Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 7 June 2014

Kami Tidak Cemburu Langsung Kepada Anak-anak Raja,Perdana Menteri,Menteri dan Jutawan Tetapi Kami Amat Cemburu Kepada Anak-anak Tuan Guru....

Tok Guru, pulanglah ke pangkuanku

NASRUDIN HASSAN | .
1. Rasa terkilan, sedih dan berbaur pelbagai rasa mengenang Tok Guruku Ayahanda Abdul Hadi yang kini terlantar di hospital nun jauh di negara orang, sedang aku tidak mampu untuk pergi menziarahinya. Hanya sekadar mengirim salam melalui orang yang mampu pergi menziarahi tokoh Daei ummah itu. Entahkan salamku sampai atau tidak? Entahkan Tok Guru perasan aku menitip salam dan doa buatnya atau tidak? Aku tidak tahu dan ia membuatkan diri ini makin sedih dan sayu.

2. Tok Guru bagai ayahku sendiri biarpun ia bukan ayah kandungku. Aku membesar di mihrab ilmunya dan Tok Gurulah sumber inspirasiku sejak remaja, tempat aku menadah ilmu wahyu di Masjid Rusila. Aku juga sempat menghadam sebahagian besar buku Ma'alim Fit Toriq dari bimbingan ayahanda Tok Guru sewaktu aku berkampung di Rusila suatu ketika dahulu. Kefahaman Islam yang diterapkan oleh Tok Gurulah menyebabkan aku meninggalkan pengajianku di Sekolah Menengah Marang ke Pondok Pasir Tumbuh bagi mendalami urusan agama dan perjuangan Islam ini. Kerana aku mahu menjadi seperti Tok Guru.

3. Kini Tok Guruku telah dimamah usia dan lebih mencerut rasa apabila Tok guru terlantar di hospital sementara aku terpaksa mengatur pelbagai aktiviti santai dan rehlah bersama anak isteri bagi meredakan resah dan rasa pilu ekoran hilang upaya untuk terbang ke Istanbul menziarahi Tok Guru. Aku selidik harga tiket dan sekurang-kurangnya aku perlukan  RM3500 untuk sampai ke sana. Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada Geng Ustaz yang bertungkus lumus memungut dana dari anggota Geng Ustaz bagi menghantar aku ke Instanbul. Tapi jauh disudut hati ini, tak sanggup pula aku menyusahkan sahabat-sahabat Geng Ustaz yang sememangnya bekerja keras mencari dana untuk urusan kebajikan ummah serta program pencerahan agama kepada masyarakat. Biarlah wang itu digunakan untuk kepentingan yang lebih umum.

4. Aku terus mendoakan Tok Guru agar segera sihat dan segera pulang. Sungguh aku merinduimu Tok Guru. Entah mengapa? Tiba - tiba sahaja hati ini diserang rasa rindu yang tidak tertahan. Air mata deras mencurah sehingga anak dan isteri kehairanan, untuk siapa kesedihan itu. Ya Allah... Bilakah Tok Guru akan pulang? Cepatlah balik... Jangan lama-lama di sana, aku merinduimu. Ya Allah... Kurniakan keafiatan buat Tok Guru! Kerana aku yakin ummah masih memerlukan bimbingan dan pimpinan Tok Guru,  biarpun  ramai juga memusuhi Tok Guru malah bergembira apabila Tok Guru sakit begitu. Demi Allah! Pulanglah Tok Guru, aku sanggup mendepani musuh-musuh itu bersamamu bagi menegakkan Islam dan syariatnya di bumi bertuah ini.

5. Secara zahirnya, aku tidaklah rapat dengan Tok Guru sebagaimana rapatnya Dr Samsuri setiausaha politiknya kerana beliau selalu mengiringi Tok Guru ke mana sahaja. Bukan aku tidak mahu mendampingi Tok Guru sepanjang masa. Tuhan sahajalah tahu perasaan ini, betapa aku ingin mendampingi sepanjang masa sehingga aku juga dapat rasa keberuntungan sahabatku Ustaz Khalil yang menjadi anak kandung Tok Guru. Begitulah aku juga sangat cemburu dengan keberuntungan milik sahabatku Ust Nik Mohd Abduh yang menjadi anak kandung kepada Tok Guru Nik Aziz. Ya Allah... Sebetulnya, Aku tidak mahu kehadiranku disamping Tok Guru mengganggu rehat dan keselesaannya. Aku tak banyak berbual dengan Tok Guru kerana aku bimbang tersalah cakap lalu mengguris perasaannya. Aku tidak berhujjah mempertahankan kepimpinan dan keputusan Tok Guru dihadapannya kerana aku bimbang meninggi suara dihadapannya lalu menjatuhkan air mukanya. Aku hanya berlagak biasa dihadapannya sedang aku mahu menjadi orang yang dekat dan rapat dengan Tok Guru seperti dekat dan rapatnya sahabat se"Besut"ku Dr Samsuri.

Ya Allah ! Bawalah pulang Tok Guru ke pangkuanku segera! Aku sedang menanti penuh kerinduan!

Presiden PAS Telah dibenar Keluar Wad

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dibenar keluar dari wad pagi semalam selepas keadaan kesihatannya semakin baik, kata setiausaha politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dr Samsuri memaklumkan perkara berkenaan melalui laman Facebook  milik Abdul Hadi pada petang Jumaat.

"Alhamdulillah Tuan Guru telah dibenarkan keluar dari wad hospital pada pagi ini. Beliau juga dinasihatkan oleh doktor pakar di hospital supaya berehat beberapa hari sehingga pulih sepenuhnya untuk pulang ke Malaysia dalam masa yang terdekat ini," tulis Dr Samsuri.

Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul minggu lepas setelah mengadu sesak nafas. Beliau kemudian dipindahkan ke wad biasa pada Selasa selepas keadaannya beransur pulih.

Ahli Parlimen Marang itu dinasihatkan supaya menjaga pengambilan makanan dan minuman serta berehat sepenuhnya dalam tempoh yang akan dinilai dari semasa ke semasa.

Abdul Hadi bersama Dr Shamsuri dan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,  Dr Syed Azman Syed Nawawi berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM) yang berpengkalan di Istanbul.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR