KUALA LUMPUR, 1 MEI: Selepas pemergian ‘Harimau Jelutong’, seorang lagi pejuang rakyat, Ahli Parlimen DAP Teluk Intan Seah Leong Peng meninggal dunia pagi tadi.
Menurut laman Facebook rasmi DAP, Seah, 48 meninggal dunia akibat penyakit barah hempedu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam laman twitternya menyatakan kesedihan berhubung pemergian mendiang.
“Di Hospital Universiti. Seah meninggal pada jam 7.45 pagi selepas sakit yang berpanjangan. (Kami) kehilangan pemimpin DAP yang baik dan setia. RIP,” katanya.
Rakan komponen Pakatan Rakyat, PKR mengucapkan takziah di atas pemergian itu..
“Takziah diucapkan buat keluarga Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Seah Leong Peng, yang meninggal dunia pagi tadi akibat barah,” menurut akaun twitter rasmi parti itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang ‘yang sedang berdukacita’ dan juga DAP di akaun twitternya.
Mendiang yang sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Berdamar menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan, selepas menewaskan Mah Siew Kong (Gerakan) dan K Moralingam dengan majoriti selesa, iaitu 7,313 undi pada Pilihanraya Umum yang lalu.
DAP akan mengeluarkan kenyataan khas berhubung perkara ini. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment