Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 3 November 2013

PRK Sungai Limau, BN Yakin Menang. Angin Perubahan Sedang Melanda? Lihat Beberapa Fakta dan Auta Sebelum Menjelang Hari Pengundian Esok.

JERAI 3 Nov. - Hari terakhir kempen hari ini menyaksikan keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau esok.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, angin kemenangan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim itu telahpun dirasai parti itu hari ini.

"Angin sudah meniup ke arah BN kerana jentera kita termasuk saya berjaya masuk tembusi semua kubu Pas. Dari pertemuan, mereka (penyokong Pas) berkata, akan membantu kerana mereka lihat kesungguhan dan keikhlasan kita termasuk di kawasan-kawasan pengundi Cina yang saya lihat ada petanda lebih positif, ke arah membantu BN.

"Jadi ini perkara yang utama sedang berlaku di sini dan saya fikir atas sebab itu insya-allah kita dapat kejayaan," kata Muhyiddin.

Beliau ditemui dalam sidang akhbar di Markas BN DUN Sungai Limau selepas mempengerusikan mesyuarat dengan jentera kempen BN yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Alhamdulillah saya berasa cukup berbangga dengan jentera BN dan sudahpun siap sedia untuk menghadapi PRK esok," kata Muhyiddin.

Dalam sidang akhbar itu, Muhyiddin turut menjawab tuduhan pembangkang kononnya BN terlibat dengan kejadian patung provokasi yang digantung semalam.

"BN di sini telah pun membuat laporan polis, kita telah nafikan. Kita tidak buat kerja-kerja bodoh seperti itu yang tentunya membangkitkan kemarahan.

"Kita tidak akan timbulkan sentimen kebencian, itu bukan cara kita. Pastinya ia bukan perbuatan kita dan saya tak tahu siapa, tapi mereka fikir bila buat begitu orang akan marah BN. Orang marah siapa-siapa pun tetapi ini bukan cara kitalah," tegas beliau.

Menurut Muhyiddin, selepas sekian lama terlibat dalam kempen pilihan raya, BN mengetahui segala taktik kempen 'reverse psychology' yang digunakan pembangkang termasuk menimbulkan kebencian terhadap BN.

"Kami tak pernah terperangkap. Saya banyak pengalaman hadapi pilihan raya jadi kita tahu bagaimana caranya.

BN akan bercakap perkara yang betul kerana rakyat pandai, jangan rendahkan kebijaksanaan rakyat kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan," tegas Muhyiddin.

TPM yakin BN mampu tawan kerusi DUN Sungai Limau
JERAI 3 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) akan mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil kawasan itu, esok.

Katanya, jentera BN sudah berjaya menyakinkan pengundi berhubung dasar perjuangan kerajaan dan apa matlamat BN untuk menang selain mahu membantu supaya kawasan Sungai Lima dapat dibangunkan.

``Kita tidak kira sesiapa, kalau jadi pengundi mereka akan terus dibantu… berilah peluang kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim kerana kita sudah dapat kepastian daripada Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir bahawa beliau sendiri akan memberi tumpuan kepada wakil rakyat baru BN itu supaya kawasan ini tidak terus tertinggal,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis taklimat tertutup jentera BN di Bilik Gerakan BN di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau yakin angin sudah meniup ke arah BN berikutan kejayaan jentera parti itu menembusi semua kubu-kubu Pas.

``Dalam pertemuan kita dengan penduduk di kawasan tersebut, ia memberi keyakinan bahawa mereka akan membantu kita. Mereka tertarik dengan kesungguhan dan keikhlasan BN,'' katanya.

Mengenai pengundi Cina, beliau berkata, sudah ada tanda-tanda positif kaum itu ke arah membantu BN.

``Ini perkara utama yang kita lihat dan berdasarkan kepada faktor itu insya-Allah, kita boleh mencapai kejayaan,’’ katanya.

Ditanya berhubung kenyataan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan parti itu akan menang dalam majoriti sekitar 500 undi, Muhyiddin berkata, BN juga mempunyai angka tersendiri berdasarkan kajian di peringkat akar umbi.

``Tetapi saya telah beritahu jentera dalam tempoh beberapa jam sehingga habis pembuangan undi esok, ia adalah tempoh paling kritikal, kita minta mereka terus bekerja keras untuk berjumpa pengundi sehingga tengah malam ini,'' katanya.

Angin Perubahan Sedang Melanda

YAN 3 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, angin perubahan kini sudah bertiup di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk memberi laluan kepada wakil Barisan Nasional (BN) menjadi wakil rakyat di DUN itu.

Keyakinan Timbalan Perdana Menteri ini berikutan respons positif yang diterima jentera BN setelah masuk ke setiap kawasan di DUN itu termasuk beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS.

"Daripada pertemuan kita, mereka (pengundi) memberi keyakinan akan membantu kita kerana mereka lihat kesungguhan kita, keikhlasan kita. "Termasuk di kawasan-kawasan pengundi Cina, yang saya lihat sudah ada petanda positif ke arah membantu BN.

Jadi saya fikir atas dasar itu kita boleh mencapai kejayaan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat tertutup jentera BN di Bilik Gerakan parti gabungan itu di Sungai Limau Dalam di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi BN berkata, beliau berbangga dengan gerak kerja jentera BN yang telah bersiapsiaga menghadapi hari pengundian PRK DUN Sungai Limau esok.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beberapa jam terakhir sebelum kempen tamat tengah malam ini adalah tempoh kritikal dan beliau mahu jentera memperkuatkan usaha bertemu para pengundi serta merayu sokongan mereka.

Katanya, pelbagai respons telah diberikan BN terhadap isu setempat termasuk membaiki 416 rumah usang penduduk menerusi Yayasan Felda dan Giat Mara dengan perbelanjaan lebih RM3 juta.

Muhyiddin sekali lagi menyeru masyarakat DUN Sungai Limau agar memberi sokongan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim kerana beliau yakin bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu mampu menjadi wakil rakyat yang berkesan di kawasan berkenaan.

Mengulas mengenai penyerahan borang keanggotaan UMNO oleh lebih 300 penduduk di DUN Sungai Limau yang kebanyakannya penyokong PAS semalam, Muhyiddin menafikan mereka dibayar untuk melakukannya.

"Memang waktu ini ada orang PAS sudah kecewa. Bukan sahaja tentang apa yang telah berlaku dalam parti mereka, kelemahan dari segi pentadbiran, pembangunan terbiar, jadi ini membuatkan mereka merasa marah.

"Bila mereka lihat waktu ini, mereka nak sertai (BN), tak jadi masalah bagi kita, tak perlu kita bagi wang dan sebagainya," tegasnya.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri turut membidas PAS kerana mendakwa jentera BN sendiri meminta pengundi tidak keluar mengundi esok, yang disifatkannya sebagai ’reverse psychology’ untuk menang pilihan raya.

"Tapi kami tak pernah terperangkap, kerana saya sendiri telah banyak pengalaman menghadapi pilihan raya. Tapi bagi BN kita cakap perkara betul, yang hak, kerana rakyat ini pandai," katanya.

Muhyiddin berkata, parti-parti politik tidak boleh memandang rendah pengetahuan pengundi kerana mereka lebih arif apa yang mereka mahukan.- BERNAMA/UTUSAN. 

KENYATAAN MEDIA ILHAM CENTRE
POLA PENGUNDIAN DALAM PILIHAN RAYA KECIL N20 SUNGAI LIMAU
PAS DIJANGKA BERTAHAN DENGAN MAJORITI LEBIH KECIL

Rajah 1 - Demografi I 

Selepas menghampiri saat-saat akhir tempoh berkempen, asas sokongan pengundi kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh UMNO/BN sekitar 45-47 peratus.

Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau.

Sepanjang kajian ini dijalankan faktor identifikasi parti yang terlalu menebal di kalangan pengundi menyumbang kepada pengekalan undi PAS di sini. Dalam pilihan raya kecil ini, jelas pertembungan langsung antara PAS dan UMNO, bukan Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.

Rajah 1 - Demografi II 

ILHAM Centre membuat kajian lapangan bermula 28 Oktober dan berakhir pada 1 November 2013 dan berjaya menemubual secara tatap muka dengan 602 responden di kesemua 19 daerah mengundi dalam N20 Sungai Limau. (Rujuk rajah 1: Demografi Pengundi).

Kajian ini menfokuskan untuk menilai pendapat di kalangan pengundi berdaftar bagi membekalkan dapatan yang komprehensif, mempunyai hubungkait serta mewakili pandangan populasi di DUN Sungai Limau ini. Kajian ini sebagai rujukan bagaimana dan kenapa pengundi berdaftar mereka menentukan sikap dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau 2013.

Identifikasi parti dan pengaruh pondok


Rajah 2 

Berdasarkan dapatan kajian, pengundi N20 Sungai Limau cukup tegar dan setia di atas faktor identifikasi parti mengatasi faktor-faktor lain. Faktor ini menyumbang 81 peratus diambil kira oleh pengundi berbanding faktor calon 12 peratus dan faktor isu hanya 4 peratus sahaja. (Rujuk Rajah 2).

Sumbangan pengaruh dua buah pondok iaitu Pondok Bukit Besar dan Pondok Pak Ya Junid yang mana merupakan antara tokoh pengasas PAS Kedah berjaya mengasaskan tapak sokongan masyarakat kepada PAS yang kuat.

Dapatan kajian membuktikan bahawa pengundi yang tinggal di daerah mengundi sekitar pondok-pondok tersebut merupakan kubu kuat kepada PAS seperti daerah mengundi Bukit Besar, Bukit Choras, Gelam Tiga, Batu 16, Permataang Buloh dan Sungai Dedap. Kawasan ini sukar dtembusi oleh UMNO untuk menafikan majoriti besar yang diperolehi PAS dalam DUN ini.

Manakala daerah mengundi yang jauh dari jangkauan pengaruh pondok seperti Dulang Kechil, Dulang Besar, Sungai Kering dan Sungai Daun kelihatan pengaruh UMNO lebih menyerlah berbanding PAS.

Terdapat daerah mengundi yang sentiasa berubah pola sokongan dan menjadi rebutan silih ganti di antara PAS dan juga UMNO seperti daerah mengundi Sedaka, Ulu Sedaka, Simpang Tiga, Kabu Sepuloh dan Sungai Limau.

Pola sokongan PAS di daerah mengundi Padang Lumat pada tradisinya adalah kubu kuat PAS berlaku perubahan ketara ekoran berlaku krisis dalaman PAS kawasan.

Antara keunikan kawasan ini ialah peratusan pengundi atas pagar (fence sitter) amat kecil sekitar 11 peratus sahaja berbanding di kawasan-kawasan lain yang kebiasaannya mencecah 30 peratus.

UMNO underdog tetapi agresif

Dapatan kajian menunjukkan UMNO/BN yang turun berkempen dalam situasi underdog kelihatan cukup agresif menggunakan segenap instrumen dan kekuatan jentera. Manakala PAS pula menggunakan mengggunakan strategi bertahan kerana yakin dengan kesetiaan pengundi untuk kekal dengan PAS.

Rajah 3 

Penilaian pola sokongan pengundi tidak berlaku anjakan ketara berdasarkan tiada pengumuman lompat parti bagi kedua-dua pihak. Senario ini mengukuhkan bahawa pengundi Melayu selesa dengan mengekalkan status quo pilihan parti mereka.

Merujuk kepada soalan ILHAM Centre kepada pengundi berkaitan dengan pengekalan status sokongan pilihan parti sama seperti pilihan raya umum ke-13 yang lepas, 85 peratus mengakui akan mengekalkan sokongan mereka. (Rujuk Rajah 3).

Menyedari hakikat itu, jentera UMNO kelihatan begitu agresif menerusi kempen pemimpin-pemimpin parti, sayap Wanita, dan Puteri berusaha memecahkan pola sokongan pengundi di kubu kuat PAS.

Ini dibuktikan apabila UMNO berjaya menganjurkan program rasmi kerajaan di kedua-dua pondok yang menjadi teras sokongan PAS selama ini. Pemecahan tradisi ini ialah merupakan kejayaan besar kepada jentera UMNO dan fenomena baru kali ini.

Faktor Azizan dan Mukhriz

ILHAM Centre mengukur indikator tinggalan pengaruh Tan Sri Ustaz Azizan Razak memang ketara dan kukuh. 68 peratus responden menyifatkan Azizan mempunyai sumbangan dan pengaruh yang besar di sini. Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang sangat prihatin dan merakyat tanpa mengenal perbezaan parti. Antara jasa besar yang diakui oleh pengundi ialah Azizan berjaya meredakan pertembungan keras yang menjadi tradisi UMNO-PAS di kawasan ini.

Ini menyebabkan kedua-dua jentera pilihan raya menggunakan faktor Azizan dalam kempen mereka. Paling mengejutkan UMNO menganjurkan majis tahlil rasmi dan mencetak kain rentang menyedekahkan al-Fatihah sebagai elemen menarik simpati pengundi yang memberi undi di atas faktor Azizan.

Selain itu ILHAM juga mengukur pengaruh Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir dalam pilihan raya ini. Merujuk kepada tahap kepuasan hati pengundi kepada kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan beliau menunjukkan pengaruh berada tahap 38 peratus. Pengundi mengukur dan menilai pengaruh Mukhriz berdasarkan kesungguhan beliau turun padang menemui pengundi sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Faktor calon, Azam mendahului Dr Sohaimi

Walaupun faktor calon hanya 12 peratus dinilai oleh pengundi, namun ini tetap signifikan dalam pilihan raya kecil ini. Jika dibandingkan calon PAS dan calon UMNO/BN, ternyata calon PAS mempunyai kelebihan yang ketara.


Rajah 4 

Kekuatan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samad lebih dikenali oleh pengundi sebelum pilihan raya kecil lagi sebanyak 50 peratus berbanding calon UMNO/BN, Dr Sohaimi Lazim sebanyak 36 peratus sahaja. Dr Sohaimi hanya dikenali selepas pengumuman calon BN dilakukan. (Rujuk Rajah 4).

Kelebihan Azam pada kaca mata pengundi ialah dipilih berdasarkan latar belakang pengajian agama (43 peratus), berasal daripada parti yang sama dengan pengundi (38 peratus) dan berasal daripada keluarga ulama Pondok Bukit Besar (17 peratus) menyumbang sokongan kepada calon ini. (Rujuk Rajah 5).

Rajah 5 

Dr Sohaimi pula kekuatanya terletak kepada sokongan asas penyokong BN (33 peratus) disebabkan beliau calon yang berada di luar senarai perkiraan pengundi sebelum ini. Selain itu beliau juga dilihat oleh pengundi mempunyai kelebihan kelulusan tinggi (16 peratus). (Rujuk Rajah 5).

Isu-isu nasional dan lokal memberi kesan minima

Sepanjang pengamatan berdasarkan data kuantitatif, pengundi di Sungai Limau menyifatkan isu-isu nasional mahupun setempat tidak memberikan kesan besar penilaian kepada mereka untuk mengubah pola pengundian.

Rajah 6 

Isu-isu yang dimainkan oleh pihak media perdana elektronik mahupun bercetak bersumberkan kenyataan-kenyataan pemimpin kedua-dua parti dilihat gagal mempengaruhi mereka. Sebagai contoh isu dakwaan TPM mengaitkan kematian Azizan yang mengidap diabetes dengan kenaikkan harga gula tidak mengurangkan sokongan kepada kepada calon UMNO (28 peratus) manakala isu superimpose calon PAS bersama Azizan juga tidak menjejaskan sokongan kepada calon PAS (19 peratus). (Rujuk Rajah 6).

Namun pengundi di sini sedikit terkesan dengan perkara yang dekat dan terbeban kepada mereka. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian yang menunjukkan mereka terkesan dengan kenaikan harga minyak (73 peratus) dan harga keperluan barangan (56 peratus). (Rujuk Rajah 7).

Rajah 7 

Walaupun demikian faktor ini tidak mampu mempengaruhi pengundi untuk mengubah pendirian mereka kerana faktor pilihan pengundi berdasarkan parti mengatasi faktor-faktor lain.

Rebutan di daerah mengundi marginal

Kempen kelihatan berlaku persaingan sengit di antara jentera PAS dan UMNO di enam daerah mengundi marginal iaitu Sedaka, Kabu Sepuloh, Padang Lumat, Simpang Tiga, Sungai Daun dan Selengkoh. Daerah mengundi marginal ini merujuk kepada keputusan pilihan raya lepas yang mana memperlihatkan kedua-dua parti memperolehi undi majoriti tipis.

Kajian ini mengenal pasti kedua-dua jentera rancak menumpukan usaha untuk meraih undi di lokaliti-lokaliti ini. Kempen menerusi kaedah konvensional digunakan pada tahap maksimum oleh jentara UMNO dan PAS.

ILHAM mengajukan soalan untuk mengukur jenis kempen yang efektif kepada pengundi di kawasan ini dan memperlihatkan kaedah ziarah rumah ke rumah dianggap kaedah paling berkesan kepada mereka.

Rajah 8 

Kempen ziarah rumah ke rumah oleh jentera UMNO disaingi rapat oleh PAS dengan peratusan 80 peratus (UMNO) berbanding 74 peratus (PAS). UMNO jelas ke hadapan dalam segmen keadah kempen menggunakan media massa terutamanya televisyen (84 peratus), radio (49 peratus) dan akhbar harian (74 peratus).

PAS pula hanya bergantung kepada kaedah tradisi mereka iaitu ceramah umum (38 peratus), ceramah kelompok (34 peratus) dan pengedaran risalah calon (39 peratus). (Rujuk Rajah 8)
Walaupun begitu, keadaan pengundi kelihatan menerima baik kedua-dua belah jentera namun perubahan sokongan tidak ketara.

PAS dijangka bertahan dengan majoriti lebih rendah

Prediksi ILHAM Centre berdasarkan respon pengundi terhadap undi yang akan diberi kalah menang antara kedua-dua parti ini, PAS mendahului dengan peratusan sebanyak 48 peratus dan BN berada di aras 42 peratus dan bakinya adalah sebanyak 10 peratus yang masih belum membuat keputusan. (Rujuk Rajah 9).

Rajah 9 

Peratusan undi ini diukur kepada pengundi yang berada di dalam kawasan pilihan raya tanpa melibatkan sekitar 7 peratus pengundi yang berada di luar kawasan.

Pengundi Cina ketika kajian ini dilakukan kelihatan berhati-hati dalam membuat keputusan kali ini. Undi Cina disifatkan mendekati model pilihan rasional (rational choice model) yang mengambil kira aspek untung rugi, faedah serta impak kepada komuniti mereka. Semua pertimbangan ini mengambil kira survival ekonomi masyarakat ini dalam membuat keputusan politik kali ini.

Kelebihan PAS ialah mempunyai undi asas penyokong tegar dan setia parti di dalam kawasan yang tinggi ditambah dengan kelebihan peratus pengundi yang berada di luar kawasan dilihat condong kepada PAS atau atas kepentingan Pakatan Rakyat.

BN kelihatan optimis untuk menang dalam pilihan raya kecil ini berasaskan beberapa elemen yang kelihatan memberi peluang untuk menang. Antaranya ialah asas sokongan penyokong tegar dan setia parti kekal, serangan jentera yang berjaya membuat penetrasi di kubu kuat PAS dan di daerah mengundi marginal serta komposisi pengundi muda yang tinggi yang dianggap condong menyokong mereka.

LATAR BELAKANG KAJIAN

ILHAM Centre menggunakan stratified random sample dalam survei ini:

Kekuatan pendekatan ini adalah kebolehupayaan untuk meluaskan perbandingan sampel dengan maklumat demografi yang absah di samping mengekalkan pemilihan sample secara rawak. Perwakilan stratifikasi ini ditetapkan mengikut;

a) Daerah Mengundi
b) Umur
c) Parti
d) Gender

Persampelan yang direka bentuk ini bertujuan untuk mendapatkan perwakilan menyeluruh daripada pengundi berdaftar yang berada di dalam buku daftar pemilih di DUN N20 Sungai Limau.
Metode persampelan ini merangkumi;

a) 602 sampel pengundi berdaftar dengan menggunakan kaedah temubual tatap muka dengan salah seorang pengundi berumur 21 tahun ke atas yang menepati stratifikasi yang telah ditetapkan bagi sesuatu peti undi.

b) Senarai daftar pemilih menerusi buku yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membekalkan alamat yang lengkap dan angka responden yang tepat di dalam kawasan persampelan.

c) Setiap sesi temubual yang tidak berjaya akan digantikan dengan responden lain di dalam lokaliti yang sama,

MENGENAI ILHAM CENTRE

ILHAM CENTRE ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. ILHAM CENTRE juga mempelopori kajian khusus pola pengundian di dalam siri-siri kajian pilihan raya secara tatap muka. Bacaan sikap, tendensi pengundi, dan prediksi menang kalah pilihan raya dilakukan secara konsisten sejak mula ditubuhkan. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan kajian dasar.

PERHUBUNGAN
Muhamad Hisommudin Bakar
Pengerusi Eksekutif ILHAM CENTRE
019 550 2000
hisommudin@gmail.com

RM100 tak 'cukup' beli undi ahli Pas

YAN - Hanya kerana wang RM100, seorang ahli Pas di Dun Sungai Limau telah diperalatkan oleh ahli Umno apabila diminta menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dalam satu majlis, dekat sini, malam tadi.

Pesuruhjaya Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menerima aduan tersebut menyifatkan, taktik kotor yang diguna pakai Umno sebelum hari pengundian esok membuktikan parti itu mempunyai moral pekerti yang rendah, semata-mata untuk meraih simpati pengundi di kawasan tersebut.

"Baru sekarang Umno teringat 'skrip' lama itu dan mereka gunakan pelbagai taktik termasuk umumkan ahli Pas masuk Umno pada hari terakhir berkempen, malam tadi.

"Sungguh murah (nilainya) kalau hendak jadi ahli Umno dengan menawarkan wang RM100.

"Kita beritahu ahli Pas supaya jangan menolak pemberian itu, boleh ambil (imbuhan) tetapi kena kekalkan undi dan sokongan kepada Pas esok hari," katanya kepada pemberita di Markas Induk Pas Parlimen Jerai, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut berhubung 351 orang termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai Umno kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan ini.

Borang keahlian mereka diserahkan wakil setiap cawangan dari Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama kepada Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kampung Kabu 10, dekat sini, malam tadi.

Sementara itu, salah seorang ahli Pas yang turut menyertai Umno secara beramai-ramai, Ismail Said, 53, mendakwa beliau diperalatkan dan hanya menerima wang 'imbuhan' selepas beliau menyerahkan borang keahlian Umno kepada Jamil Khir, di luar majlis tersebut.

Katanya, pada mula beliau tidak mencurigai apa-apa dengan pemberian wang tersebut selepas diminta mengisi borang sebelum layak menerima insentif itu.

"Saya tidak tahu menahu wang itu, kawan saya minta saya isi nama kemudian pergi ke Sungai Limau untuk ambil duit itu," dakwanya.

Ketika ditanya pemberita tindakan susulan selepas diperalatkan, beliau tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan tegas termasuk melaporkan kepada pihak polis dan perundangan.

Ismail menegaskan sokongan dan undi beliau terhadap Pas tidak akan berubah sejak menyertai parti politik itu seawal 20-an usianya.- SINAR.

Fitnah

YAN - Seorang lagi pemimpin Pas menerima mesej berbaur fitnah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) menjelang PRK Dun Sungai Limau, pagi tadi.

Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mesej tersebut mungkin dilakukan oleh tangan-tangan hitam sama yang pernah melakukan perbuatan itu kepada tiga pemimpin Pas negeri Kedah dan seorang pemimpin Pas Pusat, baru-baru ini.

Beliau berkata, mesej tersebut pada awalnya telah diterima oleh Setiausaha Muslimat Pas Kawasan Jerai, Zulinda Khamis, kira-kira 9.15 pagi.

Mesej itu menyebut, “kepada pengundi Dun Sungai Limau, sebelum mengundi sila ke Unit Peti Undi (UPU) Pas masing-masing untuk mengambil wang tambang sebanyak RM120 seorang. Terima Kasih daripada Penyelaras PRK Mohd Firdaus Jaafar”.

“Pada jam kira-kira 10 pagi, beliau (Zulinda) telah menelefon saya dan memaklumkan mesej yang beliau terima daripada nombor 019395XXXX. Itu bukan nombor saya dan apabila saya menelefon semula nombor itu, namun tiada jawapan.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak terlibat dalam perbuatan itu. Tambahan pula, dakwaan mengatakan saya adalah Penyelaras PRK juga tidak betul. Saya bukan berada di posisi itu tetapi saya berada di satu unit yang diamanahkan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Selepas mendapat khidmat nasihat daripada peguam peribadi, Mohd Jaafar menegaskan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Saya menafikan mesej ini dan berharap pengundi-pengundi yang menerima mesej ini ataupun siapa saja, yakinlah bahawa ini adalah fitnah yang dicipta reka oleh musuh.

“Ini bukan agenda kita (Pas) dan saya tidak terlibat secara langsung dalam PRK pun. Mana kita nak cari dana untuk bayar tambang seperti yang didakwa, ini tidak logik. Semua pengundi dibayar RM120 adalah fitnah yang cukup hebat kepada saya sebagai bekas ahli Parlimen Jerai,” katanya. SINAR.
 salah satu bahan fitnah / sindiran


Fitnah atau Fakta?

Ustaz Azam Calon PAS Sg Limau Yang Aku Kenali...

Orangnya santun berbudi bahasa tinggi, tidak pernah bersuara keras, senang ketawa, mudah tersenyum, teratur bahasanya. Mudah ditegur, sering merujuk dan bertanya jika terasa kurang di mana-mana.


Dia menimba ilmu di Al-Azhar Mesir dan Syiria, ilmunya terjelma menyerlah dalam akhlaknya.


Saya mula merasi auranya ketika dia mengimamkan solat subuh pada pagi jumaat, sewaktu aktiviti tamrin Dewan Pemuda PAS Kedah di Masjid kampung saya sekitar tahun 2006. Suaranya lunak dan ringan membaca surah As-Sajadah dan Surah Al Insan, jarang sekali mendengar bacaan seumpamanya.Tidak terasa panjangnya surah-surah itu, kerana tarikan lunak suara dan kefasihan lafaz-lafaznya.


Ayahnya sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan dia bersama ibu dan adik-adiknya. Dia penyayang seperti ibunya, yang pernah beberapa kali menyambut panggilan telefon...


"Assaamualaikummm! Nak cakap dengan Azam kaaa?"


"Ya mak cik, Azam ada mak cik"


" Maaf laa nak, Azam tak dakk, dia keluaq sat pi kedai. Nama anak ni sapa? Satgi dia balik mak cik suruh dia telepon balik"


"Saya Sanusi mak cik, kawan dia dalam dewan pemuda"


" Ooo... Sanusi yang telepon hari tuu... Ada hal mutahak ka Sanusi? Tak pa naaa, satgi mak cik bagitau Azam Sanusi telefon"


"Ok mak cik, Assaamualaikum!"


"Waalaikumussalammmm!"


Sebeum meletakkan telepon ibunya siap berpesan " Adik! Sat lagi abang balik bagitau dia Sanusi telepon dia, suruh dia telepon balik.


Telefon saya masih di telinga gara-gara sambutan keibuan yang sangat menarik di talian, sayang untuk ditamatkan.


Demikian ibunya, demikianlah Ustaz Mohd Azam! Maka, sepanjang dalam Dewan Pemuda, dia diamanahkan mengendalikan pengurusan Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) yang melibatkan 12,000 pelajar pra sekolah, ribuan guru dan pengelola PASTI seluruh Kedah. Sekolah-sekolah PASTI berkembang pesat dan teratur dibawah pimpinannya. 
Dia mewujudkan koperasi dan pusat jualan untuk menambah dana membantu guru-guru PASTI yang bergaji rendah. Majlis Guru PASTI (MGP) aktif dan cergas merencana berbagai program dibawah kelolaaan Ustaz Azam. Pelajar makin bertambah, guru-guru makin ramai, kokurikulum juga semakin hebat.


Usaha pentingnya ialah membantu menambah pendapatan guru-guru tanpa membebankan waris dengan kenaikan yuran. 
Setiap kali meneliti dan mendengar laporan tentang PASTI, dada sebak dengan kesungguhannya, dan kepala menjadi berat membayangkan kepayahan yang ditempoh oleh Ustaz Azam dan warga PASTI. Sukar mencari orang yang memiliki kesanggupan bertaraf tinggi seperti Azam!


Ustaz Azam sebelum menjadi Ketua Pemuda Jerai, dia berkhidmat di banyak posisi sama ada dalam pemuda dan MTD. 
Dia sentiasa ada di markaz. Sepanjang saya berkhidmat dengan Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN dan YDP PAS Jerai, yang terkenal dengan 'cengey' dan tegas, sukar berkompromi dengan kesilapan dan sentiasa mahukan hasil tugasan yang paling baik.Ustaz Azizan tidak pernah meninggikan suara dengan Ustaz Azam, di depan atau belakangnya.


"Azam tu budak baik tuuu..."


" Azam tu budak betoiii, beraluihh dengan orang tua-tua..."


Pada waktu lain, Ustaz Azizan menzahirkan belas kasihnya kepada Ustaz Azam.
"Kesian Ustaz Azam tuu...ayah dia tak dak dah... Nak urus menikah kahwin nanti tentu susah...nasib dia macam aku la jugak lahh! Untunglah siapa dapat menantu macam dia...orangnya baik sangat-sangat."


Ustaz Azam Samat telahpun dipilih memikul amanah menjadi calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ustaz Azizan. Sg Limau bertuah, dan masyarakatnya bakal beruntung sekali lagi kerana kelahiran susuk-susuk hebat ini dari buminya, menumpahkan khidmat dan limpahan anugerah Allah kepada watannya. 
Dialah pengganti Ustaz Azizan yang menghampiri kesempurnaan, dari semua sudut - kecuali Ustaz Azam tidak garang! Dia paling cocok dengan Sg Limau yang pernah mengirimkan TG Hj Yahya Joned, TG Ustaz Azahari dan Ustaz Azizan ke Dewan Undangan Negeri Kedah. Mereka semuanya adalah tokoh ilmuan dan aset besar kepimpinan di Kedah.


Sehingga kini, selepas bersahabat bertahun-tahun, Ustaz Azam masih memanggil saya "Abang Sanusi" walaupun jarak usia kami hanya dua tahun. Bertuahlah ibunya, adik-adiknya, sahabatnya, pimpinannya dan masyarakat yang bakal dipimpin oleh Ustaz Azam....Calon PAS DUN Sg Limau. Semoga dia tabah dan berupaya mengharungi amanah besar ini untuk ummah. Siiru 'ala barakatillah.


Ditulis oleh: Muhammad Sanusi Md Nor, Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah ( Bekas Su Ustaz Azizan)

 Kuda tunggangan?

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR