Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 10 April 2014

Kaki Pancing Terkejut Temui Objek Tersangkut Pada Jala, Usaha Mengesan MH370 Semakin Sukar

SUNGAI BESAR 10 April - Dua kaki pancing terkejut apabila sebutir bom zaman Perang Dunia Kedua tersangkut di jala mereka sewaktu menangkap ikan di sungai bersebelahan Tali Air 5, Ban Kanal, Sekincan di sini hari ini.

Kedua-dua pemancing itu, Tarmizi Imran, 50, dan rakannya, Sarman Saleh, 32, menaikkan bom tersebut sebelum menghubungi polis.

Bom tersebut dipercayai pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua kerana kira-kira 200 meter dari kawasan tali air itu terdapat sebuah bangunan ditinggalkan yang pernah menjadi kubu tentera Jepun. - UTUSAN.

Usaha mengesan pesawat MH370 hadapi pelbagai cabaran

PERTH 10 April - Usaha mencari 'tempat persemadian' pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia, berdepan dengan pelbagai cabaran.
 
Pencarian menjadi lebih sukar dengan kehadiran lapisan tebal kelodak, yang mungkin meliputi dasar lautan, isyarat yang semakin lemah daripada apa yang dipercayai sebagai kotak hitam pesawat berkenaan dan ketiadaan serpihan untuk membantu mengesan lokasi sebenar pesawat itu berada.

Komodor Peter Leavy, yang menyelaras usaha pihak tentera Australia mencari pesawat itu, memberitahu media bahawa bukti wujudnya kelodak tebal diperoleh daripada penyelidikan yang dilakukan di satu lokasi kira-kira 180km di luar kawasan mencari yang menjadi tumpuan sekarang.

"Usaha mencari secara visual mungkin mengalami banyak halangan kerana bangkai atau sebarang serpihan dengan mudah akan tenggelam ke dalam lumpur," katanya.

Beliau berkata, pengelodakan di dasar lautan juga boleh menyekat isyarat yang dipancarkan kotak hitam, berbanding dengan di permukaan pejal seperti batu, yang boleh memantulkan isyarat yang dipancarkan.

Sementara itu, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) Ketua Marsyal (B) Angus Houston berkata beliau gusar dengan kemerosotan kekuatan isyarat kerana para pencari memerlukan lebih banyak pancaran isyarat untuk membuat analisis terhadap data bagi menentukan lokasi pesawat syarikat penerbangan Malaysia itu berada.

Katanya, isyarat berkenaan mungkin semakin lemah berikutan keadaan bateri kotak hitam yang semakin habis kuasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR