Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 6 December 2013

Kematian Nelson Mandela : Malaysia Ucap Takziah


KUALA LUMPUR:  Kerajaan dan rakyat Malaysia  semalam menyampaikan ucapan simpati mendalam serta takziah kepada kerajaan dan rakyat Afrika Selatan atas kematian bekas presiden Nelson Mandela.         
Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar berhubung kematian Mandela berkata kematian bekas presiden itu bukan sahaja suatu kehilangan besar bagi Afrika Selatan dan benua Afrika, tetapi juga dunia.              
"Pemergian mendiang presiden Nelson Mandela akan amat dirasai kerana pengaruh dan sumbangan beliau dalam perjuangan menuntut hak-hak kesaksamaan, kemanusiaan dan keamanan.               
"Kekuatan sikap, ketabahan dan kualiti kepimpinan yang beliau miliki menepati cabaran yang dihadapi Afrika Selatan dalam perjuangan menentang rejim aparteid dan menuntut kemerdekaan," kata kenyataan itu.          
Katanga kerajaan dan rakyat Malaysia juga menyampaikan perasaan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Mandela atas kehilangan anggota keluarga tersayang. 
"Seluruh rakyat Malaysia berharap keluarga mendiang Mandela dan rakyat Republik Afrika Selatan akan memperoleh kekuatan dalam menghadapi saat-saat memilukan ini," kata kenyataan itu.              
Menurut kenyataan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mewakili kerajaan Malaysia untuk memberi penghormatan terakhir kepada Mandela.             
Mandela, 95, meninggal dunia di kediamannya di Johannesburg pada Khamis malam setelah bergelut dengan jangkitan paru-paru sejak sekian lama.              
Dalam penghormatan beliau kepada Mandela, pengerusi Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Tan Sri Razali Ismail berkata bekas presiden itu akan menjadi sumber ilham yang amat bernilai kepada dunia.
"Mandela meninggalkan satu legasi tentang kebebasan, kesaksamaan dan perdamaian yang tiada tolok bandingnya melalui pendirian beliau yang begitu komited terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan sosial, bukan sahaja di negaranya, tetapi juga melepasi sempadan negara itu," katanya dalam satu kenyataan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR