Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 16 April 2014

Jika Ingin Guna Kaedah Referendum,Demokrasi dan Hujah Majoriti, Rasanya Sampai Kiamat HUDUD Tidak Dapat Dilaksanakan Di Malaysia. PAS Harus Lebih Gigih!

  

Oleh : SYUKRI RAZAB

Jumlah rakyat Kelantan yang berdaftar sebagai pengundi untuk PRU-13 yang lepas adalah seramai 918,573 orang.

Saya mengandaikan rakyat Kelantan yang mendaftar sebagai pengundi ini merupakan rakyat yang matang dan mahu terlibat dalam proses membuat keputusan untuk kepentingan negeri.

Jumlah inilah yang perlu diambil kira oleh kerajaan PAS Kelantan untuk menentukan sama ada rakyat Kelantan benar-benar bersedia untuk hudud atau tidak.

PRU13 - tak boleh jadi hujah

Terdapat pemimpin PAS yang membuat kenyataan mudah dengan mengatakan semua pihak tidak perlu mempertikai tindakan Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud kerana kerajaan PAS Kelantan membawa hasrat majoriti rakyat Kelantan yang telah mengundi PAS dalam PRU-13 yang lalu.

Benar, PAS menang majoriti mudah untuk menewaskan BN, namun samada pemimpin berkenaan sedar atau tidak, berdasarkan rekod Myundi.com.my, PAS tidak mendapat sokongan majoriti pengundi Kelantan.

Undi keseluruhan yang diperolehi oleh PAS di Kelantan adalah 44 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar iaitu sebanyak 400,238 orang, diikuti oleh BN 37 peratus dan PKR dua peratus.

Jumlah 44 peratus ini merupakan angka signifikan yang menunjukkan tidak sampai separuh rakyat Kelantan yang berdaftar sebagai pengundi memberi undi kepada PAS.

Untuk mendakwa majoriti rakyat Kelantan menyokong PAS, maka PAS perlu mendapat sekurang-kurangnya 465,000 undi.

Oleh itu, adalah tidak sesuai untuk kerajaan PAS Kelantan menggunakan mandat PRU-13 untuk melaksanakan satu polisi yang bukan sahaja akan memberi implikasi kepada pengundi PAS, tetapi seluruh rakyat Kelantan akan terkesan.

Hudud tiada dalam manifesto PAS Kelantan

Terdapat juga pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan hudud bukan kehendak rakyat Kelantan kerana hudud tidak pernah dinyatakan secara jelas dalam sembilan teras yang digariskan dalam Manifesto PAS Kelantan semasa PRU13.

Kemenangan yang lepas adalah terdorong kuat atas sentimen rakyat tolak Barisan Nasional dan bukannya kerana rakyat mahukan hudud dilaksanakan segera.

Oleh itu, saya kira satu mekanisme yang berasingan perlu dibuat bagi mendapatkan pungutan suara rakyat Kelantan berkenaan perlaksanaan hudud.

Mekanisme ini perlu memberi ruang untuk rakyat memilih secara adil. Mekanisme ini juga perlu membekalkan akses maklumat kepada rakyat untuk mendapat gambaran yang menyeluruh sebelum membuat keputusan.

Referendum Rakyat

Untuk itu, saya merasakan Referendum Rakyat merupakan solusi terbaik untuk kerajaan PAS Kelantan membuktikan hasrat untuk melaksanakan hudud benar-benar datang daripada kehendak rakyat dan bukan sekadar impian sehala kerajaan PAS Kelantan.

Sekiranya Referendum ini dibuat, kerajaan PAS Kelantan bukan sahaja akan menjadi contoh kepada kerajaan negeri lain, tetapi juga kepada kerajaan persekutuan.

Melalui sistem referendum ini, rakyat akan membuat pilihan merentasi batas fahaman politik dan bersatu demi kepentingan negeri. Hal ini akan menjadikan kerajaan PAS Kelantan sebagai pencetus kepada sebuah sistem demokrasi yang benar-benar berteraskan nilai dan menjulang kuasa rakyat.

Fungsi referendum

Sekiranya ditanya bagaimana referendum ini boleh dilaksanakan, maka saya suka untuk mengambil sampel referendum yang diamalkan Ireland.

Sebagai sebuah negara kecil yang berkomposisi enam juta penduduk, Ireland mengamalkan sistem referendum rakyat bagi memutuskan sama ada suatu pindaan perlembagaan diterima atau ditolak.

Sebagai contohnya, setelah suatu bil pindaan diluluskan di kedua-dua dewan parlimen dan senat, bil tersebut akan dibentangkan kepada rakyat untuk diundi.

Sebuah Jawatankuasa Referendum dibentuk oleh pihak berkuasa untuk mengendalikan keseluruhan proses referendum. Sistem pengundian yang dijalankan menggunakan kaedah yang sama seperti pilihan raya yang mana pengundi akan mengundi mengikut kawasan masing-masing.

Sekiranya hasil undian menunjukkan majoriti rakyat menyokong, maka Presiden akan menandatangani bil tersebut untuk dikuatkuasakan.

Referendum rakyat tak mustahil

Maka saya melihat dengan kapasiti 918,573 orang pengundi berdaftar, adalah tidak mustahil  untuk kerajaan PAS Kelantan melaksanakan referendum rakyat yang akan menjadi sejarah baru dalam sistem demokrasi Malaysia.

Walaupun sistem referendum Ireland masih menggunakan konsep majoriti mudah untuk menentukan keputusan, namun saya melihat kerajaan PAS Kelantan perlu menambah nilai sistem referendum ini dengan menjadikan 51 peratus pilihan pengundi sebagai penentu keputusan.

Oleh itu menjadi cabaran bagi Kerajaan PAS Kelantan untuk memastikan rakyat Kelantan keluar mengundi dan memberi sokongan kepada usul perlaksanaan hudud.

Sekiranya referendum ini gagal mendapat sokongan 51 peratus pengundi Kelantan, maka ini menjadi indikator yang menunjukkan rakyat Kelantan masih belum bersedia untuk menerima perlaksanaan hudud ekoran faktor ketidakfahaman mengenai hudud mahupun faktor-faktor lain.

Namun, setelah sekian lama rakyat Kelantan dididik dengan nilai tarbiyah Islam, saya rasa perkara ini seharusnya tidak menjadi kerisauan besar buat PAS Kelantan.

Bahkan adalah tidak mengejutkan sekiranya lebih 465,000 rakyat Kelantan menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud.

Referedum: Mahu atau tidak?

Saya tahu banyak hujah yang mengatakan perlaksanakan syariat Islam tidak mewajibkan sesebuah pemerintah mendapatkan keizinan rakyat. Saya juga tahu ada hujah yang mengatakan hudud perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk membolehkan rakyat menilai hikmahnya.

Saya cuma mengkehadapankan satu mekanisme yang bakal membekalkan lebih kekuatan kepada usaha Kerajaan PAS Kelantan untuk memperjuangkan cita-cita hudud.

Walaupun referendum ini jika dilaksanakan tidak memiliki sebarang kuasa legislatif, tetapi cukup mapan untuk dijadikan kayu ukur bagi menilai tahap kesediaan rakyat Kelantan terhadap perlaksanaan hudud.

Kerajaan PAS Kelantan tidak perlu sedih sekiranya rakyat Kelantan menolak perlaksanaan hudud dalam referendum yang dijalankan. Hal ini menjadi petunjuk bahawa rakyat Kelantan mengharapkan lebih penjelasan mengenai Hudud.

Mungkin juga rakyat Kelantan melihat ada perkara perkara lain yang lebih perlu diutamakan oleh Kerajaan PAS Kelantan berbanding perlaksanaan hudud.

Saya juga yakin sekiranya Kerajaan PAS Kelantan terus melaksanakan hudud tanpa membuka ruang untuk rakyat membuat pilihan, maka tidak mustahil rakyat akan menterjemahkan protes dalam PRU-14 yang akan datang.

Saya berpendirian, lebih baik rakyat tolak perlaksanaan hudud dalam Referendum daripada rakyat tolak PAS dalam PRU-14.-MK.

(SYUKRI RAZAB adalah aktivis sepenuh masa SUARAM, mantan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan mantan pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS). 

ABU: Rela kalah daripada terus menjadi "makanan" musuh dan sahabat. Sekurang-kurang aku tidak perlu bersoal jawab di hadapan Allah tentang kewajipan menegakkan HUDUD.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR