Sumber : Cahaya Matahati
Wednesday, 24 September 2014
Khalifah (pemimpin) Perlu Tegas
Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam
menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang
merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa
orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga
terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.
Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang
dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya
akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan
tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah
lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di
sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga
terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta
sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.
Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani
Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring,
lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu
mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya
mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak
berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh
syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.
Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya
anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin
bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang
menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu
Khattab.
"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."
Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan.
Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah
daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya:
"Dengan jalan halal atau haram?"
Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah
yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan
daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."
Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.
Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang
menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar
pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata. Kemudian Sayyidina
Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan
budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya
supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan
seadil-adilnya."
Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan
kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan
aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."
Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun
bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian
bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari
darah daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata:
"Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau
berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat
Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."
Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan
kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah,
ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan
halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada
lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti."
Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina
Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.
Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada
sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di
sini sehingga aku kembali."
Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu
sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun
berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan
sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan
dunia."
Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata,
"Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir
bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah
wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan
Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan
Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk?
Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani
Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu
memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil
diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar
aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."
Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat
suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada
seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi
engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam."
Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.
"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.
"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat
lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan
tegas.
Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan
nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku
di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."
Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di
belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai
sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan
dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang
menyampaikan khabar tadi."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih,
pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit,
jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."
Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu
akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah
apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah
sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan:
"Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."
Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan
lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya
aku dapat mengambil sedikit kesenangan."
Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."
Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon
kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
bertaubat."
Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku
menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka
bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka
lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."
Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.
Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."
Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli
neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu
air minum."
Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai
ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."
Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku
kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di
akhirat."
Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak
sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata:
"Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini
sebelum aku mati?"
Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu
sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di
akhirat nanti."
Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh
rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai
ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."
Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika
engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku
kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau
mati."
Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih
memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah
dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para
hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta
pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"
Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan
berkata: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu
dan kasihanilah dia."
Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah,
apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang
tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam
menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu,
sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina
Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu
Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang
sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi
sehingga hari kiamat.
Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai
menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus
kalinya.
"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila
melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar
mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu
Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah
umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara
mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa
tersebut.
Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab
al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu
Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina
Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan,
pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan
Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan
purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan
baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu
'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku
pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap
kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu
kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa
mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya
Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi
Allah Yang Maha Kuasa.
Sumber : Cahaya Matahati
Sumber : Cahaya Matahati
Label:
Pesanan untuk pejuang,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JOM TAMBAH ILMU
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? - Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته محصورة؛ هو راع في ...7 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang. - SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang membimbangkan. ...11 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
-
-
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia6 years ago
-
-
-
Kenapa DS Najib Razak Perlu Dijatuhkan?8 years ago
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 years ago
-
-
-
Tajam dan pedih ucapan akhir Anwar....!9 years ago
-
-
Johor Darul Judi Bahagian II10 years ago
-
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??10 years ago
-
-
-
-
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)12 years ago
-
-
-
Blog list 2 (241)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.2 years ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUNTUHNYA REGIM PH PADA 29-02-20204 years ago
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
LIVE AJL 344 years ago
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
Budak2 Melayu Sekarang....4 years ago
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 years ago
-
-
-
-
-
Selamat Tahun Baru 20195 years ago
-
-
Hanipa tak setuju SPRM diberi kuasa mendakwa6 years ago
-
-
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 years ago
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
KEMPEN ANTI DADAH6 years ago
-
Flybar Aztech6 years ago
-
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN6 years ago
-
-
-
hello blog.7 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 years ago
-
Testing7 years ago
-
Mermerlukan sumbangan7 years ago
-
ALHUSSEYN7 years ago
-
-
Kembara Ilmu November 20168 years ago
-
Berehat sementara ...8 years ago
-
Pecah Berita Lagi!!!8 years ago
-
Amerika Dalang Rencana Pembunuhan Erdogan8 years ago
-
Alfa Romeo 4C 20148 years ago
-
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota8 years ago
-
Night Hunter...8 years ago
-
-
-
Ai Chan Famili8 years ago
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 years ago
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
KELEBIHAN KAYU BAKAU8 years ago
-
-
-
-
Kata Kata Galau Untuk Status BBM9 years ago
-
-
-
Debat 1MDB : Rafizi Ganti Tony Pua9 years ago
-
Resep Mengobati Impotensi9 years ago
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
KUASA DI TANGAN RAKYAT9 years ago
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 years ago
-
-
-
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?9 years ago
-
Niqab Atau Tidak Berniqab9 years ago
-
ISLAM BUKAN BONEKA9 years ago
-
Cukuplah…Kembali Ke Matlamat Asal9 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas9 years ago
-
PRK Chempaka: Kemenangan legasi Tok Guru9 years ago
-
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..9 years ago
-
SEDIH......9 years ago
-
-
ccv9 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir9 years ago
-
-
AHLI PAS BERKASTA10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Gila gila peminat Piala Dunia 201410 years ago
-
-
-
Teluk Intan - Undi Dyana Sofya10 years ago
-
13 Mei Terengganu: Pas ada tiga pilihan10 years ago
-
Justice for Mejar Zaidi.10 years ago
-
PERGINYA SEORANG INSAN BERNAMA BONDA10 years ago
-
-
Analisa PRK DUN N.25 Kajang10 years ago
-
-
-
-
Confidential Document10 years ago
-
PRK Kajang dan Konsensus Nasional10 years ago
-
A MESSAGE FOR ALL10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 years ago
-
Jom ambil peluang .. Niaga secara online11 years ago
-
ORANG HUTAN11 years ago
-
-
Polemik Kalimah ALLAH11 years ago
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap11 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 years ago
-
-
-
"Sudah Masa Saya Berundur" - Ku Li11 years ago
-
Info Solat11 years ago
-
-
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 years ago
-
-
-
-
-
Munafik Besar, Kecil & Perbezaannya11 years ago
-
Panas Enjin11 years ago
-
MALANG LAGI RAKYAT GANU DAPAT MB BENGAP11 years ago
-
Bagaimana mereka mereka ini11 years ago
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 years ago
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...11 years ago
-
Undi nampak perkara kecil TETAPI.....11 years ago
-
-
8 March11 years ago
-
-
-
MELAYU DAN JUDI11 years ago
-
-
Najib dgn KUDA STYLE11 years ago
-
AMANA MAHATHIR LE PULAK BETUL KE !11 years ago
-
MENTERI LEMBUT YANG BODOH11 years ago
-
Tudung saji tradisi cantik12 years ago
-
-
-
-
-
-
RUKUN HAJI12 years ago
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU212 years ago
-
DEVIL INSIDE FUKUS12 years ago
-
-
RAMADAN MENJANA TAQWA12 years ago
-
-
-
Bangunan Umno Bukit Gantang disita12 years ago
-
Zunar: M’sian satirists play it safe12 years ago
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH12 years ago
-
TGHA : Janji Allah pasti tiba12 years ago
-
-
5 Strategi Kemenangan Kita12 years ago
-
-
NEGARA PENJENAYAH ???12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Novel Terakhir...12 years ago
-
-
-
-
-
-
Najib bisu ditempelak Nik Aziz13 years ago
-
Derita Budya Darat13 years ago
-
Menteri KDN Derhaka Pada Agong13 years ago
-
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 years ago
-
Pas gesa bebaskan Manoharan16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SUMBER DAN BERITA TERKINI
-
PM slams critics, vows to drive reform agenda - Anwar Ibrahim defends the government's progress on reforms, criticising those who once supported corrupt regimes and now challenge the administration's eff...1 hour ago
-
Bruno Manser Fund Win Significant First Stage Over Jamilah Taib Defamation Suit - Landmark decision in favour of BMF in Taib family defamation case. "This decision is of enormous significance and a huge blow for the plaintiffs who sued u...2 days ago
-
Tepache , The Next Big Trend After Kombucha - Tepache, The Next Big Trend After Kombucha Kombucha, the fermented tea beverage, has taken Malaysia by storm in recent years. With its numerous health...6 months ago
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta - Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …2 years ago
-
-
魏家祥:華人收入下降 敦馬未掌握最新數據 - - (吉隆坡27日訊)馬華總會長拿督斯里魏家祥指出,馬華對於前首相敦馬哈迪發表“華人富有”及“幾乎佔據所有城市”言論,感到不滿。 他認為,馬哈迪並沒有掌握大馬各族財富分配的最新數據,根據新的報告顯示,華人的收入水平已經下降。 “我不知道馬哈迪是假裝不懂,還是他純粹是玩弄種族牌。” ...4 years ago
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri - 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan kepada usaha-...4 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM - OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ...6 years ago
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 years ago
-
Terima kasih rakyat Malaysia - Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia melayari p...8 years ago
-
Marquez sambar petak pertama - SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam ujian kela...10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Info dan Sumber
Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini
-
▼
2014
(502)
-
▼
September
(50)
- Sukan Asia ke-17:Gagal Ujian Dadah. Pingat Emas Pe...
- LGE Tak Jadi "Gempaq" Ustaz Nasaruddin?
- Bakal Calon MB Selangor Yang Baharu Selepas YAB Az...
- UMNO,PAS,Hamim, Berjasa, Bebas Bersatu,PAS 51,PASM...
- Aku Tahu Lama dah Menantu Presiden Ni,Dia Memang O...
- Krisis PR: Bermula di Kajang Selangor, Belah di Sa...
- Sedap"Puak Sana" Dok Kutuk PAS dan Lagakan PR
- PRK Pengkalan Kubor: BN Menang Majoriti Lebih Besar
- PRK Pengkalan Kubor: Tidak Rasmi, BN Pertahan Keru...
- Berita kenaikan gaji kakitangan awam tidak benar -...
- Sekitar PRK Pengkalan Kubor
- PRK Pengkalan Kubor: PAS Lihat Peluang Menang Tipis
- Khalifah (pemimpin) Perlu Tegas
- Exco Pas khianat: Pendirian CEC, bukan peribadi Li...
- Setelah "Menyelamatkan" Kerajaan PR Selangor, Akhi...
- Biawak Serang Bayi Mungkin disebabkan Lapar, Blogg...
- Dewan Ulamak PAS Perak Kesal dengan Kenyataan Lim ...
- Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli poli...
- Lagu Untuk Kak "J" dan Bang "Nun", Sudah Berakhir ...
- Sah, Azmin Ali MB Selangor Yang Baharu. Siapa Baka...
- UPSR: Kertas Matematik Sah Bocor, Tarikh Duduki Se...
- Muktamar PAS ke-60 Akan Lahirkan Lebih Ramai "Baru...
- Pesanan Untuk YB Saari Sungib dan Rakannya
- UPSR: Kertas bahasa Tamil dan Matematik didakwa tu...
- UCAPAN DASAR PRESIDEN SEMPENA MUKTAMAR AGUNG TAHUN...
- Pengundian awal PRK DUN Pengkalan Kubor bermula pa...
- 13 anggota Kastam termasuk pengarah negeri bergela...
- Berapa Kali sudah Cuepacs Cadang Begini, Ada Perna...
- Betulkah Berlaku di Nilai?
- PAS Ganti UMNO.... Mari Kita Lihat, Siapa yang Ken...
- Elok percaya orang politik yang tak tahu berbohong
- PRK Pengkalan Kubor:PAS dan UMNO Umpama Adik-berad...
- Axia, kereta EEV pertama Malaysia dilancarkan
- Orang Yang Layak Sebagai Pemimpin Adalah Orang Yan...
- Jika Rasa Diri Tidak Mampu Lakukan Begini Jangan A...
- Tak Usah Sibuk-sibuklah Tentang TG Hj Hadi, Pergil...
- Sabarlah Dik, Lulus Cemerlang UPSR Bukannya Dapat ...
- Politik:Hadi Terlepas Penerbangan - MB Kelantan
- Gantung Tugas Pengarah Sahaja? Menteri?
- GST: PM Kata Harga Barang Naik Sikiiiiiiit Sahaja,...
- “MENUNTUT HAJI MABRUR ITU JIHAD”
- JPN Nafi Kebocoran Soalan UPSR Berlaku di Perak
- Kertas Bahasa Inggeris UPSR bocor, pelajar perlu d...
- Astro Awani Lapor Kertas Matematik 1 UPSR Juga Bocor
- Jika kita tunjuk pandai, ramai lagi yang pandai da...
- Kertas Sains UPSR bocor: TPM minta maaf
- 'Umno perlu minta maaf walau akui silap' - LGE
- Jangan gopoh petik buah yang belum masak
- Nak Jadi Ahli Ada Syarat Baharu.Jom, Sertai UMNO!
- Ditembak Polis di MRR2 Suri Rumah Dapat Pampasan R...
-
▼
September
(50)
Kandungan Blog
- 1. Alu-aluan (prakata) (1)
- 60 Tahun Pas (6)
- Abu Bakar al-Bakir (1)
- Ada akal fikir-fikirkan... (2)
- Adengan Yang Ingin Rakyat Lihat (1)
- ADUN letak Jawatan (1)
- Adun Meninggal (1)
- Aidil Fitri 1433H (1)
- Airbus A320 (1)
- AJK DAP 2013 (1)
- AJK PAS 2013-2015 (1)
- AJK UMNO 2015/2016 (1)
- Amalan pilihan (1)
- amanat hj hadi (1)
- Amanat PRU 13 (1)
- Amanat Ustaz Ibrahim Libya (1)
- Analisa PRU 13 (1)
- Analisis Pembentukan Kerajaan PRU 14 (1)
- Antara Dua Pemimpin Dunia (1)
- Aqidah dan Perjuangan (40)
- Arkib PRU ke 12 (1)
- Artikal Blogger Pilihan (65)
- artikal dari majalah (1)
- Artikal Dari Media (25)
- Artikal Media (1)
- artikal penerangan (12)
- Artikal Pilihan (5)
- Artis dan Politik (7)
- Awal Ramadhan (1)
- Bahan Arkib (3)
- Banjir (1)
- Bencana Alam (3)
- Bengong (2)
- Berita Arkib (1)
- Berita Mahkamah (5)
- berita maksiat (1)
- Bingkisan Tazkirah (3)
- Blue Wave (2)
- Bot Tempur TLDM Hilang (1)
- BPMS Kenyataan Media Presiden PAS (1)
- Bughah (2)
- Bughah dan Bagaimana Menanganinya.Artikal (1)
- Buku Jingga (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Selangor (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Terengganu (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kedah (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perlis (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Pulau Pinang (1)
- Calon PRU 13 (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kelantan (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perak (1)
- Catatan peristiwa (5)
- Catatan Untuk Pejuang (12)
- Cerita Teladan (2)
- ciri pemimpin yang patut dijauhi (1)
- Coretan ABU (1)
- Datuk Md Hashim Yahaya (1)
- DDOS Burn Quran (1)
- Doa Kami (1)
- Doa untuk Palestin (8)
- Ekonomi (1)
- Fakta Pilihan Raya (1)
- Fitrah 2012 (1)
- forum (2)
- Gaji Kaki tangan awam (1)
- Gerhana Bulan (1)
- GHB Sekular (1)
- GST (2)
- H60k (1)
- Hadith Nabi (3)
- Haram Sokong dan berdosa undi DAP (1)
- Hari Keluarga Unit Amal Perak 2012 (1)
- HEMPAP 2011 (1)
- Hiburan (2)
- Hijrah 1433 (1)
- Himpunan GST (3)
- Himpunan Hijau (9)
- Himpunan Maruah Melayu (1)
- Himpunan merah (2)
- Himpunan Munajat Selamat Mesir (1)
- Himpunan Oren (4)
- Hj Subky Latif (1)
- HKR 112 (1) (1)
- HKR 112 (2) (1)
- HKR 112 (3) (1)
- HKR 112 (4) (1)
- Hudud (10)
- Hutan Simpan Felda Besout (1)
- Ibrahim Libya (1)
- info (17)
- Info Agama (4)
- INFO CERAMAH DAN PROGRAM (10)
- Info Peristiwa (5)
- info program (11)
- Info Program VS Info Program (1)
- Info SPR (1)
- Islam Dan Undang-undang (3)
- Islam Dihina (2)
- Israk Dan Mikraj (1)
- Isu 13 Mei (1)
- Isu Nama Allah (4)
- Isu pendidikan (5)
- Isu Semasa (2)
- Jenayah (64)
- Jenayah Sex (3)
- Jenayah Syariah (3)
- jerebu (1)
- Jiwa Hamba (2)
- Karpal Singh (2)
- KEBURUKAN MEROKOK (1)
- Kecelaruan politik (3)
- Keluar Parti (28)
- Keluar Parti Vs Keluar Parti (1)
- kemalangan (17)
- Kematian Mandela (1)
- KEMELUT FELDA (1)
- Kemelut PAS Kedah (2)
- Kemelut PAS PR (3)
- Kemelut Pimpinan PR (3)
- Kemelut PKR (3)
- Kemelut Politik Selangor (43)
- Kemelut Politik Terengganu (1)
- Kenali PAS (1)
- Kenyataan Media (10)
- Keputusan PRU 14 (1)
- Keracunan (2)
- Keratan Akhbar (7)
- Kertas Ujian UPSR Bocor (8)
- kes penderaan (1)
- Kesihatan (6)
- Khidmat (2)
- khutbah Aidil Adha 1432 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 Preseden PAS (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1435 (1)
- Khutbah Aidul Adha 1435 (1)
- Khutbah Gerhana Bulan (1)
- Khutbah Jumaat (56)
- khutbah Jumaat Akhir Ramadhan (1)
- Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru (1)
- khutbah PRU 13 (1)
- Khutbah Sempana Keputraan Sultan (1)
- Khutbah Terakhir Nabi (1)
- kibarkan bendera (1)
- kisah rumah tangga (1)
- Konggres Rakyat Syah Alam (1)
- Konspirasi (1)
- Konspirasi Politik (1)
- Krisis Dalaman Politik (6)
- krisis politik (3)
- Ku Li (1)
- laporan media (956)
- Laporan PRU 13 (7)
- Lawak Media UMNO (1)
- lnfo (1)
- Logo JATI (1)
- Logo Merdeka Ke 55 (1)
- Macam-macam (1)
- mahkamah (1)
- Makan Malam Pas Tanjung Malim (1)
- Makanan Halal (2)
- Malang Tidak Berbau (1)
- Malaysia Aman Sejahtera (2)
- Mat Sabu (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 12 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 15 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 24 (1)
- Maulidurrasul (1)
- Mazlan Aliman (1)
- Media report (2)
- Memali (1)
- Mengapa Saya Sertai PAS dan Pakatan Rakyat (16)
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional? (2)
- mengapa kami sertai pakatan rakyat (3)
- Mengapa saya menyokong PAS (1)
- Mengapa Saya Sertai DAP? (5)
- Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik (1)
- Merdeka (2)
- Militan (1)
- minda Abu (1)
- Minda Perjuangan (10)
- Minyak naik (1)
- Misteri Kehilangan Pesawat MH370 (62)
- Muhyidin Yasin (1)
- Muktamar PAS 2013 (1)
- Muktamar PAS 2014 (4)
- nahas (4)
- Nahas Pesawat AH5017 (2)
- Nahas Pesawat MH17 (12)
- NFC (1)
- Niat Jahat (1)
- Nostalgia (1)
- Paparan Yang Rakyat Suka (1)
- Parasit (1)
- Parti Pas (3)
- Pasca PRU 13 (3)
- Pelbagai sumber (1)
- Pembunuhan Politik (4)
- Pembunuhan timbalan pendakwa raya (1)
- Penampar politik (8)
- Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’. (1)
- Perang Hamas Israil (1)
- Perkara Yang Membatalkan Iman (1)
- Persaraan MB Tan Sri Khalid Ibrahim (1)
- Persidangan Parlimen (1)
- Pertikai Fatwa (1)
- Perutusan Aidil Adha (2)
- perutusan Aidilfitri 1434H (1)
- Perutusan Hari Malaysia (1)
- Perutusan Hijrah (1)
- perutusan kemerdekaan (1)
- Pesanan untuk pejuang (18)
- Pesawat Terbakar (1)
- Petisyen (1)
- Piala Thomas 2014 (3)
- polemik HUDUD (3)
- politik (7)
- Politik Dunia (8)
- Pondok (1)
- PRA PRU 13 (11)
- Presiden PAS (1)
- PRK Bukit Gelugur (5)
- PRK DUN Pengkalan Kubor (6)
- PRK Kajang (7)
- PRK Kuala Besut (1)
- PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar (2)
- PRK N 20 Sungai Limau (6)
- PRK N25 Kajang (4)
- PRK Pengkalan Kubor (5)
- PRK Permatang Pauh 2015 (2)
- PRK Teluk Intan (12)
- Program dan Aktiviti (1)
- PRU 13 (2)
- PRU ke 13 (1)
- Puasa Ramadhan (1)
- Qunut Nazilah (2)
- Raja Bomoh (1)
- Rakaman Peristiwa Bersih 3.0 (8)
- Ramal VS Ramal (1)
- Rasis (1)
- Rencah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Renungan Buat Bangsaku (1)
- Rintihan Marhaen (1)
- RM 100 one off (1)
- Roboh Surau VS Roboh Surau (1)
- Rombakan Kabinet (1)
- Salam Aidil Adha (1)
- Santai (4)
- Satira (7)
- Sedutan Artikal Blogger Pilihan (2)
- Sedutan dari FB (1)
- Sejarah PAS (1)
- Sejarah Yang Bakal Hilang (1)
- Selamat Hari Guru (2)
- Selamat Hari Raya (1)
- Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 82 dan Jublee Intan Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol (1)
- Sempadan politik (1)
- Sidang Media (2)
- Sirah (1)
- Siri Cerita Teladan (1)
- Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat (8)
- Skandal Sex (1)
- Solat Ghaib (1)
- Suara Pimpinan (2)
- sukan (11)
- Sultan Azlan Mangkat (5)
- Syariah (4)
- Syarifah Aini Meninggal (2)
- Syiah (4)
- Tafakkuri Saatin (36)
- Tahun Baru 2012 (1)
- Tarbiah (8)
- Tazkirah (14)
- Tazkirah Ramadhan (4)
- Teori Hilangnya MH370 (3)
- TPM dipecat (1)
- Tragedi Masjidil Haram (4)
- TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PM NAJIB RAZAK DENGAN TV3 TENTANG TUN DR MAHATHIR (1)
- TURUN (1)
- ucapan (9)
- UCAPAN TAHNIAH (5)
- UCAPAN TAKZIAH (32)
- UMNO (2)
- UMNO Celaka (1)
- Umno Dulu Kini dan Selamanya (1)
- UMNO VS PAS (1)
- Unik (1)
- Uslubud Dakwah (1)
- Ust. Azizan Abd Razak (3)
- Usta Abu Bakar Chik dalam kenangan (1)
- Video Kontroversi (1)
- Wacana Politik (15)
- Warkah Buat Tun Dr. Mahathir (1)
- Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 (1)
Assalamualaikum, kisah ini disebut oleh Ibnu Hajar sebagai lemah. Kisah yang sebenarnya ialah anaknya hanya minum arak lalu dipukul oleh Amru al-AS bukan di khalayak ramai. Perlu berhati-hati menerima berita tentang sahabat. Tambahan pula dalam kisah di atas banyak keraguan dan mencacatkan keindahan ajaran Islam itu sendiri. Wallahu a,lam
ReplyDeleteT kasih atas pandangan. Dalam riwayat lain dikatakan anak saidina Umar demam lalu diperdayakan Yahudi hingga meminum arak dan mabuk lalu terjadilah perkara yang sepatutnya tidak terjadi antara pasangan yang belum berkahwin....Tujuan utama bukan cerita yang dipaparkan namun maksud yang tersirat disebalik cerita.... Apapun bentuk penceritaannya walaupun lemah namun ada dikisaahkan,kesimpulan, Pemimpin Harus Bertegas....Lakasanakan Hukuman yang ditetapkan.....Wallahuaqlam...
ReplyDelete