Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 6 June 2014

Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan Jika Melalui Proses Transformasi



Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.
“Para fuqaha’ berkata, contohnya, sesuatu perkara seperti tinja dan sebagainya, apabila ia diambil dan dikenakan api serta dinyalakan, maka abunya adalah halal kerana ia telah menjadi bahan yang lain. Mereka berkata: Jika seekor anjing masuk ke dalam takung garam dan mati di dalam takung garam itu hingga garam memusnahkannya, hinggakan apabila kamu mencarinya kamu tidak menjumpainya disebabkan anjing itu sendiri telah menjadi garam, maka garam itu boleh digunakan untuk makan, minum dan segala-galanya, kerana ia telah mengalami transformasi bahan.


“Hukum ditetapkan bergantung kepada `illah (sebab) yang ada dan yang tiada. Maka `illah dalam hal ini ialah ia tidak kembali wujud. Oleh itu, apabila daging atau tulang babi telah bertransformasi, – dan saya mendengar daripada saudara kami Dr. Muhammad Hiwari, dan dia adalah antara doktor akademik yang tinggal di German untuk tempoh yang sangat panjang, dan dia mempunyai kajian yang sangat baik dalam hal ini, – dia berkata kepada kamu: Kemuncak hal ini adalah, ia boleh diambil dan digunakan sebagai ubat gigi, dan digunakan sebagai sabun, dan digunakan sebagai gelatin (atau jeli) yang asalnya ialah babi, kerana ia telah menjadi sebatian kimia yang baru menyebabkannya tertakluk kepada hukum yang baru (iaitu halal),” ujar Yusuf Al- Qardhawi dipetik sebagai berkata.

Bulan lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan dua produk coklat Cadbury – coklat susu dengan kacang Hazel serta coklat susu dengan badam, dikesan mengandungi DNA babi atau ‘porcine’.

Apa yang menjadi persoalan sehingga kini adalah KKM dikatakan membuat ujikaji itu, sehingga terjumpa DNA babi, setelah memilih coklat berkenaan secara rawak di pasaran.

Setelah isu itu mencetuskan kemarahan ramai pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula memainkan peranannya dan membuat ujikaji yang sama namun coklat itu diambil terus dari kilang Cadbury dan bukannya diambil secara rawak dari pasaran, seperti mana dibuat KKM.

Perkembangan terbaru selepas ujikaji yang dilakukan oleh Jakim itu mengesahkan dua produk Cadbury tersebut adalah tiada unsur babi sekaligus halal untuk dimakan.

Meskipun begitu, rakyat Malaysia kini masih berasa was-was berikutan masyarakat terdedah kepada membeli coklat yang sama diambil KKM untuk ujikaji itu dan bukannya produk yang selamat (dari kilang) sepertimana di analisa Jakim.

Pegawai Jakim Tolak Makan Cadbury?

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan mengulas berhubung keraguan berterusan orang ramai terhadap produk Cadbury, termasuk kesediaan pegawainya mengadakan demonstrasi memakan coklat itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jakim Datuk Razali Shahabuddin ketika ditemui menolak pertanyaan pemberita menjawab ringkas:

"Hanya pengarah Jakim boleh menjawab soalan itu".

"Saya tak boleh jawab, hanya pengarah sahaja boleh jawab soalan," katanya dalam majlis pelancaran konvoi bermotor di Masjid Wilayah Persekutuan di ibu kota, pagi tadi.

Pada 3 Jun lalu pegawai Jakim dilaporkan menyatakan kesediaan mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halalnya.

Astro Awani melaporkan pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM Mohd Amri Abdullah sebagai berkata, ia bagi menunjukkan bahawa mereka berpegang kepada keputusan bahawa produk itu sebenarnya halal


ABU: Oh tidak? Hukum "yang baharu @ Transformasi" itu bukanlah dari sumber babi dan anjing, jika dapat dibuktikan daripada kedua-duanya walau dengan apa cara sekalipun haram tetap haram. Yang halal itu nyata, yang haram itu nyata, jika shubhah lebih baik tinggalkan....

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.”  Surah Al-Baqarah: 168)

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (Surah Al-An’am: 145)

Dari ayat di atas, illat kepada keharaman bangkai, darah yang mengalir, babi adalah kotor. Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kepada apa-apa binatang yang mempunyai illat yang sama dengannya iaitu kotor. Sebagai contoh, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram. Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang-kadang uruf dari satu tempat ke satu yang lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat negara Malaysia, binatang itu menjijikkan, tetapi pada masyarakat berbangsa China tidak pula.

Maka, kesimpulannya, setiap apa yang dinyatakan dalam nas yang mengatakan haram, itulah haram. Yang tidak dikatakan haram, maka akan didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang dianggap pada dirinya jijik dan kotor. Tetapi jangan pula kita menjadi pelik jika ada orang yang memakannya di negara lain.

Dalam konteks Malaysia, umum mengetahui bahawa apa sahaja yang datangnya dari babi,anjing dan bersumberkan kedua-duanya adalah jijik dan najis.

"Diharamkan bagi kamu bangkai, darah dan daging babi." (Surah al-Ma'idah 5:3)

"Katakanlah wahai Muhammad: 'Aku tidak mendapati dalam apa-apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, melainkan benda itu bangkai, darah mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia kotor.' " (Surah al-An'am 6:145)

Ayat-ayat di atas menyatakan bahawa babi sebagai najis atau kotor. Sehubungan dengan itu, ulama mazhab Syafi'i sepakat berpendapat bahawa haram menggunakan semua barangan yang diperbuat daripada babi, sama ada daripada bulum kulit, tulang sebahagiannya yang lain. Tidak kira sama ada dalam bentuk barangan, peralatan dan lain-lain termasuklah juga ubat-ubatan.

Malah, jumhur fuqaha termasuk Imam Malik, Imam Hambali dan Imam Hanafi mengharamkan kulit babi walaupun sudah disamak kerana ia termasuk dalam kategori najis mughallazah (berat).

Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara dirinya daripada perkara yang meragukan, maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama dan kehormatan dirinya." (Riwayat Muslim no. 1599).


Dr Maza ‘bidas’ Astro Awani

Teguran Dr Asri Zainul Abidin di FB kepada Astro Awani yang dikatakan membuat laporan yang kurang kemas berkaitan laporan “Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses – Dr Asri”
Astro Awani memberikan laporan yang kurang kemas. Dalam status facebook saya tadi saya tidak nyatakan samada saya menyokong ataupun membantah pendapat tentang istihalah khinzir yang disebut oleh Al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain tokoh ternama. Saya cuma menjelaskan secara umum apakah maksud para sarjana berkaitan isu perubahan sifat sesuatu bahan tanpa mentarjihkan. Tujuannya untuk memaklumkan keluasan fekah dalam isu ini.
Isu yang diutarakan semalam, “Gelatin dan DNA babi halal?“

ABU : Lain kali cakap biar terang...yang kat luar tu bukan semua orang cerdik .... yg dia orang nak tahu cuma halal atau haram....jika dia orang nak belajar selok belok agama dengan mendalam, dia org akan cari guru bukan sekadar baca artikal dlm internet...cendikiawan kena faham tahap capaian pemikiran orang awam dan golongan elit agama... jngn sembarangan keluar hujah melalui media baru...semakin serabut.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR