skip to main |
skip to sidebar
Kami Bukan Melayu Mudah Lupa
Hadi bimbang GST dinasihati 'Qarun'
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) bimbang
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal
dilaksanakan April tahun depan dibuat hasil nasihat “Qarun” luar negara
seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan “penyangak kewangan”.
Membaca sepotong ayat al-Quran mengisahkan seorang raja menolak
permintaan mengenakan cukai kepada kaum lemah, Abdul Hadi berkata,
pelaksanaan GST perlu dibuat dengan melihat situasi kewangan negara.
"Adakah negara kira dalam keadaan darurat sehingga memerlukan cukai GST
(dan) percukaian yang sentiasa dibuat semasa ke semasa. Saya berpendapat
menggunakan kaedah percukaian ini adalah (daripada) nasihat yang salah.
"Saya bimbang, (pelaksanaan cukai) ini nasihat daripada 'Qarun' luar
negara. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia,
penyangak-penyangak kewangan termasuk yang ada dalam negara kita.
"Penyangak-penyangak kewangan yang mahu menggalakkan diri mereka
menunaikan amanah dan tanggungjawab, untuk menimpa dan mengenakan
(cukai) kepada rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang
GST di Dewan Rakyat tengah hari ini.
Abdul Hadi berkata pelaksanaan itu boleh dielak apabila negara
menguruskan sumber dengan "petunjuk yang betul" bagi menambah pendapatan
termasuk memanfaat hasil sedia ada tanpa mengadakan cukai baru kepada
rakyat.
"Soalnya apakah pengurusan hasil bukan cukai seperti Petronas dan lain-lain diuruskan dengan betul bagi menambah hasil negara?
"Adakah cukai daripada mereka layak, sepatutnya membayar cukai selama
ini diurus dengan baik, sehingga (boleh) membanyakkan hasil negara.
"Ini perlu dilihat dengan petunjuk dengan betul untuk mengendali sumber sedia ada," katanya.
Selain itu, Abdul Hadi turut menempelak sikap kerajaan yang berdepan
'penyakit' "membazir, boros, bocor, hutang, rasuah dan tak mampu
berjimat" dengan projek dilaksanakan.
"Projek itu ada tapi membazir (seperti) projek mewah, saja nak tunjuk
lagak, nak berhibur. Boros dapat dilihat projek ditambah peruntukan..."
katanya sambil beberapa MP BN bangun untuk mencelah bagi mendapatkan
penjelasan daripadanya.
'Kami bukan Melayu mudah lupa'
Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak mengendahkan permintaan mereka memandangkan "masa tidak cukup" dan meneruskan perbahasannya.
Speaker Datuk Ismail Mohamed Said turut menegur pemimpin BN yang kerap
mencelah sedangkan peraturan mesyuarat 37(2) menetap supaya tidak perlu
mencelah jika seseorang MP enggan memberi laluan.
Abdul Hadi kemudiannya berkata kerajaan seringkali menyediakan
perbekalan tambahan yang didakwanya dibuat kerana boros dan kebocoran
dan bukan disebabkan oleh perkara yang sebenarnya.
"Berlakunya bocor, hutang dengan riba yang semakin meningkat. Inilah
yang merudumkan ekonomi kuasa besar dunia (seperti) Amerika dan Eropah.
"Kalau mampu berjimat, tak ada boros, membazir, hutang dan rasuah
diatasi, maka tak perlu GST. GST diadakan untuk menampung defisit,"
katanya sambil sekali lagi beberapa MP BN termasuk Tasek Gelugor
Shabudin Yahya bangun mencelah untuk mendapatkan penjelasan.
Selepas beberapa kali Shabudin berdiri meminta celahan, akhirnya Abdul
Hadi memberi laluan kepadanya yang menempelak kenyataan Abdul Hadi
supaya mengemukakan bukti terhadap dakwaannya.
Dan pada masa yang sama, Shabudin menjelaskan negara memerlukan wang
dengan melaksanakan projek pembangunan dan juga integriti yang dimantap
dari masa semasa bagi mengelakkan penyakit yang dimaksudkan Abdul Hadi.
Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga ADUN Rhu Rendang kemudiannya bangun dan membidas sinis dan berkata:
"Mungkin Yang Berhormat tidak baca Laporan Audit Negara. Mesti baca
laporan audit negara tiap-tiap tahun, dan kami bukan Melayu yang mudah
lupa.
"Kami tidak lupa peristiwa IMF, Perwaja, KWSP, Tabung Haji, kapal
terbang Skyhawk, kapal selam dan lain-lain lagi. Tidak ada apa-apa
tindakan.
"Tindakan terhadap ikan bilis kecil, yang besar tak ada tindakan, yang
kena tindakan pegawai, orang politik tak ada tindakan, menteri tak kena
tindakan... Mana integriti?" katanya sambil diiringi sorakan daripada MP
Pakatan Rakyat- Link :http://www.malaysiakini.com/
JOM TAMBAH ILMU
-
Merebut kelebihan menjadi umat berilmu
-
Oleh Mohd Shahrizal Nasir Setiap individu Muslim perlu menitikberatkan soal
ilmu. Menuntut ilmu antara amalan yang amat dituntut Islam. Ilmu membentuk
kepe...
23 hours ago
-
-
Pemimpin Adalah Cermin Rakyat!
-
Pemimpin Adalah Cermin Rakyat! Manshur bin Abi Al-Aswad berkata, “Aku
bertanya kepada Al-A’masy (salah seorang tokoh tabi’in) tentang firman
Allah Ta’ala: ...
6 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang.
-
SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad
kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang
membimbangkan. ...
11 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
SUMBER DAN BERITA TERKINI
-
Tiada ‘abang besar’ dalam PN, PAS-Bersatu saling ‘berpaut’, kata Wan Saiful
-
Pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata partinya dan PAS saling
melengkapi untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya.
12 minutes ago
-
Wife Of Sultan Makes Her Demand For Cash
-
The wife of the Sultan of Terengganu has issued her demand for the cash
awarded to her by the Malaysian courts of RM435,000 against this site and a
printer...
2 weeks ago
-
Tepache , The Next Big Trend After Kombucha
-
Tepache, The Next Big Trend After Kombucha Kombucha, the fermented tea
beverage, has taken Malaysia by storm in recent years. With its numerous
health...
6 months ago
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta
-
Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …
2 years ago
-
-
魏家祥:華人收入下降 敦馬未掌握最新數據
-
-
(吉隆坡27日訊)馬華總會長拿督斯里魏家祥指出,馬華對於前首相敦馬哈迪發表“華人富有”及“幾乎佔據所有城市”言論,感到不滿。
他認為,馬哈迪並沒有掌握大馬各族財富分配的最新數據,根據新的報告顯示,華人的收入水平已經下降。
“我不知道馬哈迪是假裝不懂,還是他純粹是玩弄種族牌。”
...
4 years ago
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri
-
2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan
melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan
kepada usaha-...
4 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM
-
OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari
mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Sijil Pelajaran
Malaysia ...
6 years ago
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
7 years ago
-
Terima kasih rakyat Malaysia
-
Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami
ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia
melayari p...
8 years ago
-
Marquez sambar petak pertama
-
SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan
perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam
ujian kela...
10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini
-
▼
2014
(502)
-
▼
April
(44)
- Ahli Parlimen DAP Teluk Intan meninggal dunia
- Himpunan Bantah GST dan Kenaikan Harga Barang
- Pelakon Vateran, Sidek Hussain Hidap Kanser Tahap ...
- Mangsa Culik, Mati Dibunuh
- Mayat wanita ditemui di depan kubur Cina
- Awatla jadi tak ketahuan neh....
- Semoga Raja Kita Selamat Bertakhta
- Saya Sedih Melihat Kasim Ditangkap Tapi Suka Melih...
- Kira Pemikiran Tahap Macai Jugaklah...
- Isteri ADUN Paloh Maut Kemalangan
- Pemandu lori yang mengakibatkan YB Karpal terbunuh...
- Apakah Karpal Singh akan bernasib baik untuk kali ...
- DAP, PKR ‘haram jadah’
- Tahaaluf Siasi dan Hudud
- Jika Ingin Guna Kaedah Referendum,Demokrasi dan Hu...
- PAS Tetap Konsisten Menegakkan Islam Sekalipun Di...
- Dipenjara Lima Bulan Gara-gara Mengendap, Tak Berb...
- Bluefin-21, Blue Wave dan Blue Film Nama Yang Hamp...
- MH370:Isyarat Kotak Hitam Terus Senyap Sesenyap S...
- Jangan Berlebih-lebihan : Peringatan Kepada Yang L...
- Tugas PAS Terus Mencabar: DAP lobi 46 ahli Parlime...
- MH370:Ocean Shield Kesan Tumpahan Minyak Di lokasi...
- PKR Saman Presiden PAS: Mahkamah Tinggi ketepi per...
- Gani Patail Di UK Bincang Hak Ke Atas Kotak Hitam ...
- MH370: CIA tahu hal sebenar,Menteri Kitapun Tahu J...
- Tiga lelaki ditemui lemas di Batu Caves
- MH370: Amerika Terlibat
- Mengapa Doa Umat Islam Tidak Dimakbulkan
- Kaki Pancing Terkejut Temui Objek Tersangkut Pada ...
- Selepas Kecoh MH370 disembunyi di pangkalan AS Die...
- Skirt Merah Nyonyapun Jadi Perhatian
- Manfaat Ganja, Rokok Mudarat
- Kami Bukan Melayu Mudah Lupa
- Macam-macam Ajaran Sesat Ada di Negara Kita
- Pengajaran Di Sebalik Kehilangan MH370
- Ingat-ingat Blogger dan Facebooker Pakatan, Jangan...
- PAS, PKR dan DAP Jangan Sombong dan Bongkak
- Memali: Penjelasan Tan Sri Musa Hitam
- MH370: Terus Menjadi Misteri
- Ya, Aku Juga Masih Ingat Jasa YAB Tan Sri Khalid I...
- Hilangnya Sebutir Permata
- Suami Kendurikan Isteri Dengan Kawan-kawan, Rasany...
- Musa turut jadi mangsa fitnah seks?Hebatnya politi...
- 38 buah rumah musnah terbakar
No comments:
Post a Comment