Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 11 August 2012

15 Kerusi Parlimen Sarawak dan 30 Kerusi DUN Sabah Dalam Bahaya

Bekas menteri sambut Anwar di Sarawak

Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar.

Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah. Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur.
Anwar disambut hangat oleh penyokong di airport.

Melihat kepada kehadiran begitu ramai memberi gambaran semangat PKR Sarawak kini semakin memberangsangkan. Antara yang menyambut ketibaan Anwar, penasihat PKR Sarawak Hafsah Harun, pengerusi Baru Bian, peimpinan pemuda, wanita dan ketua-ketua cabang.

Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu.

Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN.

Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tengah hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah.

Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang. Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyap menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh?

Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi DUN Sabah kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar teraju pemerintahan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UMNO Barisan Nasional seolah-olah tidak terkata apa-apa.

Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini.

Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah.



Sumber: http://pkrl.blogspot.com/

Sabah dan Sarawak juga mahukan perubahan?

Aspan Alias, 11 Ogs 2012
Sejak beberapa minggu yang lepas Sabah menjadi negeri masyarakat politik dan dengan pengisytiharan dua orang MP BN keluar daripada BN sudah menyebabkan Sabah menjadi negeri yang akan pasti menghadapi krisis bagi BN dan itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Dengan apa yang berlaku di Sabah itu semua pihak melihat Najib sebagai pemimpin yang sudah hilang keyakinan dari Sabah.
Krisis yang sedang dihadapi oleh Najib dan BN yang dipimpinnya itu sudah mula merebak di Sarawak pula. Sebenarnya Sarawak merupakan negeri yang paling mudah untuk mengambil keputusan meninggalkan BN kerana di Sarawak tidak ada UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. UMNO dan BN sudah begitu rapuh dan keadaan ini tidak memungkinkan BN Sarawak pimpinan PBB juga mempunyai keyakinan terhadap BN pusat pimpinan Najib.

Sarawak mampu untuk mengambil sikap bersendirian kerana Najib dan kepimpinan UMNO tidak mempunyai hubungan dengan UMNO. Parti-parti di Sarawak hanya menjadi anggota BN dan jika 14 ahli Parlimen PBB mengambil sikap untuk menyokong BN usaha itu amat mudah dilakukan. Jika PBB, PRS dan SPDP mengambil sikap yang ‘independent’ dan tidak bersama BN mereka tetap boleh mentadbir negeri itu tanpa ada hubungan dengan UMNO. Parti-parti BN di Semenanjung tidak wujud di Sarawak pada hakikatnya.

Yang penting bagi 3 parti yang bergabung di dalam BN Sarawak boleh berdiri sendirian tanpa BN pusat dan mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat khususnya DAP yang mempunyai kekuatan di kawasan bandar di negeri itu.

Di Sarawak hanya parti-parti di dalam Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR dan sedikit kehadiran PAS dan ini memudahkan parti-parti dalam gugusan BN Sarawak untuk mengambil sikap bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Kalau kepimpinan Sarawak hendak mengelakkan mereka daripada ditolak oleh rakyat maka menyertai PR adalah jalan yang selari dengan kehendak rakyat di sana. Jika parti-parti di Sarawak tidak menyertai PR maka parti-parti itu terpaksa berhadapan dengan tekanan dari rakyat sendiri dan ini akan menambah masalah untuk mengekalkan kewajarannya untuk kekal di hati rakyat Sarawak.

Perlu diingat bahawa kaum Cina di Sarawak pada hakikatnya sudah menolak SUPP parti yang dahulunya didominasi oleh kaum itu, telah mengambil sikap untuk menyokong DAP dan Pakatan Rakyat dan jika Taib serta pimpinan yang lain masih kekal dengan BN pusat maka mereka sendiri akan dihanyutkan oleh ombak perubahan yang sudah merata di negara ini termasuk di Sarawak.

Ramai dapat merasakan keadaan di Sarawak dan Sabah ini akan menyebabkan BN kehilangan kubu-kubu kuat mereka (BN) dan ia juga akan menambah keyakinan ramai bahawa pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling bersejarah kerana buat pertama kalinya BN yang sudah memerintah begitu lama akan menghadapi kekalahan di tangan rakyat. Tetapi kekalahan BN itu tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana dalam demokrasi kemenangan dan kekalahan itu sudah menjadi perkara biasa.

Rakyat serius dalam mencari kelainan melalui perubahan kuasa kerana perubahan itu merupakan perkara penting dalam pembinaan negara. Perubahan wajib berlaku dan tidak ada bukti yang nyata setakat ini yang menunjukkan bahawa dalam sesuatu demokrasi lambat laun parti yang memerintah akan mengambil giliran untuk menjadi pembangkang.

Walaupun UMNO mempunyai formula untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat tetapi pimpinan keseluruhan parti itu tidak mahu untuk melakukannya kerana tamakkan kuasa dari ingin melihat parti itu relevan pada mata rakyat.

Semua orang tahu yang formulanya ialah dengan mengambil sikap ‘drastic’ dengan keseluruhan pimpinan tertinggi parti mengundurkan diri dan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang berpengalaman dan diterima oleh rakyat berbilang kaum, bukannya setakat diterima oleh ahli-ahli UMNO sahaja.

Perlu kita terima kenyataan bahawa penolakan rakyat terhadap UMNO itu adalah kehendak pimpinan UMNO itu sendiri bukannya saja-saja rakyat menolaknya. Seperti mana parti-parti kerajaan yang besar-besar di dunia ini UMNO juga adalah parti yang telah menjadi sebuah parti dalam mana pemimpin-pemimpinnya telah kufur nikmat yang ketara.

Rakyat sudah hilang kesabaran setelah menahan ragam dan laku UMNO selama ini. Rakyat sudah tidak mampu untuk memujuk hati-hati mereka untuk memaafkan apa yang telah dilakukan oleh UMNO sejak tiga dekad yang lalu.

Sekarang rakyat terpaksa melakukan perubahan dan perubahan itu adalah wajib untuk menyelamatkan negara daripada terjerumus ke lembah kehancuran. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR