Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 16 February 2014

Misteri Kehilangan Penolong Pegawai Daerah Terjawab Dengan Penemuan Mayatnya


KUALA TERENGGANU 17 Feb. - Tanda tanya mengenai kehilangan Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda terjawab apabila mayatnya ditemui di Sungai Berang dekat Tajin, Hulu Terengganu, kira-kira 11.45 pagi ini.

Wan Hariff Rafany, 35, yang berasal dari Besut dan bertugas di Bahagian Pengambilan Balik Tanah lebih dua tahun lalu dilapor keluar bersendirian dari kediaman di kuarters kerajaan di Kuala Ibai di sini selepas Subuh kelmarin.

Difahamkan, isteri mangsa yang bimbang setelah mangsa tidak pulang sehingga lewat petang hari yang sama dan gagal dihubungi telah membuat laporan polis sebelum gerakan mencari dijalankan. - UTUSAN.


'Arwah sepatutnya pulang Sabtu lalu'


"Sepatutnya dua hari lepas dia sudah balik kampung tapi dia tangguhkan," kata bapa kepada Penolong Kanan Pentadbir Tanah Wan Hariff Rafany Wan Muda yang ditemui mati di Sungai Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.
    
Wan Muda Wan Ibrahim, 64, berkata anak kedua daripada lapan beradik itu sepatutnya pulang ke Besut Sabtu lepas, namun dia menangguhkan hasrat itu kerana hendak menghadiri kenduri di Kuala Terengganu.
    
Katanya, kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di sini, beberapa hari sebelum arwah dilaporkan hilang.
    
"Masa tu saya tengok dia macam biasa sahaja. Tak ada apa-apa perubahan pun baik dari segi sikap dan perwatakan.
    
"Tak sangka itu kali terakhir saya berjumpa dengannya," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Beliau menyifatkan anaknya itu seorang yang pendiam namun mesra dengan adik-beradiknya yang lain.
    
Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui oleh sekumpulan remaja yang sedang memancing di sungai itu kira-kira pukul 10.30 pagi.  
    
Allahyarham sebelum itu dilaporkan hilang dari rumah oleh isterinya kira-kira pukul 6 pagi Sabtu sebelum kereta Audi A4 milik mangsa dijumpai kira-kira pukul 9.30 malam hari yang sama di hadapan loji air Syarikat Air Terengganu (Satu) di Kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
    
Mengulas lanjut mengenai peribadi anaknya yang telah berkhidmat di pejabat tanah daerah selama hampir sembilan tahun termasuk beberapa daerah lain, Wan Muda berkata, beliau yakin anaknya itu tidak bermusuh dengan sesiapa.
    
"Anak saya ini memang suka senyum tapi dia tak banyak cakap. Saya tahu kejadian ini pun selepas dimaklumkan oleh seorang rakannya kira-kira pukul 11 pagi tadi," katanya yang redha dengan pemergian arwah.
    
Wan Hariff Rafany yang berasal dari Kampung Raja, Besut menetap di Kuala Ibai, di Kuala Terengganu bersama isterinya, seorang guru di sebuah sekolah di Marang.
    
Arwah meninggalkan dua cahaya mata - Wan Iman Nasyriq, 4, dan Wan Nor Sofea Hanna, 6, di samping isteri.   
    
Polis masih menunggu laporan bedah siasat. -Bernama





No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR