KOTA KINABALU - Bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Lajim Ukin bercadang menubuhkan sebuah parti politik baru yang mewakili Bumiputera Islam di Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, permohonan rasmi untuk penubuhan parti itu akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 10 hari ini.
"Sekiranya ROS meluluskan permohonan ini, maka kami akan bertanding di bawah parti baharu," kata bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu pada sidang media di sini hari ini.
Lajim, yang telah mengasaskan Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), sebuah badan bukan kerajaan, baru-baru ini, bagaimanapun enggan memberikan nama parti baru itu.
"Kami sudah mempunyai logo dan perlembagaan telah digubal... barisan kepimpinan pun sudah diatur," katanya.
Lajim, 57, berkata seandainya ROS menolak permohonan mereka maka beliau dan pengikutnya besar kemungkinan bertanding atas tiket pakatan pembangkang.
Pada bulan lepas, Lajim melepaskan jawatan sebagai Ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort dan tidak sebagai
anggota Umno.
Berikutan tindakan itu, pelantikan sebagai timbalan menteri kemudian dibatalkan. - Bernama
No comments:
Post a Comment