Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 16 August 2012

Madrasah Ramadhan - MANUSIA RABBANI ATAU RAMADHANI

Khutbah Jumaat - 28 Ramadhan 1433 H / 17 Ogos 2012

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :
وَٱتَّقُوا۟ يَوْمًۭا لَّا تَجْزِى نَفْسٌ عَن نَّفْسٍۢ شَيْـًۭٔا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَـٰعَةٌۭ وَلَا يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌۭ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٤٨﴾

Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. Al-Baqarah : 48.


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah !

Bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Suasana sambutan hari raya sudah begitu terasa dengan pelbagai persiapan yang kita lakukan. Marilah kita sama-sama menghitung diri samada tarbiah sebulan Ramadhan telah mampu menundukkan hawa nafsu atau kita yang semakin tunduk pada hawa nafsu dan syaitan. Apakah masjid dan surau masih meriah sebagaimana sebulan yang berlalu atau kembali menjadi banguan sepi yang diisi oleh generasi yang sedang menunggu mati. Apakah amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersolat witir dan sebagainya semakin bertambah, terus istiqamah atau semakin lemah. Apakah kita semakin menjaga makan minum kita agar tidak bercampur dengan yang haram atau syubhat sebagaimana kita bertahan meninggalkan makanan dan minuman yang halal sebulan Ramadhan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita wajib berusaha untuk menjadi hamba Allah yang taat sepanjang tahun iaitu manusia Rabbani (رَباَّنِي) bukan setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu manusia Ramadhani (رَمَضَانِي).

Marilah kita berazam untuk menunaikan puasa sunat 6 hari bulan Syawal sebagai menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ- رواه مسلم
Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesuai dengan sambutan hari raya pada tahun ini yang masih dalam susana sambutan hari Kemerdekaan Negara maka marilah kita sama-sama melihat perbezaan antara dua golongan iaitu golongan Rabbani (رَباَّنِي) dan golongan Ramadhani (رَمَضَانِي). 

Golongan Ramadhani (رَمَضَانِي) adalah yang menjadi hamba kepada Ramadhan. Berakhirnya Ramadhan bermakna bebasnya mereka daripada siksaan selama sebulan dan mereka menggunakan kebebasan yang diperolehi sebebas-bebasnya. Golongan ini hanya tahu bergembira dalam menyambut Aidil Fitri sebagaimana mereke bergembira menyambut perayaan lain samada perayaan agama lain, hari mengingati kekasih dan sebagainya. Mereka menzahirkan keseronokan dengan sambutan yang melambangkan kebebasan secara mutlak sehingga membebaskan diri dari terikat dengan hukum hakam Allah.

Bagi golongan Rabbani mereka sentiasa menjadi hamba Allah samada sepanjang sebulan Ramadhan mahupun sesudah berlalunya Ramadhan. Apa sahaja perayaan dan keraian yang mereka raikan, hukum hakam Allah tetap menjadi batas dan sempadan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita masih menghadapi masalah di jalan-jalan raya setiap kali tibanya Aidl Fitri. Kebanyakkan kita menjadi manusia yang berbeza apabila berada di atas jalanraya. Kita berubah dari bapa yang penyayang, dari anak yang taat dan sopan, dari jemaah masjid yang warak dan dari pemimpin yang berwibawa kepada pemandu yang gopoh, tergesa-gesa dan panas baran ketika berada di atas jalanraya. Walaupun banyak faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan jalanraya, namun faktor kecuaian manusia dan sikap gopoh mereka tetap menjadi pencetus utama. Walaupun kita percaya kepada qada’ dan qadar yang sudah ditentukan Allah, namun sebahagian daripadanya secara zahirnya dilihat dapat dielakkan jika tolak ansur dan hati-hati menjadi amalan manusia.

Mengikut statistik PDRM, bagi tahun 2010, jumlah kematian akibat nahas jalanraya adalah sebanyak 6,872 orang dengan purata 19 kematian sehari. Dari jumlah tersebut sebanyak 4,036 kematian adalah penunggang motosikal. Bagi tahun yang sama, Negeri Perak mencatatkan jumlah kematian ke-3 tertinggi iaitu sebanyak 820 orang.

Sidang Jumaat sekelian,

Akhlak yang mulia bukan sahaja dilihat pada kehidupan bermasyarakat, namun ianya merangkumi akhlak kepada tuhan dan ihsan kepada alam. Adab dan akhlak dalam masa perjalanan sama sahaja hukumnya dengan adab dan akhlak dalam bermasyarakat. Kesombongan kita kerana kelajuan dan kehebatan kenderaan masing-masing tidak pernah menjadikan kita manusia hebat dan dimuliakan dalam masyarakat. Penegasan Allah dapat dilihat dalam Surah Al-Isra’ ayat 37 :

وَلاَ تَمْشِ فِي الأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولاً   - الأسراء : ٣٧
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ للهِ اْلقَائِلِ :
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى اْلأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلاَمًا   - الفرقان : ٦٣

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang jahil biadab kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Janganlah kita jadikan Aidil Fitri pada tahun ini sebagai hari raya paling menyedihkan dalam hidup kita. Pesankanlah kepada anak-anak kita yang akan balik dari dari perantauan dan yang akan kembali ke kota selepas hari raya nanti agar sentiasa berhati-hati dan mengingati insan-insan tercinta. Nyawa mereka amat diperlukan bagi berjuang mempertahankan kedaulatan Bangsa, Negara dan Agama, bukan berjuang mencari kehebatan di jalan raya. Mudah-mudahan Aidil Fitri tahun ini tidak sama dengan tahun-tahun sebelumnya, dengan kegembiraan yang sepenuhnya tanpa sebarang nahas dan mala petaka.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ, وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Ghafarullah Lahu.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

Teks asal khutbah ini juga boleh juga dimuat turun dari laman www.4shared.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR