skip to main |
skip to sidebar
‘Fatwa’ haram: DAP buat laporan polis
GEORGE TOWN, 9 OGOS: Laporan polis telah dibuat terhadap lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, berikutan berita muka depannya semalam yang memetik pendapat seorang guru pondok yang mendakwa haram hukumnya bagi orang Islam menyokong DAP.
Laporan polis tersebut dibuat oleh Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, bagi meminta pihak polis bertindak ke atas Utusan kerana menyebarkan hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Ia juga bertujuan mengelak daripada sebarang kekeliruan dan ancaman yang mungkin timbul akibat daripada tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab oleh Utusan Malaysia.
Satu lagi laporan polis terhadap Utusan Malaysia atas perkara yang sama dibuat di Ipoh oleh Ketua Pemuda, Wong Ka Woh.
Di dalam kenyataan medianya hari ini, Zairil berkata, “Walaupun kecewa dengan tindakan lidah rasmi UMNO, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan dengan umpan hasutan yang cuba dimainkan oleh Utusan Malaysia.
“Lagipun, suratkhabar milik UMNO ini sudah pun beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah,” ujar beliau.
Zairil mempersoalkan asas dakwaan Utusan bahawa kononnya DAP sebuah parti ‘kafir harbi’ sedangkan ia tidak pernah memusuhi mana-mana agama, malah DAP jelas mendukung agama Islam sebagai agama
Persekutuan dan pada masa yang sama memelihara kebebasan rakyat untuk mengamalkan agama lain selari dengan peruntukan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
“Umum mengetahui bahawa DAP merupakan sebuah parti pelbagai bangsa yang sah atau “halal” dari segi undang-undang. Perjuangan DAP pula berteraskan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan, kebenaran, kesaksamaan dan demokrasi, sepertimana yang diperjuangkan parti-parti rakan dalam Pakatan Rakyat yakni PAS dan Keadilan,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu wartawan dalam sidang medianya hari ini bahawa ucapan pemimpin UMNO dan MCA menentang hudud dan penubuhan negara Islam.
“Kenapa DAP sahaja yang tidak boleh disokong sedangkan ucapan UMNO dan MCA juga berada dalam kategori serupa, malah lebih menghina agama?” soal beliau.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang turut berada di dalam sidang media tersebut pula berkata bahawa laporan tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab dan bertujuan menghasut.
Menurutnya rakyat Malaysia seharusnya disatupadukan, namun Utusan sedang bertindak sebaliknya dan memperlihatkan bagaimana sebahagian daripada pemimpin UMNO begitu terdesak dan takut tewas dalam pilihanraya akan datang sehingga sanggup melakukan taktik kotor dan bahaya.
“Adakah mereka mahu mencetuskan konflik agama di Malaysia?” kata beliau, menjelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara agama (theocracy) dan DAP menerima Perlembagaan yang menjelaskan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. - Roketkini.com
JOM TAMBAH ILMU
-
Segera ganti sebelum bulan Ramadan tiba
-
Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Soalan: Ramai yang menggantikan puasa Ramadan
yang lepas pada bulan Syaaban. Apakah perbuatan itu digalakkan. Bagaimana
pula b...
1 day ago
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh
Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته
محصورة؛ هو راع في ...
7 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang.
-
SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad
kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang
membimbangkan. ...
11 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
SUMBER DAN BERITA TERKINI
Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini
-
▼
2012
(834)
-
▼
August
(63)
- Walau Disabotaj Bas Merdeka Teruskan Perjalanan
- Datuk dicekup bersama janda
- BUKAN BENDERA, TAPI KERAJAAN UMNO-BN YANG AKAN DIT...
- Hari Kemerdekaan Ke-55 Amat Istimewa Kerana "Bulan...
- Siapa Lagi Bekas Pegawai Tinggi Polis Ingin Sertai...
- Doktor Nasihat Ustaz Azizan Berehat di Hospital - ...
- “KEMERDEKAAN NEGARA : NIKMAT ALLAH YANG PERLU DIIN...
- Bagi Alasan Halau Lembu, Rogol Kanak-kanak
- Pihak Manakah Yang "Meroyan" Menjelang Sambutan U...
- Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan
- Utusan diperintah bayar gantirugi lagi
- Janji Demokrasi: 10,000 near Dataran Merdeka
- PRU13: Lajim rancang tubuh parti politik baru
- Dr Burhanuddin al-Helmy dan PAS – Bahagian I
- Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia'...
- Fakta Pilihan Raya Umum ke-12: Bilangan Kerusi Dew...
- Fathul Bari dan Ulamak UMNO Patut Juga Beri Kefaha...
- Berita Buruk Untuk Pemandu Durjana
- `Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’
- PAS serah Majlis Syura bincang isu Nasharudin
- Kefahaman bukan alasan tangguh hudud
- Utusan Sebar Berita Palsu Lagi?
- Doktor Bedah Palsu Tipu uit penderma
- Tunjong: MB mahu kawasan sawah padi dikekalkan
- Jom Menyumbang Untuk Bantu Dana Lebuh Raya Rakyat
- Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilar...
- Lebih 10,000 Tunai Solat Sunat Aidilfitri Yang Dii...
- Salam Aidil Fitri 1433 H
- Teks Khutbah Aidilfitri 1433 H
- PAS dan DAP Menurut Perspektif Islam
- Madrasah Ramadhan - MANUSIA RABBANI ATAU RAMADHANI
- Harga minimum rokok ditetapkan RM7 sekotak
- Saya berjaya 'kunci' mulut mubaligh Kristian - Tak...
- Sesetengah Ulamak Pondok dan Blogger Pro UMNO Jang...
- Catatan Mazlan Aliman Tentang Datuk Tamrin Ghafar
- Haram Dan Berdosa Sokong DAP, Jom Perangi DAP Hing...
- 15 Kerusi Parlimen Sarawak dan 30 Kerusi DUN Sabah...
- Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS
- Tarik balik sekatan, atau berhadapan demonstrasi d...
- Wanita Amerika Syarikat menang 4x100m dalam rekod ...
- Bumburing to woo Kadazandusun votes for Pakatan
- Berkahwin 22 kali sambil kelilingi dunia
- Melayu Dan Salah Satu Sikap "Bodoh" Yang Tidak Bol...
- ‘Fatwa’ haram: DAP buat laporan polis
- Pemilik restoran dirompak lelaki menyamar polis
- Merdeka: Negeri Pakatan guna tema, logo sama
- Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September
- Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai PAS
- Jom Kritik Dan Maki Guan Eng
- Lagi Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Sertai Pakatan
- Selangor bertegas ambil alih Syabas
- Kempen Mencipta Logo Alternatif Hari Kemerdekaan ...
- Kelantan lulus bonus setengah bulan
- 800 Ulama Nusantara Dijangka Berijtimak di Kota Bh...
- Yusof Taiyyob sumbang zakat melalui kerajaan negeri
- Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi
- Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit
- Hanya Umno boleh guna masjid untuk kempen
- Awang Adek saman Harakah RM10 juta
- Lagi tokoh Umno akan isytihar sertai PAS
- Tema Merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'...
- Anwar: Rafizi didakwa untuk sekat pendedahan
- Rafizi ditangkap, didakwa bawah Bafia
No comments:
Post a Comment