Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 3 April 2014

MH370: Terus Menjadi Misteri



Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya. Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan. Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1. Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2. Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

4. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

5. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

6. Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

7. Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan.

8. Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9. Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.
Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

10. Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia? MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

11. Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12. Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13. Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14. Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15. Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara. Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.



Jelas, pada awal analisis Datuk Kapten Nik Huzlan - beliau secara sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. Jika MH370 dipandu dengan cara cekap dan profesional semasa ia hilang daripada kawalan rada - maka MH370 sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal - sebaliknya ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita semua.

Terkini, setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan. Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandara. Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini. Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :


1-Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah.

2-Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang

3-Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.

4-Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja. Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.

5-Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan.
 
6-sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang.

7-Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

8-Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

9-Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

10-Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

11-Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.

12-Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. Apa jawapan Kapten Nik Huzlan? Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar.

Kotak Hitam Bukan Jawapan

Penemuan kotak hitam mungkin tidak akan memberi jawapan yang menjelaskan mengapa pesawat Malaysia Airlines MH370 bertukar arah ke Lautan Hindi walaupun ia dapat djumpai, menurut pakar penerbangan.

Ini berdasarkan perakam suara kokpit di dalam kotak hitam yang hanya dapat merakam perbualan dua jam terakhir penerbangan, kata syarikat perundingan penerbangan Amerika Syarikat Leeham Co.
 
Ini bermakna perbualan penting ketika pesawat berpatah balik berhampiran Malaysia dan Vietnam mungkin tidak dirakam.

“Apa yang berlaku di ruang udara Teluk Thailand tidak akan didedahkan kerana akan diganti dengan rakaman pada penghujung penerbangan MH370,” menurut ulasan syarikat itu.


Tambah Leeham lagi, rakaman terakhir itu juga mungkin tidak mempunyai maklumat penting yang dapat diguna oleh penyiasat terutamanya jika ia dipercayai kehabisan minyak atau terhempas ke dalam air. 

Sementara itu, pakar penerbangan Britain Chris Yates berkata, soalan mengapa pesawat tidak mengikuti laluan asal mungkin tidak akan terjawab dengan penemuan kotak hitam itu.

“Kami masih tidak dapat mengetahui keadaan mental juruterbang dan penolongnya ataupun jika pesawat itu dirampas pihak ketiga,” katanya kepada BBC.

“Tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab sejak kejadian ini berlaku.” Analisis data satelit terbaru memberi petunjuk pesawat itu dikesan kali terakhir di selatan Lautan Hindi tetapi lokasi tepat belum diperoleh lagi.

Beberapa puing dikesan di kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Australia tetapi objek tersebut belum dapat ditemui pasukan pencari antarabangsa setakat ini.

Bateri yang menguasakan isyarat lokasi kotak hitam juga akan bertahan kurang dua minggu lagi.

Alat pengesan daripada Amerika Syarikat akan dihantar ke kawasan pencarian tetapi cuaca dan keadaan laut tidak sesuai telah menghalang usaha menentukan lokasi kotak hitam. - AFP

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR