Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, suspek dikenali sebagai Mohamad Faisal Naina Mohamad, 40, digari secara berangkai bersama-sama 14 orang kena tuduh (OKT) lain sebelum dia secara tiba-tiba melepaskan diri selepas dibawa turun daripada kenderaan itu.
"Suspek berada di barisan paling hujung secara tiba-tiba dapat melucutkan tangan daripada gari dan melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya kemungkinan gari yang diguna tidak berkunci atau longgar, Mior Faridaltrash berkata, perkara itu masih dalam siasatan. - Bernama
No comments:
Post a Comment