Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 6 June 2014

Puad minta Johor tangguh pembentangan rang undang-undang pemberian kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.


KUALA LUMPUR 6 Jun - Kerajaan negeri Johor digesa menangguhkan pembentangan rang undang-undang baharu dalam si­dang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini berhubung pemberian kuasa kepada Sultan Johor untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Gesaan secara peribadi itu disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) yang tidak mahu isu tersebut dieks­ploitasi dan dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Malah tegasnya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu mengkaji dan meneliti atau menyemak semula rang undang-undang berkenaan, supaya segala kekeliruan dapat diperbetulkan.

"Sebagai rakyat Johor, saya dengan hati nurani saya mencadangkan, kalau boleh pembentangan itu (rang undang-undang) pada Isnin ini ditangguhkan dahulu dan kita minta supaya ini dikaji, diteliti dan disemak semula.

"Tak perlu terburu-buru. Tetapi apa pun, prinsipnya kita mesti mempertahankan konsep Raja Berperlembagaan yang telah termaktub sekian lama, iaitu ada pembahagian kuasa antara sistem monarki (beraja) dan eksekutif. Ini penting supaya keberkesanan sistem ini berterusan dan kita boleh menjadi sebuah negara yang bersatu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan kerajaan negeri Johor untuk membentangkan satu rang undang-undang baharu dalam sidang DUN Isnin ini yang akan memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Melalui rang undang-undang untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu, jika diluluskan, ini memberi kuasa kepada baginda untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang seterusnya terlibat dalam pembangunan hartanah di negeri itu.

Bagaimanapun, cadangan tersebut menimbulkan banyak persoalan kerana dilihat boleh membuka peluang kepada pihak tertentu mengeksploitasikan institusi raja-raja.

Mohd. Puad menambah, pimpinan tertinggi UMNO Johor perlu memainkan peranan berhubung isu terbabit, termasuk memberikan pandangan mereka kepada pentadbiran negeri.

"Saya juga meminta, sebarang perkara berkaitan rang undang-undang terbabit, kerajaan negeri perlu mendapatkan input daripada UMNO Johor. Akan ada pihak yang cuba mengambil peluang untuk mengelirukan rakyat, terutama berkaitan institusi beraja. Kita nak orang hormat institusi itu. Oleh itu, eloklah ditangguhkan," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memetik khutbah Jumaat di Masjid Putrajaya berhubung ‘agama dimartabatkan, raja didaulatkan’, bersempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, esok.

"Khutbah itu jelas bahawa sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen merupakan sistem terbaik untuk negara ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR