Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli yang kesal dengan tindakan itu berkata, Biro Mahasiswa AMK bersama kepimpinan mahasiswa seluruh negara dan Unisel akan merangka demonstari aman jika tindakan ini berterusan.
“Penubuhan Sekretariat Hapus Syarikat Kroni, Selamatkan Unisel (Hapus) bakal ditubuh bagi memastikan rundingan baru yang lebih adil antara Unisel dan Jana Niaga dapat dilaksanakan, serta menarik balik tindakan menzalimi mahasiswa ini serta merta,” katanya dalam kenyataan.
Saifullah berkata, tindakan terdesak syarikat kroni Umno itu berpunca daripada perjanjian berat sebelah yang ditandatangani bersama Barisan Nasional Selangor.
“Tindakan terdesak ini membabitkan syarikat Jana Niaga yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Umno Selangor.
“Syarikat kroni Umno ini memegang konsesi hostel Unisel dengan perjanjian berat sebelah, menzalimi mahasiswa dan pihak Unisel. Perjanjian cekik darah ini dilakukan sewaktu pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno Barisan Nasional (BN),” ujarnya.
Baru-baru ini, kira-kira 1,000 pelajar Unisel dilaporkan tidak dapat memasuki hostel mereka kerana Jana Niaga mendakwa Unisel tidak membayar hutang RM15 juta.
Tindakan Jana yang mementingkan wang ringgit itu langsung tidak memikirkan nasib dan soal keselamatan pelajar.
“Seperti mana cubaan kebudak-budakan Umno sewaktu menangani isu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), mahasiswa Unisel turut diugut untuk tidak diberi pembiayaan.
“Tindakan yang sama juga diambil oleh Umno dalam isu hostel mahasiswa Unisel untuk tidak dibenarkan mendiami hostel,” kata Saifullah.
http://www.utaranews.com/
No comments:
Post a Comment