan Pas yang terkenal dengan laungan sebuah parti yang kononnya berpaksikan kepada Islam sanggup menerima ‘buku jingga’ yang dikatakan ‘kitab’ rasmi pakatan pembangkang yang dianggotai bersama DAP, Pas dan PKR.

“Kalau inilah hasilnya…kalau inilah petunjuknya sepanjang Pas berkawan dengan DAP, pelbagai kesimpulan boleh dibuat… terpulang kepada umum. Cumanya bagi saya ini menunjukkan kegagalan Pas dalam menjinakkan Karpal Singh.

“Malah jauh sekali pula untuk berbangga mentarbiyyahkan DAP untuk menerima prinsip Pas yang kadangkala macam lalang. Sekali Negara Islam…lepas itu Negara Berkebajikan…Sekarang ini pula tetap setia bersama pakatan dan mengiktiraf pula buku jingga,” kata Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Afandi Yusof.

Kata beliau lagi, jika Pas konsisten untuk menegakkan negara Islam tentunya mereka serta merta akan menarik diri dan bukannya bermain wayang dalam usaha menutup apa yang telah berlaku.

“Sekali Karpal berbunyi sekali itulah pemimpin Pas berbunyi… Jika dilihat dengan mendalam dan dianalisa serta dikaji secara menyeluruh, DAP khususnya Karpal Singh konsiten dengan pendirian mereka. Malah Penasihat DAP secara berani mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu berkenaan.

“Yang menghairankan pula hanya terdapat suara seakan bunyi nyamuk yang seolah-olah tidak menampakkan keikhlasan Pas dalam mempertahankan prinsip mereka. Jawapan balas yang diberikan penuh berlapik.

“Siapa ikut siapa dan siapa tunduk kepada siapa bukanlah hak saya untuk membuat penilaian..Cumanya terserahlah kepada rakyat khususnya umat Islam berhubung sikap lalang Pas hari ini,” katanya.

Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang  pada Isnin memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud bukan merupakan sebahagian polisi bersama mereka walaupun terdapat perbezaan pendapat antara Pas dan DAP dalam isu berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi antara Pas dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam Buku Jingga pada 28 September lalu.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menghormati perbezaan ideologi dan agama yang terdapat dalam Pakatan Pembangkangkerana ada isu yang lebih penting iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah lebih penting ketika ini berbanding pelaksaan hukum hudud.

“Kita sudah membuat kenyataan dalam isu ini sejak 28 September lalu. Kita tetap berpegang teguh mempertahankan kenyataan bersama yang telah kita persetujui seperti mana yang terkandung dalam buku Jingga,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangan Pas yang mahu melaksanakan hudud.

Malah kata Karpal, Pas tidak berhak bercakap bagi pihak pakatan pembangkang bahawa mereka akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara. -MediaUMNO

ABU: Tajuk entry terpaksa dilakukan begitu di ruangan ini kerana media UMNO tidak menyediakan ruangan untuk pembaca memberi komen. Komunikasi sehala dan tidak demokratik langsung. 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR