Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 12 September 2014

GST: PM Kata Harga Barang Naik Sikiiiiiiit Sahaja, Peniaga Cakap Harga Barangan Naik Sikit-sikit....Apa Kerajaan Boleh Buat, Apa Ahmad Maslan Boleh Buat? Semua Salah Anuar!

Ini nak beritahulah.....Semalam seperti biasa singgah di sebuah kedai barangan runcit, beli barangan keperluan dapur. Agak terkejut apabila dimaklumkah oleh taukeh kedai, harga sardin dalam tin naik, harga semua jenis susu naik, harga kicap dan sos akan naik, sebelum ini harga sebungkus rokok naik rm 1, harga ayam bersih di pasaran sudah mencecah rm 9.90. Taaukeh kedai juga maklumkan,harga barangan akan naik sikit-sikit. GST belum dilaksana harga barangan sudah melambung, belum lagi belanjawan....selepas belanjawan entahlah....siapa boleh beri jaminan, siapa boleh kawal?
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bukan bertujuan membebankan rakyat.

Perkara itu diulangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada majlis penerangan perdana GST di ibu negara, hari ini.

Sebaliknya ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara.

Kata beliau, kerajaan telah mengambil kira semua aspek termasuk bebanan rakyat sebelum melaksanakan GST.

“Ini bukan cukai tambahan. Ini ganti cukai jualan dan perkhidmatan. Banyak tidak sedar cukai pendapatan telah turun tahun depan untuk semua kumpulan. BR1M juga dinaikkan tahun depan kepada tambahan RM300.”

Mengakui harga barang akan naik sedikit, namun penguatkuasaannya akan diperketat bagi memastikan tiada pihak yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Barang naik, tetapi sedikit 1.8%. Kerajaan akan tambah pegawai KPDNKK, kalau sesiapa naik harga, tolong beritahu,” katanya lagi.

Tambah beliau kerajaan telah mengkaji pelaksanaan GST sejak 30 tahun lalu. Beliau melihat pelaksanaannya penting sebagai reformasi sistem cukai agar lebih telus dan efisien.

Ada Peniaga Menaikkan Harga Sebelum Pelaksanaan GST - Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) -- Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau, yang menerima aduan itu melalui khidmat pesanan ringkas dan aplikasi WhatsApp, berkata kerajaan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana pelaksanaan GST bukan bertujuan untuk membebankan rakyat.

"Mereka sudah tahu jika sekarang sebagai contoh pakaian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus, maka mereka naikkan harga sekarang kerana GST yang akan dikenakan hanya pada kadar enam peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan MOF Merdeka Dive 2014 di sini pada Khamis.

"Ini yang kita kesalkan, pelaksanaan GST tidak seharusnya membebankan rakyat untuk membeli barangan keperluan, tetapi sudah ada di antara mereka yang menaikkan harga barangan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan," katanya.

Ahmad berkata pelaksanaan GST tidak akan memberi kos tambahan kepada peniaga malah kos akan menjadi lebih rendah dan cukai input mereka juga boleh dituntut semula berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

"Maka GST itu nanti bukan kos baru untuk mereka dan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang," katanya.

Kesal dengan situasi tersebut, Ahmad meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya segera memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga menasihatkan rakyat agar menambah ilmu kewangan dan kepenggunaan mereka, dan menggunakan kuasa pengguna mereka dengan memboikot peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya. -BERNAMA.

 Saya Tidak Pernah Setuju GST - Anuar

KUALA LUMPUR 12 SEPT- Tidak jujur dan mengelirukan, itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Ketua Umum KEADILAN itu bersetuju untuk mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan(GST) pada tahun 1992.

Kata Anwar, beliau telah menyatakan dengan jelas di Parlimen bahawa GST perlu dilakukan dengan cara ‘telus dan cekap’ dan perlu memenuhi beberapa pra-syarat tertentu sebelum melaksanakannya.

“Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran, dan mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

“Saya juga telah menekankan bahawa GST harus bermula pada tahap yang rendah,” katanya dalam satu kenyataan

Anwar berkata GST tidak dilakukan sehingga sekarang kerana pra-syarat itu tidak dipenuhi.

“Ini pra-syarat yang tidak dipenuhi sebab itulah tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi Menteri Kewangan,” katanya Menurut laporan Malaysian Insider pada 10 Sept, Najib berkata Anwar pernah menyatakan hasrat dalam ucapan bajetnya untuk melaksanakan GST pada tahun 1992 namun Anwar berpatah balik dan tidak melaksanakannya. 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR