Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 4 August 2013

Tiada Perbezaan Ketara Antara Perayaan Aidil Fitri, Krismas dan Perayaan-perayaan Lain di negara Kita!

Adalah Rasulullah saw apabila menjelang sepuluh malam terakhir Baginda mengikat perutnya yakni tidak bergaul bersama isteri-isterinya , dan Baginda menghidupkan malam (dengan sembahyang sunat, berzikir, beristighfar, membaca Al-Quran dan sebagainya) serta Baginda pada malam-malam terakhir membangunkan ahli keluarganya (untuk turut serta memperbanyakkan amal).
 
MENGGILAP AKHIR RAMADHAN

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِيْ وَفَّقَ عِبَادَهُ الْمُؤْمِنِيْنَ ِلأَدَاءِ اْلأَعْمَالِ الصَّالِحَاتِ
أََشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلاَّ اللهُ شهادة أَرْجُوْ بِهَا رَفِيْعَ الدَّرَجَاتِ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ صَاحِبُ اْلآيَاتِ وَالْمُعْجِزَاتِ
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. قال الله تعالى :وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ(٦٩) 

Dan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh (mencari keredhoan) Kami maka pasti akan ditunjuki mereka jalan-jalan yang menyampaikan kepada maksudnya. Dan sesungguhnya Allah senantiasa orang yang kekal melakukan kebaikan. – Al-Ankabut : 69

Sidang Jemaah Yang Berbahagia,

Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari kita telahpun berada di penghujung bulan Ramadhan. Bermakna tidak lama akan bergemalah takbir kemenangan yang bakal dilaungkan oleh seluruh umat Islam. Namun! satu perkara yang perlu kita sedar ialah Ramadhan masih belum berakhir, pun begitu umat Islam dilihat sudah pun mula mengubah rentak dan watak lakunya. Dulu di awal Ramadhan masjid dan surau penuh dengan kunjungan manusia, sama-sama menunaikan solat secara berjemaah tapi sejak akhir-akhir ini suasana bertukar menjadi agak lengang dan sepi. Kalau dulu kita banyak menghabiskan masa berzikir, bertasbih, berselawat dan membaca Al-Quran, kini kita lebih banyak memperuntukkan waktu ke pasar raya dan pusat-pusat membeli belah. Dalam masa yang sama kita juga melihat radio dan televisyen sudah mula mengalunkan lagu-lagu raya, kaum wanita sibuk dengan segala macam resepi kuih muih dan anak-anak muda dihangatkan pula oleh media cetak dan elektronik dengan pelbagai hiburan dan tayangan filem yang istimewa. Hasilnya, Ramadhan yang sepatutnya dipenuhi dengan amal dan ibadah khususnya pada 10 hari terakhir ini telah pun dilupa dan dipinggirkan. Kerana yang kita nampak sekarang bukan lagi Ramadhan tetapi anak bulan Syawal atau disebut sebagai Aidil Fitri. Jadi berpuasanya kita hari ini tak ubah seperti puasanya kanak-kanak kecil yang berpuasa tapi matlamatnya adalah raya, bukan lagi berpuasa untuk mencapai sifat taqwa dan bukan lagi berpuasa yang tujuannya untuk membebaskan diri dari lilitan hawa nafsu. Justeru mari kita tukar budaya dan tradisi yang telah lama mendarah daging ini, marilah kita sama-sama menggilap kembali sinar Ramadhan yang hampir luntur kilauannya. Sepatutnya kita mesti menjadikan amalan di akhir-akhir Ramadhan ini lebih baik dari amalan di permulaannya.

Sidang Jumaat Sekelian,

Rasulullah saw amat ghairah menantikan kedatangan 10 Ramadhan yang terakhir. Ketika itu segala bentuk aktiviti-aktiviti keduniaan dikurangkan, segala urusan yang melibatkan hubungan sesama manusia dihadkan, malah yang menjadi tumpuan ialah amalan atau ibadah-ibadah yang berbentuk khususiah. Hal ini dapat kita lihat melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari Siti Aisyah r.a:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرَ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Adalah Rasulullah saw apabila menjelang sepuluh malam terakhir Baginda mengikat perutnya yakni tidak bergaul bersama isteri-isterinya , dan Baginda menghidupkan malam (dengan sembahyang sunat, berzikir, beristighfar, membaca Al-Quran dan sebagainya) serta Baginda pada malam-malam terakhir membangunkan ahli keluarganya (untuk turut serta memperbanyakkan amal).

Dan dalam satu hadis yang lain pula berbunyi :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ – رواه الشيخان

Daripada Aishah Radhiallahu Anha, isteri rasulullah SAW menyatakan bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan sehinggalah baginda kembali kepada Allah. Kemudian isteri-isteri baginda juga beriktikaf selepas itu.

Sidang Jumaat Sekelian,

Begitulah sikap yag ditunjukkan oleh Rasulullah saw dalam mendidik umatnya supaya pandai menghargai dan merebut peluang yang ada di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Contoh teladan tersebut telah diikuti dan dihayati sepenuhnya oleh para sahabat, tabien serta mereka yang tahu betapa kehidupan diakhirat itu jauh lebih baik dan kekal berbanding kehidupan di dunia ini.

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,

Dengan penjelasan tersebut sayugialah kita menilai kembali. merenung dan menghitung apakah kita termasuk di kalangan mereka yang dapat menghidupkan akhir Ramadhan ini. Apakah dulu kitalah antara orang pertama yang datang ke masjid bersama-sama menunaikan solat fardhu, sama sama menunaikan solat terawih, berselawat dan berdoa tapi bila tiba akhir Ramadhan masjid dan surau mula jauh dari pandangan kita, solat yang dulunya dilakukan secara berjemaah kini hanya dikerjakan bersendirian bahkan lebih malang dari itu apabila ada di antara kita yang langsung mengabaikan solat fardhu. Begitu juga kalau dulu di awal Ramadhan kitalah orang yang pernah berazam, bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada agamanya tapi kini semangat yang pernah kita suarakan itu sudah tidak terasa lagi kehangatannya bahkan telah tercicir jauh pada pertengahan Ramadhan yang lalu. Kalau dulu kita boleh mendisplinkan diri kita dengan membaca Al-Quran, berzikir, bertafakkur dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW tapi kini Al-Quran sudah kembali ke tempat asalnya. Waktu berzikir sudah diganti dengan kekalutan menyediakan persiapan raya, waktu bertafakkur sudah tidak mendapat ruang, tidak ada lagi masa untuk mengenang siksa kubur, tidak ada waktu lagi untuk kita mengenang hari pembalasan kerana semua itu secara tidak sedar telah dihiasi dengan keseronokan, hiburan dan gelak ketawa bersama ahli keluarga.

Hadirin sekelian,

Sekali lagi mari kita nilai apakah situasi yang saya gambarkan tadi berlaku pada diri kita. Sekiranya ia berlaku maka apakah kita sedar. Sekiranya kita sedar maka apakah pula tindakan yang akan kita ambil atau kita hanya menganguk-anggukkan kepala apabila diperingatkan tapi bila kita pulang ke rumah kita lupa dan kita terus dengan budaya lama kita. Apa yang paling dibimbangi ialah budaya ‘raya sebelum habis puasa ini’ akan diwarisi pula oleh generasi kita yang akan datang kerana itulah amalan yang kita pamerkan kepada mereka hari ini. Sebab itu kita masih belum terlambat. Marilah kita sama-sama penuhkan kembali masjid dan surau-surau sekitar kita. Kita meriahkan semula suasana akhir Ramadhan ini dengan meneruskan pembacaan Al-Quran, teruskan berzikir, teruskan berselawat dan tingkatkan amalan. Jadikanlah Ramadhan yang berbaki ini jangan sekali-kali kita penuhi dengan program yang melalaikan. Jangan sekali-kali Ramadhan yang semakin berakhir ini kita cemarkan dengan melakukan maksiat terhadap Allah. Kita tidak mahu amalan yang kita lakukan di awal dan pertengahan Ramadhan dahulu lenyap begitu saja disebabkan kecuaian dan kealpaan kita di akhir Ramadhan ini.

Tegasnya, kita yang hadir hari ini, yang sama-sama mendengar, jangan hanya sekadar mendengar. Yang paling penting adalah kesedaran dan susulan dari kesedaran itulah yang akan menghasilkan perubahan. Namun kalau selepas ini suasana masih kekal seperti sedia kala malah bertambah lupa pula kita kepada Allah dan semakin hilang selera kita untuk beramal maka itu bererti kita tidak faham dengan apa yang dikatakan dan kita sebenarnya tidak tahu menilai betapa akhir Ramadhan ini cukup tinggi nilainya disisi Alah swt. Akhir sekali saya ingin nyatakan, tidak salah kita menanti kedatangan Syawal dengan persiapan yang terbaik tapi jangan sampai kita letakkan Ramadhan hanya berada di tapak kaki kita. Tidak salah kita menyambut Aidil Fitri dengan suasana gembira dan ceria tapi ingatlah kegembiraan yang melampaui batas adalah tanda-tanda bagi orang yang membesarkan dunia dan nafsu bukan membesarkan Allah swt.


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ
وَالَّذِيْنَ صَبَرُوْا ابْتِغَآء َوَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوْا الصَّلوة وَأَنْفَقُوْا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَءُوْنَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

Dan mereka yang sabar kerana mengharapkan keredhaan tuhan mereka semata-mata dan mereka mendirikan sembahyang serta membelanjakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka samada secara sembunyi ataupun secara terang-terangan dan mereka menolak kejahatan dengan cara melakukan kebaikan. Mereka itulah disediakan balasan yang baik di Hari Akhirat. – Ar-Ra’du : 22

أَشْهَدُ أَن لاَ ِإلــهَ إلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عبادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.


Sidang Jumaat sekelian,

Marilah kita berusaha melakukan perubahan sempena Ramadhan pada tahun ini. Jika selama ini kita tidak pernah melakukan Qiamullail maka inilah peluang bagi kita untuk melakukannya walaupun selepasnberakhirnya Ramadhan. Jika kita jarang meninggalkan Sunat Witir sepanjang Ramadhan maka teruskanlah melakukannya walaupun sesudah berlalunya Ramadhan. Jika kita sanggup berjemaah Terawih sepanjang Ramadhan maka teruskanlah berjemaah dalam Solat Fardhu sesudah tamatnya Ramadhan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،

اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

Ya Allah,

Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang membantu saudara segama mereka samada dengan kekuatan senjata, kekuatan harta benda termasuk yang mencurahkan tenaga dan idea untuk membantu saudara-saudara mereka.


Ya Allah Ya Rahim,

Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka menunaikan menunaikan zakat dan memberi bantuan kepada Umat islam yang memerlukan. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
 

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang http://www.4shared.com/

ABU: Tiada bezanya Hari Raya Aidil Fitri, Hari Krismas dan Hari raya kaum-kaum lain jika penganut Islam hanya membesarkan makan, persiapan juadah raya, Fesyen dan kecantikan, pesta membelibelah dan hiburan semata-mata. Berapa keratkah penganut Islam yang memenuhi dan mengimarahkan rumah-rumah ibadah menjelang akhir Ramadhan?

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR