M Faqih, | 03 Ogs 2012 |
Program itu dikenali sebagai Ijtimak Pondok Nusantara akan menghimpunkan kira-kira 800 ulama dan pelajar aliran agama dari Thailand, Indonesia dan tuan rumah.
Program dua hari itu bermula esok dengan solat Asar berjemaah diikuti halaqat al Quran dan iftar jamaie. Dan selepas solat sunat tarawih diadakan ceramah oleh wakil Persatuan Ulama Fathoni.
Ijtimak berkenaan diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai dan akan diulas Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli dari Kedah.
Kertas kerja kedua dibentang Tuan Guru Salleh Musa dari Kedah dan diulas Ustaz Zulkifli Ismail (Melaka).
Perasmian ijtimak yang julung kali diadakan di bulan Ramadan akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah tengahari Ahad.
Jurucakap program Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pada sebelah petang akan diadakan liqa ulama nusantara dan merumuskan resolusi.
“Pada sebelah petang akan diadakan program bacaan qasidah dan Majlis Zikir Ratib Hadaad, manakala selepas solat tarawih akan diadakan ceramah khas oleh ulama dari Indonesia,” katanya.
Program tersebut juga terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi di Kelantan dan pelajar-pelajar sekolah pondok.
No comments:
Post a Comment