Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 16 April 2014

Apakah Karpal Singh akan bernasib baik untuk kali keempat? Pastinya Tiada Lagi Untuk Kali kelima,Takziah!


Peguam dan Ahli Parlimen Pembangkang Tersohor Maut Kemalangan 

 
 
Ipoh, 17 April 2014 - Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, En. Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami kecederaan parah.Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978.

Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999. Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu. ~tmi





Apakah Karpal Singh akan bernasib baik untuk kali keempat? 

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
FEBRUARY 18, 2014

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

“Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang diharapkan daripada saya.

“Saya tidak pernah menyesal,” peguam veteran berumur 73 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman “tidak menyebabkan beliau dihukum bunuh.”

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh kerana mengatakan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.

Hujah pembelaan Karpal adalah beliau hanya memberikan pandangan undang-undang dan tidak memberikan ancaman kepada Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Jelas pertuduhan ini serius, akan tetapi kami akan mengemukakan hujah pembelaan terbaik untuk memastikan kes ini diketepikan,” kata peguam itu yang dibantu empat orang anaknya.

Semasa memberikan hujah pembelaan bulan lalu, Gobind mengatakan Karpal tidak mempersoalkan hak Sultan untuk melantik menteri besar, tetapi mengatakan Sultan hanya boleh berbuat demikian jika terdapat kekosongan jawatan tersebut.

“Undang-undang membenarkan Sultan disaman, dan atas sebab itu, Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993,” kata Gobind.

Kumpulan pembelaan Karpal juga mengatakan dakwaan tersebut dilakukan dengan niat tidak baik kerana terdapat pihak lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan, tetapi tiada tindakan diambil.

Timbalan Pendakwaraya, Noorin Badaruddin mengatakan Karpal sudahpun mengungkapkan perkataan menghasut dan tidak relevan bagi pihak pendakwa untuk membuktikan niatnya.

“Beliau mempersoalkan hak prerogatif Sultan mengikut Perlembagaan,” katanya, dan menambah kenyataan tersebut dikeluarkan semasa ketegangan krisis politik.

Katanya, ucapan Karpal mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian terhadap Sultan.

Karpal pertama kali dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada Jun 2010.

Pada Januari 2012, Mahkamah Rayuan mengarahkan Karpal untuk membuat pembelaan selepas rayuan pihak pendakwaan dibenarkan.

Kumpulan peguam pengerusi DAP itu dijangka akan cuba meringankan hukuman.

Hakim Azman Abdullah boleh mengenakan denda kurang daripada RM2,000 jika Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah, agar beliau dapat terus kekal sebagai ahli politik.

Ini pernah berlaku kepada bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang didenda RM,1800 selepas didapati bersalah dalam kes rasuah.

Karpal mempunyai dua lagi pusingan untuk merayu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, jika didapati bersalah sehingga menyebabkannya hilang kerusi Parlimen.

Namun, ramai penyokongnya mengharapkan Karpal, yang digelar Harimau Jelutong, akan bernasib baik untuk kali keempat.

Karpal pernah didakwa sebanyak tiga kali pada masa lalu, tetapi tidak pernah menyebabkan beliau hilang kerusi.

Beliau tiada di Parlimen hanya pada 1999, apabila kalah pilihan raya dan apabila digantung daripada menghadiri sidang. – 18 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR