Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 17 April 2014

Saya Sedih Melihat Kasim Ditangkap Tapi Suka Melihat Ibrahim Libya Dibunuh


1. Saya sedih melihat pegawai Jabatan Agama Islam dibantu oleh polis menangkap Kassim Ahmad, 80 tahun.

2. Kita ingin jadi Negara Islam yang sederhana, tidak keterlaluan. Tetapi acara ini memperlihatkan Malaysia, seolah-olah ingin menjadi Negara Islam yang suka mengguna paksaan bagi menentukan orang Islam hidup dalam ketakutan kerana mungkin ditangkap apabila melanggar fatwa pihak berkuasa.

3. Kassim yang tidak sihat, berumur 80 tahun ditangkap, dibawa ke mahkamah, dituduh menghina Islam, dituduh tidak akur kepada fatwa Pejabat Agama Islam dan dikurung sehingga dijamin.

4. Yang menghina agama Islam di Malaysia ramai. Ada orang Islam yang memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w, menghina Allah s.w.t, membuat fatwa sendiri, bahkan mengembang ajaran sesat. Tetapi mereka tidak ditangkap. Tegur pun tidak. Tetapi Kassim yang sudah tua, yang berjalan bertongkat dituduh anti-hadis dan ditangkap.

5. Yang anti-hadis ini ramai. Mereka tolak hadis dalam amalan mereka, tidak menurut banyak sunnah Rasul. Mereka tidak berjanggut.

6. Tetapi kita tahu dalam Islam ada dosa besar dan ada dosa kecil. Yang sunnat tidak wajib, tidak berdosa jika ditinggal pun. Islam bukan keras, bukan begitu bengis. Islam agama nasihat, agama sederhana yang tidak bertujuan menjadi beban kepada penganutnya. Islam bukan agama paksaan.

7. Tetapi ada pihak yang tidak puas hati kerana Islam lembut, bertimbangrasa, adil. Mereka ingin menjadi Islam agama yang keras, yang bengis pun.

8. Ada di sebuah Negara Islam di mana yang tidak berjanggut disembelih. Ada yang merejam dengan batu, menembak mati wanita yang dituduh berzina. Tetapi tidak pasangan lelaki mereka. Lelaki boleh berzina, perempuan sahaja yang salah. Al-Quran menghukum kedua-dua. Tetapi ramai orang Islam mengecualikan lelaki.

9. Alhamudillah banyak amalan yang ekstrim ini tidak terdapat di Negara tercinta ini. Namun ada yang hendak lihat ini juga dilaksanakan, diamal di sini.

10. Mereka yang dipertanggungjawab terhadap agama Islam di Negara ini ternampak seolah-olah ingin supaya sunnah Nabi dijadikan lebih tinggi, lebih wajib dari firman Tuhan dalam Al-Quran.

11. Kuasa mudah pergi ke kepala dan kuasa tanpa had akan rasuk akal fikiran. Islam adalah agama yang sederhana yang bertimbangrasa, agama nasihat, yang adil. Kalau ia sudah jadi agama yang keras, zalim dan bengis dan mengutama mazhab lebih daripada ajaran Al-Quran, kerana mudah taksub dengan ajaran pemimpin atau guru maka akan berpecah dan bermusuhlah orang Islam sesama Islam. 
 
12. Saya sedih. Saya sedih kerana Kassim Ahmad umur 80 tahun, bertongkat dan sakit ditangkap dan akan dibicara. Kenapa Kassim? Kenapa tidak orang lain? Wallahuaalam. http://chedet.cc/

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR