Menurutnya, walaupun bersedia untuk dikritik dan dimaki, ia perlu berlandaskan alasan yang betul dan bukannya membabi buta.
“Kritiklah kami (Kerajaan NegeriPulau Pinang) untuk sebab yang betul dan bukan untuk sebab yang salah. Kami mengakui kesilapan kami tetapi tidak akan menanggung dosa masa lalu.
“Kami akan bertindak terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi juga akan bertindak dengan tegas terhadap dakwaan palsu yang melibatkan integriti kami,” katanya melalui kenyataan media.
Beliau berbangga dengan kejayaan yang dikecapi selama empata tahun memerintah Pulau Pinang.
“Kita bukan sahaja berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang menikmati kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara di sudut pidato di bahagian pulau dan Seberang Perai.
“Sebagai Ketua Menteri, pintu pejabat saya sentiasa terbuka kepada masyarakat sivil Pulau Pinang dan saya mengalu-alukan untuk mendengar dan berdiskusi dengan rakyat,” katanya.
Guan Eng mengakui Pulau Pinang tidak mudah untuk ditadbir serta diperintah,namun berusaha untuk melakukannya dengan baik
No comments:
Post a Comment