8 Mei 2012
Adun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamad mengemukakan usul mengikut Peraturan 34 (viii) untuk merujuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkaunan dan hasutan semalam.
Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan berbunyi "kuil Hindu akan dirobohkan jika Umno kembali memerintah Pulau Pinang".
Abdul Halim menolak isu itu dengan alasan Guan Eng hanya menyebut "akan terancam" dan bukan dirobohkan apabila merujuk kepada verbatim kenyataan itu dan bukan usul perlu disegerakan, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
Berikutan itu, Azhar membantah keputusan itu dan menganggap Speaker tidak bersikap adil dan mengambil keputusan meninggalkan Dewan dan dIikuti oleh 10 Adun lain.
No comments:
Post a Comment