Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 21 October 2012

Bagaimana Menjadi Atau Memilih Ahli Politik Yang Baik

" Allah didahulukan, barulah rakyat dapat diutamakan"

 Sekadar Hiasan Dan Tiada Bersangkutan Dengan Artikal Asal

Bagaimana menjadi ahli poltik yang baik? Niat semata-mata tidak akan menjamin seseorang menjadi ahli politik yang baik. Langkah susulan adalah dengan melaksanakan niat itu dengan baik. “Baik” di sini bermaksud mematuhi syariat Allah. Maksudnya mesti memilih jalan yang halal dalam melaksanakan urusan politik.

Niat yang baik tidak menghalalkan sebarang cara. Niat yang baik mestilah dilaksanakan dengan cara yang baik. Jangan sekali-kali terlibat dengan perkara-perkara yang haram, mungkar dan dosa dalam melaksanakan cita-cita politik. Jangan kerana tamak akan kuasa, kita melayan apa yang disukai oleh majoriti manusia walaupun terlibat dengan dosa!

Perbuatan mencaci, menghina dan memperkecil-kecilkan musuh politik tidak wajar dilakukan dengan mengetepikan adab-adab Islam. Utamakan usaha memberi penerangan dan penjelasan tentang matlamat atau apa-apa yang hendak diperjuangkan berbanding mencaci lawan. Mengkritik, menegur malah menyalahkan pihak lain boleh dilakukan, tetapi hendaklah dalam batas-batas syariat dan akhlak Islamiah.

Baik sesama rakan seperti atau dengan orang yang berbeza parti, kita seharusnya menjaga hati agar tidak dibolosi oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam, marah, tamak dan lain-lain. Untuk mendapat kuasa tidak salah, tetapi tempuhilah jalan yang benar yakni dengan bekerja keras memenuhi amanah Allah dan masyarakat, bukan dengan cara menyogok, mengancam dan menipu. Ingat selalu, kuasa bukan matlamat tetapi hanya alat.

Untuk itu, ahli-ahli politik Islam mesti mendalami ilmu-ilmu tentang pengurusan, pentadbiran dan perhubungan, menguasai cara berfikir yang tajam dan cepat serta berlatih cara bercakap dan berucap dengan berkesan agar mesej politik dapat difahami dengan baik. Mereka juga perlu banyak membaca, bergaul dan mendengar untuk mempertingkatkan ilmu dan kemahiran memimpin.

Ahli politik muslim mesti mendalami ilmu agama, psikologi, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain selaras dengan amanah yang dipikul. Kebolehan menjadi pendengar yang baik, empati dan peka dengan apa yang disuarakan atau apa yang tidak disuarakan oleh rakyat ialah kemahiran tertinggi untuk melonjakkan karier politik secara terpuji.

Paling penting, sentiasalah mengutamakan Islam dan rakyat berbanding kepentingan diri dan parti. Jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat, duduklah bersama rakyat serta dengarlah suara hati mereka. Jangan jadi wakil rakyat yang jarang bersama-sama rakyat. Sabar, berkorban, prihatin, empati, pemaaf dan pemurah ialah sifat-sifat yang perlu ada jika anda ingin menjadi ahli politik yang baik.

Paling penting jagalah solat. Jika kita mengabaikan solat, kita tetap “Jahat” di sisi Allah walaupun segunung kebaikan kita berikan kepada manusia. Ia tidak boleh diabaikan walaupun sesibuk manapun urusan politik anda. Jangan pula mesyuarat menyebabkan anda luput waktu solat.

Hendaklah diingat, ibadah asas inilah yang akan memberi kekuatan jiwa, kelapangan fikiran dan ketenangan urusan politik dengan lebih efektif, produktif dan kreatif lagi. Ingatlah, sesiapa yang menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan manusia.

Gunakan kuasa selaras dengan tujuan Allah kurniakannya. Allah berikan kuasa dengan tujuan berbakti kepada manusia, maka berbaktilah, bukan menyombong diri. Janji menabur bakti kepada manusia bergantung kepada sejauh mana kita menunaikan janji kepada Allah. Apabila Allah didahulukan, barulah rakyat mampu diutamakan. Tunaikan janji kita dengan Allah, insya-Allah dia akan membantu kita menunaikan janji kita sesama manusia.

Wallahhuaqlam.
Dipetik daripada : Solusi 48,September 2012

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR