BOSTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki di sini, yang menculik kanak-kanak dan telah mengunci mereka di dalam penjara bawah tanah, merogol dan memakan mangsa, hendaklah dipenjarakan sekurang-kurangnya 27 tahun, kata pihak berkuasa persekutuan kepada mahkamah.

Geoffrey Portway mengaku bersalah pada bulan Mei kerana memiliki gambar pornografi kanak-kanak dan mengedar serta berniat untuk melakukan jenayah keganasan, menurut dokumen mahkamah itu.

Dia dijadual akan dihukum pada 17 September ini.

"Portway telah mengaku bersalah terhadap beberapa jenayah yang paling keji dan kejam yang diketahui masyarakat kita," pendakwa raya persekutuan menulis dalam cadangan hukuman.

Bagaimanapun, peguam kepada pesalah yang berusia  40 tahun itu menyatakan kepada CNN, anak guamnya " hidup dalam dunia fantasi" dan tidak ada bukti bahawa dia menganiayai kanak-kanak.

Portway menggunakan nama panggilan "Fat Longpig" semasa berchatting, menurut dokumen mahkamah.

Perbualan chatting itu telah meletakkan Portway pada radar skrin polis.

Apabila rumahnya di Worcester diperiksa tahun lepas, pihak berkuasa mendapati puluhan ribu imej komputer dan video pornografi kanak-kanak dan berlaku 4,500 pertukaran di antara Portway dan orang-orang yang berchatting dengannya di online.

Imej termasuk kanak-kanak yang dimasak  dan disediakan untuk dimakan, kata dokumen mahkamah.

Pihak berkuasa juga mendapati kawasan bawah itu dikunci, menurut dokumen mahkamah.

Gambar yang diambil pada hari Portway ditahan, dan dikeluarkan oleh pendakwa, menunjukkan tangga kayu di tingkat bawah menuju ke bilik kalis bunyi.

Ia dilengkapi dengan sangkar logam serta lubang bulat untuk diberi makan, sebuah meja keluli berkarat yang digunapakai, serta pelbagai peralatan logam.

Sebuah keranda bersaiz kanak-kanak yang diperbuat daripada papan lapis turut ditemui.-SINAR